Anda di halaman 1dari 2

Jadi kali ini saya ingin berkongsi tentang kajian sifat peribadi/personaliti berdasarkan TEORI PSIKOANALISIS.

Teori Psikoanalisis - Sigmund Freud Teori psikoanalisis mula dikenali sejak penerbitan buku Interpretation of Dreams pada tahun 1900 hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Sigmund Freud. Dalam buku ini Freud memperkenalkan konsep yang disebut "unconscious mind" (alam ketidaksedaran). Beliau menyatakan bahawa motif tak sedar mengendalikan sebahagian besar tingkah laku manusia. Teori ini menyatakan bahawa tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta. Teori psikoanalisis juga percaya bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikilogi tidak sedar akibat konflik dalaman, impulses, kemahuan dan motif yang tidak disedari. Di samping itu, teori ini juga turut mengandaikan bahawa semua tingkah laku sama ada normal atau abnormal terhasil daripada faktor genetik dan persekitaran. Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan. Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnosis. Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalisisnya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar. Konsep-Konsep Konsep-konsep penting dalam teori perkembangan Sigmund Freud ialah alam sedar, prasedar dan tidak sedar, id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi. Mengikut pendekatan psikoanalisis, id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat dan kaedah-kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, maka keadaan itu akan membawa kepada konflik dalaman, dalam diri seseorang individu. Begitu juga jika terdapat konflik antara id, ego dan superego yang tidak selesai, maka ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Alam Sedar dan Tidak Sedar Pemahaman tentang kesedaran dan ketidaksedaran manusia salah satu sumbangan terbesar dari pemikiran Freud. Menurut beliau, kunci untuk memahami tingkah laku dan masalah peribadi bermula daripada hal tersebut. Ketidakasedaran itu tidak dapat dikaji secara langsung, kerana perilaku yang muncul itu merupakan konsekuensi logiknya. Menurut Gerald Corey, bukti klinikal untuk membenarkan alam ketidaksedaran manusia dapat dilihat dari hal-hal berikut, seperti: (1) mimpi; hal ini merupakan pantulan dari keperluan, keinginan dan konflik yang terjadi dalam diri, (2) salah mengucapkan sesuatu; misalnya nama yang sudah dikenal sebelumnya, (3) cadangan pasca hipnotik, (4) materi

yang berasal dari teknik asosiasi bebas, dan (5) materi yang berasal dari teknik projeksi, serta isi simbolik dari simptom psikologi. Sedangkan kesedaran itu merupakan suatu bagian terkecil atau tipis dari keseluruhan pikiran manusia. Hal ini dapat diibaratkan seperti sebuah gunung ais yang ada di bawah permukaan laut, di mana bongkah ais itu sebenarnya lebih besar di dalam laut berbanding apa yang terlihat di permukaan. Demikianlah dengan kepribadian manusia, semua pengalaman dan memori yang tertekan akan dihimpun dalam alam ketidaksadaran. Id (Pleasure Principle) Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan Id, iaitu satu sumber tenaga psikik yang terdiri daripada life instinct (libido) dan death instinct (thanatos). Id merupakan sumber dorongan nafsu yang kuat, diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tiada pengaruh dunia realiti. Fungsi Id ialah untuk mengekalkan organisma dalam keadaan yang tiada ketegangan dan dalam keadaan selesa. Oleh itu, Id akan sentiasa mencari kepuasan dan keseronokan segera. Ego (Reality Principle) Tugas Ego ialah sebagai mediator antara Id dan Superego, dengan kata lain ia berfungsi sebagai pengawal kepada Id dan Superego. Ego berkembang melalui interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam proses ini Id dan Superego cuba dikawal mengikut kehendak moral dan piawai etika masyarakat. Dengan kata lain Ego adalah eksekutif kepada personaliti, iaitu ia dapat mengawal dan menyeimbangkan personaliti Id dan Superego. Superego (Moral Principle) Superego merupakan sumber awal suara hati (conscience) iaitu kebolehan untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Superego muncul secara perlahan apabila mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibubapa. Ia bersifat ideal dan sentiasa mencari kesempurnaan. Meskipun idea Freud berkenaan psikoanalisis telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan kritikan-kritikan daripada masyarakat serta ahli psikologi yang lain, namun idea utama Sigmund Freud berkenaan psikoanalisis itu telah berabad-abad bersama kita. Dalam penulisan ahli-ahli psikologi yang terbaharu, idea, konsep dan prinsip asas beliau masih diperkembangkan, dibincangkan, merangsang penyelidikan dan disanjung tinggi. Ada banyak lagi sebenarnya teori-teori psikologi yang berkaitan dengan personaliti selain daripada yang dikemukakan di atas. InsyaAllah, jika ada kelapangan, mungkin boleh dibincangkan pada masa akan datang. Hakikatnya, tidak semua sikap yang ditunjukkan menggambarkan sifat seseorang.

Anda mungkin juga menyukai