Anda di halaman 1dari 24

SKMM perlu lebih tegas tangani penyalahgunaan laman sosial

04/09/2010 3:40pm

PEKAN 4 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak lebih agresif dan tegas
dalam menangani penyalahgunaan laman sosial yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tertentu.

Tegas Perdana Menteri, penyalahgunaan laman sosial tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan kaum dan penganut agama tertentu. – Utusan

'Usah guna Facebook hina agama'


Oleh Abdul Razak Raaff dan Rosli Abdul Jalil

2010/09/05
Karangan: A Laman Web Sosial
Posted on June 12, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara
seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu
tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

Katagihan Laman Web Sosial


Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular
dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster,
Bebo,dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara
interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian
fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan
sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian
sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam
mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh
dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena
sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakan pejabat swasta
dan awam, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas
sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja.

Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti
perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi
pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.
Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai
medium meluahkan rasa tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat
menyelesaikan masalah dihadapi.

Untuk entri ini saya akan berkongsi kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet.
Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh
mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang
kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan
tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar
dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di
laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan
murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

3. Mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan
di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens
tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat
disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat/ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini
dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh,
laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn
serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang
perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan
dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada
di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat


Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat
dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan
pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian
maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang
Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat
mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada
antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup


Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup.
Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial.
4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap
Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan
myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan
gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan
sesetengah individu.

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat


Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan
pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru.
Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

6. Aplikasi menarik dan ketagih game


Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka
yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana
setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan
adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur
pada waktu malam.

Keburukan laman sosial


1. Melalaikan/melekakan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan
tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu
tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman
web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-
siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.

2. Obses/ketagihan. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga
menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila
disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat
beberapa hari berterusan kerana melayari web.

3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding
offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.

4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini
kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi,
pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan
fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi.
Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan
sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk mempengaruhi remaja berzina.
Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan
kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah
disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes
perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial

Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum
ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial
untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak
perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia
tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.
pENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN INTERNET
Trend  terkini masyarakat menggunakan internet sebagai medium untuk mencapai maklumat serta berhubung.
Penggunaan internet ini ternyata amat berkesan, mudah dan cepat dalam segala tindakan. Oleh yang demikian saya amat
mengambil berat terhadap penggunaan internet terutamanya laman sosial secara berhemah. Laman sosial yang
dikenalpasti popular masa kini adalah facebook dan twiter. Penggunaan laman sosial ini ke jalan kebaikan akan memberi
faedah kepada semua pihak. Salah satu gejala yang perlu dielakkan adalah menggunakan laman sosial ini di waktu
pejabat. Mungkin ada yang memandang ringan ke atas perkara ini. Sedar atau tidak penggunaan laman sosial ini di waktu
pejabat akan menyebabkan pelanggan kita yang ingin melayari portal rasmi Kraftangan Malaysia menghadapi masalah
lambat untuk mengakses maklumat. Penggunaan ini menjadikan talian masuk akses akan terganggu. Di samping itu masa
yang diperuntukkan untuk berkerja tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan peribadi. MAMPU telah
mengeluarkan garis panduan penggunaan laman sosial ini. Jadi, patuhi garis panduan yang ditetapkan. 

(A) PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGENDALIKAN LAMAN WEB MEDIA SOSIAL AGENSI ( 


(1) Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan; 

(2) Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan Kerajaan; 

(3) Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang
awam; 

(4) Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan; 

(5) Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi; 

(6) Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas
dan tidak bertindih; 

(7) Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial; 

(8) Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial; 

(9) Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang
bersesuaian; 

(10) Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna; 

(11) Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video; 

(12) Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan 

(13) Menyediakan penyataan penafian ( disclaimer ) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna
semasa menggunakan laman web jaringan sosial. 

(B) PENGGUNA DI AGENSI 

(14) Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat; 

(15) Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya; 

(16) Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan; 

(17) Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan 

(18) Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu. 

(C) PENTADBIR RANGKAIAN 


(19) Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial
yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan 

(20) Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak
mengganggu prestasi rangkaian di agensi. 
Penyalahgunaan laman sosial di internet-Facebook and Twitter
1) Seorang wanita warga Malaysia telah di tahan di China selepas menjadi keldai untuk menyeludup dadah ke negara itu.Wanita
tersebut telah di penjara kan dan sedang menunggu perbicaraan sama ada bersalah atau tidak.Hasil siasatan pihak polis, wanita ini
telah di tipu oleh sendiket jenayah antarabangsa yang menggunakan Facebook sebagai medium perantaraan.

2) Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Malaysia tanpa segan silu telah membuat pengakuan “dengan selamber” dan
berani mati di Facebook apabila remaja perempuan ini berbangga telah kehilangan dara pada usia berkenaan. Dia katakan
berkenalan dengan teman lelaki nya di Facebook dan belajar mengenai seks.

3) Penipuan identiti ialah si pelaku menyamar sebagai individu lain dengan menggunakan segala maklumat termasuk gambar
seseorang itu.

Keburukan dan kebaikan laman sosial

Keburukan laman sosial

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan
tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun
penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group
provokasi/gossip’ dan sebagainya..
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga
menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi
gila disebabkan obses terhadap laman sosial..
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online
berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini
kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab
itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan
sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah
manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah
/dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. 
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog..
Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah
mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang
menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..
3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan
kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin
boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini
dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh,
dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya
buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.
Laman web sosial bawa risiko kanser.
LONDON: Laman web sosial seperti Facebook boleh meningkatkan risiko kesihatan serius dengan mengurangkan tahap hubungan
wajah ke wajah, dakwa seorang doktor.

Menghantar e-mel kepada rakan berbanding bersemuka dengan mereka mungkin memberi kesan biologi yang negatif pada kadar
tinggi, kata pakar psikologi, Dr Aric Sigman.

Peningkatan masalah keterasingan akan mengubah suai gen cara bekerja dan menjejaskan reaksi imun, paras hormon dan fungsi
arteri malah turut memberi kesan kepada persembahan mental.

Ia boleh meningkatkan risiko masalah lebih serius seperti barah, angin ahmar, sakit jantung dan nyanyuk, kata Dr Sigman dalam
Biologist, jurnal Institut Biologi.

Laman web sosial seperti MySpace dan Facebook membolehkan orang ramai berhubungan dengan rakan menerusi internet.
Mereka boleh bertukar-tukar gambar, bermain permainan dan meninggalkan mesej.

Namun, walaupun ia dicipta untuk mendekatkan hubungan, Dr Sigman berkata laman web berkenaan sebenarnya menjadikan
pengunjungnya lebih terasing.

Penyelidikan menunjukkan bilangan jam yang diperuntukkan untuk berbual secara bersemuka jatuh mendadak sejak 1987 apabila
penggunaan media elektronik meningkat.

"Memang ada perbezaan antara 'kehadiran sebenar' dan kepelbagaian maya," kata Dr Sigman.

Sesetengah gen, termasuk yang terbabit dengan sistem imun dan reaksi kepada tekanan, bertindak secara berbeza mengikut
sejauh mana seseorang itu berinteraksi secara sosial dengan orang lain.
Keburukan dan Kelemahan Facebook lebih banyak daripada manfaat
October 10th, 2010 | Author: aried
Keburukan dan kelemahan Facebook lebih banyak dari kebaikannya.
KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar
mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak.
Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, antara keburukan
menanti ‘penagih’ laman web itu merangkumi membentuk sikap lalai, boleh meruntuhkan rumah tangga termasuk mempengaruhi remaja
berzina.
“Rumah Iman kendalian Sidim menempatkan beberapa remaja perempuan yang terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook.
Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.
“Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi
laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro Isnin lalu mengenai pelajar tingkatan lima sebuah sekolah
asrama di Lenggong, Perak yang cedera di mata dan dahi akibat dipukul rakan sekelas selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook
milik kawannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Aiman Asyraf, 17, dibelasah teruk kerana dikatakan menceroboh akaun Facebook milik
rakannya kerana mengetahui kata laluan.
Hanafi berkata, walaupun kejadian itu boleh dianggap terpencil namun ia jelas menunjukkan akibat buruk daripada penggunaan laman web
sosial.
“Kalau di jabatan kerajaan atau swasta pula, ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan
bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan sebenarnya tidak berkat.
“Facebook baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu saja tetapi kesannya menyebabkan kita lalai dan ia boleh menjurus ke arah
keghairahan maksiat. Kalau sekadar mahu bertanya khabar atau mengeratkan silaturahim, banyak lagi medium lebih baik boleh digunakan,”
katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan
berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap
aktiviti di alam maya.
“Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silaturahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti
pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta
banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.
“Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium
meluahkan rasa tidak puas hati dan ia bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah
dihadapi,” katanya.
Menurutnya, apa yang penting semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin
disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.
sumber myMetro
1.0 PENGENALAN
Kajian ini adalah tentang penyalahgunaan internet yang telah berlaku hampir di seluruh
dunia hari ini termasuk dalam kalangan masyarakat Malaysia khusunya mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna
internet yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka semasa menggunakan
teknologi internet. Pastinya penyalahgunaan internet telah menimbulkan perspektif negatif
kepada manusia yang tidak mengetahui tentang internet.
Terdapat pelbagai penyalahgunaan internet yang sedang berlaku sekarang.Dalam kajian
ini, penyelidik telah menumpukan masalah penyalahgunaan internet yang berkaitan dengan cetak
rompak, judi siber, pornografi dan penyalahgunaan laman social.
Berdasarkan kepada sumber dan laporan di atas, maka penyalahgunaan internet adalah
dianggap sebagai satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius. Namun oleh kerana jenayah
tersebut dilakukan melalui internet atau alam siber maka ia dinamakan jenayah siber.
Daripada analisa yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat jenayah-
jenayah siber yang agak berat dalam kalangan mahasiswa, namun masih ada segelintir
mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit
bilangannya.Ini memerlukan keprihatinan semua pihak khususnya mereka yang terlibat dalam
institusi pendidikan dan ICT di Malaysia.
2.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mendedahkan beberapa isu utama penyalahgunaan
internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagaimana yang
diketahui umum, penyalahgunaan internet telah banyak berlaku pada zaman yang mementingkan
penggunaan teknologi maklumat ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk
mengetahui tahap penglibatan penyalahgunaan internet oleh mahasiswa-mahasiswi di institusi
ini, malah untuk mengkaji faktor-faktor penyalahgunaan internet oleh mereka. Melalui kajian ini
juga, penyelidik-penyelidik dapat mencari cara mengatasi masalah yang disebabkan
penyalahgunaan internet ini.

3.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini meliputi semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kajian ini juga tidak tertumpu kepada faktor tertentu seperti agama, bangsa dan umur,
tetapi terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi institusi ini. Skop kajian juga adalah
meliputi hasil resensi perpustakaan dan pengedaran borang soal selidik.

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Matlamat utama kajian ini ialah untuk melihat tahap penyalahgunaan internet dalam
kalangan mahasiswa melalui persepsi dan jenis-jenis penyalahgunaan internet. Melalui kajian
terhadap perkara-perkara yang telah disebutkan itu, adalah diharapkan penyelidik akan dapat
membuat rumusan bagaimana untuk meningkatkan kesedaran terhadap mahasiswa dalam
menggunakan internet.
Penyelidik juga akan dapat memberi saranan dan cadangan sama ada kepada organisasi,
kerajaan atau masyarakat kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membendung atau
mengurangkan kadar jenayah siber dalam kalangan mahasiswa. Oleh yang demikian, dua kaedah
telah digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu kaedah analisa dokumen dan soal
selidik.
5.0 HASIL KAJIAN

5.1 PENDAHULUAN

Penggunaan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang menyemarakkan penyebaran ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang
dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan.
Pelbagai maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan kawalan.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini
menimbulkan rasa takut bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu
mengekang kebebasan bersuara penduduk mereka.
Penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat-alat komunikasi
yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang
penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun,
bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif
seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malahan
kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan
kandungan televisyen.
Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat
ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta
pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang
cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.
5.2 DEFINISI

Penyalahgunaan internet biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti jenayah yang berkaitan


dengan teknologi dan komputer menerusi internet. Namun begitu, definisi penyalahgunaan
internet sebenarnya mempunyai takrifan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kita boleh
mendapatkan definisi penyalahgunaan internet melalui pelbagai sumber dan maklumat yang
sentiasa berubah dan selari dengan perkembangan dan evolusi IT.
Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER),
Leftenan (Lt.) Kolonel Husin Jazri menyatakan bahawa buat masa ini tidak ada satu definisi
ancaman keganasan atau penyalahgunaan yang sesuai dan diterima pakai oleh semua. Beliau
berkata, adalah lebih baik kita gunakan istilah ``ancaman siber'' dan tidak ``ancaman keganasan
siber'' kerana ancaman siber walaupun tidak semestinya ganas, mampu membawa implikasi yang
buruk secara global dalam masa yang amat singkat. (Utusan Malaysia, Februari 2004)
Takrifan lain mengenai penyalahgunaan internet boleh didapati melalui laman web
(www.techterms.org/definition/internetabuse) iaitu penyalahgunaan internet ditakrifkan sebagai
“criminal activity done using computers and the Internet. This includes anything from
downloading illegal music files to stealing millions of dollars from online bank accounts.
Cybercrime also includes non-monetary offenses, such as creating and distributing viruses on
other computers or posting confidential business information on the internet”.

Terdapat berbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masa kini. Diantara jenis-jenis
jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna internet ialah:
a. Cetak rompak
b. Judi siber
c. Pornografi
d. Penyalahgunaan laman sosial
Oleh itu berdasarkan beberapa definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan
bahawa jenayah siber ialah sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui teknologi internet.
Maka melalui kajian ini, dapat dilihat jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja-
remaja khususnya mahasiswa supaya semua pihak dapat membuat penilaian dan mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk membendungnya.
5.3 DAPATAN KAJIAN

5.3.1 Memuat Turun Perisian Komputer Atau Sebarang Bentuk Multimedia Tanpa Kebenaran

S7.Saya selalu memuat turun video, lagu atau perisian daripada internet
Peratusan

67
80
60 33
40
20
0
Ya Tidak

Analisis data menunjukkan hanya seramai 20 orang atau 67% responden pernah memuat
turun perisian komputer tanpa kebenaran berbanding 33% yang tidak pernah melakukannya.
Tanpa disedari, fakta ini menunjukkan bahawa kebanyakan jenayah siber yang melibatkan proses
memuat turun menggunakan internet adalah serius dalam kalangan pelajar.

5.3.2 Kecenderungan Untuk Melayari Laman Web Berunsur Pornografi

S9. Saya mempunyai kecenderungan untuk membuka laman berbentuk pornografi


setiap kali melayari internet
Peratusan 60
60 40
50
40
30
20
10
0
Ya Tidak

Hasil analisis menunjukkan hampir 40% responden cenderung untuk melayari laman web
berunsur pornografi. Manakala, sebilangan besar atau 60% responden tidak mempunyai
keinginan yang tinggi untuk melayari laman web pornografi. Ini membuktikan melayari laman
web berunsur pornografi agak kurang di kalangan responden.
5.3.3 Menyebarkan Maklumat Palsu Melalui Internet

S14. Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui blog dan laman sosial

Peratusan
90
100
80
60
40
10
20
0
Ya Tidak

Hasil analisis data menunjukkan hanya 3 orang atau 10% responden pernah melakukan
jenayah diatas berbanding hampir 90% responden tidak pernah menyebarkan maklumat palsu
melalui internet. Fakta ini menunjukkan bahawa jenayah siber di atas sangat kurang berlaku
dalam kalangan mahasiswa.

5.3.4 Melayari Tempat-Tempat Perjudian

Keputusan menunjukkan hanya 2 orang atau sekitar 7% sahaja responden yang kerap
melayari tempat-tempat perjudian berbanding hampir 93% responden yang tidak pernah
melakukannya. Hal ini memberi gambaran bahawa jenayah siber seperti ini sangat kurang
berlaku dalam kalangan responden.

S4. Saya pernah bermain permainan berbentuk perjudian dalam internet


Peratusan
93
100
80
60
40 7
20
0
Ya Tidak
5.3.5 Faktor-Faktor Responden Melayari Laman Berbentuk Pornografi

Data yang dianalisis menunjukkan 23 orang atau sekitar 77% responden yang
menyatakan bahawa lelaki atau wanita yang berpakaian seksi menyebabkan mereka melayari
laman berbentuk pornografi. Manakala, hampir 80% responden menyatakan bahawa sudah
menjadi kegemaran mereka untuk melihat lelaki atau wanita berpakaian seksi. Ini menunjukkan
bahawa penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan mahasiswa sangat parah tanpa kita
sedari.

S12.lelaki atau wanita yang berpakaian seksi S17.sudah menjadi kegemaran saya untuk
menyebabkan mereka melayari laman melihat lelaki atau wanita berpakaian seksi
berbentuk pornografi

6; 20%
7; 23%
Ya Ya
Tidak Tidak

23; 77% 24; 80%

5.3.6 Faktor-Faktor Responden Memuat Turun Bahan Tanpa Kebenaran

Berdasarkan analisis yang diperolehi, seramai 27 orang atau 90% responden tidak
mengetahui bahawa memuat turun melalui internet secara percuma adalah haram. Sebaliknya,
20% responden menyatakan bahawa mereka selalu mengambil maklumat dari internet untuk
dimasukkan ke dalam karya mereka.
S8.Saya tidak tahu memuat turun dalam internet secara percuma
adalah haram
Peratusan

90
80
70
60
50 90
40
30
20
10 10
0
Ya Tidak

5.3.7 Faktor-Faktor Responden Melakukan Perjudian Melalui Internet

Hasil analisis data menunjukkan, daripada 7% responden yang melayari tempat-tempat


perjudian, 50% daripada mereka pernah tertipu dengan perkhidmatan judi melalui internet.
Daripada responden-responden ini juga, mereka mengatakan bahawa mereka tidak rasa bersalah
melakukan perjudian secara internet. Lebih menarik lagi, 80% responden kerap menerima
tawaran yang menawarkan hadiah yang lumayan dalam perkhidmatan judi siber.

S10.Saya sering menerima tawaran yang menawarkan ganjaran


lumayan dalam perjudian siber
Peratusan
83
90
80
70
60
50
40
30 17
20
10
0
Ya Tidak
5.3.8 Faktor-Faktor Responden Menyebarkan Maklumat Palsu Melalui Internet Dan
Penyalahgunaan Teknologi Maklumat

Berdasarkan analisis data yang diperolehi, 57% responden tidak menggunakan nama dan
identiti mereka dalam laman sosial atau dalam blog mereka. Manakala, 53% daripada responden
tersebut lebih suka melayari laman berbentuk sosial dan hiburan berbanding laman berbentuk
pendidikan dan pelajaran.

S2.Saya menggunakan nama dan identiti sebenar dalam laman sosial atau dalam
blog
Peratusan
57

60 43
50

40

30

20

10

0
Ya Tidak
5.4 CADANGAN MENGENAI HASIL KAJIAN

Walaupun tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak berat dalam kalangan
mahasiswa dalam kajian ini, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan
beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit. Oleh itu cadangan agar pihak UKM melalui
jabatan atau unit yang berkaitan perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk membendung dan
mengatasai masalah tersebut sebelum ia merebak wajarlah diambil kira.
Kajian juga menunjukkan ramai responden yang bersetuju supaya penguatkuasaan
undang-undang dalam bidang teknologi maklumat perlu dilaksanakan segera. Oleh itu
penyelidik-penyelidik mencadangkan juga supaya pihak kerajaan melalui jabatan atau
kementerian yang berkaitan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang siber di
Malaysia khususnya dalam kalangan mahasiswa agar penyalahgunaan Internet dapat
dikurangkan atau dihapuskan pada tahap maksima.
Walaupun usaha-usaha promosi dan penguatkuasaan perlu dibuat dengan bersungguh-
sungguh oleh semua pihak, namun perkara paling penting yang perlu difahami dan diyakini
dalam membanteras penyalahgunaan internet ialah faktor agama iaitu penghayatan terhadap
ajaran agama. Maka saranan terakhir kajian ini ialah semua pihak samada pihak kerajaan, pihak
UKM, ibu bapa dan masyarakat umum perlu mempertingkatkan program atau aktiviti agama
yang boleh membawa manusia rasa cinta dan takut hanya pada-Nya semata-mata. Semoga
dengan kaedah ini akan menjadikan manusia bukan sahaja takut untuk melakukan kesalahan
agama, bahkan takut untuk melakukan kesalahan sivil seperti penyalahgunaan Internet.
5.5 KESIMPULAN KAJIAN

Penyebaran ilmu dan maklumat semakin rancak dengan adanya internet sebagai alat
komunikasi. Oleh kerana tiada pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat dalam dunia
siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai maklumat yang tidak diketahui
kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui
internet tanpa batasan dan kawalan.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini
membolehkan remaja umumnya dan mahasiswa khasnya menggunakan teknologi ini tanpa
mengambil kira akibat perbuatan mereka. Hal ini dapat dibendung sekiranya ada pihak yang
dapat membantu mereka untuk menggunakan kemudahan bukan dengan sewenang-wenangnya.
Seperti yang diketahui, penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi
alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman
memainkan peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada
orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala
dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan penyebaran maklumat dilakukan secara
tanpa batasan dan pelbagai konflik boleh terjadi selepas itu. Walaubagaimanapun, hal ini dapat
dibendung sekiranya pengguna terutama mahasiswa mempunyai jati diri yang kukuh dan
mengelakkan diri sendiri dari melakukan penyalahgunaan.
Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat
ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta
pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang
cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.
Oleh itu, masyarakat sudah pastinya tidak mahu melihat adanya mahasiswa yang melakukan
penyalahgunaan internet. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
6.0 PENUTUP

Penyalahgunaan internet sememangnya mewujudkan pelbagai permasalahan terhadap Universiti


Kebangsaan Malaysia.Reputasi dan nama universiti akan tercalar disebabkan perlakuan yang
tidak patut oleh mahasiswa.Oleh yang demikian, melalui kajian ini diharap telah memberi sedikit
gambaran kepada mahasiswa dan universiti tentang betapa penyalahgunaan internet dan
mengapa perlunya penyalahgunaan internet diatasi dalam kalangan mahasiswa.

Selain itu juga, usaha membanteras perlu diteruskan di samping satu program jangka panjang
perlu difikirkan dari sekarang agar suasana akan lebih baik dari hari ke hari.Jenayah siber akan
sentiasa mengheret bersamanya banyak lagi jenayah-jenayah yang lain. Masalah pengunaan
internet tidak datang bersendirian sebaliknya datang dengan seribu masalah yang lain dari
pelbagai aspek.

Penyelidik amat berharap pihak Universiti Kebangsaan Malaysia tidak berputus asa untuk
menyelesaikan masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan mahasiswa.Kepada Allah
penyelidik serahkan segala usaha menyelesaikan masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai