Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU


Topik 1: Sukan Olahraga Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar Peluru Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat Tinggi Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan Lari Berganti-ganti Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Topik 7: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: x Memahami mengenai pelaksanaan acara lempar cakera dan peluru x Mencirikan perbezaan dalam teknik lontaran cakera dan peluru x Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lempar cakera dan peluru x Mempraktikkan semua teknik yang telah dibincangkan dengan berkesan

PENGENALAN
Acara lempar cakera adalah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Topik 8: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan Olahraga Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas Kejohanan Olahraga

RINGKASAN TOPIK Pengenalan 3.1 Melempar Cakera 3.1.1 Fasa Pergerakan Melempar Cakera 3.1.2 Teknik Pegangan Cakera 3.1.3 Teknik Melempar Cakera Gaya Berdiri 3.1.4 Teknik Melempar Cakera Gaya Berpusing 3.1.5 Peraturan Asas Acara Lempar Cakera 3.1.6 Ukuran Cakera 3.1.7 Kawasan Lemparan Cakera 3.1.8 Cara Mengukur Jarak Lemparan Cakera 3.2 Lontar Peluru 3.2.1 Fasa Pergerakan dalam Lontar Peluru 3.2.2 Gaya Lontar Peluru Rumusan

OUM

39

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

3.1

MELEMPAR CAKERA

Rajah 3.1: Fasa penuh lempar cakera

Objektif utama dalam acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki membuat cubaan melempar dari dalam bulatan dengan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan. Antara keperluan lain yang boleh membantu ialah kemampuan fizikal seseorang peserta. Keperluan tersebut adalah terdiri daripada kekuatan, kuasa, koordinasi dan serta ritma yang baik. Antara faktor-faktor lain yang boleh membantu ialah dari aspek mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan dalam acara melempar cakera. Empat faktor yang mempengaruhi teknik lemparan adalah: (a) (b) (c) (d) Ketinggian Kelajuan Sudut pelepasan cakera Sifat aerodinamik(bentuk cakera)

3.1.1 Fasa Pergerakan Melempar Cakera

Terdapat empat fasa pergerakan melempar cakera. Fasa-fasa adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera Fasa hayunan awalan Fasa lemparan Fasa ikut lajak dan pemulihan

40

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

3.1.2 Teknik Pegangan Cakera


Dalam acara melempar cakera faktor utama yang turut mempengaruhi balingan cakera ketika di udara ialah berpandukan bagaimana cakera tersebut dipegang ketika dan dilempar. Pastikan ketika memegang cakera anda melakukannya dengan keadaan yang selamat, selesa dan sesuai dengan keluasan tapak tangan.

Rajah 3.2: Teknik asas pegangan cakera

Tekapkan keseluruhan tapak tangan kanan atau kiri ke bahagian paling atas muka cakera, kemudian ruas hujung jari anda dibengkokkan dan melekap dengan erat di tepi bahagian simpai logam. Rehatkan ibu jari di atas muka cakera. Periksa jarak antara jari-jari yang memegang di bahagian tepi simpai itu direnggangkan dengan anggaran jarak yang hampir sama.

Semak Kendiri 3.1


1. 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi lontaran dalam acara lempar cakera Terangkan teknik yang betul memegang cakera.

OUM

41

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

3.1.3 Teknik Melempar Cakera Gaya Berdiri

Rajah 3.3: Melempar cakera dari gaya berdiri

Teknik ini yang juga dikenali dengan gaya 90 sesuai bagi mereka yang baru dalam acara ini. Latihan membaling dengan gaya berdiri perlu diamalkan bagi membantu mewujudkan prinsip ansur maju dalam latihan melempar cakera. Berikut adalah langkah-langkah bagi fasa ini: (a) Fasa 1: Persediaan (i) Anda perlu berdiri dengan gaya menghalakan bahu kiri (tangan bebas) ke arah kawasan cakera akan mendarat. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri. Cakera dipegang dalam tangan kanan dan kemudian badan mula direndahkan.

(ii) (b)

Fasa 2: Hayunan Awalan (i) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri akan mula memberi sokongan kepada cakera. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Periksa berat badan yang berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan. Semasa hayunan ke belakang, rendahkan bahagian badan sedikit sambil membengkokkan lutut dan seterusnya gunakan badan tadi untuk mengilas ke belakang sambil berdiri dengan menggunakan bahagian atas hujung kaki.

(ii)

(iii)

(c)

Fasa 3: Lemparan (i) Ekoran dari hayunan belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), kilaskan badan ke hadapan. Didahului dengan siku kiri dan kepala didongakkan. Cakera digerakkan dengan cepat dan pantas ke hadapan dengan menggunakan tangan yang lurus. Lempar ke hadapan secara menaik apabila ianya sudah mencapai aras bahu kanan. Sudut lemparan 30 35 adalah sudut pelepasan cakera yang dianggap bersesuaian.

(ii)

42

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

(d)

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan (i) Ketika sedang melempar, gunakan pula kedua dua belah kaki untuk menolak permukaan tanah dan kemudian diluruskan sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini dapat membantu menambah daya kepada lemparan yang dibuat. Lemparan cakera yang cepat dan pantas itu tadi akan memudahkan kaki kanan terangkat ke belakang yang bertujuan mengimbangi badan yang sedang condong ke hadapan.

(ii)

3.1.4 Teknik Melempar Cakera Gaya Berpusing

Rajah 3.4: Gaya berpusing dan melempar

Teknik ini agak sukar dilakukan bagi anda yang mempunyai kelemahan dalam mengkoordinasi pergerakan dan mereka yang tidak menguasai sepenuhnya teknik asas melempar dengan gaya berdiri. Berikut adalah pecahan fasa bagi gaya berpusing dan melempar: 1. Fasa Persediaan Dalam teknik ini ketika fasa bersedia anda perlu memulakannya dengan berdiri sambil membelakangkan kawasan lemparan dengan kedudukan anda hampir dengan bahagian belakang bulatan. Gunakan teknik pegangan cakera seperti dalam gaya berdiri dan sambil menjarakkan kaki seluas sebidang bahu. Fasa 1, 2: Hayunan Awalan Rendahkan badan anda ketika sedang memulakan hayunan di peringkat awal. Cara hayunan masih mengekalkan teknik hayunan gaya berdiri. Berikan tumpuan utama anda kepada kilasan badan yang akan dibuat diselaraskan dengan mengikuti hayunan tangan yang sedang memegang cakera. Fasa 3-7: Pergerakan Pusingan (a) Setelah hayunan akhir telah selesai dilakukan, anda perlu terus mengilas badan ke kiri dengan menumpukan dirian diletakkan ke atas kaki kiri. Badan dibiarkan berpusing secara mudah dengan memulakan langkah pusingan jam

2.

3.

OUM

43

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

dengan kaki kanan sehingga anda telah menghadap kawasan pendaratan cakera. (b) Seterusnya pastikan kaki kiri anda mula melangkah ke bahagian belakang sambil disusuli dengan pusingan badan. Tumpuan diri menggunakan kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga anda berhadapan dengan kawasan pendaratan.

4.

Fasa 8-10: Pelemparan Apabila anda telah hampir selesai mengilaskan badan dan mula menghadap kawasan lemparan, hayun tangan yang sedang memegang cakera hingga sama dengan aras bahu tangan. Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan Setelah cakera dilempar, tangan yang sudah melempar itu dibiarkan terus bergerak sambil menyilang badan sama aras leher dan seterusnya dibengkokkan di akhir pergerakan. Dalam masa yang sama, pastikan kaki kanan anda telah mula berada di depan bulatan dan kaki kiri telah berada dalam keadaan terangkat ke belakang. Anda seterusnya hendaklah mengimbangkan badan sambil memerhati cakera hingga ia mendarat.

5.

Semak Kendiri 3.2


1. 2. Apakah perbezaan yang terdapat dalam gaya dirian dan berpusing? Cuba praktik kedua-dua teknik ini dan kemudian jelaskan kelebihan yang anda alami bagi setiap gaya yang anda telah cuba.

3.1.5 Peraturan Asas Acara Lempar Cakera


Berikut adalah peraturan-peraturan yang diikuti dalam disiplin lempar cakera: x Cakera yang digunakan perlu dilempar dari dalam bulatan yang telah ditetapkan. Peserta perlu membuat lemparan dari pendirian yang statik dan perlu berada dalam bulatan Jika peserta sudah berada dalam bulatan dan telah melakukan pergerakan lemparan seorang peserta akan dikira batal jika didapati tersentuh dari mana-mana anggota badannya berada di luar kawasan bulatan atau berada atau terpijak mana-mana bahagian atas hujung bulatan ataupun dia telah terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan. Satu lemparan itu dikira sah apabila cakera yang dilempar mendarat atau jatuh dalam kawasan pendaratan yang dibenarkan Setelah peserta selesai melempar peserta tidak dibenarkan beredar terus dan keluar dari bulatan sehingga cakera telah menyentuh bumi. Seterusnya peserta perlu beredar dari bulatan menerusi bahagian belakang bulatan dalam posisi berdiri. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sarung tangan ketika lemparan hendak dibuat. Untuk membantu peserta dalam mengemaskan pegangan kepada cakera, penggunaan bahan-bahan pelekat yang diletakkan ke atas tangan adalah dibenarkan.

x x

x x

44

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

Jika berlaku ketika kejohanan terdapat penyertaan yang melebihi lapan orang peserta apa yang perlu dilakukan ialah memastikan setiap peserta hanya dibenarkan untuk membuat tiga kali percubaan sahaja.

Setelah kesemua peserta melengkapkan kesemua balingan mereka hanya lapan peserta yang terbaik dalam catatan lemparannya akan diberi peluang membuat tiga lagi percubaan untuk menentukan pemenang. Sekira terdapat sebarang keputusan seri di tempat kelapan, para pengadil perlu mengabaikan keputusan tersebut itu dan peserta berkenaan akan bersama sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Dalam pada itu jika hanya lapan atau kurang daripada itu peserta yang mengambil bahagian, setiap peserta akan diberi peluang membuat enam kali percubaan.

3.1.6 Ukuran Cakera

Rajah 3.5: Cakera

Terdapat perbezaan di antara peserta cakera lelaki dan wanita. Berikut adalah jadual perbezaan:
Jadual 3.1: Perbezaan di antara Peserta Cakera Lelaki dan Wanita Lelaki Diameter luar Pusat cakera (tinggi) Pusat cakera (diameter) Berat 219 221 mm 44 46 mm 50 57mm 2kg Wanita 180 182 mm 3 7 3 9mm 50 57mm 1 kg

OUM

45

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

Cakera yang digunakan perlu menepati ciri-ciri dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh IAAF( Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa), antaranya ialah seperti: (a) (b) (c) Ianya diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai Keliling cakera dibalut dengan simpai atau "rim" yang diperbuat dari logam (besi atau tembaga) Permukaan tengah cakera ada piring logam.

Rajah 3.6: Bahagian-bahagian utama Cakera

3.1.7 Kawasan Lemparan Cakera


Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan akan sama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang di bawah tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.

Rajah 3.7: Bulatan Lempar cakera kawasan lemparan

Berdasarkan peraturan rasmi, untuk menjamin keselamatan para pegawai, penonton dan juga peserta yang menunggu gilirannya, lemparan cakera perlu dilakukan melalui satu

46

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

kurungan keselamatan. Rupa bentuk kurungan ini yang diperbuat dari pagar besi dan berbentuk seperti huruf "C". Ianya bukan hanya dibina untuk acara lempar cakera sahaja tetapi digunakan juga bagi acara membaling tukul besi. Kebiasaannya ketika lemparan dibuat para pegawai teknik dan peserta yang menunggu giliran akan berada bahagian di belakang pagar keselamatan.

3.1.8 Cara Mengukur Jarak Lemparan Cakera

Rajah 3.8: Cara mengukur jarak

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh peserta cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Satu lemparan yang sah dikira berdasarkan jarak lemparan yang diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian hadapan. Pita ukur yang digunakan hendaklah dalam diletakkan keadaan lurus dan diukur bermula dari kesan cakera sehingga penanda pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian hadapan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

OUM

47

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

Semak Kendiri 3.3


1. 2. 3. Bincangkan komponen penting peraturan acara lempar cakera. Apakah perbezaan yang terdapat pada cakera yang digunakan oleh peserta lelaki dan wanita. Terangkan apakah kaedah yang digunakan untuk mengukur jarak lemparan.

3.2

LONTAR PELURU

Dalam acara lontar peluru ini ianya bukan hanya berharap kepada kekuatan semata-mata tetapi ianya merupakan gabungan di antara kekuatan dan juga kemahiran yang baik dalam acara ini. Lontaran yang dilakukan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja di samping disokong oleh penggunaan teknik yang betul dan berkesan.

3.2.1 Fasa Pergerakan dalam Lontar Peluru

Rajah 3.9: Fasa penuh lontaran peluru

Fasa dalam lontar peluru terdiri daripada fasa-fasa seperti berikut: (a) Fasa Pegangan Peluru (Grip)

48

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

(i) (ii) (iii)

Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua. Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.

(b)

Fasa Lakuan Sedia (Preparation)

Tujuan utama fasa ini adalah untuk persediaan memasuki fasa lungsuran. (c) Lungsuran (Glide)

Tujuan fasa ini adalah untuk membantu mewujudkan daya tolakan yang kuat dan menyediakan posisi badan untuk fasa lontaran di peringkat paling akhir.

OUM

49

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

(d)

Lontaran (Delivery Phase)

Rajah 3.10: Contoh fasa lontaran bahagian 1

Dalam fasa lontaran yang pertama ini ianya membantu mengekal kelajuan lontaran dan menyediakan posisi untuk lontaran.

Rajah 3.11: Contoh fasa lontaran bahagian 2

Dalam fasa lontaran kedua ini pula objektif utamanya ialah untuk memindahkan daya kelajuan yang dihasilkan oleh pelontar ke sasaran.

Rajah 3.12: Contoh fasa lontaran bahagian 3

Dalam fasa ini objektif yang sama seperti di bahagian dua di mana dalam fasa ini pelontar melengkapkan pergerakan tangan hingga selesai

50

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

(e)

Pulihan (Recovery)

Rajah 3.13: Contoh fasa pulihan

Dalam fasa ini tujuan utama pergerakan akhir pelontar ialah untuk menstabilkan posisi dirian setelah lontaran dibuat. Fasa pulihan ini juga membantu mengelak pelontar dari terbatal.

Semak Kendiri 3.4


1. 2. Kenal pasti apakah fasa yang terlibat dalam acara lontar peluru Apakah teknik yang boleh digunakan untuk memegang peluru.

3.2.2 Gaya Lontar Peluru


Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu: 1. Gaya Lontar Berdiri

OUM

51

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

2.

Gaya Lungsur Selangkah

3.

Gaya Parry OBrien

Terdapat persamaan dalam fasa-fasa tertentu bagi ketiga-tiga teknik yang telah diketengahkan. Kaedah bagaimana untuk melakukan ketiga-tiga yang ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah:

52

OUM

TOPIK 3

MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

FASA Pegangan (Grip) x x

LONTAR BERDIRI

LUNSUR SELANGKAH

PARRY OBREIN

Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru. Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran. Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Alihkan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah bulatan dan dalam masa yang sama kaki kiri disilangkan. Condongkan badan, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri ditendang ke hadapan bulatan. Gerakkan kaki kanan ke bahagian tengah bulatan. Seperti Gaya Lungsuran Selangkah

Lakuan Sedia (Preparation)

Berdiri di bahagian depan bulatan. Bahu kiri dihadapkan ke arah lontaran. Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Lungsuran (Glide)

Tiada

Lontaran (Delivery)

x Rendahkan kaki kanan. x Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil menyilangkan badan. x Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki. x Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

Pulihan (Recovery)

Kedudukan kaki depan belakang seperti semasa lontaran

Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang.

OUM

53

MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

TOPIK 3

Semak Kendiri 3.5


1. 2. Apakah teknik yang sering digunakan dalam acara lontar peluru dan cuba perhatikan kelainan yang ada dalam setiap gaya lontaran. Cuba praktik kesemua gaya bagi acara lontar peluru dan catatkan kelemahan dan kelebihan yang telah anda temui.

RUMUSAN
x x Objektif utama dalam acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki membuat cubaan melempar dari dalam bulatan dengan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan. Terdapat empat fasa pergerakan melempar cakera iaitu fasa persediaan, hayunan awalan, lemparan dan ikut lajak serta pemulihan. Dua teknik yang sering digunakan dalam acara lempar cakera iaitu melempar cakera gaya berdiri dan melempar cakera gaya berpusing. Lima fasa yang terlibat dalam teknik lontar peluru iaitu pegangan, lakuan sedia, lungsuran, lontaran dan pulihan. Tiga jenis teknik lontaran yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu gaya lontar berdiri, gaya lungsur selangkah dan gaya Parry OBrien.

x x x x

RUJUKAN
Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Selangor: Junjuara Publication. Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur: Longman. Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga: Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.

54

OUM

Anda mungkin juga menyukai