Anda di halaman 1dari 2

Perkara Yang Menyebabkan Lontaran Seseorang Peserta Dibatalkan.

- sekiranya peserta melanggar salah satu daripada undang-undaang di bawah, maka lontaran seseorang peserta akan terbatal.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

i. Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher. ii. Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu. iii. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan orang. iv. Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang. v. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

Rajah 1.7: Lontaran yang sah dan batal

vi. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat. vii. Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan. viii. Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran. ix. Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

Rajah 1.8: Kedudukan pengadil

Anda mungkin juga menyukai