Anda di halaman 1dari 27

1

1.0 PENGENALAN
Mengikut J. Kenneth Doherty, Sejarah perkembangan acara lontar peluru boleh
dibahagikan kepada peringkat-peringkat. Dari 1896 hingga 1990 dipanggil peringkat yang
banyak eksperimen-eksperimen dijalankan oleh jurulatih-jurulatih dan atlet-atlet kerana
acara ini dianggap sebagai acara baru di mana gaya lontaran juga terhad. Dalam tahun
1910 1920, perkembangan tidak begitu menggalakkan mungkin kerana perang dunia.
Tetapi perkembangan yang nyata adalah di antara tahun 1920 1930. Sehingga tahun
1953 muncul seorang pelontar yang mencipta satu gaya dan dinamakan gaya O Brien
dari namanya sendiri iaitu Perry O Brien. Ia mencipta rekod Olimpik beberapa ketika.
Gayanya masih lagi digunakan hingga sekarang ini, kerana beberapa kajian saintifik telah
dijalankan dan gaya ini membuktikan keunggulannya untuk mencapai prestasi yang
maksima .

Menjelang pertengahan abad ke 19, berat batu atau peluru yang ketika itu diperbuat
daripada besi, telah diselaraskan menjadi 16 paun atau 7.257 kg. Bagi menjadikan lontar
batu acara sukan, beberapa peraturan telah diperkenalkan dan salah satu aturan itu ialah
berkaitan dengan kawasan untuk membuat lontaran. Kawasan itu berbentuk segi empat
sama dengan ukuran 7 kaki X 7 kaki. Oleh itu, lontar peluru dapat diperkenalkan ke
negara-negara lain termasuk ke Greek, sebagai usaha memasukkan acara ini ke dalam
Sukan Olimpik moden pertama tahun 1896.

Pada zaman dahulu, peserta bebas membuat lontaran mengikut keupayaan dan
kesesuaian masing-masing. Namun, pada tahun 1950-an seorang pelontar bernama
Parry OBrien dari Amerika Syarikat telah mencipta teknik lontar baru yang kemudiannya
dijadikan teknik lontaran hingga kini.
2

2.0 FASA-FASA ASAS LATIHAN
Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru ini iaitu :







2.1 Fasa Pertama

Rajah 1.0 Fasa Persediaan

1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran
2. Peluru dipegang dengan cara yang betul
3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa.
1. Fasa persediaan

2. Fasa gelungsuran

3. Fasa lontaran

4. Fasa pemulihan

3

2.2 Fasa Kedua

Rajah 2.0 Fasa Gelungsuran

1. Peserta berdiri dengan membelakangi kawasan pendaratan peluru
2. Kaki kanan hampir menyentuh garisan belakang bulatan
3. Berat badan berada pada kaki belakang



1. Peserta membongkokkan badan ke belakang
2. Lutut kaki kiri di angkat dan dirapatkan berhampiran lutut kaki kanan dan
tendangan ke belakang dengan kaki kiri
3. Gelungsuran berlaku di atas tumit kaki kanan
4

2.3 Fasa Ketiga

Rajah 3.0 Fasa Lontaran

1. Peserta harus memulakan langkah pada kaki kiri untuk membuat pusingan
menghala arah lontaran
2. Diikuti dengan membongkokkan lutut kaki kanan dan berada dalam keadaan dirian
kuasa atau Power Position
3. Power position di mana chin knee toe berada pada suatu garis lurus


5

1. Peserta memusingkan bahu dan pinggangnya serta diikuti dengan perlakuan
menolak peluru ke arah lontaran
2. Peluru di tolak dengan sekuat yang boleh
3. Kuasa tolakan hasil dari pusingan badan ke tangan

2.4 Fasa Keempat

Rajah 4.0 Fasa Pemulihan

1. Peserta berusaha mengimbangi badannya sambil memerhati peluru mendarat di
kawasan pendaratan
2. Peluru hendaklah dilepaskan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah
3. Seboleh bolehnya peluru dilepaskan bersudut 45
6

3.0 LATIHAN ANSUR MAJU
Sepintas lalu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa
sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita
melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mamatuhi syarat dan
aturan yang ditetapkan? Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta,
manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.

Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-
peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini
sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari
kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang
dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam acara
ini.

Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut :

1. Cara memegang peluru
2. Persediaan dan pergerakan awal
3. Lunsuran dalam bulatan membaling
4. Teknik mengilas badan atau pinggang
5. Membaling
6. Pendaratan peluru
7. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran/pemulihan





7

3.1 Cara Memegang Peluru




Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah
ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan
selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting setiap peserta dan
jurulatih., kerana melalui pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak
lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang
peluru ini. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya
dapat dilakukan dengan sempurna.
8

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta
bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara
memindahkannya dari satu tangan ke tangan yang lain beberapa kali.
2. Untuk membuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukannya tapak
tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibu jari dan jari kelingking
bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam
bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan kepada kedudukan kaki dan
keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelingking boleh dibengkokkan
atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru
sudah bersedia untuk dilontarkan.

3.2 Persediaan dan Pergerakan Awal (Gelungsur)
Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta
pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk
melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di
dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam
keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakukan pergerakan awal, peserta
amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain
yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbeza. Oleh itu ada baiknya kita
bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik
lontaran yang digunakan.



9

3.3 Teknik Berdiri Statik

Teknik Lontaran Berdiri Statik

Teknik berdiri statik dalam melakukan lontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah
paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua
mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini juga boleh diasah dan
dimahirkan untuk digunakan dalam pertandingan, malah peserta yang sudah
berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat
memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik ini.
a. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah
satu kakinya lebih kurang 30cm dari lantai bulatan. Tangan peserta dalam
kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher.
Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar.
10

b. Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa
tangan kiri menyilang ke kanan.
c. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki
diluruskan dan peluru ditolak keluar.
d. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang
dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal
kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dari bulatan lontaran.
e. Peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan
lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
f. Peserta meninggalkan bulatan lontaran. Peserta mengawal pergerakan badan,
tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan
dan pendaratan peluru.

3.4 Teknik Lontaran Sisi


11

Peserta juga boleh membuat lontaran menggunakan teknik sisi badan, sama ada dari sisi
kanan atau kiri. Untuk melaksanakan teknik ini, peserta perlu berdiri secara mengiring,
dengan mana-mana sisi badannya menghadap.ke kawasan pendaratan lontaran. Ini
bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran.

3.4.1 Persediaan Membuat Lontaran Sisi
Peringkat-peringkat dalam melakukan teknik lontaran cara ini adalah seperti berikut :
1. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang
disediakan.
2. Peserta berdiri dengan kedudukan kaki selangkah kebelakang daripada garisan
tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan
peluru selesa pada tangannya.
3. Peserta hendaklah meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit
bahunya ke hadapan.
4. Peserta meluruskan kaki kirinya dan dengan demikian sudah bersedia untuk
melakukan lontaran.
5. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkat tumitnya dan diikuti
dengan tolakan peluru melepasi pegangannya.
6. Peserta mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak
menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru.
7. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.





12

3.5 Teknik Membelakangi Kawasan Lontaran



Dari masa ke semasa menerusi latihan yang dilakukan dan penyertaan peserta dalam
pelbagai kejohanan, bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam sesuatu
teknik atau kaedah lotaran baru, yang mungkin lebih baik atau berkesan daripada teknik
sebelumnya. Peningkatan mungkin dicapai menerusi pelbagai teknik lontaran, sebagai
peserta, seseorang itu diharapkan dapat menggunakan sebaik boleh teknik lontaran untuk
acara ini.

3.6 Teknik Lontaran Membelakangi Kawasan Lontaran
Teknik lontaran secara membelakangi kawasan lontaran atau kawasan pendaratan
merupakan peringkat yang lebih maju, dan biasanya dilakukan oleh peserta yang
berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak menggalakkan peserta baru menggunakan
teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Juga
akan menjadi suatu kelebihan jika peserta dapat mempelajari dan menggunakan teknik ini
khususnya dalam pertandingan.
13

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan
teknik lontaran cara ini :
1. Peserta bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran.
2. Peserta memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil
membongkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang.
3. Peserta mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.
4. Peserta menurunkan kakinya berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan
lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal
pergerakan dan keseimbangan.
5. Peserta memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
6. Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus
mengawal.
7. Peserta mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru
mendarat.
8. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi bahagian belakangnya untuk
membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.

3.7 Teknik Parry OBrien


14

Satu lagi teknik lontaran peluru yang dicipta pada tahun 1950-an oleh seorang pelontar
peluru terkenal ketika itu (Parry OBrien) ialah teknik pemindahan kaki atau lebih dikenali
sebagai teknik OBrien. Sejak diperkenalkan, teknik ini terus menjadi pilihan dan
kegemaran kebanyakkan peserta bertaraf dunia. Ini disebabkan menerusi teknik ini jarak
yang dicapai adalah lebih jauh berbanding dengan jarak menerusi teknik lontaran yang
lain. Teknik ini juga digunakan oleh kebanyakan peserta di negara kita khusus dalam
kejohanan kebangsaan.

Mereka yang menggunakan teknik lontaran ini terdiri daripada mereka yang sudah
berpengalaman, yang mempunyai kemahiran tinggi dalam acara ini. Bagaimanapun,
sebagai pelontar pekuru, seseorang itu harus didedahkan dengan teknik ini bagi
meningkatkan prestasinya.

Berikut adalah peringkat atau cara melakukan lontaran yang menggunakan teknik
OBrien:
1. Peserta bersedia di dalam bulatan lontaran dengan memegang peluru mengikut
keselesaan sendiri.
2. Peserta berdiri dengan membelakangi kawasan pendaratan peluru, dengan kaki
kanan hampir menyentuh garisan belakang bulatan.
3. Peserta membongkokkan badan ke belakang sambil mengangkatkan kaki kiri serta
merapatkannya dengan kaki kanan.
4. Peserta harus memulakan langkah pada kaki kanan, diikuti dengan bengkokkan
lutut kaki kanan dan dihayunkan tangan kiri ke luar.
5. Peserta memusingkan bahu dan pinggangnya serta diikuti dengan perlakuan
menolak dengan melepaskan peluru sekuat yang boleh.
15

6. Peserta hendaklah melakukan lajakan hayunan dengan membawa berat badan ke
hadapan dan diimbangi dengan tangan yang tidak memegang peluru.
7. Peserta berusaha mengimbangi badannya sambil memerhatikan peluru mendarat di
kawasan pendaratan.

4.0 AKTIVITI LATIHAN KEMAHIRAN BERANSUR MAJU

1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan
peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan
memegang tangan bebas pelaku.
5. Gelonsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru ke kedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki
Power Position (tapak kaki bersudut)
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dari kedudukan Power Position
(chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jari, lakukan pergerakan pinggang menghala ke
arah lontaran.
9. Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power
position dan putaran pinggang.
10. Dari kedudukan dirian buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakan pinggang
menghala ke arah lontaran.
16

12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan
lontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tali direntangkan lebih kurang 7 kaki
tinggi dan jarak 4 kaki dari bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing Throw.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan kesemua kemahiran
yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

5.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

Untuk mendapatkan jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan
faktor-faktor berikut :
a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah
pergerakan peluru.
b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satah yang sama.
c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru
dengan tangan lebih lama.
d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
f) Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

6.0 KAITAN PRINSIP MEKANIK DENGAN PERGERAKAN KAEDAH OBRIEN

Dalam keadaan fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar sementara kaki kanan
dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk
17

membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa
peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga ia dilepaskan
adalah lebih lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru
dilepaskan. Kaki kanan dibengkokkan untuk membolehkan otot paha mengucup dengan
lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan
pada kaki kanan.

Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan
keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus ke belakang. Tujuannya adalah dalam
pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang.
Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang
menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki
kanan.

Setelah kaki kanan sampai di garisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan
dalam masa yang sama pinggang ditarik ke atas dan dipusingkan diikuti dengan tangan
kiri ditarik kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat
ini putaran badan berlaku.

Pergerakan meluruskan kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk
penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu
daya dari kaki kanan telah berpindah ke bahagian badan dan seterusnya daya terus ke
bahagian lengan kanan tangan, tapak tangan, jari, dan akhirnya peluru. Dalam proses
pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus
dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah.

18

Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan
peluru pada peringkat ini adalah bergantung kepada kebolehan otot-otot di bahagian
tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta. Untuk menambah daya yang
dibekalkan kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan
berada di hadapan.

Kesimpulan kesemua pergerakan dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima
sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung
kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak
yang dilaluinya.

7.0 ALATAN
Antara alatan yang diperlukan dalam acara lontar peluru ini ialah :
o Peluru
o Pita pengukur
o Landas
7.1 Peluru



REMAJA
4.000 KG
WANITA
4.005 KG
DEWASA
7.265 KG
Berat Peluru
19



110-130 mm
7.2 Fizikal Peluru
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya.
Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru
berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat peluru bagi
peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg. Berat peluru
untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan berat ini adalah
perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan
peringkat umur mereka.

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk
peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi
acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.

Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk
mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lontar peluru
memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut
adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru.

Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai
dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan
dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini
mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan.
Bulatan yang boleh dialih dengan spesifikasi di atas boleh digunakan.
20

8.0 UNDANG UNDANG

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan
undian.

2. Sekiranya lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, setiap
peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik
diantara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan
tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, seri ini tidak diputuskan, tetapi
peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan
tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Namun, sekiranya hanya
terdapat lapan peserta atau kurang daripada lapan peserta bertanding, setiap
peserta dibenarkan membuat enam percubaan sahaja.
( Nota : Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama
oleh sebab itu peraturan 146(3) tidak akan dikenakan. )

3. Di tempat pertandingan, setiap peserta diberi dua percubaan sahaja untuk
latihan (jika boleh). Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta
dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim-hakim.
4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar
menggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam
sektor untuk latihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk
latihan, dengan atau tanpa alat-alat dan meninggalkan kesan.

5. Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah
memulakan lontarannya dengan keadaan diam/tidak bergerak.Seseorang peserta
dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dari pendirian yang tetap
(keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu
dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat permulaan lontaran
dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan
tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat ini semasa melontar. Peluru tidak
boleh dibawa ke belakang dari paras garisan bahu.

21

7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau lebih jari yang boleh
membantu peserta bila membuat lontaran. Penggunaan pita di tangan tidak
dibenarkan kecuali untuk membalut luka.
(b) Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan
menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dari kecederaan, peserta-
peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan sejenis.
(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama
ada di dalam bulatan atau kasutnya.

8. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah
memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana
bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas
hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika
membuat percubaan.

9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar
peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah
memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh
meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan
mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan
percubaan yang baru.
( Nota : Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perenggan ini adalah
termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam
peraturan 142 para 4. )

10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam
kawasan di antara dua sisi sebelah dalam garisan 50mm lebar.

11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus menerus
daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian
dalam relung bulatan melalui satu garisan dari tanda yang dibuat oleh peluru
kepada pusat bulatan.
22

12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru menyentuh
tanah. Ia mestilah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan
yang ditandakan dengan garisan lurus putih yang terlukis dari luar melalui
bahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya. Setelah selesai sesuatu lontaran,
peluru itu mestilah dibawa balik ke tempat permulaan atau bulatan tanpa dibaling.

13. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya yang diambil untuk
menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

14. Dipertandingkan di bawah peraturan 12.1(a),(b) dan (c) hanya alat-alat yang
disediakan oleh pihak pengelola sahaja boleh digunakan. Sebarang perubahan
kepada alat-alat tersebut tidak dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada
sesiapapun antara peserta yang dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam
gelanggang. Di pertandingan antara dua atau lebih ahli, para peserta boleh
menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditandakan
dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum
pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang
mengambil bahagian.

15. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur
sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu dari tempat peluru mendarat hingga ke
bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira
setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang
mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira sebagai pemenang.

16. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi
peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan
peserta dan tidak mengganggunya ketika melakukan lontaran.


23

9.0 PERATURAN 188 LONTAR PELURU

9.1 Pertandingan
Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa atlet
mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran, peluru hendaklah menyentuh, atau
rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak direndahkan daripada paras ini
semasa hendak melontar. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garis bahu.
Nota : Teknik balik kuang sisi tidak dibenarkan.

9.2 Papan Penahan
Pembinaan. Papan hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada kayu atau bahan lain
yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan dengan bahagian
dalam rim bulatan dan bersudut tepat dengan permukaan bulatan.
Ia hendaklah diletakkan supaya pertengahannya bersamaan dengan garisan tengah
sektor mendarat, dan hendaklah diletakkan dengan kukuh di atas bumi atau pada konkrit
mengelilingi bulatan.








Rajah 5.0 Papan Penanda Lontar Peluru
Nota : Papan penahan yang mengikut spesifikasi IAAF 1983/84 masih boleh dipakai.
24

1. Ukuran
Ukuran papan tersebut ialah 11.2 sm hingga 30 sm lebar, dengan satu segmen 1.21m
(0.01m) sebagai lengkok sama dengan jejari bulatan dan 10 sm(0.2 sm) tinggi daripada
paras dalam bulatan.
2. Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut :
Peluru Wanita
Remaja
Wanita
Junior/Senior
Lelaki
Remaja
Lelaki
Junior
Lelaki
Senior
Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta rekod
3.000kg 4.000kg 5.000kg 6.000kg 7.000kg
Maklumat Pengeluar : Beraneka jenis alat yang dikeluarkan untuk pertandingan
3.005kg
3.025kg
4.005kg
4.025kg
5.505kg
5.025kg
6.005kg
6.025kg
7.265kg
7.285kg
Garis pusat
minimum
85mm 95mm 100mm 105mm 110mm
Garis pusat
maksimum
110mm 110mm 120mm 120mm 130mm

Rajah 6.0 Jadual Spesifikasi Lontar Peluru

10.0 KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU

1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya
berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik
dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit
akan tunduk menyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru
ke paras yang rendah. Kesalahan ini akan membawa kegagalan membuat fasa-fasa
yang berikutnya.
2. Kedudukan suku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar
hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku
yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang
kurang memuaskan.
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri
seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya
25

menendang ke belakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah
atlit meluruskan kaki sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan
pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran
pinggang mestilah dibuka dan diangkat ke arah lontaran untuk mendapatkan kuasa
yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan
fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan
badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ke tangan.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu
selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan ke arah lontaran dan kesalahan yang
biasa berlaku ialah over pulled atau under pulled. Ini berpunca dari tangan kiri
yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan
under pulled pusingan yang tidak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak
meuju ke arah lontaran.
6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan
pemulihan merupakan fasa pengimbangan badan agar tidak terlajak ke luar ke
hadapan. Biasa atlit tidak terdapat mengimbangi pergerakan ini. Sepatutnya kaki
kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah menggantikan kedudukan kaki
kiri, manakala kaki kiri mestilah dilonjakkan ke belakang.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 45. Biasanya peluru yang menghasilkan jarak
yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 45 . Ianya bergantung kepada fasa
selepas gelungsuran dan berpunca daripada melakukan kesalahan fasa lontaran
yang baik. Peluru tidak seharunya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

11.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga
jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika
dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di
sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta.

Oleh itu adalah penting langkah-langkah ini diambil perhatian :
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.
2. Pastikan orang yang berada di sekeliling peserta memerhatikan apa yang sedang
dilakukan dan apa yang akan dilakukan oleh peserta.
26

3. Apabila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan apabila
memungut peluru juga dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid telah diajar cara-cara memegang dan membawa
peluru dengan betul.
5. Semua lontaran mesti mesti ke satu arah sahaja.
6. Pelajar mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurangnya
berjarak 5 meter antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada pelajar yang melintasi garisan lontaran selagi lontaran belum
dilakukan atau peluru mendarat.
8. Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah dikumpulkan dalam satu kumpulan
yang sama.
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10. Jika peluru licin atau basah, sapu dahulu dengan kain.
11. Arahan guru mestilah terang, jelas, dan tegas.





















27

12.0 PENUTUP

Kita telah bincangkan dengan mendalam aspek-aspek penting dalam lontar peluru yang
merupakan salah satu acara lontaran dalam sukan olahraga. Seseorang peserta dalam
acara ini perlu mengikuti program latihan disamping berusaha memehairkan diri supaya
prestasi dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

Sebagai panduan, ada baiknya kita senaraikan beberapa prinsip asas acara ini yang
harus terdapat pada setiap peserta :

1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan
penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.

2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara
ini, sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.

3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk badan serta ciri-ciri pelontar peluru supaya
penglibatannya memberikan keberkesanan.

4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap
peraturan yang berkaitan dengannya, serta dengan semangat kesukanan tulen.

5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan,
sama ada dari segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.

Anda mungkin juga menyukai