Anda di halaman 1dari 2

TAJUK TUGASAN:

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: INFORMASI DAN KOMUNIKASI

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: INFORMASI DAN KOMUNIKASI

Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi peradaban manusia dari segi cara


penyampaian informasi dan maklumat dalam berkomunikasi. Sejak zaman prasejarah lagi
wujudnya komunikasi antara manusia sehingga menyebabkan teknologi komunikasi turut
berkembang dari semasa ke semasa. Sejarah perkembangan teknologi informasi dan
komunikasi ini panjang dari zaman sebelum masihi sehingga sekarang. Tetapi saya suka
untuk menerangkan serba sedikit secara ringkas tentang perkembangan komputer dari segi
procesornya. Procesor komputer merupakan otak yang bertugas untuk melakukan pekerjaan
yang berhubungan dengan pengiraan atau pemprosesan yang bertugas sebagai unit kawalan.
Procesor merupakan satu komponen komputer yang memainkan peranan dengan
mempengaruhi proses kerja komputer secara keseluruhan dan semua personal computer (PC)
dibentuk sesuai dengan generasi procesornya.
Generasi procesor ditentukan oleh pelbagai jalur-jalur paralel untuk perpindahan data
antara modul dalam sistem komputer. Setiap jalur-jalur hanya dapat membawa 1 bit data
sahaja. Procesor yang memiliki 8 jalur paralel perpindahan data dikatakan memiliki 8 data bus
dan disebut procesor 8 bit. Procesor jenis ini mula dibuat pada tahun 1979, termasuk juga
generasi XT (Extended Technology) dan diberi nama procesor 8088.
Sejak 1979 hingga sekarang,teknologi pembuatan procesor telah berkembang dan
mengalami lebih dari 10 kali penyempurnaan dan perkembangannya iaitu seperti berikut:
 Procesor 8 bit :8088
 Procesor 16 bit :8086 – 801806 – 80286
 Procesor 32 bit :386 SX – 386 DX – 486 SX – 486 DX – Pentium –
Pentium Pro – Pentium II – Pentium III – Pentium IV,AMD Athlon
 Saat ini telah ada procesor generasi terbaru,ada yang disebut Pentium
IV dual core 2,intel core 2 duo,AMD Phenom,dll.
Kesimpulannya, perkembangan teknologi banyak membawa kebaikan dari segi kemudahan
untuk manusia berhubung antara satu sama lain. Selain itu, perkembangan teknologi di
sesebuah negara mampu menjadikan negara tersebut maju oleh kerana perkembangan
manusia yang berteknologi.

Anda mungkin juga menyukai