Anda di halaman 1dari 9

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL

NAMA Nurhafizah Binti Ajlan D20102040807 801204145448

KUMPULAN UPSI 01

PENSYARAH Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid

ISI KANDUNGAN Bil Topik 1.0 Pengenalan 2.0 Rasional 3.0 Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. Meningkatkan perhubungan 4.0 Peranan guru dalam mengaplikasi model PEER yang berkesan 7-8 pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan Halaman 2-3 4 4-6

Membentuk Kesejahteraan keluarga Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid 4.1 Kognitif 4.2 Psikomotor 4.3 Afektif Rujukan

Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid. 1.0 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab, membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta menghindari tingkah laku berisiko. Ironinya, bukanlah tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuh tahun yang baru menjengah alam persekolahan. Ia menuntut corak pemikiran yang lebih terbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanakkanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk. Dalam konteks ini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasi secara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-murid darjah satu.Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan pengisian pendidikan yang bersifat holistik. Ternyata, KSSR telah memfokuskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah dengan menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskan sebagai PEERS. Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaan pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta diasingkan daripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali 3

seminggu untuk pelajar sekolah rendah. Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan dengan memperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu. Menurut Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang, pembahagian kandungan dalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75 peratus untuk PEERS, 15 peratus berkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus akan diajarkan teknik pertolongan cemas dan keselamatan. Antara objektif-objektif PEERS ialah:

RASIONAL Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Pendidikan dan pengetahuan ini membantu pembentukan individu yang

bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala sosial yang semakin meningkat.

Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan.

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan

PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta keintiman sesama individu. Justeru, pengetahuan yang dibekalkan itu akan mencakupi pengetahuan dari segi biologi, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian serta tidak hanya berfokus isu seksual semata-mata. Pembahagian dan pengisian dari sudut kepentingan pengisian dalam PEERS pula, pengetahuan yang diberi akan dipecahkan kepada dua tahap berdasarkan peringkat umur 4

murid-murid sekolah rendah. Tahap satu melibatkan pelajar darjah satu hingga tiga dan skop utama dalam PEERS akan mengajarkan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusan perasaan dan kemahiran mengatakan tidak kepada sentuhan yang tidak selamat. Manakalan, pelajar darjah empat hingga enam yang dikategorikan dalam tahap dua akan diajar mengenai perubahan fizikal, pengurusan konflik, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran mengatakan tidak kepada rokok, dadah dan alkohol. Terdapat enam perkara akan ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang bakal dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah seluruh negara nanti. Perkara-perkara tersebut adalah kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan, kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan serta pencegahan penyakit. Ironinya, tidak ada kekeliruan berhubung istilah mata pelajaran seks yang bakal diajar kerana pendekatan yang digunakan bukan tertumpu pada elemen seksual semata-mata sebaliknya berkonsepkan kehidupan kanak-kanak itu sendiri. PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan. PEERS turut memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan mental dan emosi seperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga. Turut diajar langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Ini penting kepada kanakkanak di peringkat sekolah rendah dalam menjaga hal ehwal keselamatan diri. Peranan guru dalam mengaplikasi model PEERS yang berkesan

Modul pengajaran guru ini akan membantu guru-guru berkomunikasi dengan lebih efektif dan interaktif bersama pelajar serta membimbing pendidik menyediakan alat bantu mengajar secara kreatif sama ada secara digital mahupun bercetak. Dalam pada itu, guru-guru juga akan menjalani sesi orientasi bersama jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian bagi menyalurkan pengetahuan yang tepat kepada pelajar kelak. PEERS mungkin boleh diajar oleh 5

guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistem reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan oleh individu yang benar-benar arif. Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antara pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahir sepenuhnya. Pelajar juga kemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutan tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidik bakal teruji. Ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh serta dipandang dari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam bidang ini adalah langkah yang murni. Oleh itu, Khaizil menyarankan agar penyampaian yang betul oleh warga pendidik amat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi. Para guru perlu dilatih semula kerana mereka seolah-olah tidak yakin dan kurang pengetahuan tentang kaedah yang sesuai dengan peringkat umur pelajar Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memantau perkembangan sikap dan perilaku anak-anak. Guru-guru pula harus menyalurkan pengetahuan tentang dunia seksualiti ini menerusi pendekatan berarah kekeluargaan. Justifikasinya, wujud hubungan yang erat antara guru, ibu bapa dan kementerian pendidikan dalam melaksanakan PEER dengan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Membentuk Kesejahteraan keluarga

Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Ironinya dalam membentuk kesejahteraankeluarga, sesebuah keluarga seharusnya mengamalkan cara hidup sihat sudah pastinya akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. Sementelahan pula, Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda. Malah, setiap keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan setiap anggota keluarga dapat membuat keputusan dan tindakan yang bijak. Hal ini penting kerana setiap anggota keluarga mempunyai peranan dalam mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera. 6

Implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan

kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. 4.1 Kognitif Lawrence Kohlberg (1984) membina satu model perkembangan moral berasaskan Teori Piaget (1932) yang menghuraikan bahawa perkembagan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif. Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individu mempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat kognitifnya. Dalam konteks ini, kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. Murid-murid seawal usia 7 tahun dilatih untuk meningkatkan kemahiran daya berfikir agar mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang betul atau salah. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak seusia 7 tahun merupakan ancaman terhadap ancaman keselamatan. Apa yang lebih penting murid dapat bertindak pantas dalam menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Ini juga akan meningkat pengetahuan mereka dari segi pelaksanaan akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Psikomotor

Psikomotor melibatkan perkembangan diri seseorang individu dari aspek pergerakan tubuh badan. Ini amat berkaitan dengan perbuatan seseorang individu dalam menjalin hubungan. Domain psikomotor dalam konsep PEERS adalah berkait rapat dengan kemahiran seseorang individu. Apa yang lebih penting, PEER dapat memberi implikasi positif terhadap keupayaan dan kemahiran seseorang individu untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam konteks perkembangan kanakkanak, kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula masuk ke peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya. PEERS sudah pastinya dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan perkembangan ke peringkat baharu. Dalam konteks ini, kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara mendorong mereka untuk mengulanginya, manakala kalau mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara akan mengundang kekecewaan dan seterusnya mereka tidak akan melakukannya lagi. Ternyata, sekiranya tanpa bimbingan yang berkesan, sudah pastinya mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam kehidupan. Justeru, bermula dari satu tahun 1, PEERS telah diterapkan dalam KSSR Pendidikan Kesihatan dengan objektif-objektif yang ditetapkan.

Afektif

Kesan perkembangan afektif individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial atau bergaul pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. kanak-kanak amnya perlu didedahkan dengan kemahiran bersosial serta etiket perhubungan sama ada dengan rakan sejantina ataupun berlainan jantina. Hal ini demikian penting kerana mereka akan mengetahui tentang batas-batas pergaulan dalam perhubungan sosial. PEERS dapat membantu mereka untuk mengenali perbezaan antara lelaki dan perempuan serta fungsi setiap tubuh badan mereka yang berlainan jantina. Ini secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjaga keselamatan diri mereka. Bukan sahaja aspek perhubungan yang perlu dititikberatkan, malah hubungan mereka dengan keadaan persekitaran mereka. Ironinya, persekitaran yang bersih menjamin kesihatan diri mereka. PEERS turut menekankan aspek kawalan emosi dan stress, ini dapat membantu kanak-kanak khususnya golongan remaja daripada gejala yang tidak sihat. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh 8

dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress. Justeru, penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna Rujukan Esah Sulaiman (2003) Modul Pengajaran Asas Pedagogi, Cetak Ratu Sdn. Bhd. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012) Tahun 3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Mok Soon Sang (2003) Potensi Manusia: Teori Pelbagai Kecerdasan dan Kecerdasan Emosi,Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya .

Rujukan Laman Web www.bharian.com.my/bharian/articles/PEERS

Anda mungkin juga menyukai