Anda di halaman 1dari 16

SEMESTER 1

Sidang Akademik 2015/2016

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

NAMA : MUHD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


TUGASAN I (15%)

Sila struktur semula esei di bawah ke bentuk siri silogisme—modus ponens untuk hujah
yang tiada masalah kesahan, dan silogisme yang tidak sah untuk hujah yang memang
jelasnya tidak sah. Siri ini mestinya terdiri daripada hujah-hujah penyokong dan hujah
utama. Kenalpasti falasi yang terlibat dan kemudian beri penerangan untuk menyokong
pendapat anda.
Remaja negara kita telah dilanda oleh “budaya liar” yang serius sejak kebelakangan
ini. Keruntuhan moral beberapa remaja di dua negeri di negara kita merupakan bukti yang
jelas bahawa budaya liar telah meresap dalam kalangan para remaja Malaysia. Budaya liar
bermaksud aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan hukum agama, moral, dan budaya
bangsa. Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini berlakulah pelbagai perbuatan keji seperti
perzinaan, penagihan dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan sebagainya. Meniru cara
hidup masyarakat Barat merupakan satu antara faktor-faktor yang menyebabkan golongan
remaja terlibat dalam kegiatan budaya liar ini. Faktor kedua ialah kemiskinan. Mereka yang
tidak bernasib baik dari segi ekonomi sentiasa menjadi mangsa keganasan dan ketidakadilan
masyarakat. Situasi kemiskinan ini sahaja yang cukup untuk menyebabkan budaya liar
semakin merebak di kalangan keluarga yang berasal daripada komuniti kelas bawahan dalam
sesuatu masyarakat.
Penghijrahan penduduk dari desa ke bandar bagi memenuhi keperluan hidup yang
lebih baik berlaku di mana-mana sahaja di negara kita. Malangnya kebanyakan remaja yang
berhijrah ke bandar lupa nilai-nilai hidup di desa yang perlu dipertahankan. Akhirnya, mereka
terjerumus dalam lembah kehinaan kerana menurut nafsu yang tidak terkawal. Jika adanya
remaja yang berhijrah ke bandar dari desa, maka memangnya mereka akan dilanda oleh
budaya liar yang dikatakan di atas. Oleh itu, pada masa depan kita patut menghalang kaum
remaja daripada berhijrah ke bandar dari desa, dan dengan berbuat demikian tiada remaja
akan berhijrah ke bandar dari desa. Jadi, sudah tentu kaum remaja tersebut tidak akan dilanda
oleh budaya liar.

[esei ini dipetik dan diubahsuai daripada Mahazan Arshad, Pengajian Am Kertas 2 (Esei)
STPM (Petaling Jaya: Longman Malaysia, 1995), m/s 71-72.]
Tugasan 1

Hujah Penyokong 1

P1- Kalau remaja negara kita telah dilanda oleh “budaya liar” yang serius sejak kebelakangan
ini maka keruntuhan moral beberapa remaja di dua negeri di negara kita merupakan bukti
yang jelas bahawa budaya liar telah meresap dalam kalangan para remaja Malaysia.

P2- Sebenarnya, remaja negara kita telah dilanda oleh “budaya liar” yang serius sejak
kebelakangan ini.

K- Jadi, keruntuhan moral beberapa remaja di dua negeri di negara kita merupakan bukti yang
jelas bahawa budaya liar telah meresap dalam kalangan para remaja Malaysia.

Hujah Penyokong 2

P1- Kalau budaya liar bermaksud aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan hukum
agama, moral, dan budaya bangsa maka hasil daripada aktiviti-aktiviti ini berlakulah pelbagai
perbuatan keji seperti perzinaan, penagihan dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan
sebagainya.

P2- Sebenarnya, budaya liar bermaksud aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan
hukum agama, moral, dan budaya bangsa.

K- Jadi, hasil daripada aktiviti-aktiviti ini berlakulah pelbagai perbuatan keji seperti
perzinaan, penagihan dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan sebagainya.

Hujah Penyokong 3

P1- Kalau meniru cara hidup masyarakat Barat merupakan satu antara faktor-faktor yang
menyebabkan golongan remaja terlibat dalam kegiatan budaya liar ini maka faktor kedua
ialah kemiskinan.

P2- Sebenarnya, meniru cara hidup masyarakat Barat merupakan satu antara faktor-faktor
yang menyebabkan golongan remaja terlibat dalam kegiatan budaya liar ini.

K- Jadi, faktor kedua ialah kemiskinan.


Hujah Penyokong 4

P1- Kalau mereka yang tidak bernasib baik dari segi ekonomi sentiasa menjadi mangsa
keganasan dan ketidakadilan masyarakat maka situasi kemiskinan ini sahaja yang cukup
untuk menyebabkan budaya liar semakin merebak di kalangan keluarga yang berasal daripada
komuniti kelas bawahan dalam sesuatu masyarakat.

P2- Sebenarnya, mereka yang tidak bernasib baik dari segi ekonomi sentiasa menjadi mangsa
keganasan dan ketidakadilan masyarakat.

K- Jadi, situasi kemiskinan ini sahaja yang cukup untuk menyebabkan budaya liar semakin
merebak di kalangan keluarga yang berasal daripada komuniti kelas bawahan dalam sesuatu
masyarakat.

Hujah Penyokong 5

P1- Kalau penghijrahan penduduk dari desa ke bandar bagi memenuhi keperluan hidup yang
lebih baik berlaku di mana-mana sahaja di negara kita maka malangnya kebanyakan remaja
yang berhijrah ke bandar lupa nilai-nilai hidup di desa yang perlu dipertahankan.

P2- Sebenarnya, penghijrahan penduduk dari desa ke bandar bagi memenuhi keperluan hidup
yang lebih baik berlaku di mana-mana sahaja di negara kita.

K- Jadi, malangnya kebanyakan remaja yang berhijrah ke bandar lupa nilai-nilai hidup di desa
yang perlu dipertahankan.

Hujah Penyokong 6

P1- Kalau remaja terjerumus dalam lembah kehinaan kerana menurut nafsu yang tidak
terkawal maka jika adanya remaja yang berhijrah ke bandar dari desa.
P2- Sebenarnya, remaja terjerumus dalam lembah kehinaan kerana menurut nafsu yang tidak
terkawal

K- Jadi, jika adanya remaja yang berhijrah ke bandar dari desa.

Hujah Penyokong 7

P1- Kalau memangnya remaja akan dilanda oleh budaya liar seperti perzinaan, penagihan
dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan sebagainya maka pada masa depan kita patut
menghalang kaum remaja daripada berhijrah ke bandar dari desa.

P2- Sebenarnya, memangnya remaja akan dilanda oleh budaya liar seperti perzinaan,
penagihan dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan sebagainya.

K- Jadi, pada masa depan kita patut menghalang kaum remaja daripada berhijrah ke bandar
dari desa.

Hujah Penyokong 8

P1- Kalau dengan berbuat demikian tiada remaja akan berhijrah ke bandar dari desa maka
sudah tentu kaum remaja tersebut tidak akan dilanda oleh budaya liar.

P2- Sebenarnya, dengan berbuat demikian tiada remaja akan berhijrah ke bandar dari desa.

K- Jadi, sudah tentu kaum remaja tersebut tidak akan dilanda oleh budaya liar.

Hujah Utama

P1- Kalau penghijrahan remaja dari desa ke bandar yang membawa kepada peningkatan
budaya liar disebabkan situasi kemiskinan maka kita patut menghalang kaum remaja daripada
berhijrah ke bandar dari desa supaya tidak akan dilanda oleh budaya liar.

P2- Sebenarnya, penghijrahan remaja dari desa ke bandar yang membawa kepada peningkatan
budaya liar disebabkan situasi kemiskinan.
K- Jadi, kita patut menghalang kaum remaja daripada berhijrah ke bandar dari desa supaya
tidak akan dilanda oleh budaya liar.

Falasi Tidak Formal

Hujah Penyokong 1
P1- Kalau remaja negara kita telah dilanda oleh “budaya liar” yang serius sejak kebelakangan
ini maka keruntuhan moral beberapa remaja di dua negeri di negara kita merupakan bukti
yang jelas bahawa budaya liar telah meresap dalam kalangan para remaja Malaysia.

 Hujah penyokong ini terdapat falasi tidak formal divisi. Hal ini demikian kerana hujah
ini mempunyai kelemahan berhujah dari keseluruhan ke bahagian. Seseorang
membuat tanggapan bahawa yang benar pada keseluruhan akan benar pada bahagian
kecil.
 Contohnya premis kedua mengatakan (“keruntuhan moral beberapa remaja di dua
negeri di negara kita merupakan bukti yang jelas bahawa budaya liar telah meresap
dalam kalangan para remaja Malaysia”) hal ini tidak mengemukakan bilangan contoh
yang mencukupi kerana hanya beberapa remaja di dua negeri sahaja yang mempunyai
keruntuhan moral. Oleh itu, tidak semestinya semua para remaja di malaysia terlibat
dalam budaya liar.
Hujah Penyokong 2

P1- Kalau budaya liar bermaksud aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan hukum
agama, moral, dan budaya bangsa maka hasil daripada aktiviti-aktiviti ini berlakulah pelbagai
perbuatan keji seperti perzinaan, penagihan dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan
sebagainya.

 Hujah penyokong ini mempunyai falasi tidak formal komposisi. Kelemahan berhujah
dari bahagian ke keseluruhan. Kesimpulan mengatakan (“hasil daripada aktiviti-
aktiviti ini berlakulah pelbagai perbuatan keji seperti perzinaan, penagihan dadah,
pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan sebagainya”) dan kesimpulan menerangkan
keseluruhan perkara yang sama itu.
 Terdapat juga sebab lain yang mempengaruhi perbuatan keji itu berlaku seperti meniru
cara hidup masyarakat barat dan faktor kemiskinan.

Hujah Penyokong 3

P1- Kalau meniru cara hidup masyarakat Barat merupakan satu antara faktor-faktor yang
menyebabkan golongan remaja terlibat dalam kegiatan budaya liar ini maka faktor kedua
ialah kemiskinan.

 Hujah penyokong ini mempunyai falasi dilema palsu. Hal ini demikian kerana hujah
ini mempunyai kelemahan sebagai suatu dilemma tetapi sebenarnya situasi yang
dinyatakan dalam hujah tersebut bukannya suatu dilema. Major premis mengatakan
(“meniru cara hidup masyarakat Barat merupakan satu antara faktor-faktor yang
menyebabkan golongan remaja terlibat dalam kegiatan budaya liar ini”) manakala
minor premis mengatakan (“faktor kedua ialah kemiskinan”).
 Hal ini menyebabkan kita menghadapi dua pilihan dan tiada terdapat pilihan yang
ketiga. Jika terdapat pilihan yang ketiga, keadaan itu bukan lagi merupakan suatu
dilema.

Hujah Penyokong 4
P1- Kalau mereka yang tidak bernasib baik dari segi ekonomi sentiasa menjadi mangsa
keganasan dan ketidakadilan masyarakat maka situasi kemiskinan ini sahaja yang cukup
untuk menyebabkan budaya liar semakin merebak di kalangan keluarga yang berasal daripada
komuniti kelas bawahan dalam sesuatu masyarakat.

 Hujah penyokong ini mempunyai falasi membuat generalisasi tergesa-gesa.


Kesimpulan mengatakan (“situasi kemiskinan ini sahaja yang cukup untuk
menyebabkan budaya liar semakin merebak di kalangan keluarga yang berasal
daripada komuniti kelas bawahan dalam sesuatu masyarakat”) hal ini tidak
mengemukakan bilangan contoh yang mencukupi kerana terdapat faktor lain yang
mempengaruhi budaya liar ini merebak bukan hanya disebabkan oleh situasi
kemiskinan sahaja.
 Oleh itu, terdapat juga faktor seperti meniru cara hidup masyarakat barat dan
keruntuhan moral yang juga penyumbang kepada budaya liar ini.

Hujah Penyokong 5

P1- Kalau penghijrahan penduduk dari desa ke bandar bagi memenuhi keperluan hidup yang
lebih baik berlaku di mana-mana sahaja di negara kita maka malangnya kebanyakan remaja
yang berhijrah ke bandar lupa nilai-nilai hidup di desa yang perlu dipertahankan.

 Hujah penyokong ini mempunyai falasi yang merayu kepada ancaman atau perasaan
takut. Hal ini demikian kerana falasi ini lazimnya merujuk kepada kesan yang negatif
atau buruk. Kesimpulan mengatakan (“malangnya kebanyakan remaja yang berhijrah
ke bandar lupa nilai-nilai hidup di desa yang perlu dipertahankan”). Ini menunjukkan
bahawa dengan remaja berhijrah akan menyebabkan mereka lupa akan nila-nilai hidup
di desa.
 Jadi, hujah ini menimbulkan perasaan takut akan kehilangan nila-nilai hidup di desa
ini yang menyebabkan nilai ini akan pupus jika remaja terus berhijrah dari desa ke
bandar.

Hujah Penyokong 6

P1- Kalau remaja terjerumus dalam lembah kehinaan kerana menurut nafsu yang tidak
terkawal maka jika adanya remaja yang berhijrah ke bandar dari desa.
 Hujah penyokong ini mempunyai falasi tidak formal perbandingan yang salah. Hal ini
disebabkan penghujah membandingkan remaja yang terjerumus dalam lembah
kehinaan kerana menurut nafsu dengan remaja yang berhijrah ke Bandar dari desa.
Remaja yang terjerumus dalam lembah kehinaan tidak mempunyai kaitan dengan
remaja yang berhijrah ke Bandar kerana mereka terjerumus dalam lembah kehinaan
berpunca daripda menurut nafsu yang tidak terkawal.
 Oleh itu, hujah di atas mempunyai falasi tidak formal perbandingan yang salah kerana
penghujah membandingkan remaja yang terjerumus dalam lembah kehinaan kerana
menurut nafsu dengan remaja yang berhijrah ke Bandar dari desa.

Hujah Penyokong 7

P1- Kalau memangnya remaja akan dilanda oleh budaya liar seperti perzinaan, penagihan
dadah, pelacuran, penipuan, pergaduhan, dan sebagainya maka pada masa depan kita patut
menghalang kaum remaja daripada berhijrah ke bandar dari desa.

 Hujah penyokong ini mempunyai falasi tidak formal domino atau cerun licin.
Penghujah yang melakukan falasi ini cuba membuktikan bahawa peristiwa A akan
mengakibatkan peristiwa B, yang akan mengakibatkan peristiwa C, dan seterusnya,
sehingga sampai ke peristiwa X yang merupakan suatu peristiwa tragik. Oleh itu, kita
tidak patut memulakan tindakan A. Remaja dilanda budaya liar jika berhijrah ke
Bandar.
 Oleh itu, kesimpulan mengatakan kita patut menghalang kaum remaja daripada
berhijrah ke Bandar dari desa.

Hujah Penyokong 8

P1- Kalau dengan berbuat demikian tiada remaja akan berhijrah ke bandar dari desa maka
sudah tentu kaum remaja tersebut tidak akan dilanda oleh budaya liar.

 Hujah penyokong ini mempunyai falasi tidak formal membuat generalisasi secara
tergesa-gesa. Kesimpulan mengatakan (“kaum remaja tersebut tidak akan dilanda oleh
budaya liar”) jika tiada remaja yang berhijrah ke bandar dari desa. Hal ini kerana tidak
semestinya budaya liar ini terjadi jika remaja berhijrah ke bandar, mungkin juga
budaya liar ini terjadi di desa disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya
seperti masalah keluarga atau desakan hidup.
 Oleh itu, hujah ini merupakan falasi tidak formal membuat generalisasi secara tergesa-
gesa.

TUGASAN II (15%)
Perhatikan karangan di bawah. Kenalpasti hujah yang mempunyai falasi (sama ada
formal atau tidak formal) dan nyatakannya. Anda tidak perlu menstruktur semula
hujah yang dikenalpasti tersebut ke bentuk silogisme. Anda hanya perlu nyatakan
hujah yang bermasalah, sebutkan jenis falasi yang dilakukan, kemudian beri justifikasi
untuk menyokong pilihan anda. Jawapan anda mesti dalam format esei berperenggan.

Di sini saya ini ingin mengutarakan beberapa dalil kenapa Nasi Lemak D’Bes4u
masakan saya, Dato’ Ali bin Ali, patut dianugerahi gelaran Nasi Lemak Teragung Negara
2017 berbanding masakan Nasi Lemak Laksamana seteru saya, Aminah binti Nigel. Sebab
pertama: saya orang Pulau Pinang. Semua orang pasti tahu bahawa masakan orang Penang
terkenal di serata dunia. Char Kue Teow, Asam Laksa, Loh Bak, Rojak, Nasi Kandar,
Chendol, semua sedap! Aminah pula lahir di negeri orang putih, bekas penjajah kita. Bapanya
ialah Nigel Fauntleroy dari Manchester, England. Kalau Nasi Lemak Manchester masakan
anak Nigel pun boleh digelar Nasi Lemak Teragung Negara, maksudnya adalah kita telah
membenarkan budaya Barat menjajah masakan seharian kita. Tak lama lagi, semua penduduk
negara kita tidak boleh sarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai, teh tarik, karipap dan kuih-
muih kegemaran. Kita terpaksa makan fish and chips, sandwich, waffle, pancake, popcorn,
cheese wedges, tiramisu dan chicken nugget sahaja. Jika anda mahu makan popcorn sahaja
setiap pagi, maka jangan beri anugerah Nasi Lemak Teragung kepada saya.

Kasihanilah saya, wahai para hakim. Saya baru sahaja diisytihar muflis kerana
kerugian melabur dalam amanah saham. Saya perlu menanggung nafkah tujuh orang anak,
dua orang isteri dan dua orang ibu bapa. Ini tidak termasuk lagi dua pasang ibu bapa mertua
saya. Anggaplah anugerah ini sebagai sedekah.

Saya ada mesej WhatsApp dari tiga orang profesor dari Kolej Komuniti Johan yang
memberi sokongan padu kepada kesedapan Nasi Lemak D’Bes4u. Saya boleh forward kepada
para hakim sekalian. Dua mereka professor matematik dan seorang lagi profesor ilmu
kajihayat. Mereka semua orang cerdik, orang yang sekolah. Mungkin para hakim pernah
mendengar desas-desus dari Facebook bahawa sambal masakan Aminah mengandungi dadah
terlarang cocaine. Itu sebabnya Nasi Lemak Laksamana rasa sedap dan mudah ketagih!
Setakat ini pihak Aminah tidak pernah mengemukakan bukti bahawa masakannya bebas
100% dari dadah durjana tersebut.

Akhir sekali, para hakim mungkin tahu bahawa adik perempuan saya, Alya, adalah
peninju muay thai terkemuka negara kita. Dia telah mengalahkan dan mencederakan beratus-
ratus orang. Banyak piala yang dia sudah menang dan banyak hidung sudah remuk ditumbuk
oleh adik kesayangan saya. Tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa Pak Long saya memiliki
ladang buaya tidak jauh dari sini. Sekiranya saya meninggalkan perlawanan ini dengan tangan
kosong, jangan terkejut jika adik saya, bapa saudara saya dan buaya-buayanya melawat
rumah-rumah anda!
Tugasan II

Falasi Tidak Formal

“Kalau Nasi Lemak Manchester masakan anak Nigel pun boleh digelar Nasi Lemak
Teragung Negara, maksudnya adalah kita telah membenarkan budaya Barat menjajah
masakan seharian kita. Tak lama lagi, semua penduduk negara kita tidak boleh sarapan pagi
dengan nasi lemak, roti canai, teh tarik, karipap dan kuih-muih kegemaran. Kita terpaksa
makan fish and chips, sandwich, waffle, pancake, popcorn, cheese wedges, tiramisu dan
chicken nugget sahaja. Jika anda mahu makan popcorn sahaja setiap pagi, maka jangan beri
anugerah Nasi Lemak Teragung kepada saya.”

Hujah di atas merupakan falasi tidak formal merayu kepada ancaman atau
perasaan takut. Penghujah yang melakukan falasi ini cuba untuk mengancam pihak lawan
supaya menerima arahan atau sesuatu cadangan. Dalam hujah ini, pihak penghujah cuba
menukar tindakan atau keputusan melalui ancaman. Seperti ayat di atas “Tak lama lagi, semua
penduduk negara kita tidak boleh sarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai, teh tarik,
karipap dan kuih-muih kegemaran. Kita terpaksa makan fish and chips, sandwich, waffle,
pancake, popcorn, cheese wedges, tiramisu dan chicken nugget sahaja”. Penghujah memberi
ancaman kepada kita dengan memberitahu kita berkemungkinan tidak lagi dapat sarapan
dengan makanan tradisional sekiranya kita tidak menyokong Nasi Lemak D`Bes4U.
Penghujah menyenaraikan akibat-akibat yang akan berlaku jika kita tidak mengubah
pendirian kita. Oleh itu hujah ini mempunyai falasi yang merayu kepada ancaman atau
perasaan takut.

Hujah di atas juga mempunyai falasi tidak formal domino atau cerun licin.
Penghujah yang melakukan falasi ini cuba membuktikan bahawa peristiwa A akan
mengakibatkan peristiwa B, yang akan mengakibatkan peristiwa C, yang kemudian
mengakibatkan D, dan seterusnya, sehingga sampai ke peristiwa X yang merupakan suatu
peristiwa tragik. Oleh itu, kita tidak patut memulakan tindakan A. Hujah ini juga
menimbulkan perasaan takut iaitu “jika anda mahu makan popcorn sahaja setiap pagi, maka
jangan beri anugerah Nasi Lemak Teragung kepada saya.” Tetapi masalah yang timbul di sini
ialah kebanyakan dakwaan yang dikemukakan melalui premis kedua tidak dibuktikan. Setiap
perkara dalam premis kedua perlu disokong dengan satu atau lebih alasan. Tetapi penghujah
tidak menyampaikan alasan atau bukti yang diperlukan. Tanpa bukti-bukti yang kukuh, hujah
ini memang mempunyai falasi domino.

“Kasihanilah saya, wahai para hakim. Saya baru sahaja diisytihar muflis kerana
kerugian melabur dalam amanah saham. Saya perlu menanggung nafkah tujuh orang anak,
dua orang isteri dan dua orang ibu bapa. Ini tidak termasuk lagi dua pasang ibu bapa mertua
saya. Anggaplah anugerah ini sebagai sedekah”

Hujah di atas merupakan falasi tidak formal merayu kepada perasaan kasihan dan
simpati. Kelemahan berhujah di mana penghujah tidak memberi alasan yang kukuh untuk
menyokong pendapat atau kesimpulannya. Penghujah hanya merayu kepada emosi kasihan
untuk meyakinkan pendengar untuk menerima hujah yang dikemukakan. Dalam ayat di atas
penghujah merayu perasaan belas kasihan kepada hakim kerana beliau baru sahaja diisytihar
muflis. Penghujah juga perlu menanggung nafkah tujuh orang anak, dua orang isteri dan dua
orang ibu bapa. Ini tidak termasuk lagi dua pasang ibu bapa mertua saya. Hujah seperti ini
merupakan falasi merayu kepada perasaan kasihan dan simpati penghujah menunjukkan belas
kasihan. Oleh itu, hujah ini sememangnya falasi tidak formal merayu kepada perasaan kasihan
dan simpati.

Hujah di atas juga mempunyai falasi yang merujuk kepada autoriti atau pihak
berkuasa yang relevan. Penghujah dalam ayat di atas merayu kepada hakim. Hujah yang
merayu kepada autoriti yang relevan bukanlah hujah yang lemah. Penghujah merayu kepada
hakim agar menyokong beliau. Hakim ini merupakan autoriti kerana mempunyai kepakaran
dalam sesuatu bidang. Oleh itu, jelaslah bahawa ayat di atas mempunyai falasi yang merujuk
kepada autoriti atau pihak berkuasa yang relevan.
“Saya ada mesej WhatsApp dari tiga orang profesor dari Kolej Komuniti Johan yang
memberi sokongan padu kepada kesedapan Nasi Lemak D’Bes4u. Saya boleh forward
kepada para hakim sekalian. Dua mereka professor matematik dan seorang lagi profesor
ilmu kajihayat. Mereka semua orang cerdik, orang yang sekolah”.

Hujah di atas mempunyai falasi tidak formal membuat generalisasi secara tergesa-
gesa. Hal ini demikian kerana tiada kaitan sama sekali antara tiga orang profesor dengan
kesedapan Nasi Lemak D’Bes4u. Penghujah hanya mengambil sampel daripada tiga orang
profesor berkaitan dengan kesedapan Nasi Lemak D’Bes4u dan menganggap semua orang
akan bersetuju dengan pernyataan bahawa kesedapan Nasi Lemak D’Bes4u. Oleh itu, hujah di
atas mempunyai falasi tidak formal membuat genralisasi secara tergesa-gesa.

“Mungkin para hakim pernah mendengar desas-desus dari Facebook bahawa sambal
masakan Aminah mengandungi dadah terlarang cocaine. Itu sebabnya Nasi Lemak
Laksamana rasa sedap dan mudah ketagih! Setakat ini pihak Aminah tidak pernah
mengemukakan bukti bahawa masakannya bebas 100% dari dadah durjana tersebut”

Hujah di atas merupakan satu falasi tidak formal yang merujuk kepada
kepentingan diri sendiri. Hal ini demikian kerana penghujah membuat sesuatu keputusan
yang berasaskan kepentingan diri sendiri. Contohnya seperti ayat di atas “Mungkin para
hakim pernah mendengar desas-desus dari Facebook bahawa sambal masakan Aminah
mengandungi dadah terlarang cocaine. Itu sebabnya Nasi Lemak Laksamana rasa sedap dan
mudah ketagih!”. Penghujah mengatakan bahawa masakan Aminah mengandungi dadah
supaya masakan Aminah tidak mendapat anugerah Nasi Lemak Teragung Negara 2017.
Penghujah tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan masakan Aminah
mengandungi dadah. Oleh itu hujah ini sememangnya mempunyai falasi tidak formal yang
merujuk kepada kepentingan diri sendiri.

“Akhir sekali, para hakim mungkin tahu bahawa adik perempuan saya, Alya, adalah
peninju muay thai terkemuka negara kita. Dia telah mengalahkan dan mencederakan
beratus-ratus orang. Banyak piala yang dia sudah menang dan banyak hidung sudah remuk
ditumbuk oleh adik kesayangan saya. Tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa Pak Long saya
memiliki ladang buaya tidak jauh dari sini. Sekiranya saya meninggalkan perlawanan ini
dengan tangan kosong, jangan terkejut jika adik saya, bapa saudara saya dan buaya-
buayanya melawat rumah-rumah anda!”

Hujah di atas merupakan falasi tidak formal perbandingan yang salah atau palsu.
Hal ini demikian disebabkan oleh penggunaan kaedah menaakul perbandingan yang
melibatkan dua perkara yang tiada kaitan secara langsung antara satu dengan yang lain.
Seperti dalam ayat di atas “Alya, adalah peninju muay thai terkemuka negara kita. Dia telah
mengalahkan dan mencederakan beratus-ratus orang. Banyak piala yang dia sudah menang
dan banyak hidung sudah remuk ditumbuk oleh adik kesayangan saya. Tetapi anda mungkin
tidak tahu bahawa Pak Long saya memiliki ladang buaya tidak jauh dari sini”. Penghujah
membandingkan seorang peninju dan seorang pengembala ladang buaya yang tidak
mempunyai persamaan yang ketara antara kedua-duanya. Ini menyebabkan ketidakmungkinan
untuk menghasilkan satu kesimpulan bagi kedua-dua perkara tersebut. Jadi jelaslah bahawa
hujah di atas mempunyai falasi tidak formal perbandingan yang salah atau palsu.

Hujah di atas juga mempunyai falasi tidak formal jenis merayu kepada ancaman
atau perasaan takut. Penghujah cuba untuk menukar tindakan seseorang dengan memberi
ancaman seperti dalam ayat di atas “sekiranya saya meninggalkan perlawanan ini dengan
tangan kosong, jangan terkejut jika adik saya, bapa saudara saya dan buaya-buayanya
melawat rumah-rumah anda!”. Ini bermaksud penghujah memberi amaran dan ancaman
supaya jangan ada sesuatu yang menyebabkan dia kalah dalam perlawanan tersebut dan
seterusnya akan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, hujah ini
mempunyai falasi yang merayu kepada ancaman atau perasaan takut.

“Di sini saya ini ingin mengutarakan beberapa dalil kenapa Nasi Lemak D’Bes4u
masakan saya, Dato’ Ali bin Ali, patut dianugerahi gelaran Nasi Lemak Teragung Negara
2017 berbanding masakan Nasi Lemak Laksamana seteru saya, Aminah binti Nigel. Sebab
pertama: saya orang Pulau Pinang. Semua orang pasti tahu bahawa masakan orang Penang
terkenal di serata dunia. Char Kue Teow, Asam Laksa, Loh Bak, Rojak, Nasi Kandar,
Chendol, semua sedap! Aminah pula lahir di negeri orang putih, bekas penjajah kita.
Bapanya ialah Nigel Fauntleroy dari Manchester, England.”

Hujah di atas juga mempunyai falasi tidak formal jenis divisi. Hal ini demikian
pernyataan dalam bentuk falasi divisi ini tidak salah dari segi kaedah mahupun struktur.
Namun apa yang menjadi masalah ialah apabila seseorang membuat tanggapan bahawa apa
yang benar pada keseluruhan akan benar pada bahagian kecil. Contoh ayat di atas seperti
“Sebab pertama: saya orang Pulau Pinang. Semua orang pasti tahu bahawa masakan orang
Penang terkenal di serata dunia. Char Kue Teow, Asam Laksa, Loh Bak, Rojak, Nasi Kandar,
Chendol, semua sedap! Aminah pula lahir di negeri orang putih, bekas penjajah kita. Bapanya
ialah Nigel Fauntleroy dari Manchester, England.” Contoh-contoh ayat yang diberi jelas
menghuraikan bagaimana hujah yang disampaikan bersifat daripada keseluruhan kepada
bahagian. Maka hujah ini dikenali sebagai falasi divisi.

Hujah di atas juga mempunyai falasi formal. Hal ini demikian disebabkan pernyataan
ini mempunyai kesilapan yang mudah dikesan kerana hanya struktur hujah yang salah. Falasi
digunakan sehinggakan wujud ketidakseimbangan antara premis hujah dan kesimpulan.
Contohnya “di sini saya ini ingin mengutarakan beberapa dalil kenapa Nasi Lemak D’Bes4u
masakan saya, Dato’ Ali bin Ali, patut dianugerahi gelaran Nasi Lemak Teragung Negara
2017 berbanding masakan Nasi Lemak Laksamana seteru saya, Aminah binti Nigel”.
Penghujah membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa Nasi Lemak Laksama milik
beliau sedangkan Nasi Lemak D’Bes4U milik beliau. Ini menunjukkan falasi ini
sememangnya falasi formal.

Anda mungkin juga menyukai