Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN

1.0 PENGENALAN PERMAINAN. Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.0 SEJARAH PERMAINAN Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.

3.0 MATLAMAT PERMAINAN. Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah untuk memberi peserta peluang menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina

dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman

4.0 OBJEKTIF PERMAINAN. Psikomotor :Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan tangan peserta. Kognitif :Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain dengan baik dan mendapatkan mata yang tertinggi Afektif :Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan penganjur.

5.0 KUMPULAN SASARAN. PISMP Semester 5 SN/PI/PJ 6.0 TARIKH. Karnival Permainan Tradisional 2013 PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5 ini akan di jalankan pada 21 Mac 2013.

7.0 TEMPAT PERMAINAN Gimnasium Ungku Aziz Institut Perguruan Tuanku Bainun

8.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN. SENARAI AHLI KUMPULAN: Hani Binti Halim Siti Izzati Dyanah Binti Zainal Siti Atiqah Binti Md Fahme Tengku Nura Adila Binti Tengku Azmi

9.0 PENGURUSAN PERMAINAN 9.1 Sebelum 9.1.1 Mengetahui jenis permainan tradisional yang perlu dikendalikan 9.1.2 Mengetahui cara bermain dengan betul. 9.1.3 Mengetahui semua peraturan yang ada dalam permainan. 9.1.4 Menyediakan borang penyertaan peserta. 9.1.5 Menyediakan borang keputusan pertandingan 9.1.6 Mengenal pasti dan menyediakan semua senarai peserta/pemain 9.1.7 Mengenal pasti alatan yang perlu digunakan. 9.1.8 Menyediakan ukuran teknikal gelanggang permainan. 9.1.9 Menyediakan kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak dikendalikan. 9.1.10 Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan 9.1.11 Menyediakan persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas kepada rakan-rakan dan pensyarah penasihat. 9.1.12 Mengetahui jumlah alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini. 9.1.13 Berbincang dengan pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan yang ditetapkan. 9.2 Semasa 9.2.1 9.2.2 Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan. Memastikan semua peserta/pemain berada dalam kumpulan masingmasing

9.2.3

Memastikan semua peserta betul mengikut nama di dalam borang penyertaan.

9.2.4

Memastikan semua peserta mendapat penerangan yang jelas mengenai cara bermain dan peraturan

9.2.5 Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat 9.2.6 Memastikan semua alatan yang hendak digunakan mencukupi. 9.2.7 Memastikan semua peserta bermain dengan jujur. 9.2.8 Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang. 9.2.9 Memastikan peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada sebarang gangguan daripada segi mental,emosi dan fizikal. 9.2.10 Memastikan Ajk Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan. 9.2.11 Memastikan mata dikira dengan betul.

9.3 Selepas 9.3.1 Membersihkan kawasan permainan. 9.3.2 Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional. 9.3.3 Membuat post-mortem. 9.3.4 Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.

10.0

PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain iaitu:

10.1

Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak diatas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap mati

10.2

Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang

melambungkannya, maka pemain itu dianggap mati 10.3 Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan permainan. 10.4 10.5 Permainan ini dijalankan secara individu menggunakan sistem kalah mati. Setiap pemain perlu memungut sebanyak 100 mata. Pemain paling pantas memungut 100 mata merupakan pemenang bagi pusingan tersebut. 10.6 Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali, iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat kesalahan. 10.7 Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh kesemua pemain. 10.8 Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah pemain yang paling cepat mengumpul mata 100 bagi setiap kumpulan. 10.9 Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain yang sedang bermain. 10.10 Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak lawan akan diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan sebanyak 3 kali pemain akan dibuang gelanggang.

10.11 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur 10.12 Keputusan pengadil adalah muktamat.

11.0

PROSEDUR PERMAINAN Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil dengan sebelah tapak tangannya.

11.1

11.2

Setelah

dikumpulkan

batu-batu

tersebut

maka

batu-batu

itu

akan

diselerakkan di atas lantai. 11.3 Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu(buah ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara. Sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh, pemain akan memungut atau mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama. 11.4 Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua biji batu secara serentak. 11.5 Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal. 11.6 Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang seperti yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran. 11.7 Setiap pasukan akan bermain secara kalah mati dalam kumpulan masingmasing yang akan ditentukan dalam undian. 11.8 Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya iaitu sistem kalah mati.

12.0 ORGANISASI PERMAINAN Rujuk Lampiran 2

13.0 SENARAI PERALATAN Rujuk Lampiran 3

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Tiada perbelanjaan

15.0 PENUTUP Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.

Lampiran 2 ORGANISASI PERMAINAN

1m

6.7m

1m

1m

6.1m

Catatan :

Kawasan Keseluruhan Gimnasium

. Kawasan Permainan Setiap Kumpulan

Lampiran 3 SENARAI PERALATAN Berikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan. Bil 1 2 3 4 Perkara Batu kerikil /Batu (Buah) 35 ketul Kertas Manila Pita pelekat / Glue Tape White board marker 3 keping 1 gulung 2 batang Kuantiti

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000, MENGKUANG ,BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN

KUMPULAN : .

Nama Pasukan/ Nama Pemain

Pusingan 1

Pusingan 2

Pusingan 3

Jumlah mata

Kedudukan

Anda mungkin juga menyukai