Anda di halaman 1dari 7

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

BANDARAYA SEJARAH

1.0 NAMA PROGRAM

Program Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Bandaraya Sejarah Murid


Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Taman Midah.

1.1 PENGENALAN

Program Lawatan Sambil Belajar ke Melaka ini diadakan bertujuan


untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat
yang menarik di samping menimba pengetahuan dan pengalaman baru
yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu
kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

1.2 MATLAMAT PROGRAM

(i) Melalui lawatan ini pelajar Tahun Tiga SKTM akan diberi
pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara
langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam
bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.

(iii) Melatih diri pelajar agar menjadi murid yang berdikari serta
memupuk nilai-nilai kepimpinan dan percaya kepada diri.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

(iii) Lawatan ini juga bertujuan untuk memberikan bekalan ilmu


kepada pelajar dan sebagai pendedahan awal kepada mata pelajaran
Sejarah yang bakal dipelajari tahun hadapan.

1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM

Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Tiga ( 80 Orang )

1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM

Seramai 80 orang pelajar tahun Tiga dan 8 orang guru pengiring.

1.5 TARIKH PROGRAM

10 November 2016

1.6 JANGKA MASA PROGRAM

Program ini berlangsung untuk tempoh I hari sahaja.

1.7 DESTINASI PROGRAM

 Mamee Jonker House


 Upside House
 Sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah

2.0 OBJEKTIF

Objektif Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini


diadakan ialah :
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

 Melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang


menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti
dan masyarakat luas.
 Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
 Merealisasikan pengetahuan dalam P&P dengan pengalaman yang
sebenar.
 Melahirkan sikap menghargai khazanah dan warisan negara serta bangga
akan negara sendiri.
 Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.
 Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan
persekitaran tempat lawatan.
 Murid-murid dapat meneroka, menyiasat, menyelesaikan masalah,
membuat andaian, memberi perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin
tahu, tekun, yakin pada diri sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-
unsur nilai murni.
 Murid-murid berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan
berhubung dengan orang lain..

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti lawatan ini bermula pada pukul 7.00 pagi, 10 November 2016.
Peserta–peserta lawatan berkumpul di kantin untuk menyemak kehadiran
dan pengagihan beg beserta makanan. Pada 7.30 pagi, dua buah bas mula
bergerak meninggalkan SK. Taman Midah menuju ke Melaka.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

MASA AKTIVITI
7.00pagi  Pendaftaran
 Pengagihan beg dan makanan murid-murid

7.30 pagi  Bas bertolak ke Melaka


10.00agi  Tiba di Mamee Jonker
 Melawat sekitar kawasan kilang Mamee dan dapat
menyaksikan proses pembuatan makanan ringan
tersebut.
 Melihat video pengenalan penjenamaan Mamee
11.00 pagi  Aktiviti: Melukis hasil kreativti sendiri dan memilih
perisa Mamee di cawan Mamee.
12.00 tengah hari  Makan Tengah hari

12.00 tgh hari –  Mengujungi Upside Down House


3.00 petang  Melawat Sekitar Muzium Bersejarah
 Aktiviti membeli-belah
3.00 petang  Berhenti solat di perhentian RnR
3.15 – 5.30  Bertolak pulang ke SK Taman Midah
petang
6.30 petang-7.00  Tiba di SK Taman Midah
malam
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

4.0 PERBELANJAAN SEPANJANG LAWATAN

Rujuk Lampiran

5.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Murid berkumpul di kantin untuk sesi Sesi taklimat bersama guru pengiring di
pendaftaran dalam bas

Bergambar di hadapan kilang Mamee Murid-murid menonton tayangan video


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

Melawat Upside down House Mengunjungi tempat bersejarah di Melaka

PENUTUP

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sihat untuk dipraktikkan. Oleh itu
kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini sama ada yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung amat dihargai.Semoga program ini mencapai
objektif yang dirancang demi meningkatkan lagi potensi jati diri pelajar yang
terlibat
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ……………………………………

TG NURA ADILA BT TG AZMI PUAN NORHASLINDA BT BAHARUN

Guru Pengiring , Guru Penolong Kanan Petang

SK Taman Midah SK Taman Midah

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai