Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Masalah kecelaruan identiti gender dalam kalangan pelajar tidak kira sekolah rendah,
sekolah menengah mahupun peringkat tinggi sememangnya merupakan suatu masalah
yang perlu dititikberat dan tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa, guru dan
masyarakat.

Masalah ini telah dibahaskan dalam satu artikel jurnal yang ditulis oleh Hayati dan
Nurul Hudani (2015) yang bertajuk ‘Latar belakang, Faktor Pengekalan dan Pandangan
terhadap Tingkah Laku Mahasiswa Lelaki Kecelaruan Identiti Gender’. Artikel jurnal ini telah
membincangkan mengenai golongan lelaki kecelaruan identiti gender yang sedang
menuntut di institusi pengajian tinggi swasta dan awam.

Schilt & Westbrook (2009) turut membincangkan mengenai masalah kecelaruan


identiti gender ini dalam artikel jurnal mereka dengan mengatakan bahawa lelaki dikatakan
bersifat maskulin dan akan tertarik kepada perempuan manakala perempuan pula
mempunyai pengenalpastian gender perempuan dan tertarik kepada lelaki. Kedua-dua
kelompok jantina ini adalah norma yang telah dimaklumi dan mana-mana individu yang
mempamerkan kombinasi jantina biologi, jantina dan seksualiti, akan dianggap tidak natural
atau bersifat patologi.

2.0 Penelitian Terhadap Masalah Kecelaruan Identiti Gender

Masalah kecelaruan identiti gender dalam diri seseorang individu perlulah diberi perhatian
dan dibuat pencegahan awal.
Jurnal ‘Latar belakang, Faktor Pengekalan dan Pandangan Terhadap Tingkah Laku
Mahasiswa Lelaki Kecelaruan Identiti Gender’ telah merungkai beberapa faktor golongan ini
menongkah norma, adat dan agama melalui penelitian terhadap alasan mereka
mengekalkan tingkah laku dan penampilan. Antara faktor bagi mengapa individu yang
mempunyai isu kecelaruan identiti gender ini untuk mengekalkan tingkah laku dan
penampilan mereka pula adalah kerana faktor perasaan dan faktor masa silam. Faktor
perasaan adalah disebabkan individu yang mempunyai permasalahan ini lebih selesa dan
seronok untuk berketerampilan sebagai wanita. Kraemer, Delsignore, Schnyder, & Hepp
(2008) mendapati individu yang masalah kecelaruan identiti gender ini merasa tidak selamat
dan tidak menarik berkaitan dengan imej badan. Berbagai penjelasan mengenai mengapa
individu golongan ini mempunyai ketidakpuasan hati mengenai imej diri mereka, antaranya
percanggahan antara anatomi seksualiti dan impian jantina menyebabkan meningkatnya

1
penilaian negatif mengenai tubuh badan mereka (Vock etal., 2009) dan kesukaran
membentuk imej badan yang diimpikan (Lindgren & Pauly, 1975).
Faktor masa silam pula adalah disebakan pengaruh masa silam yang terlibat dengan
aktiviti songsang seperti oral seks, terlibat dengan golongan maknyah dan melihat gambar
lucah. Shechner (2010) menyebut bahawa Teori kognitif menjelaskan bahawa
perkembangan gender kanak-kanak dibentuk oleh keupayaan kognitif, minat, pengetahuan
dan lain-lain ciri personal. Kecelaruan identiti gender ini dikaitkan dengan faktor masa silam
kerana individu tersebut telah terlibat dengan oral seks sejak kecil lagi. Peristiwa ini telah
kukuh sebagai kemahiran dan pengetahuan mereka kerana faktor yang mempengaruhi
evolusi dan pengekalan jenis tingkah laku gender merangkumi keupayaan kognitif, keadaan
emosi, motivasi, pengalaman lepas dan hasil yang diharapkan.

3.0 Penelitian Teori Erik Erikson Terhadap Masalah Kecelaruan Identiti Gender

Teori Erik Erikson merupakan teori beraliran psikoanalisa dan pengembang teori Freud, di
mana teori ini memasukkan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi perkembangan tahap
manusia, tidak hanya seksual semata-mata.
Woodford et al. (2010); Hicks (2006; 2000); Ryan et al. (2004) dan Ryan et al (2008)
mengatakan bahawa kanak-kanak yang dijadikan anak angkat oleh pasangan lesbian
mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menjadi lesbian apabila meningkat dewasa.
Situasi ini berlaku disebabkan kewujudan faktor pembelajaran sosial oleh kanak-kanak di
mana mereka sering terdedah dengan perlakuan tersebut. Oleh itu, perkara ini telah
menunjukkan bahawa permasalahan kecelaruan identiti gender dapat dikaitkan dengan
pengaruh sosial kanak-kanak selari dengan Teori Erik Erikson yang tidak hanya
menekankan mengenai aspek seksual sebaliknya lebih menekankan aspek sosial.

2
Asas Kepercayaan Lawan Asas
Ketidakpercayaan (0-18 bulan)

Autonomi lawan Keraguan (1-3 tahun)

Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (4-5 tahun)

Industri Lawan Rendah Diri ( 6-11 tahun)

Identiti Lawan Kekeliruan Identit (12 hingga


18 tahun)

Keintiman lawan Keasingan (18-35 tahun)

Generativiti Lawan Kekeliruan (35-65 tahun)

Integriti Lawan Kekecewaan (Lanjut Usia


+65 tahun ke atas)

Azlina (2002) mentaksiskan bahawa terdapat lapan peringkat perkembangan ego


menurut Erik Erikson, di mana empat peringkat pertama mempunyai kaitan rapat dengan
konsep Freud mengenai peringkat oral, phallic dan latency. Erikson juga didapati kurang
memberi penekanan kepada aspek seksual berbanding Freud di mana beliau lebih
menekankan aspek sosial. Beliau juga menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat
tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebakan penyesuaian psikologikal
kerana emosinya. Oleh itu, seseorang murid yang mempunyai kecelaruan identiti gender
berkemungkinan mempunyai permasalahan dalam proses perkembangan dan pembentukan
personaliti mereka yang mendatangkan kesan negatif terhadap diriniya.

3
3.1 Peringkat Asas Kepercayaan Lawan Asas Ketidakpercayaan

Peringkat ini merupakan peringkat pertama dalam perkembangan psikoseksual manusia


iaitu pada 0 sehingga 18 bulan. Pada tahap ini, asas kepercayaan timbul jika kanak-kanak
mendapat penjagaan yang sempurna secara tetap oleh penjaganya. Mengikut kepercayaan
Erikson, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau
lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan
menimbulkan ketakutan dan berperangsangka. Hal ini turut disebut oleh Ana & Marcia
(2014) di dalam jurnalnya yang mengatakan bahawa
‘...the child is subject to chance because they depend on the one from whom they
receive their first care.....The experience of satisfaction can only be achieved if,
by chance, there is an outside intervention from the external world that promotes
a specific action. This action is a task performed by an experienced person that
responds to the baby’s scream.....Through this symbolization, the child detaches
its effective dependence on the mother’s desire from the pure and simple living
experience of that dependence and something is instituted which is subjectified at
a first, primordial level.’

Menyentuh bagi murid yang terlibat dengan isu kecelaruan identiti gender pula lekatan
mungkin berlaku pada tahap ini apabila kurangnya kasih sayang dan perhatian yang
diberikan oleh ibu bapa. Hal ini turut disebut oleh Schumm (2010) mengatakan bahawa
kesibukan ibu bapa yang bekerja dan kekurangan masa yang diluangkan dengan anak-anak
menyebabkan mereka mencari kasih sayang dan perhatian melalui hubungan dengan rakan
yang sejenis.
Justeru, kurang mendapat kasih sayang dan perhatian dari ibu sejak zaman kanak-
kanak dapat menyebabkan remaja lesbian mula menjauhkan diri dan mencari rakan sejenis
yang boleh berperanan seperti ibunya.

4
3.2 Autonomi Lawan Keraguan

Peringkat autonomi lawan keraguan ini lebih tertumpu kepada perkembangan fizikal iaitu
melibatkan kanak-kanak yang berumur dari 1 sehingga 3 tahun. Rasa percaya kepada
keupayaan diri akan timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Jika gagal mereka akan
ragu-ragu terhadap keupayaan diri. Kanak-kanak akan cuba untuk melakukan aktiviti fizikal
seperti berjalan, bercakap, makandan juga bantuan untuk ke tandas tanpa bantuan kerana
mereka ingin mempunyai autonomi. Hal ini telah disebut oleh James (2018) yang
mengatakan bahawa
‘That the toddler struggles to gain a sense of autonomy or control of bodily
functions, large, and small motor skills, should be quite obvious to the parents of
such children. Walking, talking, and later dressing and feeding oneself, as well as
learning to control bowel functions, are all tasks that the child learns during this
stage.’

Permasalah kecelaruan identiti gender dapat dikaitkan berlaku pada tahap ini apabila
ibu bapa gagal untuk mengawal serta mendedahkan kanak-kanak, mengenal identiti gender
mereka sendiri. Kohlberg (1966) mengatakan bahawa umur 3 tahun merupakan umur di
mana kanak-kanak mengenal identiti gender mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil
peranan yang penting untuk mengajar anak-anak dengan baik akan perbezaan antara lelaki
dan perempuan dengan mengawal aktiviti mereka bersesuaian dengan gender mereka.
Leaper, Anderson & Sanders (1998).

3.3 Inisiatif Lawan Rasa Bersalah

Peringkat inisiatif lawan rasa bersalah ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 3 sehingga
5 tahun. Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba untuk menjadi lebih berdikari serta
meneroka persekitaran dan kemahiran baharu. Jas & Suzana (2008) mengatakan bahawa
pada tahap ini perkembangan bahasa kanak-kanak akan berkembang dengan cepat.
Mereka juga dapat menyoal, memahami jawapan serta dapat membayangkan berbagai-
bagai kemungkinan.
Murid yang mempunyai permasalahan identiti gender pada tahap ini, mereka
berkemungkinan mempunyai permasalahan dari segi kurang perhatian dan kurang
berkomunikasi dengan ahli keluarga (Perrin,2002). Perkara ini juga disebut oleh Bowlby
(1973) bahawa persekitaran keluarga yang kurang sihat menyebabkan kanak-kanak kurang
mendapat perhatian dan secara tidak langsung membantutkan perkembangan dan

5
pertumbuhan seseorang kanak-kanak. Disamping itu, menurut Kurdex (2004) pula, dalam
perhubungan sesama sejenis, pasangan lesbian bertindak sebagai kawan dan bukannya
sebagai keluarga sekaligus menjadikan murid yang mempunyai masalah kecelaruan identiti
gender akan lebih memilih untuk mendapatkan perhatian daripada pasangan lesbiannya
berbanding keluarganya.

3.4 Industri Lawan Rendah Diri

Peringkat ini mempunyai banyak persamaan dengan peringkat latency dalam teori Freud, di
mana ia berlaku semasa kanak-kanak berumur enam hingga dua belas tahun. Pada
peringkat ini, keinginan seksual menjadi reda kerana kanak-kanak mula memasuki alam
persekolahan dan mereka perlu belajar kemahiran tertentu serta bergaul dengan rakan
sebaya. Jas & Suzana (2008) membincangkan Teori Erik Erikson pada tahap ini bahawa jika
kanak-kanak berjaya memperoleh sesuatu kemahiran, dan pencapaiannya dihargai oleh
orang lain, kanak-kanak tersebut akan memperkembang sifat industri dan pandangan positif
terhadap pencapaiannya.
Permasalahan kecelaruan identiti gender akan timbul pada tahap ini apabila murid
mula terpengaruh dengan persekitaran yang mengajak kearah permasalahan tersebut.
Shamsudin Sohor (1994) mentakrifkan bahawa pemilihan rakan sebaya merupakan salah
satu faktor penambahan golongan transeksual. Hal ini kerana, kanak-kanak pada peringkat
ini juga akan mempunyai kecenderungan untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di luar
rumhanya. Norramazonizni & Hanina (n.d) menyebut bahawa individu yang yang terlibat
dengan masalah kecelaruan identiti gender lebih terdorong untuk untuk mengekalkan
tingkah laku mereka adalah kerana perasaan yang ingin disayangi serta mendapat
sokongan daripada rakan-rakan yang sama jantina.
Oleh itu, ibu bapa dan guru perlulah sentiasa cakna dengan aktiviti dan pergaulan
kanak-kanak pada tahap ini.

3.5 Identiti Lawan Kekeliruan Identiti


Peringkat kelima ini berlaku antara dua belas hingga lapan belas tahun. Individu yang telah
berjaya menyelesaikan konflik pada peringkat sebelum ini akan berkembang menjadi remaja
yang mempunyai identiti. Ibu bapa mereka telah membuatkan mereka merasakan diri
berharga. Identiti mempunyai pelbagai konsep. Namun begitu, ia merujuk kepada kesedaran
mengenai keunikan, didapati daripada pengalaman psikososial yang disepedakuan oleh
ego. Remaja merupakan suatu peringkat di mana biasanya berlaku krisis identiti. Ia
merupakan suatu moratorium antara zaman kanak-kanak dan dewasa yang memerlukan
setiap individu mengatasi masalah-masalah tersebut.

6
Erikson percaya krisis identiti timbul daripada kekeliruan peranan mengenai siapakah
diri mereka sebenarnya dan bagaimanakah hidup mereka pada masa hadapan. Menurut
Erikson lagi, saat yang paling terganggu pada tahap ini adalah apabila remaja tidak dapat
membuat keputusan mengenai identiti pekerjaan. James (2018) mengatakan bahawa pada
peringkat ini remaja akan belajar untuk mengenali diri sendiri serta memilih seseorang
individu di dalam hidupnya untuk dijadikan role model. Michelle & Eric (2014) turut menyebut
bahawa pada peringkat ini juga personaliti seseorang dapat dibentuk melalui galakan dan
sokongan yang penuh oleh sesuatu organisasi atau orang sekeliling.
Oleh itu, bagi murid yang mempunyai permasalahan dalam kecelaruan identiti
gender, peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting dalam mencari identiti
mereka sendiri. Sunaryo (2004) membahaskan mengenai teori Erik Erikson di dalam
bukunya yang mengatakan bahawa pada tahap ini individu akan membentuk identiti dirinya
melalui pengalaman individu yang dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. Oleh hal yang
demikian, masalah homoseksual timbul adalah disebabkan perasaan diterima dan disokong
oleh orang sekelilingnya untuk menegaskan indentiti diri mereka sebagai seorang
homoseksual.

3.6 Keintiman Lawan Keasingan

Peringkat ini melibatkan lingkungan umur lapan belas hingga tiga puluh lima tahun. IIndividu
pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain tanpa hilang identiti.
Azlina (2002) menyebut bahawa selepas terbinanya identiti kendiri yang stabil, golongan
muda ini mula akan menjalinkan hubungan akrab dan mesra dengan orang lain. Mereka
sudah mula mencari pasangan dan sanggup berkorban untuk mempertahankan
perhubungan tersebut. Bagi mereka yang tidak dapat menjalinkan hubungan ini dan tidak
mempunyai kepuasan dalam pekerjaan, mereka akan terasing.

Pada peringkat ini, murid yang mempunyai permasalahan kecelaruan identiti gender
akan mula mendapatkan kasih sayang daripada seseorang yang mempunyai persamaan
gender. Faktor pasangan sejenis yang memahami dan mengambil berat berbanding dengan
pasangan heteroseksual menyebabkan murid yang sampai ke peringkat ini selesa untuk
mengekalkan identiti mereka dengan gaya hidup yang mereka lalui. Lebih lebih lagi,
persefahaman yang baik di antara pasangan sejenis meningkatkan lagi intensiti untuk
remaja terlibat dalam gejala ini. Hal ini telah disokong oleh dapatan daripada kajian Gottman
et al. (2003) yang mendapati pasangan lesbian dan gay lebih menunjukkan ekspresi emosi
yang positif berbanding dengan pasangan heteroseksual dalam menyelesaikan sesuatu
konflik kerana mereka mempunyai persefahaman yang tinggi.

7
3.7 Generativiti Lawan Kekakuan

Peringkat ini melibatkan individu yang berumur tiga puluh lima tahun sehingga enam
puluh lima tahun. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan
untuk generasi akan datang. Seseorang dewasa akan berpuas hati sekiranya membantu
masyarakat dan negara. Mohd Sharani (2012) mengatakan bahawa pada tahap ini individu
akan lebih memfokuskan kepada keluarga terutama berkaitan penerusan generasi dan
tanggungjawab masyrakat sekitar.
Pada tahap ini, individu yang terlibat dengan masalah kecelaruan identiti gender
akan menjauhkan diri mereka daripada masyrakat. Hal ini kerana, kehidupan mereka
sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sememangnya tidak diterima
oleh masyarakat dan merupakan golongan minoroti serta tidak diiktiraf di negara Malaysia.
Subhrajit (2014) ada menyebut bahawa ketakutan akan penolakan dan reaksi negatif dari
orang lain, membuat individu yang mempunyai masalah kecelaruan identiti gender ini untuk
tidak berbagi tentang kehidupannya dengan orang lain dan lebih mengisolasi dirinya. Oleh
itu, kekakuan akan mula timbul dalam diri individu yang terlibat dengan masalah ini apabila
mereka berasa gagal untuk memberikan sumbangan dan kekurangan produktiviti dalam diri
mereka. Kegagalan dalam tahap ini akan menyebakan perasaan kecewa dan tidak berpuas
hati dengan kehidupan.

3.8 Integriti Lawan Kekecewaan

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir bagi perkembangan seseorang individu, iaitu
yang melibatkan individu yang berumur enam puluh lima tahun keatas. Ia merupakan masa
seseorang akan mengenang kembali apa yang pernah dilaluinya sepanjang hayat melalui
pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Jas & Suzana (2008) mentaksiskan
bahawa pada tahap ini, seseorang individu akan melihat kembali kehidupannya, adakah ia
telah mencapai kepuasan dan adakah ia bangga dengan jalan-jalan yang ditempuhnya.
Pada tahap ini, individu yang mengalami kecelaruan identiti gender kemungkinan
besar mengalami kekecewaan yang besar disebabkan perkara yang berlaku terhadap
mereka pada tahap-tahap sebelum terutamanya penerimaan masyarakat terhadap diri
mereka. Karangora (2012) menyatakan individu homoseksual yang telah terbuka tentang
orientasi seksualnya akan sering berhadapan dengan berbagai pengalaman negatif dalam
lingkungan sosial, seperti ditolak oleh orang lain di sekitarnya.

8
4.0 Isu Dan Trenda Mempengaruhi Personaliti

Isu kecelaruan identiti gender dapat mempengaruhi personaliti seseorang murid. Antara isu
dan trenda yang dapat dikaitkan dengan permasalahan kecelaruan identiti gender adalah
identiti gender seseorang murid. Identiti gender tidak ditentukan oleh alat kelamin kita, tetapi
otak kita. Identiti gender merujuk kepada cara kita melihat takdir dan naluri serta perasaan
kita.
Vock, Stahn, Loenser, & Legenbauer (2009) mentaksiskan bahawa Kecelaruan
Identiti Gender (Gender Identiti Disorders, GID) dikriteriakan sebagai ketidakselesaan
berterusan oleh individu terhadap jantina mereka dan kemahuan untuk menjadi jantina
sebaliknya. Hal ini telah menyebabkan murid yang mengalami kecelaruan identiti gender ini
akan mengalami rasa ketidaksesuaian dalam peranan biologi jantina mereka yang mana
dimanifestasikan dengan simptom seperti berusaha bersungguh untuk menghapuskan
kriteria primer atau sekunder jantina mereka
Kesan yang dapat diperolehi daripada isu dan trenda bagi identiti gender ialah
berlakunya masalah Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Kemahuan dan
naluri diri yang tinggi dalam kalangan belia mendorong mereka terlibat dengan aktiviti ini.
Perasaan ingin disayangi menyebabkan belia terjebak dengan hubungan ini kerana
mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang sama jantina. Contohnya, golongan
pengkid dan lesbian, mereka ini mungkin pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan
dan takut untuk menghampiri golongan lelaki yang banyak mengecewakan mereka. Farhana
(2012) di dalam artikelnya menyatakan bahawa Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah
mendapati pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sudah mula untuk terbabit dalam
kegiatan seks luar tabill yang lebih dikenali sebagai seks sejenis. Statistik bagi seluruh
negara turut amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya
perjuangan golongan LGBT mendapat tempat di negara ini.

Selain itu, kesan daripda kecelaruan identiti gender adalah berisiko terlibat dengan
masalah kesihatan mental.Kajian dari pengkaji terdahulu mendapati remaja yang terlibat
dengan LGB (Lesbian, Gay & Biseksual) mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan
tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding dengan remaja
normal (Hershberger & D’Augelli 1995)Selain itu, mereka juga dilaporkan mempunyai
masalah berkaitan dengan sikap (Anderson, 2002). Kesemua masalah ini menyebabkan
mereka makin dipinggirkan oleh individu terdekat dengan mereka serta masyarakat
sekeliling sehingga menghalang kefungsian psikologikal mereka. Akibatnya, muncul bukti

9
yang menyatakan ketidakseimbangan terhadap kehidupan lesbian seperti kemurungan,
putus harapan dan bunuh diri (Davidson, Potter & Ross 1999)
Akhir sekali, kesan kecelaruan identiti gender kecenderungan terhadap penyakit-
penyakit berbahaya. Hal ini kerana individu yang mempunyai kecelaruan identiti gender ini
akan mengalami rasa ketidaksesuaian dalam peranan biologi jantina mereka yang mana
dimanifestasikan dengan simptom seperti berusaha bersungguh untuk menghapuskan
kriteria primer atau sekunder jantina mereka. Mereka juga akan mendapatkan hormon atau
pembedahan untuk mengubah ciri fizikal supaya nampak maskulin atau feminin yang
bersepadanan dengan jantina berlawanan (American Psychiatric Association, 2000). Oleh
kerana gangguan terhadap imej fizikal tubuh badan adalah sangat signifikan, maka
kumpulan ini akan memfokuskan kepada penyediaan tubuh fizikal yang menarik menurut
pandangan mereka. Kerana itu juga didapati golongan GID lelaki (dari lelaki kepada wanita)
mengubah anatomi seksual mereka seperti buah dada supaya menyerupai jantina
perempuan yang diidami melalui penggunaan hormon atau pembedahan.

10
5.0 Langkah Mengatasi Masalah

Isu permasalahan kecelaruan identiti gender amatlah berbahaya dan perlu diambil berat
oleh ibu bapa, masyarakat dan negara.

5.1 Sekolah Mengadakan Kurikulum Khas

Sekolah merupakan salah satu tempat di mana proses perkembangan murid


dibentuk. Oleh itu, bagi mengatasi masalah kecelaruan identiti gender ini, sekolah sekolah
perlu mengadakan satu kurikulum khas bagi menjalankan program untuk murid-murid
sekolah yang dikenal pasti boleh terjerumus untuk menjadi pondan ini. Program-program
seumpama ini boleh dijalankan secara bersepadu dengan Jabatan Agama Islam di setiap
negeri supaya pengisiannya dapat menyedarkan para pelajar betapa pertukaran jantina ini
adalah sesuatu yang haram di sisi agama dan sama sekali tidak diredhai Allah SWT.
Norramazonizni & Hanina (2012) turut mencadangkan agar murid yang terlibat dengan
permasalahan ini diberi penglibatan dalam dalam program atau aktiviti luar. Kempen satu
pelajar, satu sukan oleh Kementerian Pendidikan adalah satu inisiatif yang baik. Walaupun
pada permulaannya, pelajar tidak suka kerana dipaksa, lama-kelamaan ada di antara
mereka yang boleh menjadikan sukan sebagai satu pilihan kerjaya.

5.2 Ujian Fizkal

Pihak kerajaan turut bertanggungjawab dalam membendung permasalahan kecelaruan


identiti gender ini. Marziana & Mimi (2014) telah mencadangkan bagi Kementerian
Pendidikan mewajibkan satu ujian kecergasan fizikal atau “fitness” khas untuk pelajar lelaki
bermula dari ketika mereka di tahun lima lagi. Ujian yang dicadangkan mestilah berstatus
ujian rasmi di peringkat nasional sepertimana peperiksaan awam yang lain contohnya
UPSR, PMR dan SPM. Menerusi program ini, setiap pelajar lelaki yang terpilih perlu
menjalani beberapa ujian kecergasan yang tidak terlalu menekan dan berpatutan dengan
usia mereka. Setiap pelajar diwajibkan lulus ujian tersebut dan bagi pelajar yang gagal, akan
diserapkan ke bengkel pemantapan jati diri.

Jika Jika cadangan ini dilaksanakan, ianya jelas menunjukkan keseriusan pihak
kerajaan untuk membendung gejala transeksual bermula dari peringkat awal lagi. Kerana
dengan ini kita dapat mengenal pasti murid atau pelajar yang bermasalah dan merawat
mereka dari awal.

11
5.3 Keprihatinan Ibu dan Bapa

Ibu bapa juga sangat memainkan peranan penting dalam menangani isu kecelaruan identiti
gender ini. Hal ini kerana ibu bapa adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak. Ibu
bapa seharusnya peka dengan perubahan fizikal anak mereka kerana ciri seperti muka,
susuk badan dan cara berjalan telah jelas diubah. Adalah sangat menghairankan jika
ibubapa langsung tidak menyedari perubahan anak-anak mereka sedangkan perubahan
tersebut sangat ketara dan boleh dikenalpasti oleh mana-mana individu lain. Ini selari
dengan dapatan (Polat et al., 2005) iaitu individu yang mengalami kecelaruan identiti gender
mempamerkan perubahan ketara yang mudah dikenalpasti yang mana tidak konsisten
dengan rol dan tingkah laku jantina sebenar mereka. Jika ibubapa berfungsi sebagai agen
kawalan maka kecelaruan ini dapat dibenteras.

12
6.0 Kesimpulan

Isu kecelaruan identiti gender sememangnya amat perlu diberi perhatian oleh ibu
bapa, guru dan masyarakat. Oleh itu, sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa perlulah mengenal pasti murid yang terlibat dengan permasalahan ini dan mengambil
initiatif untuk membendung permasalahan ini lebih tersebar.

13

Anda mungkin juga menyukai