Anda di halaman 1dari 24

SMK ___________________

PANDUAN
ACARA
SUKANEKA
Disediakan oleh :

..............................................................
(HEMARANI A/P MUNISAMY)
Guru Penasihat
Kelab Pelancongan
Badan Kokurikulum
Kandungan

BI SENARAI ACARA SUKANEKA MUKA


L SURAT
1 Membawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
2 Permainan Batu Seremban
3 Belon Air
4 Permainan Kotak Beracun
5 Lari Kaki Tiga
6 Permainan Leret Bola Dengan Gelung Rotan
7 Memancing Botol
8 Permainan Arah Tunjuk
9 Permainan Serang Balas
10 Permainan Tarik Upih
11 Permainan Telefon Rosak
12 Permainan Congkak
13 Membina Panjang
14 Kerusi Berirama
15 Tiup Belon
16 Makan Buah Epal
17 Mekap Pasangan
18 Membaca Berita
19 Aktiviti Lakonan / Drama
20 Sambung Tali

1. MEMBAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU

Syarat-syarat:
1.Setiap opsyen hendaklah menghantar 5 orang peserta mewakili opsyen.

2.Peserta pertama daripada setiap kumpulan dikehendaki membawa bola didalam sudu
dengan menggunakan mulut (tanpa memegang bola tersebut)dari garisan permulaan ke
garisan yang menempatkan peserta kedua.

3.Peserta kedua akan melakukan aktiviti yang sama dari garisan kedua ke garisan yang
menempatkan peserta ketiga.

4.Seterusnya, peserta ketiga membawanya ke peserta seterusnya. Peserta terakhir


akan membawanya terus ke garisan penamat.

5.Peserta yang bolanya jatuh hendaklah berhenti, kutip bola dan bawa boladi dalam
sudu ke garisan penamat.

6.Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama sehingga tempat ketiga berdasarkan
catatan masa. Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. PERMAINAN BATU SEREMBAN

Peralatan       :           Guli, Biji getah, Batu kerikil dan Pundi kacang kecil
Kebiasaannya guli, biji getah dan batu kerikil saiz sederhana besar atau objek di
gunakan sebagai buah. Dalam bermain batu seremban terdapat beberapa peringkat.
Seorang  kesemua buah diletak di tapak tangan dan dilambung keudara dan di
sambut dengan belakang tangan, buah yang dapat disambut dikira   sebagai mata.

Cara bermain.

Buah satu semua   atau Buah dua


Cara buah dua dimainkan islah sama seperti buah satu, hanya Buah tiga ada sedikit
perbezaan, lambungan pertama hanya satu buah yang di kutip,lambungan kedua
tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah empat
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, keadaan semua buah tidak menyentuhi
satu sama lain, sebiji buah di jadikan ibu.

3. BELON AIR

Syarat-syarat:
1.Peserta adalah terdiri daripada 6 orang mewakili setiap opsyen.

2.Peserta hendaklah berbaris dalam satu barisan mengikut opsyen, peserta pertama
akan mengambil belon air dari baldi yang disediakan dan dikehendaki membawa belon
tersebut kepada peserta dibelakangnya dengan syarat tidak boleh menoleh ke
belakang. Peserta terakhir akan mengumpul belon air ke dalam baldi yang disediakan.

3.Belon air yang terjatuh ke tanah atau pecah tidak akan di kira..

Pemenang di adili berdasarkan jumlah belon air terbanyak yang berjaya dikumpul.
Keputusan pengadil adalah muktamad

4. PERMAINAN KOTAK BERACUN

Merupakan permainan yang kerap dibuat oleh kelompok pelajar-pelajar sekolah tidak
kira sama ada sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti. Permainan kotak
beracun sungguh mudah dilaksanakan dan sangat menyeronokkan. Perkara yang perlu
disediakan hanyalah sebuah kotak / botol, muzik  dan tentunya sekumpulan peserta.

Permainan kotak beracun ini boleh dimainkan dalam dua konsep berbeza iaitu konsep
indoor dan outdoor. Jika menggunakan konsep indoor biasanya ia dimainkan di dalam
kelas atau dewan. Manakala konsep outdoor pula boleh dimainkan di kawasan terbuka
seperti di tepi pantai, padang, gelanggang dan sebagainya.

Kelebihan jika permainan ini menggunakan konsep outdoor seperti dilakukan ditepi
pantai, permainan ini boleh dibuat pada waktu malam. Pengendali program boleh
menyediakan unggun api dan peserta akan mengelilingi unggun api tersebut.
Pengalaman sebegini sangat sukar diperolehi dan sememangnya akan meninggalkan
1001 kenangan paling manis dalam hidup seseorang bersama rakan-rakan mereka.
Anda perlu mencubanya (",).

Berikut merupakan kaedah penyediaan permainan kotak beracun.

- Konsep = Indoor (Dalam Dewan) / Outdoor (Kawasan Terbuka)


- Slot = Mengikut kesuaian program yang hendak dijalankan seperti cintai alam sekitar

- Peralatan = Kotak @ Botol @ Bola

-Muzik
- Kertas untuk cabutan bertuah (dilipat @ digulung rapi)
- Anggota = Pelaksana, Peserta dan Pengawal Muzik

5. LARI KAKI TIGA

Syarat-syarat:
1. 4 orang peserta dari setiap opsyen.

2. 2 orang peserta akan membuat larian dengan kaki diikat sejauh 25 meter.

3. Sampai di garisan penamat, tali ikatan hendaklah dibuka untuk digunakanoleh 2


orang peserta terakhir.

4. 2 orang peserta terakhir dikehendaki mengikat kaki dan terus lari kegarisan penamat

i) Pemenang dikira pada siapa yang sampai dahulu di garisan penamat.

ii)Tali ikatan masih terikat, tidak terbuka. Sekiranya terbuka semasa membuat larian
dikira batal.

5.Hadiah yang disediakan adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja.
Keputusan pengadil adalah muktamad.

6. PERMAINAN LERET BOLA DENGAN GELUNG ROTAN

ALATAN : Bola, Gelung rotan dan Skitel


Cara bermain 

Peserta akan membawa bola dengan cara menarik bola menggunakan gelung rotan
menuju ke arah skitel yang disediakan iaitu sejauh 5 meter. Peserta perlu mengelilingi
skitel dan bergerak semula ke tempat permulaan., permainan akan diteruskan oleh
peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan
permainan terlebih dahulu akan di kira sebagai pemenang

7. MEMANCING BOTOL

Syarat-syarat:
1. 4 orang peserta dari setiap opsyen.
2. Peserta akan dibekalkan dengan 1 batang pancing dengan mata kail yang berbentuk
seperti batang mancis.
3. Peserta akan diarah beratur dalam barisan mengikut opsyen.
4. Permainan dimulakan apabila satu irama diperdengarkan.
5. Peserta pertamaakan mula memancing botol seberapa banyak mungkin sehingga
irama ditamatkan.
6. Permainan diteruskan dengan peserta seterusnya apabila iramadiperdengarkan
semula.
7. Pemenang akan dikira berdasarkan peserta yang mendapat botol yang paling banyak
dalam tempoh masa yang diberi
8. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga

8. PERMAINAN ARAH TUNJUK

Permainan memerlukan pemain peka terhadap arahan yang diberikan. Pemain juga
hendaklah tahu apa yang ditunjuk dan tidak mudah tertipu dengan apa yang guru
lakukan.

Peraturan

1. Pemain hendaklah memandang ke arah guru semasa permainan dijalankan. Tidak


boleh menutup mata.

2. Pemain hendaklah mendengar apa yang guru arahkan

3. Peserta dikira kalah atau terkeluar dari permainan ini apabila peserta salah
menunjukkan bahagian muka yang dikehendaki.

Cara bermain

1. Pada mulanya, guru akan menunjukkan anggota bahagian muka dengan jari telunjuk
seperti mata, hidung, dahi, pipi, telinga, bibir serta dagu.

2. Kemudian, guru meminta pemain agar mendengar arahan yang diarahkan sambil
menunjukkan bahagian muka dengan betul.

3. Sementara itu, guru turut menunjukkan bahagian muka yang diarahkan tetapi tidak
mengikut padanan yang betul. Contohnya, guru memberi arahan agar menunjuk hidung
tetapi jari telunjuk guru menunjuk telinga.

9. PERMAINAN " INI SATU KISAH..."

INI SATU KISAH…


Pengenalan

Permainan ‘Ini Satu Kisah’ ini adalah satu permainan ringkas yang direka khas untuk
mengasah bakat dan kemahiran mendengar serta kemahiran berfikir seseorang individu
khasnya kepada kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dapat menjadi aktiviti yang
berfaedah yang dapat dimainkan pada masa lapang

Peraturan

Sebenarnya tiada peraturan khusus yang diperuntukkan dalam permainan ini tetapi beberapa
perkara haruslah diambilkira oleh pemain-pemain. Antaranya ialah:

• Jumlah pemain hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Namun jika lebih ramai
pemain akan menjadikan permainan semakin menyeronokkan dan lebih mencabar.
• Masa yang diambil oleh seorang pemain untuk berfikir hendaklah tidak melebihi 3 saat atau
pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Pemain tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan atau sumber semasa dalam
permainan.
• Seorang pengadil dan penjaga masa diperlukan untuk mengetuai permainan.

Bahan dan Alatan : Tiada bahan dan alatan khusus yang digunakan di dalam
permainan ini.

Cara Bermain

• Semua pemain perlu duduk bersama dan membentuk satu bulatan penuh.

• Pemain akan membilang nombor giliran masing-masing.

• Permainan bermula apabila pengadil memberikan satu ayat yang tergantung contohnya
“Pada suatu hari…”.
• Pemain pertama akan menyambung ayat yang diberikan oleh pengadil dengan pantas
seterusnya diikuti oleh pemain-pemain lain mengikut giliran mereka.
• Pemain perlu memastikan ayat yang disambung haruslah sentiasa tergantung. 
• Pemain tidak boleh menamatkan sesuatu ayat.
• Ayat yang disambung perlulah logik dan menarik untuk membentuk sebuah cerita dan tidak
lari daripada sambungan ayat oleh pemain terdahulu.
• Masa yang diambil oleh pemain untuk menyambung ayat hendaklah tidak melebihi 3 saat
atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Apabila salah seorang pemain ‘mati’ atau terkeluar, pengadil akan memberikan satu ayat
baru untuk dimulakan semula oleh pemain yang tinggal
• Permainan akan menjadi lebih sengit apabila setiap pemain diminta hanya memberikan satu
perkataan sahaja untuk menyambung ayat.
• Sekiranya pemain gagal memberikan satu perkataan atau pun pemain memberikan lebih
daripada satu perkataan, pemain itu juga akan dikira ‘mati’.
• Permainan akan berterusan sehingga hanya tinggal dua orang pemain sahaja dan mereka
akan berselang-seli menyambung perkataan dengan pantas untuk membentuk cerita yang
direka sendiri sehingga terdapat hanya seorang pemenang.

PERMAINAN SERANG BALAS

Syarat dan peraturan


1. Mesti dimainkan di dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan seharusnya merangkumi lebih daripada dua orang.
3. Setiap kumpulan hanya boleh membalas, jika sekiranya kumpulan mereka diserang oleh
pihak lawan.
4. pemain yang tidak dapat menyambut sorakan dikira kalah.

Cara-cara bermain

1. Kumpulan haruslah dibentuk terlebih dahulu.


2. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menetapkan sorakan kumpulan yang bertemakan
bunyi-bunyi yang terdapat di alam sekeliling kita. Contohnya seperti bunyi haiwan,
kenderaan, barang pecah dan sebagainya.
3. Setelah setiap kumpulan memilih sorakan masing-masing, setiap ketua akan mengambil
undi (lap tali lap) untuk menentukan pemenang.
4. Pemenang akan memulakan permainan.
5. Kumpulan pemenang akan menyorak kumpulan dan seterusnya mentorak kumpulan lain.
6. kumpulan yang disorak oleh kumpulan tadi akan menyerang balas semula.
7. Permainan diulang sehingga tinggal satu kumpulan sahaja

PERMAINAN TARIK UPIH


SENARAI ALATAN
Upih, Padang yang dibuat garisan, Sarung Tangan

 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

GELANGGANG PERMAINAN

Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan

i. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 10 orang pemain danmempunya 5


upih. Permainan dimulakan dengan sepasang pelajar diberikan satuupih dan
bersiap sedia di garisan permulaan.
ii. Salah seorang akan duduk di atas hujung upih dan seorang lagiakan
memegang pangkal upih untuk menarik.iv. Apabila para pemain sudah
bersedia, mereka dikehendaki menarikpasangan masing-masing.v. Sesudah
sampai di garisan penamat, hendaklah bertukar pasangan di mana pemain
yang duduk akan menarik upihtersebut.vi. Kumpulan yang kesemua ahlinya
sampai terlebih dahulu akanmemenangi pertandingan.

Langkah / Peringkat Penjelasan

(1) Bentuk permainan

(a) Nama permainan : Tarik Upih

(b) Kawasan permainan : Dewan atau padang atau mana-manakawasan lapang

(c) Bilangan pemain : 2 orang setiap upih

(d) Alatan : Upih

 Apresiasi Permainan

(1) Peraturan permainan:

(a) Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiridaipada 8 orang

pelajar.

(b) Pemain perlu menarik upih dan bertukar-tukar pasangan

(2) Langkah keselamatan

(a) Pemain memakai pakaian yang lengkap dan kasut yang sesuai

(b) Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bendasing.

(c) Pemakaian sarung tangan adalah satu kewajipan

Kesedaran Taktikal

Prinsip Pergerakan :

1.Koordinasi mata dan pergerakan


2.Kemahiran mengekalkan arah pergerakan

3.Kawalan upih

4.Kedudukan badan mengikut arah tuju garisan penamat.

Ruang dan Masa :

1Saiz gelanggang mengikut trek yang telah disediakan

2.Permainan tamat mengikut kumpulan yang paling cepat menyudahkan permainan

Situasi dan HalaTuju :

1.Menggunakan pelbagai taktik untuk mempercepat pergerakan

2.Strategi menyusun ahli kumpulan

3.Kemahiran mengekalkan arah pergerakan

Kesan Kelemahan :

1.Saiz badan pemain yang tidak seragam

2.Saiz dan kekuatan semulajadi upih yang tidak seragam

PERMAINAN TELEFON ROSAK


Bilangan pemain : Tidak terhad
Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek 
Peraturan permainan : 

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan
cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain
pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan
tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat. 
III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya
membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain
yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga. 
IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat
kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang
terakhir. 
V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut
kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah
kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada
maklumat asal dari petikan tadi.

PERMAINAN CONGKAK

Tujuan permainan
Permaianan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak
buah yang dimiliki oleh pihak lawan.

Senarai keperluan
i) bahan: kayu congkak, guli atau biji getah atau biji kelapa sawit sebanyak 98 biji.
ii) Bilangan pemain : 2 orang.

Peraturan dan Cara untuk bermain. 

1. Buah diisi mengikut bilangan rumah. Contohnya, jumlah lubang atau rumah adalah 7,
jadi bilangan buah adalah 7 bagi setiap rumah.
2. Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu
masa. 
3. Pemain akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah
congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama.
4. Mereka akan memasukkan satu buah ke dalam setiap lubang kecuali rumah pemain
lawan.
5. Pergerakan permainan mengikut pusingan jam.
6. Buah yang diambil akan diisikan ke dalam semua rumah yang dilalui termasuk rumah
ibu sendiri.
7. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir yang dilalui
termasuk dalam rumah kosong.
8. Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri, pemian layak mengambil isi rumah
yang setentang dengannya dan dimasukkan ke dalam ibu rumah sendiri sebagai
ganjaran. Proses ini dinamakan ‘memembak’.
9. Menembak hanya boleh dilakukan sekiranya pemain selesai membuat satu pusingan
pertama ataupun lebih. Sekiranya berhenti di rumah kosong lawan pemain tidak berhak
menembak.
10. Pemain yang mempunyai bilangan buah yang banyak dalam ibu rumah dikira
sebagai pemenang.
11. Bagi pusingan yang kedua, buah yang terkumpul dalam ibu diagihkan semula ke
dalam rumah sendiri. Rumah yang tidak cukup buahnya di kira ‘terbakar’ dn tidak boleh
digunakan lagi dalam pusingan itu.
12. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan 7 buah.  Pemain akan
memasukkan semua lebihan buah kedalam rumah ibu.
13. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulaka  permainan
pusingan itu.
14. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili pertandingan.
Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.
15. Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya
satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’.
16. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan
dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua tetapi
jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan menghabiskan
buahnya.

Tetapi dulu, ada juga boleh main 4 orang (suka-suka) kiranya satu line tuh doa orang lah
yang main, kiranya ada seorang menjadi mastermind untuk rancang strategi ataupun
bergilir-gilir.
Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan.
Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului
lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka.
Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap
lubang.
Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7×7=49. Maka ambil semua buah dalam
lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa
bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan “lubang
ibu” (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu
lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

Strategi bermain. 

Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa
pandai math nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang yang
selalu main congkak akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada
yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh)
untuk mengkaji pergerakan “buah” sehingga formula rahsia untuk menjadi juara
tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan
dalam perlawanan yang seterusnya. Jika 1st games kalah.
Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing.
Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu
bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat
lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis
dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah namun:
Terdapat dua kaedah untuk menentukan pemenang iaitu:
• Pemain yang mempunyai jumlah buah congkak yang banyak.
• ‘Menapak’ iaitu Pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam
‘rumah’ dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah
congkak yang banyak.
Dalam permainanini, semua buah yang berada dalam lubang tersebut akan diambil dan
dimasukkan ke dalam ‘rumah’ atau “kampung”
Pergerakkan permainan “mati” apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang
kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang
kosong, tempat pemain “mati” itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam
lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan
dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya.
Ia dipanggil strategi tembak . Iaitu, pemain berjaya menembak jika buah congkak yang
terakhir, dimasukkan ke dalam lubang yang tidak berisi dan terdapat buah di lubang
bertentangan yang berada di barisan pihak lawan.
Takda limit masa. 
Permainan congkak dimainkan pada bila-bila masa sahaja. Tak macam main bola
sepak, ada masanya dalam 90 minit siap ada masa tambahan. Begitu juga dengan
jangka masa untuk menghabiskan permainan ini. Permainan akan tamat jika buah
congkak dalam lubang salah satu pihak telah habis tetapi jangka masa permainan akan
menjadi singkat sekiranya pemain tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran yang
tinggi.

Perbezaan Peraturan.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan
lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi
peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan
congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam
permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan
lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji
daya pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak
boleh ditinggalkan dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan
ini tidak terkubur begitu sahaja.
MEMBINA PANJANG
KERUSI BERIRAMA
TIUP BELON
MAKAN BUAH EPAL
MEKAP PASANGAN
Membaca Berita
Aktiviti Lakonan / Drama
Sambung Tali

Anda mungkin juga menyukai