Anda di halaman 1dari 78

1.

PENGENALAN

Istilah remaja berasal daripada perkataan Latin iaitu adolescene yang bermaksud tumbuh dan berkembang ke arah kematangan. Keremajaan itu sendiri boleh diertikan sebagai proses membesar atau meningkat dewasa. Remaja ialah satu peringkat perkembangan yang membawa seseorang daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Remaja akan mula mengalami perubahan fizikal yang ketara berkaitan akil baligh dan juga perubahan kognitif dan sosial. Peringkat remaja ini bermula dalam lingkungan umur 12 tahun dan berakhir apabila pertumbuhan fizikal sudah berhenti iaitu pada umur 20 tahun. Apabila kita perkatakan tentang remaja, banyak yang dapat kita boleh huraikan definisi remaja itu, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Ini kerana kebanyakkan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja ketika ini telah menyebabkan ada sesetengah pihak yang menganggap remaja seorang yang bermasalah. Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-20 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat dari itu, remaja dikategorikan sebagai seorang yang emosinya tidak stabil dan sentiasa bermasalah. Menurut Mohammad Salleh Lebar pula, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun. Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga. Selain itu, Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G.Stanley pula menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik. Walaupun banyak pendapat atau tanggapan ahli falsafah yang telah mendefinisikan apa
1

itu remaja, apa yang penting didalam perkembangan remaja itu ialah bagaimana mereka dapat mengadaptasikan suasana persekitaran mereka dalam perkembangan mereka sendiri dalam meningkat remaja. Remaja juga merupakan zaman dimana mereka akan mula menampakkan perwatakan mereka sebagai seorang remaja yang matang, ini dapat dilihat dari segi mereka berpakaian, berkawan, berkomunikasi, dan dalam pemikiran mereka. Pada tahap remaja ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Awal Remaja, Pertengahan Remaja dan Lewat Remaja. Tingkat umur kematangan bagi remaja lelaki dan perempuan adalah berbeza kitaran umurnya. Remaja perempuan dikatakan akan mengalami kematangan seawal 12 tahun lagi. Bagi remaja lelaki pula, mereka akan mengalami kematangan lewat 2 atau 3 tahun dari remaja perempuan. Pada perkembangan awal remaja, secara umumya ialah ketika berusia 12-15 tahun. Pada ketika ini, remaja akan mengalami pertumbuhan yang mendadak terutamanya pada remaja perempuan. Perubahan berlaku dari segi fizikal secara umumnya akan kelihatan. Selain itu, pada peringkat ini juga, mereka akan lebih cenderung kepada pengaruh rakan sebaya mereka. Ini kerana, pada ketika ini remaja memerlukan kebebasan dalam kehidupan dan lebih mempercayai rakan mereka. Pada peringkat pertengahan remaja, remaja sudah mula untuk menunjukkan keinginan seksualiti mereka dengan mula mencari teman yang istimewa, seperti teman lelaki atau teman wanita. Pada ketika ini juga, hubungan antara rakan-rakan semakin erat. Pada peringkat lewat remaja, mereka akan mengalami krisis dalam pembentukan diri. Seperti contoh mereka akan keliru adakah bekerja yang dimahukan ataupun menyambung pelajaran. Hubungan antara teman istimewa semakin rapat dan mereka mula merancang masa depan mereka sendiri.

2.0

AMALI 1: LATAR BELAKANG REMAJA


2

2.1

PENGENALAN

Latar belakang remaja adalah satu data yang penting untuk menganalisis perkembangan mereka. Ini kerana, setiap apa yang berlaku terhadap diri remaja itu kebanyakkannya adalah kesan dari latar belakang mereka sendiri. Antara faktor penting yang boleh kita kaitkan remaja dengan latar belakangnya ialah seperti hubungan remaja itu sendiri dengan ahli keluarganya, seperti ibubapa dan adik-beradik, dari segi geografi tempat tinggal remaja itu, persekitaran atau suasana kejiranan remaja terbabit, dari segi pemakanan remaja itu,dan banyak lagi. Didalam perkembagan seseorang remaja itu, mereka tidak terlepas dari dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tadi. Ini kerana, kebanyakkan masalah sosial remaja ketika ini melibatkan remaja dibawah umur dan ianya berkaitan dengan masalah seperti kekeluargaan. Hubungan antara ahli keluarga itu sendiri akan mempengaruhi tahap sosio-emosi remaja itu sendiri. Selain tu, dari segi perkembangan moral juga dapat dikaitkan dengan latar belakang remaja iaitu dari segi didikan dan pemerhatian remaja dari ibubapa dan keluarga yang menjadi contoh kepada remaja tersebut.

Selain itu, faktor persekitaran remaja itu juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan mereka. Kita dapat lihat apabila seseorang remaja itu datangnya dari persekitaran yang terlalu banyak masalah sosial, kebarangkalian remaja itu akan terlibat sama adalah tinggi. Ini kerana faktor dorongan dari rakan-rakan mereka dan kurangnya perhatian dari penduduk kawasan itu sendiri. Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan disini ialah latar belakang remaja adalah satu faktor utama dalam mendidik perkembangan mereka, jika mereka dibesarkan dalam keadaan yang huru-hara, maka huru-haralah remaja itu. Tetapi jika seseorang remaja itu mengalami perkembangan mereka secara sempurna, maka sempurnalah remaja itu akhirnya.

2.2

LATAR BELAKANG REMAJA (A)

Remaja A Pemerhati Tarikh

: : :

Nur Aqilah Bt Azhman Effa Sharmiza Bt Ruhaizad 28 March 2011

Nur Aqilah Bte Azhman

Nama remaja dibawah pemerhatian saya ialah Nur Aqilah Binti Azhman. Beliau menetap di Felda Chalok Barat Setiu, Terengganu. Beliau berumur 14 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Chalok dalam tingkatan tiga. Beliau dilahirkan di Hospital Kota Tinggi pada tanggal 31 march 1997. Diwarisi daripada keluarga, beliau berbangsa melayu dan beragama islam. Dalam keluarga, beliau merupakan anak kedua dari 3 orang adik-beradik kepada pasangan Azhman bin
4

Saad dan Watini Binti Awang. Bapa beliau adalah seorang mekanik elektrik dan ibunya suri rumah sepenuh masa. Makanan yang menjadi pilihan utama olehnya ialah nasi ayam dan air kegemarannya ialah milo ais. Jika mempunyai masa yang lapang, beliau gemar membaca tidak mengira bahan akademik mahupun bukan akademik. Apabila besar kelak, beliau menyimpan impian untuk menjadi seorang pensyarah yang berwibawa.

2.3

LATAR BELAKANG REMAJA (B)

Remaja B Pemerhati Tarikh

: : :

Nur Qurainnina Binti Shaharudin Rusydi Bin Abdul Rahman 20 Mac 2011

Nur Qurainnina Binti Shaharudin Remaja yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah seorang remaja perempuan bernama Nur Qurainnina Binti Shaharudin atau lebih dikenali dengan panggilan nama Nina. Nina adalah seorang anak yatim kerana telah kehilangan bapanya ketika beliau berumur 5 tahun lagi. Arwahyarham bapanya meninggal dunia akibat dari serangan jantung. Nina telah menetap bersama ibunya yang beralamat ?. Dimana ketika ini Nina berusia 16 tahun. Nina ketika ini berada di tingkatan 4 di Sekolah Tinggi Perempuan, Melaka. Beliau seorang remaja perempuan yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Nina juga merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah kalah tanpa melakukan sesuatu. Arwahyarham bapanya ialah Shaharudin Bin Haron. Ibunya pula bernama Jamilah Binti Dolah. Ibunya bekerja sebagai
5

pembantu klinik di sekitar Bandar Hilir. Nina merupakan anak bongsu dan memiliki seorang abang yang bernama Muhammad Azrie Qusyairie Bin Shaharudin. Antara makanan dan minuman yang digemari oleh beliau ialah Nasi Ayam dan Jus Tembikai. Nina juga memiliki seorang rakan karip yang bernama Maziha Aqmaliah Binti Mazlan. 2.4 LATAR BELAKANG REMAJA (C)

Remaja C Pemerhati Tarikh

: : :

Nur Haryanie Baharudin Muhammad Amirul Baharudin 23 March 2011

Nur Haryanie Baharudin Responden yang menjadi penilaian saya adalah bernama Nur Haryanie Binti Baharudin. Dia berumur 18tahun. Dilahirkan pada tahun 18 April 1993 di Seremban. Baru sahaja mengambil SPM pada tahun lepas dan sekarang ini sedang bekerja di Petronas sementara menunggu untuk meyambung pengajiannya. Dia seorang beragama islam dan berbangsa melayu. Anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Nama bapa kepada Haryanie adalah Baharudin Abd Karim dan ibunya
6

adalah Asmarani. Bapanya bekerja sebagai Pembantu Makmal Kanan di Universiti Putra Malaysia dan Pn Asmarani bekerja sebagai setiausaha Timbalan Naib Canselor di Universiti Putra Malaysia juga. Responden menghabiskan pengajiannya tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaaan Sultan Abdul Aziz Shah.

Responden mempunyai dua orang rakan karibnya yang selalu bersama responden dalam susah dan senang iaitu Syahriza Fadilla dan Tia Sefira. Responden banyak menghabiskan masanya pada waktu lapang dengan melayari internet dan membaca novel. Adik Haryanie mempunyai ilmu dalam penggunaan komputer. Ini kerana sejak berumur 10 tahun lagi adik Haryanie sudah menggunakan komputer kerana rumahnya mempunyai peralatan tersebut. Disamping itu persekitaran sekelilingnya juga membantu untuk dia mengenali akan teknologi ini. Sebagai contoh ibu bapanya bekerja di sektor awam yang mana di sektor ini banyak menggunakan sistem perkomputeraan dalam sistem pentadbiran mereka . Selain itu juga, pemikiran ibu bapanya yang ingin dia pandai menggunakan teknologi ini. Makanan yang menjadi kegemaran adik Haryanie adalah nasi ayam dan juga `fresh oren. Kehidupan adik Haryanie adalah baik kerana dirinya mendapat didikan dan layanan yang secukupnya dari keluargannya. Dia mendapat kelengkapan yang diperlukan sama dirinya mahupun untuk menjadi seorang pelajar. Adik Haryanie adalah seorang peramah yang mana dia tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

2.5

PERBANDINGAN LATAR BELAKANG REMAJA

Nama Umur Nama Sekolah Tarikh Lahir Bangsa Agama Jantina Bilangan adik-beradik Nama kawan karib Makanan kegemaran Minuman kegemaran Nama ayah Pekerjaan ayah Pendapatan ayah Tahap pendidikan ayah Nama ibu Pekerjaan ibu Pendapatan ibu Tahap pendidikan ibu

REMAJA A Aqilah 14 tahun SMK Chalok 31 March 1997 Melayu Islam Perempuan 3 Nurul Hazirah Nasi Ayam Milo Ais Azhman Saad Mekanik Elekrik RM1300 SPM Watini Awang Suri rumah SPM

REMAJA B Nina 16 Tahun S.T.P.M 07 Disember 1995 Melayu Islam Perempuan 2 Maziha Aqmaliah Nasi Ayam Jus Tembikai Shaharudin (meninggal) SPM Jamilah Pembantu Klinik RM 800 SPM

REMAJA C Haryanie 18 tahun Tiada 18 April 1993 Melayu Islam Perempuan 3 Tia Sefira & Syahriza Fadilla Nasi Ayam Fresh Oren Baharudin Pemb Makmal Rm3000 SPM Asmarani Setiausaha Rm4000 SPM
8

Adakah anda mempunyai komputer di rumah? Pernahkah anda menggunakan komputer? Tujuan menggunakan komputer Jika ya, bilakah anda mula menggunakan komputer? Berapa kerap anda bermain games menggunakan komputer? Namakan computer games yang digemari Hobi

Ya Ya Melayari internet Sejak tahun 2006 Setiap hari Cityville Membaca

Ya Jarang Main game 12 Tahun Seminggu 3 kali House of cakes, Solitares, Mahjong Tidur

Ya Selalu Online & Main Game 10 Tahun Seminggu 1 kali The Sims

Online & baca novel Cita-cita Pensyarah Doktor Script Writer Alamat F1 , QRTS Kilang No 6480-C, KM 2 No 12A,Jalan Getah, Felda Jalan Padang 1/2C,Taman Chalok Barat, Setiu, Semabok, 75050 Prima Terengganu Melaka Saujana,43000 Kajang, Selangor Dari apa yang dapat kami perhatikan disini ialah, terdapat beberapa perbezaan diantara remaja yang kami menjalankan kajian. Perbezaan yang ketara ialah dari segi umur mereka dimana selang 2 tahun. Selain itu, terdapat 2 orang responden kami yang merupakan anak bongsu dan hanya Aqilah sahaja ialah anak kedua dari adik-beradik. Dari apa yang dapat diperhatikan disini, ketigatiga responden mempunyai makanan kegemaran yang sama, iaitu nasi ayam. Disini juga, kami melihat walaupun kategori umur mereka adalah berbeza, tetapi didalam pendedahan tentang teknologi maklumat terutamannya komputer telah didalami seawal peringkat awal remaja lagi. Mungkin ianya berbeza dari cara penggunaannya, tetapi apa yang dapat disimpulkan disini ialah remaja zaman sekarang adalah remaja yang terkini dan tidak ketinggalan dalam mempelajari bidang perkomputeran ini. Kami juga perhatikan bahawa, ketiga-tiga responden ini berasal dari taraf keluarga yang berbeza, ini dapat dibuktikan bahawa dari purata pendapatan keluarga mereka adalah berbeza sama sekali antara satu dan yang lain. Mereka juga mempunyai cita-cita yang baik untuk masa depan mereka, semoga apa yang diingini akan tercapai oleh mereka.

3.0

AMALI 2: PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA

3.1

PENGENALAN

Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka. Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya. Pada tahap ini, remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi.

10

Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah remaja terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain tidak kira remaja perempuan atau lelaki. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja. Baligh adalah petanda awal dimana tahap hormon yang memasuki darah akan meningkat respon terhadap isyarat dari bahagian otak iaitu hipotalamus. Seawal umur 13 tahun, remaja lelaki akan mengalami perubahan seperti suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh. Seawal umur 9 tahun, remaja perempuan akan berhadapan dengan perubahan seperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakkan kepada suara yang lebih matang. Selain itu, perubahan dalam kandungan badan juga memainkan peranan dalam pertumbuhan fizikal remaja, setiap pertumbuhan di dalam badan kita memainan peranan seperti menentukan tahap seseorang remaja itu membesar mengikut umurnya. Kebiasaannya remaja yang bertubuh besar selalunya adalah remaja di peringkat akhir. Antara perubahan yang berlaku didalam badan kita ialah seperti otot. Otot berbeza dengan tulang, di mana ia tidak hadir sepenuhnya semasa kelahiran, semua otot-otot yang akan dipunyai oleh seseorang telah hampir ada kesemuanya tidak lama selepas kelahirannya (Tanner, 1978). Apa yang berubah ialah kepanjangan dan ketebalan otot-otot tersebut. Seperti tulang dan ketinggian, tisu otot bertambah secara tetap sehingga remaja, di mana ia juga meningkat dengan pesatnya dalam kadar pertumbuhan. Kedua-dua lelaki dan perempuan menunjukkan pertambahan dalam tisu otot dan tenaga, tetapi pertambahan adalah lebih hebat di kalangan lelaki. Lemak juga merupakan satu lagi komponen yang utama dalam badan. Dari mulanya, perempuan mempunyai tisu lemak yang lebih daripada lelaki. Di kalangan perempuan, kira-kira 20 hingga 24
11

peratus daripada berat badan dijadikan daripada lemak pada permulaan kematangan manakala di kalangan lelaki, hanya kira-kira 17 hingga 20 peratus daripada berat badan dijadikan daripada lemak pada permulaan puberty (Chumlea, 1982; Forbes, 1972). Perempuan mempunyai lebih banyak sel lemak, dan sel lemak individu mereka adalah lebih besar daripada lelaki. Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melibatkan teori dalam pelajaran sains dan moral.

Manakala Sigmund dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dorongan seksual dan agresif, yang bukan semasa peringkat latensi, sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahanperubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. Selain itu, perubahan hormone juga memainkan peranan dalam pertumbuhan

12

fizikal remaja ketika ini, berikut adalah contoh hormone yang berkaitan dengan pertumbuhan bagi remaja: Kelenjar Tiroid Adrenal Hormon Tiroksina Adrenal androgen Testosteron Aspek yang mempengaruhi pertumbuhan Menjejaskan perkembangan otak yang normal dan kadar keseluruhan pertumbuhan Terlibat dalam perubahan semasa puberti, terutamanya pertumbuhan dalam sifat lazim seks sekunder di kalangan perempuan Penting dalam pembentukan kemaluan lelaki; juga perubahan dalam sifat lazim seks primer dan sekunder semasa puberti dalam lelaki Menjejaskan pertumbuhan dalam kitaran haid dan buah dada dalam perempuan tetapi mempunyai pengaruh yang sedikit dalam sifat lazim seks sekunder yang lain Menjejaskan kadar kematangan fizikal Memberi arahan perembesan kepada kelenjar lain untuk

Testis (lelaki) Ovari (perempuan) Pituitari

Estrogen

Hormon pertumbuhan Hormon pengaktifan

Peringkat awal remaja (12-14 tahun) Mulai meninggalkan ciri keanak-anakan dan mulai untuk mencapai peringkat akil baligh, iaitu yang menandakan bermulanya peringkat awal remaja. Baligh merupakan kemuncak perubahan fizikal dan peningkatan perkembangan sifat-sifat kejantinaan dan individu. Akil baligh juga membawa maksud berlakunya perkembangan psikologi individu, di mana kanak-kanak lelaki menunjukkan sifat-sifat kelelakian mereka dan yang perempuan pula mula menunjukkan sifat-sifat kewanitaan. Anak-anak perempuan lebih cepat mencapai baligh berbanding dengan lelaki. Tanda-tanda baligh berikut: Perempuan ialah mula datang haid pertama pada 11 - 13 tahun Lelaki pula mengalami wet dream iaitu keluar air mani pertama pada 13 - 15 tahun.
13

Peringkat pertengahan remaja (15-17 tahun)

Merupakan peringkat yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Perubahan fizikal dan hormon yang berlaku meninggalkan kesan yang ketara lalu mengubahkan corak hidup dan psikologi mereka. Mereka akan sentiasa merasa tidak menentu dan gelisah. Kelakuan mereka sukar dijangka dan sering berubah atau moody. Menurut Stanly Hall, peringkat remaja merupakan waktu storm and stress iaitu sering berlaku pertentangan pendapat dengan ibu bapa dan adik-beradik, sehingga menimbulkan ketegangan akibat perubahan dan kecelaruan emosi.

Di peringkat ini, berlaku beberapa perubahan emosi yang paling ketara pada remaja lelaki dan perempuan. Antara ciri-ciri universal perubahan emosi yang paling ketara adalah seperti:i. ii. iii. iv. v. vi. Rasa gesah dan gelisah Suka berasingan Sentiasa ingin menentang kuasa Cepat marah & moody Mahukan kebebasan Suka menyindir orang

Perubahan emosi yang dialami ini adalah disebabkan oleh hormon adrenalin yang memainkan peranan penting dalam menguasai perasaan dan emosi remaja. Berikut merupakan perubahan-perubahan fizikal yang dialami oleh remaja pertengahan:Remaja perempuan

Remaja lelaki

Tubuh badan mula membentuk lelaki Tubuh badan mula membentuk sebagai dewasa Ketinggian meningkat melebihi perempuan Suara mula menjadi garau Muncul jerawat dan masalah berat badan Bulu-bulu mula tumbuh wanita Ketinggian perlahan sedikit Suara bertambah merdu Muncul jerawat dam masalah berat badan Bulu-bulu mula tumbuh
14

Keluar air mani pertama tanpa bantuan

Potensi seksual semakin meningkat

Remaja pada peringkat lewat (18 ke atas) Remaja pula telah hampir menyerupai orang dewasa. Mereka sudah jauh berbeza daripada ciri-ciri kanak-kanak yang dimilik dahulu. Bagi remaja lelaki, ketinggian tubuh berhenti pada usia 21 dan persediaan ke alam dewasa hampir lengkap. Potensi seksual mereka meningkat sedikit demi sedikit. Dari segi fisiologi, tekanan darah dan denyutan jantung bertambah seperti orang dewasa dan sel darah merah bertambah. Bagi remaja perempuan pula, ketinggian berhenti pada usia 18. Seperti remaja lelaki, persediaan mereka ke alam dewasa telah lengkap. Di samping itu, remaja perempuan mempunyai pusingan haid yang regular dan lewat dianggap tidak normal.

Perkembangan Ciri Seksual Perempuan Buah dada Rambut pubic Rambut axillary(ketiak) Lelaki Rambut pubic Rambut axillary(ketiak) Rambut facial

Pertambahan keluasan dan kedalaman Perubahan suara dalam pelvis Perubahan suara Perubahan dalam kulit Perubahan dalam kulit Bahu mula melebar

Transformasi yang paling ketara semasa baligh merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. Sistem pembiakan mula membesar dan menjadi matang seperti orang dewasa, dan ciri seksual primer mula berfungsi. Remaja perempuan mendapat haid dan remaja lelaki mula mengeluarkan mani. Pada masa yang sama perkara yang nyata pada remaja ialah ciri seksual sekunder. Bagi remaja lelaki, rambut halus mula kelihatan di atas bibir, dagu, pipi dan
15

ketiak. Rambut halus ini beransur menjadi kasar dan hitam. Suara mula garau dan badan mula menjadi maskulin. Di akhir akil baligh remaja lelaki mempunyai misai, jambang, janggut, bahu dan dada lebar, pinggul kecil dan bentuk yang tinggi dan tegap. Bagi remaja perempuan, estrogen menjadikan punggung mereka lebih lebar, buah dada membesar dan pinggang mengecil. Suara remaja perempuan bertambah lembut mirip kepada keanak-anakan. Menurut BrooksGunn&Ruble, 1983, kebanyakan remaja perempuan mendapat maklumat dan ilmu mengenai perkembangan dan perubahan biologi tubuh mereka melalui ibu mereka. Ini akan merapatkan hubungan sesama ibu dengan anak.

Setahun atau selepas mencapai kemuncak lonjakan pertumbuhan remaja perempuan akan mendapat haid pertamanya. Di akhir akil baligh, remaja lelaki mempunyai otot yang lebih kuat dan besar, jantung dan paru paru lebih besar, darah yang lebih banyak dan keupayaan oksigen dalam darah yang lebih daripada remaja perenpuan. Remaja lelaki juga mempunyai kadar degupan jantung pada masa rehat yang lebih rendah daripada remaja perempuan. Dengan kelebihan fizikal dan kekuatan badan, lelaki lebih berjaya dalam sukan seperti membaling tinju dan angkat berat. Dengan kelebihan lemak dalam badan dan fleksibiliti, remaja perempuan manunjukkan kelebihan dalam gimnastik, larian jauh dan renang.

16

3.2

PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA (A) : : : Nur Aqilah Bt Azhman Effa Sharmiza Bt Ruhaizad 28 March 2011

Remaja A Pemerhati Tarikh

PEMERHATIAN Perubahan suara Perubahan struktur badan Sudah mencapai baligh? Bila? Melibatkan diri dalam sukan? Jika aktif, nyatakan aktiviti tersebut. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi? Contoh: perkhemahan, mendaki gunung dll. Nyatakan aktiviti tersebut.

YA / / /

TIDAK/BELUM

/ /

KOMEN Pertukaran hormon Kerana faktor umur Ketika di bangku sekolah rendah. Darjah 6 Saya tidak aktif dalam sukan Mengikuti program perkhemahan dekolah

1. Perubahan suara

17

Aqilah merasakan suaranya berubah dari suara keanak-anakkan kepada suara yang lebih matang. Namun begitu , perubahan suara yang berlaku tidaklah begitu ketara. Hal ini dikatakan olehnya berlaku kerana perubahan dan faktor hormon didalam tubuh badannya.

2. Perubahan struktur badan Aqilah mendapati pelbagai perubahan berlaku keatas dirinya. Antaranya ialah buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh. Mula didatangi haid. Pada pendapat Aqilah , perubahan fizikalnya adalah disebabkan faktor umur yang semakin meningkat dan salah satu penyediaan ke alam dewasa.

3. Sudah mencapai baligh? Bila? Kitaran haid menunjukkan organ reproduktif seorang gadis telah mula berfungsi. Aqilah telah mula dating haid ketika berumur 12 tahun. Dia faham bahawa haid akan dialami oleh semua remaja yang telah mencapai akil baligh.

4. Terlibat dalam sukan? Jika aktif, nyatakan aktiviti tersebut. Aqilah tidak terlibat dalam aktiviti sukan. Dia tidak mempunyai minat untuk turut serta malah merasa malu untuk menyertai sukan terutama larian pecut. Aqilah memberi alasan dia adalah seorang perempuan dan tidak manis untuk berlari.

5. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi? Contoh: perkhemahan, mendaki gunung dll. Nyatakan aktiviti tersebut.
18

Aqilah melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti sukan. Antaranya ialah mengikuti perkhemahan badan beruniform anjuran sekolahnya. Aqilah sangat berminat untuk menyertai aktiviti tersebut kerana baginya dia menpelajari pelabagai pengalaman melalui perkhemahan itu.

Rumusan Berdasarkan Aktiviti yang Melibatkan Perkembangan Fizikal Aktiviti rekreasi merupakan penyegaran kembali badan dan fikiran melalui suatu kegiatan yang diminati dan mengembirakan. Rekreasi adalah salah satu bentuk penggunaan atau pengisian waktu terluang yang dilakukan diluar masa persekolahan bagi seseorang. Saat inilah remaja mendapat kesempatan untuk melepaskan diri sejenak dari kegiatan-kegiatan yang melelahkan fikiran mahupun fizikal. Menurut pemerhatian , Aqilah lebih berminat pada aktiviti yang berbentuk perkhemahan dan tidak pada bentuk kesukanan. Kebanyakan remaja perempuan akan menolak untuk menyertai aktiviti sukan dengan alasan mereka sudah besar dan malu. Hal ini mungkin diisebabkan oleh faktor perubahan tubuh badan dan mereka merasa rendah diri.

Rumusan Menyeluruh bagi Perkembangan Fizikal Remaja Perubahan kematangan seks dan perubahan hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja. Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang
19

mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahanperubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Aqilah mendapat dan menyedari perubahan fizikal dirinya. Sperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh dan didatangi haid

3.3

PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA (B) : : : Nur Qurainnina Binti Shaharudin Rusydi Bin Abdul Rahman 20 Mac 2011 YA TIDAK/BELUM / KOMEN Mungkin kerana perubahan suara lambat berubah walau telah capai kematangan Berlaku perubahan pada buah dada ketika berumur 13 tahun
20

Remaja B Pemerhati Tarikh

PEMERHATIAN Perubahan suara

Perubahan struktur badan

Sudah mencapai baligh? Bila? Melibatkan diri dalam sukan? Jika aktif, nyatakan aktiviti tersebut. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi? Contoh: perkhemahan, mendaki gunung dll. Nyatakan aktiviti tersebut.

/ / /

Pada hujung tahun ketika berumur lewat 12 tahun Kerana jarang diberikan peluang untuk ceburkan diri Kerana tidak diberikan peluang dan amat berminat untuk menyertainya kalau diberi peluang

1. Perubahan suara Walaupun Nina telah mencapai kematangan ketika berumur 13 tahun, tetapi dapat dilihat disini perubahan suaranya masih belum jelas. Mungkin kerana faktor pemakanan beliau yang mempengaruhi perubahan tersebut.

2. Perubahan struktur badan Nina telah mula mengalami perubahan struktur badan ketika beliau mencapai kematangan, antara yang dapat diperhatikan ialah perubahan fizikal iaitu berlaku perubahan dalam bentuk dan saiz buah dadanya. 3. Sudah mencapai baligh? Bila? Nina telah mencapai kematangan ketika beliau berusia lewat 12 tahun. 4. Terlibat dalam sukan? Jika aktif, nyatakan aktiviti tersebut. Tidak, kerana peluang untuk menyertainya tipis. 5. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi? Contoh: perkhemahan, mendaki gunung dll. Nyatakan aktiviti tersebut.
21

Tidak, mungkin kerana kurangnya peluang dalam menyertainya.

Rumusan Berdasarkan Aktiviti yang Melibatkan Perkembangan Fizikal Dari pemerhatian yang saya jalankan, apa yang dapat disimpulkan disini ialah penglibatan aktiviti seperti bersukan dan reakriasi boleh dijadikan sebagai bahan pengukur dalam perkembangan fizikal seseorang remaja itu. Tetapi bagi Nina, peluang yang tertutup bagi dirinya telah membuatkan beliau jarang mendapat peluang dalam menyertai apa jua aktiviti seperti sukan mahupun perkhemahan. Oleh kerana itu, pertumbuhan fizikal yang dialami oleh Nina gagal dimanfaatkan dalam menyertai aktiviti akibat dari peluang yang ada tertutup.

Rumusan Menyeluruh bagi Perkembangan Fizikal Remaja Dari apa yang boleh disimpulkan disini ialah, walaupun Nina telah mencapai kematangan seawal usia 13 tahun, tetapi Nina belum lagi mengalami perubahan suara yang ketara. Dari pemerhatian ini, boleh dikatakan bahawa berkemungkinan faktor pemakanan dan mungkin wujudnya faktor lain yang mempengaruhi dari segi perubahan suara. Selain itu, dari segi pertumbuhan fizikal Nina tidak mempunyai sebarang masalah dalam menjalani perkembangan semulajadi. Nina diperhatikan mengalami pertambahan berat badan dan semakin memiliki ciri-ciri kewanitaan seperti berlaku pembentukan buah dadadan cirri-ciri kewanitaan yang lain.

22

3.4

PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA (C) : : : Nur Haryanie Baharudin Muhammad Amirul Baharudin 23 March 2011 YA / / TIDAK/BELUM KOMEN Setelah mengalami kematangan Seperti pertumbuhan berat badan dan payudara Pada usia 11 tahun Ketiadaan
23

Remaja C Pemerhati Tarikh

PEMERHATIAN 1. Perubahan suara 2. Perubahan struktur badan

3. Sudah mencapai baligh? Bila? 4. Melibatkan diri dalam sukan? Jika

aktif, nyatakan aktiviti tersebut. 5. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi? Contoh: perkhemahan, mendaki gunung dll. Nyatakan aktiviti tersebut.

minat dalam menyertai aktiviti Kerana kurangnya peluang dalam menyertainya

1. Perubahan suara Suara menjadi lebih matang


2. Perubahan struktur badan

Struktur badan makin membesar. Lebih ketara pada bahagian payudara. Ketinggian berubah tetapi tidak ketara kerana sudah menghampiri peringkat akhir.
3. Sudah mencapai baligh? Bila?

Pada usia 11 tahun

4. Terlibat dalam sukan? Jika aktif, nyatakan aktiviti tersebut. Tidak akif, kerana kurang berminat untuk menyertainya

5. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi? Contoh: perkhemahan, mendaki gunung dll. Nyatakan aktiviti tersebut. Tidak aktif, kerana peluang dalam menyertainya terhad Rumusan Berdasarkan Aktiviti yang Melibatkan Perkembangan Fizikal Sukan atau aktiviti riadah adalah salah satu faktor yang membantu dalam perkembangan fizikal. Ini kerana aktiviti seperti ini memerlukan penggunaan dari struktur badan kita untuk melakukannya. Dari apa yang dapat diperhatikan disini ialah haryane kurang aktif dalam aktiviti
24

bersukan kerana mungkin dia tidak sukakan aktiviti yang lasak, tetapai Haryanie amat mengemari aktiviti seperti perkhemahan dan kerana peluang untuk menyertainya adalah terhad, maka Haryanie kurang untuk melibatkan diri. Aktiviti juga mampu mengubah kitaran haid bagi seseorang wanita kerana ada sesetengah remaja wanita yang bergiat dalam aktiviti sukan akan lambat akil baligh. Bentuk badan remaja yang bersukan adalah sedikit berbeza juga kerana dari aktiviti tersebut mengubah sedikit bentuk badan remaja terbabit. Rumusan Menyeluruh bagi Perkembangan Fizikal Remaja Secara keseluruhannya perkembangan fizikal lewat remaja tidak begitu banyak berlaku perubahan dengan remaja pertengahan. Ini kerana pertumbuhan lewat remaja sudah menghampiri peringkat maksimum dalam perkembangannya. Jika wujudnya perubahan adalah tidak begitu ketara. Mungkin dari segi ketinggian yang berlaku tetapi tidak begitu ketara. Pertumbuhan fizikal bagi wanita adalah lebih cepat mencapai kematangan dan pertumbuhannya berbanding lelaki. Pertumbuhan lelaki kebiasaanya akan lewat mencapai kematangan selepas dua tahun. Jadi lelaki akan memiliki pertumbuhan yang lebih dari golongan wanita. Aktiviti mampu juga mempengaruhi dalam pertumbuhan fizikal remaja. Ini kerana remaja yang terlibat dalam terlibat dalam aktiviti yang lasak akan membentuk fizikal yang sedikit berbeza berbanding remaja biasa. Otot pada remaja yang beraktiviti lebih kuat dan pejal serta mempunyai ketahanan terhadap tekanan. 3.5 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA

Perkembangan fizikal bagi remaja adalah satu tahap dimana terjadi kepada kita semua. Antara perubahan yang ketara berlaku pada perkembangan fizikal ini ialah pertumbuhan dari segi berat badan, ketinggian dan berlaku perubahan perwatakan yang lebih menyerupai kepada orang dewasa. Melalui pemerhatian bagi ketiga-tiga remaja yang terdiri daripada remaja awal, pertengahan dan akhir dapatlah kami simpulkan di sini bahawa setiap peringkat remaja mengalami tingkat perubahan atau kematangan yang berbeza, namun peringkat-peringkat ini akan dilalui oleh setiap remaja baik perempuan atau lelaki mengikut peredaran umur. Peringkat awal remaja, dimana respondennya ialah Aqilah telah mengalami akil baligh ketika berusia 12 tahun iaitu pada darjah enam. Ini telah membuktikan lagi bahawa kanak-kanak perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Ini dapat dibuktikan melalui teori (Jean Jacques Rousseau,17121778), yang menyatakan bahawa akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal
25

dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal. Pada peringkat pertengahan dan akhir remaja, Nina dan haryanie telah mengalami akil baligh pada umur mereka 11 dan 12 tahun. Haryani mengalami kematangan lewat setahun dari responden yang lain. Ini kerana mungkin faktor pemakanan yang menjadi dorongan kepada kelewatan dalam kematangannya. Tetapi Haryanie tetap berada dalam lingkungan normal bagi seorang remaja perempuan yang mengalami kedatangan haid mereka. Selain itu, Nina dan Haryanie telah menampakkan ciri-ciri kewanitaan mereka dengan begitu ketara. Mereka mengalami perubahan dari segi pertumbuhan dan saiz buah dada (payudara) pertumbuhan seperti biasa. dan bentuk pinggul yang semakin membesar. Walaupun mereka berdua kurang aktif dalam bersukan, mereka tetap mengalami

4.0 4.1

AMALI 3: PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA

PENGENALAN

Kognitif didefinasikan sebagai cara kita berfikir dan mengetahui sesuatu perkara. Proses kognitif merangkumi aspek menaruh perhatian kepada stimuli tertentu, mengimbas balik pengalaman daripada ingatan, penyelesaian masalah, pengetahuan tentang dunia secara sosial dan fizikal serta pemikiran konsep kendiri. (Douglas & Irving, 1995). Kecekapan yang ketara semasa remaja ialah kebolehan memikir tentang pemikiran mereka melakukannya secara logik. Pemikiran sedemikian biasanya bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang sifat manusia. Kadang-kala mereka akan memikir tentang pemikiran yang tidak ada kandungan konkrit. Kebanyakan remaja berupaya memikirkan sesuatu pernyataan atau proposisi walaupun penyataan ini tidak mengandungi isi. Misalnya, semua binatang ada kaki dan
26

ular adalah binatang. Daripada pernyataan tersebut, remaja lebih beria-ia untuk menentukan sama ada ular berkaki. Menurut Flavell, 1977, pemikiran remaja adalah berbeza daripada pemikiran kanak-kanak olahan konkrit dalam tiga aspek penting, iaitu penekanan kepada realiti lawan kemungkinan, penggunaan penaakulan saintifik dan kemahiran menyelaras idea. Pemikiran formal melibatkan melibatkan perhatian kepada kemungkinan dan tidak sahaja kepada realiti. Kualiti pemikiran formal yang melibatkan penaakulan saintifik ternyata apabila seseorang remaja menyelesaikan masalah secara sistematik. Selain itu, remaja yang berfikiran olahan formal boleh memikirkan beberapa idea secara serentak dan membuat kombinasi secara logik. Kognisi sosial bermaksud pemikiran tentang manusia, perhubungan sosial dan institusi sosial (Lapsley, 1989). Pemikiran dan pemahaman remaja tentang hubungan interpersonal dan tingkah laku manusia bertambah. Kajian-kajian tentang kognisi sosial remaja terbahagi kepada tiga kategori iaitu kajian tentang pembentukan tanggapan, pengambilan peranan dan konsep moral dan peraturan sosial. Pada zaman keremajaan, peraturan sosial mula dipersoalkan kerana remaja mula sedar tentang piawai moral yang bersifat subjektif yang muncul daripada individu-individu tertentu boleh diubah dan boleh ditentang. Lama-kelamaan, remaja akan mula sedar bahawa peraturan sosial berperanan dalam menyelaraskan interaksi dengan orang lain. Norma-norma dan jangkaanjangkaan sosial dipertahankan oleh individu-individu yang mempunyai perspektif yang sama. Individu-individu ini juga bersetuju bahawa sesuatu tingkah laku adalah baik atau pun betul dalam sesuatu situasi lantaran daripada tingkah laku itu membantu masyarakat dan institusinya berperanan dan berjalan dengan lancar. Menurut Jean Piaget, perkembangan intelektual boleh dibahagikan kepada 4 peringkat, jadual berikut menunjukkan peringkat kognitif Jean Piaget:

Peringkat Deria-motor Praoperasi Operasi Konkrit Operasi Formal

Umur 0-2 tahun 2-7 tahun 7-12 tahun 12 ke atas

Ciri-ciri keupayaan Kognitif Pemikiran terhad kepada skema aksi Permulaan pemikiran simbolik Permulaan pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud Pemikiran abstrak dan hipotetikal
27

Remaja pada peringkat operasi formal dapat berfikir secara abstrak, saintifik dan logikal, menggunakan prinsip tertentu untuk penyelesaian semua masalah seperti pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep pembalikan. Sifat pemikiran pada peringkat ini adalah seperti berikut: Proses mental ke atas idea atau fakta dan andaian-andaian. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada benda yang konkrit. Memahami konsep abstrak yang bercorak ilmu sains, matematik, sains kemasyarakatan dan keagamaan. Proses penaakulan semakin bertambah hasil daripada proses asimilasi dan akomodasi. Asimilasi ialah proses penyerapan dan seseorang menerima rangsangan dari luar, menafsir dan memproseskannya mengikut pengalamannya. Akomodasi ialah proses pengubahsuaian, apabila seseorang berhadapan dengan situasi baru yang belum dialaminya sebelum ini, pengubahsuaian dibuat. Keupayaan penaakulan secara hipotetikal deduktif dan berfikir seperti saintik. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang khusus. Mereka berkebolehan membina hipotesis atau memikirkan alternatif baru untuk menyelesaikan masalah. Berfikiran induktif iaitu berfikir daripada aspek khusus kepada generalisasi yang luas. Pemikiran induktif sering dilakukan oleh ahli sains di mana mereka membina hipotesis dan mengujinya secara sistematik di dalam eksperimen. Indikator yang menentukan peringkat kognitif remaja di peringkat awal remaja: Cara berfikir remaja lebih kompleks, mereka lebih tertumpu kepada membuat keputusan peribadi berhubung dengan persekitaran di rumah dan sekolah seperti berikut: Keupayaan berfikir menggunakan operasi formal logik dalam membuat kerja-kerja sekolah. Mula mempersoalkan tentang peraturan tertentu, autoriti dan standard masyarakat. Mula membentuk dan menyuarakan pendapat terhadap topik yang berbeza, biasanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
28

Indikator yang menentukan peringkat kognitif ramaja di peringkat pertengahan: Proses berfikir semakin meningkat dan berkembang dan meliputi hal-hal yang berkait dengan falsafah dan pandangan tentang masa depan: Soalan-soalan yang dikemukakan lebih meluas. Keupayaan menganalisis juga semakin meluas. Mula memikirkan dan membentuk kod etika tersendiri. Fikir tentang alternatif lain dan mula membentuk identiit sendiri. Gaya pemikiran lebih sistematik dan ambil kira tentang matlamat hidupnya. Fikir tentang masa depannya dan cuba membuat perancangan jangka panjang. Keupayaan berfikir secara sistematik, mempengaruhi corak dan gaya perhubungannya dengan orang lain.

Indikator yang menentukan peringkat kognitif remaja di peringkat lewat remaja: Proses operasi berfikir lebih kompleks iaitu lebih memfokuskan kepada perkara yang memerlukan membuat keputusan peribadi serta sesuatu yang kurang bersifat self-centred: Fikir isu dan konsep yang lebih tinggi dan bersifat lebih meluas atau global dalam bidang keadilan, sejarah, politik, dan patriotisme. Membentuk dan mempunyai pendapat sendiri tentang isu dan topik tertentu. Sikap yang suka berdebat dan menentang pendapat yang bertentangan dengannya. Fokus pemikiran lebih terarah kepada membuat keputusan tentang kerjaya.

29

4.2

PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA (A) : : : Nur Aqilah Bt Azhman Effa Sharmiza Bt Ruhaizad 28 March 2011

Remaja A Pemerhati Tarikh

Bahagian A Soalan 1: Berikan maksud peribahasa Seperti Kacang Lupakan Kulit Apakah maksud peribahasa tersebut? = Seseorang yang melupakan kulit.
30

Bagaimana ia mempunyai perkaitan? = Kerana kulit kacang selalu melindunginya

Apakah kesignifikanan peribahasa tersebut? = Menydearkan kita agar mengenang jasa oarng yang telah berjasa kepada kita.

Berikan contoh situasi yang menggambarkan peribahasa tersebut. = Ali seperti kacang lupakan kulit kerana setelah Berjaya dalam pelajaran, dia sudah melupakan keluarganya yang banyak membantunya ketika susah.

Soalan 2: Apakah permainan papan (board game) yang digemari? Saya tidak mengemari permainan board game. Mengapa? = Kerana permainan itu membosankan. Adakah ia mempunyai peraturan tertentu? Bagaimana cara untuk bermain permainan tersebut? = Ya, permainan itu mempuanyai cara-cara tertentu untuk memainkannya. Adakah anda perlu berfikir sewaktu bermain permainan tersebut? = Kadang perlu dan kadang tidak.

Soalan 3: Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang guru yang baik? Mengapa? = Pada pendapat seorang guru yang baik ialah amanh. Guru haruslah menjadi Pendengar yang amanah apabila pelajar ceritakan masalah mereka.
31

Jika pelajar mempunyai masalah, bagaiaman guru dapat membantu? = Menjadi pendengar yang setia dan menasihati. Adakah guru anda selalu memberi motivasi kepada para pelajar? Bagaimana? = Ya, memberi teguran pada pelajar tersebut.

Apakah guru anda lakukan sekiranya keadaan kelas bising atau berhadapan dengan pelajar yang nakal? = Guru saya akan marah dan menyuruh pelajar senyap.

Rumusan Oleh itu jika dilihat, Aqilah dapat menggunakan pemikiran logik dengan baik, dan berkebolehan untuk memberi perkaitan antara satu aspek dengan aspek lain. Sebagai contoh semasa ditanyakan tentang kacang lupakan kulit , aqilah tahu untuk memberi kaitan dengan kehidupannya. Selain itu, aqilah juga boleh mejdai pemerhati yang baik terhadap persekitarannya dan mempunyai pendapat tersendiri tentang sesuat seperti pendapat tentang seoarang guru perlu menjadi pendengar yang setia. Kesimpulannya , tahap kognnitif aqilah semakin bertambah bai dan meluas.

Bahagian B: Ujian Kreativiti Torrence Hasil ujian kreativiti Torrence Penilaian 1 Bentuk ciptaan yang dihasilkan untuk setiap gambar/petak Skala 2 3 4 /

5
32

Percantuman idea/gambar yang asal dengan yang baru Keberanian keluar dari sempadan Jumlah garisan yang ditambah pada garisan yang awal Kemampuan menghasilkan ciptaan berdasarkan petak/gambar dalam masa yang ditentukan Jumlah markah

/ / / / 17/25

Markah penilaian: 21 25: Kreativiti yang istimewa 16 20: Kreativiti yang sangat baik 11 15: Kreativiti yang baik 6 10 15 : Kreativiti yang sederhana : Kreativiti yang lemah

Ujian 1:

Perkembangan idea remaja

Kreativiti yang ditunjukkan oleh aqilah adalah sangat memuaskan. Ciptaan yang dihasilkan adalah pelbagai dan mempunyai percantuman dengan gambar yang asal. Percubaan aqilah untuk melukis diluar kotak dapat dilihat kerana sesetengah gambar yanh kurang jelas dapat dilukis kembali dengan gambaran yang lebih nyata dan jelas. Tempoh masa yang diambil adala lebih dari apa yang diperuntukkan. Ujian 2: Melengkapkan bulatan menjadi gambar yang bermakna dan menarik

Aqilah Berjaya melengkapkan kesemua bulatan dengan lukisan. Pelbagai bentuk juga dapat dibentuk selain dari mimic muka seperti bentuk bola , cincin, lollipopdan lain-lain. Aqilah juga Berjaya melukis didalam mahupun diluar kawan bulatan. Rumusan

33

Tahap kretiviti Aqilah berdasarkan ujian kreativiti Torrence ialah di tahap baik. Hal ini diisebabkan aqilah mampu mengeluarkan kretiviti dan pemikiran luar kotak beliau dalam aktiviti lukisan dan dapat melukis dengan baik. Namun begitu, aqilah mungkin mengambil masa yang agak lama dari masa yang telah ditetapkan untuk memikirkan idea untuk melukis lukisan yang dikehendaki. Kesimpulan Bahagian A dan Bahagian B Jika dibahagian A, dapat dilihat Aqilah dapat berfikir dengan baik dan dengan begitu jelas. Apabila remaja mula mentakluk secara abstrak, mereka sering menjadi amat bangga dengan kemahiran ini kerana berfikir bahawa mereka boleh menyelesaikan segala masalah. Sikap ini menjadikan remaja terlalu idealistic dan kurang menghargai batasan logik (Piaget 1967). Boleh dikatakan masa ini remaja banyak menyelesaikan masalah melalui cara yang berbentuk logik dan bukan berdasarkan fakta sahaja. Ini selaras dengan pendapat Jean Piaget di mana kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas pemikiran mereka lebih mirip ke arah olahan formal. Seperti dibahagian B pula, apabila diberi permasalahan akan lukisan dan bentuk-bentuk yang perlu dilengkapkan, dapat dilihat kreativiti Aqilah terserlah. Aqilah juga berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang tinggi apabila berjaya melukis gambar dipetak dan bulatan dengan gaya yang tersendiri.

4.3

PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA (B) : : : Nur Qurainnina Binti Shaharudin Rusydi Bin Abdul Rahman 20 Mac 2011

Remaja B Pemerhati Tarikh

34

Bahagian A Soalan 1: Berikan maksud peribahasa Seperti Kacang Lupakan Kulit Apakah maksud peribahasa tersebut? = Lupakan seseorang Bagaimana ia mempunyai perkaitan? = Tiada Jawapan
-

Apakah kesignifikanan peribahasa tersebut? = Tiada Jawapan

Berikan contoh situasi yang menggambarkan peribahasa tersebut. = Ayie tidak mengingati Ramli semenjak dia telah berjaya

Soalan 2: Apakah permainan papan (board game) yang digemari? Mengapa? = Tiada Jawapan Adakah ia mempunyai peraturan tertentu? Bagaimana cara untuk bermain permainan tersebut? = Tiada Jawapan Adakah anda perlu berfikir sewaktu bermain permainan tersebut? = Tiada Jawapan

35

Soalan 3: Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang guru yang baik? Mengapa? = Mempunyai sifat kasih sayang, kerana pelajar mudah memahami apa yang diajar Jika pelajar mempunyai masalah, bagaiaman guru dapat membantu? = Menasihati pelajar tersebut Adakah guru anda selalu memberi motivasi kepada para pelajar? Bagaimana? = Selalu, melalui tazkirah Apakah guru anda lakukan sekiranya keadaan kelas bising atau berhadapan dengan pelajar yang nakal? = Marah

Rumusan Dari pemerhatian yang saya jalankan, saya dapati perkembangan kognitif bagi Nina masih lagi berada pada tahap pertumbuhan. Ini kerana dari jawapan yang diberikan oleh Nina, didapati beliau masih lagi tidak dapat menghuraikan dengan lebih baik maksud peribahasa seperti kacang lupakan kulit, walaupun jawapan yang diberikan itu adalah betul, tetapi beliau tidak dapat menjawab dari segi perkaitan peribahasa tersebut dan apa signifikannya peribahasa tersebut. Selain itu, saya juga beranggapan bahawa perkembangan kognitif bagi Nina sebenarnya kurang diserlahkan. Ini kerana Nina adalah seorang yang tiada minat dalam permainan papan catur. Seperti mana yang kita tahu, permainan papan catur atau sebahagian darinya akan membolehkan kita berfikir dalam melakukan sesuatu langkah. Secara tidak langsung, kita telah mengerakkan minda kita ke tahap yang lebih agresif atau kehadapan. Ini penting bagi remaja kerana pada peringkat ini, perkembangan kognitif mereka perlulah aktif dan cerdas dalam mendalami persekitaran mereka yang semakin mencabar.
36

Bahagian B: Ujian Kreativiti Torrence

Hasil ujian kreativiti Torrence Penilaian 1 Bentuk ciptaan yang dihasilkan untuk setiap gambar/petak Percantuman idea/gambar yang asal dengan yang baru Keberanian keluar dari sempadan Jumlah garisan yang ditambah pada garisan yang awal Kemampuan menghasilkan ciptaan berdasarkan petak/gambar dalam masa yang ditentukan Jumlah markah 2 Skala 3 4 / / / / / 17/25

Markah penilaian: 21 25: Kreativiti yang istimewa 16 20: Kreativiti yang sangat baik 11 15: Kreativiti yang baik 6 10 15 : Kreativiti yang sederhana : Kreativiti yang lemah

37

Ujian 1: Perkembangan idea remaja Pada pemerhatian saya, hasil lukisan Nina adalah baik dan agak memuaskan, mungkin kerana pada ketika ini, pemikiran dari segi kreativiti Nina masih lagi belum berkembang dengan sempurna. Mungkin kerana faktor masa yang diambil Nina adalah sekejap, dan mungkin lukisannya akan memberikan impak yang terbaik sekiranya masa yang diberikan adalah lama. Selain itu juga, Nina dilihat kurang berpandangan jauh dalam mencipta idea-idea kreatif dalam menjalankan ujian kreativiti ini. Ujian 2: Melengkapkan bulatan menjadi gambar yang bermakna dan menarik Dari apa yagn dapat dilihat, Nina Berjaya dalam melengkapkan bulatan yang kosong kepada suatu gambar yang mendatangkan makna. Nina juga dilihat mampu atau berani untuk melukis melebihi sempadan yang telah ditetapkan. Ini kerana perkembangan ideanya luas dan tidak terhad hanya didalam bulatan sahaja. Nina juga dilihat mampu untuk melukis pelbagai jenis lukisan hanya berdasarkan dari bulatan kosong. Rumusan Apa yang dapat disimpulkan disini ialah Nina berada pada tahap baik dalam ujian kreativiti Torrence. Ini kerana Nina mampu mengeluarkan kretiviti beliau dalam aktiviti lukisan dan dapat melukis dengan baik. Walaupun Nina diberikan masa yang terhad dalam menjalankan ujian ini, tetapi Nina Berjaya menjalankan ujian ini dengan baik dan kreatif. Kesimpulan Bahagian A dan Bahagian B Dari kedua-dua ujian yang dijalankan, apa yang dapat dikatakan disini ialah Nina mencapai tahap kognitif atau minda yang baik. Walaupun antara jawapan yang diberikan oleh Nina ketika menjawap soalan kurang memberansangkan, tetapi Nina mampu untuk memahami dengan baik akan kehendak soalan. Dari segi lukisan pula, Nina berada pada tahap yang terbaik dalam mengeluarka idea-idea yang bernas salam melengkapkan gambar kosong kepada sesuatu yang mempunyai makna. Oleh itu, pemikiran menjawab soalan dan kreativiti ini dapat merangsang pemikiran remaja walaupun mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.

38

4.4

PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA (C) : : : Nur Haryanie Baharudin Muhammad Amirul Baharudin 23 March 2011

Remaja C Pemerhati Tarikh

Bahagian A Soalan 1: Berikan maksud peribahasa Seperti Kacang Lupakan Kulit Apakah maksud peribahasa tersebut? = Bermaksud melupakan kepada seseorang yang banyak berjasa kepada kita Bagaimana ia mempunyai perkaitan? = Ia dikaitan dengan memganggap kulit merupakan kawan baik kacang, kulit sentiasa melindungi dan membantu kacang dalam masalah. Apakah kesignifikanan peribahasa tersebut? = Tiada Jawapan Berikan contoh situasi yang menggambarkan peribahasa tersebut. = Nizam adalah kawan baik Amir. Nizam selalu membantu Amir dalam kesusahan tetapi apabila Amir mempunyai kawan baru Amir melupakan akan Nizam.

Soalan 2: Apakah permainan papan (board game) yang digemari? = Saidina & Monopoly Mengapa? = Sangat menarik dan menguji minda
39

Adakah ia mempunyai peraturan tertentu? Bagaimana cara untuk bermain permainan tersebut? = Pemain perlu membaling dadu

Adakah anda perlu berfikir sewaktu bermain permainan tersebut? = ya

Soalan 3: Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang guru yang baik? Mengapa? = Seseorang yang sabar dalam melayani kerenah murid-muridnya Jika pelajar mempunyai masalah, bagaiaman guru dapat membantu? = Mendengar dan cuba membantu menyelesaikan masalah pelajar. Adakah guru anda selalu memberi motivasi kepada para pelajar? Bagaimana? = Ya, dengan berceramah. Apakah guru anda lakukan sekiranya keadaan kelas bising atau berhadapan dengan pelajar yang nakal? = Pertama sekali guru kami akan meminta pelajarnya supaya diam sekiranya tidak dipatuhi guru akan marah dan mendenda pelajar terbabit

Rumusan Kesimpulannya adalah berdasarkan penilaian yang saya buat terhadap adik Haryanie adalah perkembangan kognitif beliau berada pada tahap sederhana. Ini dapat dilihat melalui jawapan yang diberikan semasa penilaian kami. Jawapannya adalah sederhana dan biasa dilihat serta terlalu ringkas. Ini kerana dia mempelajari perkara-perkara tersebut berdasarkan pengalamannya serta ilmu-ilmu yang diterapkan kepadanya oleh orang sekeliling. Dia hanya menggunakan pengalaman tersebut untuk menjawab soalan-soalan penilaian yang diberi.
40

Bahagian B: Ujian Kreativiti Torrence Hasil ujian kreativiti Torrence Penilaian 1 Bentuk ciptaan yang dihasilkan untuk setiap gambar/petak Percantuman idea/gambar yang asal dengan yang baru Keberanian keluar dari sempadan Jumlah garisan yang ditambah pada garisan yang awal Kemampuan menghasilkan ciptaan berdasarkan petak/gambar dalam masa yang ditentukan Jumlah markah Skala 2 3 4 / / / / / 17/25

Markah penilaian: 21 25: Kreativiti yang istimewa 16 20: Kreativiti yang sangat baik 11 15: Kreativiti yang baik 6 10 15 : Kreativiti yang sederhana : Kreativiti yang lemah

41

Ujian 1:

Perkembangan idea remaja

Haryanie mempunyai kreativiti yang sederhana. Ini kerana bentuk ciptaannya tidak menunjukkan sebarang kelainan dan keistimewaan. Haryanie tidak mencuba untuk menghasilkan sesuatu objek atau bentuk dengan melepasi keluar kotak tersebut. Masa yang diambil tidak begitu lama untuk menyiapkan kerana dia tidak begitu berfikir untuk menghasilkan sesuatu bentuk. Ujian 2: Melengkapkan bulatan menjadi gambar yang bermakna dan menarik Haryanie melengkapkan gambar bulatan yang kosong menjadi sesuatu yang berisi dan cantik. Haryanie tidak hanya terlintas menghiasi lakaran bulatan tersebut lukisan sahaja tetapi juga dia juga mengisinya dengan mewarnakannya. Dia berani untuk keluar dari kawasan bulatan tersebut dengan melukis beberapa gambar seperti lampu trafik Rumusan Haryanie mempunyai tahap kreativiti yang baik sebenarnya. Dia mempu untuk melukis dengan baik namun disebabkan tidak kecukupan waktu bekerja dia hanya melukis mengikut idea yang terlintas pada fikirannya sahaja. Harynie berani melukis di luar kotak bulatan. Ini menunjukkan kreativitinya mampu pergi lebih dari yang ditetapkan dan dia tetapi dia perlu mengambil masa untuk kea arah itu. Kesimpulan Bahagian A dan Bahagian B Kesimpulannya, perkembangan kognitif adik Haryanie adalah di golongan baik kerana ia mampu meluahkan sebarang idea melalui lukisan. Walaupun jawapan yang diberikan adalah jawapan yang ringkas, tetapi sedikit sebanyak Haryanie dapat mengetahui akan perbahasa itu walaupun tidak mengetahuinya secara mendalam. Haryanie juga merupakan seorang yang kreatif didalam lukisan kerana bukan sahaja dia boleh mencipta sesuatu yang menarik malah Haryanie rajin kerana mewarnakan lukisannya sekali.

42

4.5

PERBANDINGAN PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA

Pada peringkat ini perubahan tidak dapat dilihat dengan jelas berbeza bagi setiap individu, namun penting bagi seseorang individu bagi mencapai tingkat perkembangan kognitifnya akan mempengaruhi cara ia melihat dirinya, merancang masa depannya, dan menganalisis permasalahan yang dihadapi. Terdapat banyak teori mengenai perkembangan kognitif remaja, termasuk teori perkembangan kognitif sebagaimana yang dikemukakan oleh Piaget, namun secara umum remaja cenderung menggunakan idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan reflektif. Sejauh manakah tepatnya tingkat perkembangan kognitif seorang individu pada masa remaja sukar diramalkan, dan sangat berbeza mengikut seseorang.

Dari pemerhatian yang dijalankan diantara ketiga-tiga remaja ini, apa yang dapat kami simpulkan disini ialah mereka mengalami perkembangan kognitif yang berbeza-beza mengikut umurnya. Perkembangan kognitif tidak hanya dilihat melalui pertumbuhan system otak dahaja malah cara seseorang remaja itu memproses maklumat, meningkatkan daya memori dan mengeluarkan sesuatu yang kreatif seperti ujian lukisan yang dijalankan. Selain itu, apa yang kami perolehi ialah perkembangan kognitif ini sebenarnya tidaklah hanya bergantung kepada peringkat umur yang tertentu. Tetapi ianya berdasarkan bagaimana remaja itu sendiri mengunakan perkembangan kognitif mereka terhadap persekitarannya. Ini dapat dibuktikan bahawa walaupun Nina dan Haryanie mempunyai jarang umur selang 2 tahun, tetapi tahap pemikiran mereka adalah hampir sama walaupun tingkat remaja mereka berlainan. Suatu perkara yang harus diperhatikan pada perkembangan kognitif remaja adalah bukan pada kepantasan berfikir dan banyaknya informasi yang dikuasai yang penting, namun lebih kepada cara remaja itu menggunakan informasi yang dimilikinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

43

5.0

AMALI 4: PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI REMAJA

5.1

PENGENALAN

Emosi banyak dikaitkan akan perasaan dan jiwa seseorang. Ia lahir berdasarkan perasaan seseorang itu sama ada dalam keadaan marah, suka, menangis dan sebagainya. Emosi banyak diperngaruhi oleh keadaan sekelilingnya yang mana keadaan sekeliling ini banyak membantunya untuk meluahkan akan perasaannya. Emosi juga yang membentuk suatu personaliti di samping tindakannya dalam keadaan tersebut. Selain itu, Emosi merupakan tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Manakala perkembangan sosial merupakan satu proses apabila remaja belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Menurut Erik Erikson, 1950, perubahan besar yang dialami oleh remaja ialah perkembangan sosial. Mereka sedang meneroka identiti yang sesuai dengan jiwa mereka. Perhubungan dengan dunia luar selain anggota keluarga kini bertambah penting dalam memainkan peranan besar dalam pembentukan identiti remaja. Mereka mula menyiasat nilai yang telah ditetapkan oleh keluarga dan sering menyoal autoriti ibu bapa. Sekiranya mereka dipandang tinggi oleh dunia luar, terutamanya kawan, mereka akan merasa bangga yakin pada diri sendiri. Sekiranya mereka dipaksa mengikut segala nilai yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, mereka akan merasa kekeliruan identiti.
44

Erik Erikson menyatakan bahawa kepentingan hubungan manusia dengan persekitaran. Ini kerana dia berpendapat bahawa persekitaran membantu untuk membentuk personaliti seseorang itu. Terdapat 8 peringkat dalam perkembangan psisosial dan ia saling berkait antara satu sama lain. Setiap peringkat mempunyai matlamatnya yang terrsendiri yang perlu dicapai. Setiap peringkat tersebut mempunyai permsalahan dan dugaannya sendiri. Kemampuan seseorang itu untuk mencapainya sama ada berjaya atau sebaliknya akan menentukan pesonaliti diri mereka itu sendiri. Bagi remaja ia melibatkan peringkat ke 5 yang mana Erik Erikson menyatakan dalam peringkat identiti melawan kekeliruan identiti adalah sering yang berlaku terhadap diri remaja itu sendiri. Ini kerana pada peringkat ini, remaja sedang mencari identiti dan membina personaliti diri mereka sendiri. Mereka ingin cuba memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain. Disamping itu juga, mereka cuba menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran-ibubapa, guru serta rakan. Erik Erikson berkata dalam mencari-mencari akan identity mereka itu, mereka akan terikut-ikut atau meniru identiti orang lain di persekitaran. Erikson percaya bahawa remaja yang berjaya melepasi krisis ini akan berjaya membina identiti diri. Kegagalan, kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu-ragu akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya. Masalah kekeliruan identiti ini selalu dan sukar diatasi dalam keluarga yang mengalami masalah seperti preminum, penyalahgunaan dadah, deraaan fizikal dan seks, konflik perkahwinan dan penceraian. Secara psikososial, Erik Erikson telah mempelopori lapan tahap perkembangan psikososial bagi manusia yang berlangsung dalam pelbagai konteks khususnya konteks keluarga iaitu: Percaya lawan Tidak Percaya (lahir-18 bulan) Autonomi lawan Kesangsian (18 bulan-3 tahun) Inisiatif lawan Rasa bersalah (3-6 tahun). Rajin berusaha lawan Rendah diri (6-11 tahun)

Identiti lawan Kekeliruan peranan (12-18 tahun) Kemesraan lawan Pengasingan (18-24 tahun) Generativiti lawan Penyerapan kendiri (24-40 tahun) Integriti lawan Putus asa (40 tahun ke atas)

45

James Marcia (1967, 1980) pula mengutarakan konsep status identiti. Beliau mengklasifikasikan status ini kepada empat kategori berdasarkan dua penilaian : samada remaja telah melalui krisis identiti yang diutarakan oleh Erik Erikson; sejauhmana mereka komited terhadap penilaian kerjaya, agama, kepercayaan dan nilai politik. Empat kategori status itu ialah :

1. Status Pencapaian Identiti Remaja dalam kumpulan ini telah mengalami krisis dan sedang komited kepada kerjaya, kepercayaan agama dan politik, kedua-dua pemilihan kerjaya, agama dan politik berdasarkan pertimbangan alternatif yang serius dan bebas daripada pemilihan ibu bapa.

2. Status Kekaburan Identiti Remaja mungkin mengalami krisis ataupun tidak, tetapi mereka tidak menunjukkan komitmen atau mementingkan pemilihan kerjaya, kepercayaan agama dan politik. 3. Status Moratorium Remaja kategori ini, berada dalam krisis dan berusaha secara aktif untuk membuat komitmen dan asyik dengan pencapaian kompromi antara permintaan hasrat ibu bapa, masyarakat dengan keupayaan diri sendiri. 4. Status Foreclosure Remaja tidak mengalami krisis tetapi menunjukkan komitmen. Sukar hendak dinyatakan di mana matlamat ibu bapa berakhir dan di mana matlamat remaja itu sendiri bermula. Pengalaman persekolahan mereka hanya mengekalkan kepercayaan mereka dan mereka memegangnya secara rigid.

46

Secara amnya, remaja berjaya dalam status terhadap pencapaian identiti. Walaupun begitu status pencapaian identiti jarang berlaku pada awa remaja dan foreclosure selalu berlaku semasa pertengahan remaja (Pomerantz, 1979). Pada akhir remaja, mereka yang pada awalnya berada di status foreclosure atau kekaburan akhirnya berada dalam status pencapaian identiti. Krisis sering berlaku pada awal remaja yang kemudian diselesaikan secara positif. Dalam bidang kerjaya pula, remaja status foreclosure dan pencapaian identiti adalah paling stabil dalam menyelesaikan masalah identiti (Waterman, 1982). Walau bagaimanapun, penyelidik telah mendapati bahawa tidak banyak perbezaan dalam masalah identiti antara remaja lelaki dan perempuan. Selain itu, peranan keibubapaan amat penting dalam perkembangan identiti bagi remaja. Mengikut Douvan dan Adelson (1966), remaja berupaya menyatakan pandangan mereka dengan bebas walaupun pandangan tersebut berkonflik dengan pandangan ibu bapa. Juga, mereka melibatkan diri secara aktif dalam membuat keputusan. Mengikut Elder (1980), remaja memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaitu demokratik dan equalitarian. Ibu bapa demokratik menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka apabila membuat keputusan, tetapi menyatakan hak mereka dalam membuat keputusan muktamad. Manakala, ibu bapa equalitarian cuba memberi remaja peluang membuat keputusan yang saksama. Bagi ibu bapa autokratik pula, mereka tidak berbincang dengan anak-anak tentang apaapa jua keputusan yang diambil. Remaja harus mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa tetapi membina kasih sayang yang erat serta hormat terhadap mereka dan orang dewasa lain. Mengikut kajian Chiam (1984), remaja menghadapi sedikit konflik yang berkaitan dengan keinginan mereka mendapatkan kebebasan terutama dalam aktiviti sosial.

47

5.2

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI REMAJA (A) : : : Nur Aqilah Bt Azhman Effa Sharmiza Bt Ruhaizad 28 March 2011

Remaja A Pemerhati Tarikh

Bahagian A Hubungan dengan rakan-rakan Bagaimana hubungan anda dengan rakanrakan? (baik/rapat/tidak baik dll.) Adakah anda mempunyai rakan karib? Adakah anda mempunyai teman lelaki/wanita? Apakah persepsi anda terhadap hubungan persahabatan? (negatif/positif) Rapat Ya Tidak Positif

Hubungan dengan keluarga Bagaimana hubungan anda dengan Rapat Baik


48

keluarga? (baik/rapat/tidak baik dll.) Apakah pendapat anda terhadap ibu bapa

sendiri? (baik/garang/mesra) Apakah pendapat anda terhadap adikberadik dengan sendiri? salah Adakah anda rapat satu daripada mereka?

Mesra dan rapat Ya Adik

Siapakah individu itu?

Menurut jawapan yang diberikan, dapat dilihat disini ialah Aqilah sememangnya rapat terhadap ahli keluarganya. Rumusan Aqilah mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakannya. Dia sangat rapat dengan kawankawannya dan boleh bertukar-tukar cerita diri. Malahan, Aqilah juga mempunyai sahabat karib iaitu Nurul Hazirah tetapi aqilah tidak mempunyai teman lelaki kerana bagi pendapatnya dia masih kecil dan kanak-kanak. Selain itu, Aqilah juga mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarganya. Dia sangat baik dengan ibu dan bapanya serta dua orang lagi adik-beradiknya. Aqilah berpendapat ibubapanya adalah ibubapa yang terbaik. Dia juga berpendapat bahawa dia dan adik beradik mempunyai tali persaudaraan yang mesra dan rapat sekali terutama adik lelakinya iaitu Muhammad Akhmal.

49

Bahagian B

Skala Estim Diri Roserberg Bil Kenyataan Sangat Setuju Setuju 1 2 3 Saya rasa diri bernilai, sekurang-kurangnya sama seperti orang lain. Saya rasa saya mempunyai beberapa kualiti diri yang baik. Secara keseluruhannya, saya cenderung untuk memikirkan bahawa saya adalah 4 5 6 7 8 9 10 seorang yang gagal. Saya boleh melakukan kerja sebaik yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain. Saya rasa saya tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Saya mengambil sikap positif terhadap diri saya. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan diri saya. Saya harap saya boleh mendapat lebih penghormatan untuk diri saya. Kadangkala saya berasa diri tidak berguna. Kadangkala saya rasa diri saya tidak bagus / / /
50

Tidak Setuju

Sangat Markah Tidak Setuju

/ / /

/ / / /

langsung. Jumlah markah

20

Pengiraan markah bagi skala estim diri Rosenberg:

Bagi kenyataan 1, 2, 4, 6 dan 7 Sangat setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju =3 =2 =1 =0

Bagi kenyataan 3, 5, 8, 9 dan 10 Sangat setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju =0 =1 =2 =3

Jumlah skor 15 hingga 25 = normal Jumlah skor di bawah 15 = estim diri yang rendah

Markah penilaian yang diperolehi oleh remaja = 20


51

Aqilah berada pada tahap normal

Rumusan Aqilah bersetuju apabila dinyatakan dirinya bernilai, sekurang-kurangnya sama seperti orang lain dan mempunyai beberapa kualiti diri yang baik. Dia juga setuju secara keseluruhan, dia berpuas hati dengan dirinya dan kadangkala berasa diri tidak berguna dan tidak bagus langsung. Aqilah sangat bersetuju bahawa dia boleh melakukan kerja sebaik yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain., mengambil sikap positif terhadap dirinya dan dia berharap dia boleh mendapat lebih penghormatan untuk dirinya. Namun begitu, Aqilah tidak bersetuju jika dikatakan dirinya tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan dan sangat tidak bersetuju bahawa dia cenderung untuk memikirkan bahawa dia adalah seorang yang gagal.

Kesimpulan Keseluruhan Bahagian A dan Bahagian B Di bahagian A, ditunjukkan bahawa perhubungan sosial diperlukan untuk remaja mencari identiti diri memberi kesan ke atas perhubungan sosial remaja. Hubungan dengan rakan sebaya ini sebenarnya mungkin meningkat semasa fasa awal remaja kerana komitmen baru kepada kehidupan dikatakan sama taraf denganyang diberi oleh rakan sebaya. Oleh disebabkan itu, remaja seperti Aqilah akan mula mempunyai hubungan rapat malah mempunyai rakan karib. Mungkin kadang kala, remaja akan merasakan ingin menjauhkan diri secara fizikal dan emosi tehadap keluarga . Namun begitu, ini hanyalah satu proses mengenal diri dan orang sekeliling. Perbezaan atau perubahan ini dikatakan sebagai jurang generasi dimana meninggalkan keluarga dianggap berakhirnya zaman kanak-kanak dan bermulanya zaman remaja (Coleman, 1980). Pada bahagian B, Aqilah menunjukkan dirinya sedang dalam kekaburan identiti dan sedang mencari-cari diri yang sebenarnya. Dia percaya dirinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Malah keyakinan yang dimiliki tidaklah keterlaluan tapi sederhana. Seperti yang diperkatakan oleh James Marcia (1967, 1980) mengutarakan konsep status identiti dan salah satunya ialah status kekaburan identiti yang ditunjukkan Aqilah.
52

5.3

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI REMAJA (B) : : : Nur Qurainnina Binti Shaharudin Rusydi Bin Abdul Rahman 20 Mac 2011

Remaja B Pemerhati Tarikh

Bahagian A Hubungan dengan rakan-rakan Bagaimana hubungan anda dengan rakanrakan? (baik/rapat/tidak baik dll.) Adakah anda mempunyai rakan karib? Adakah anda mempunyai teman lelaki/wanita? Apakah persepsi anda terhadap hubungan persahabatan? (negatif/positif) Rapat, di dalam mahupun luar sekolah Ada Tiada Bagus, boleh berkongsi masalah

Hubungan dengan keluarga Bagaimana hubungan anda dengan Sangat rapat Baik, mesra, pemurah Baik Rapat Abang kandung

keluarga? (baik/rapat/tidak baik dll.) Apakah pendapat anda terhadap ibu bapa sendiri? (baik/garang/mesra) Apakah pendapat anda terhadap adikberadik dengan sendiri? salah Adakah anda rapat satu daripada mereka?

Siapakah individu itu?

53

Menurut jawapan yang diberikan, didapati Nina mempunyai hubungan yang baik dengan kawankawan dan keluarga. Menurut Nina dia tidak meletakkan nama-nama tertentu sebagai kawan rapatnya kerana bagi dia semuanya merupakan kawannya dan kawan-kawan yang dipilih merupakan seorang yang istimewa dan terbaik. Tetapi Nina ada menyatakan bahawa Mazihah adalah rakan karibnya kerana mereka telah sekolah bersama ketika di sekolah rendah sehingga sekarang. Mungkin Nina banyak berkongsi permasalahan atau kebahagiaan bersama rakan karibnya itu. Selain itu juga, Nina amat senang untuk bekerjasama dengan Mazihah dan mereka saling memahami antara satu sama lain, mungkin ini menyebabkan mereka menjadi seorang sahabat sehidup mereka sepanjang hayat. Nina juga menyatakan bahawa dia mempunyai hubungan yang rapat antara ahli keluarganya, walaupun ada seketikanya Nina mempunyai perselisihan faham dengan abang kandungnya. Tetapi Nina menjelaskan kerana itu adalah lumrah kehidupan adik-beradik yang tidak lekang dari pergaduhan mulut atau perselisihan faham. Nina juga amat memuji akan sifat yang ada pada ibunya yang seorang yang baik hati dan pemurah.

Rumusan Apa yang dapat dirumuskan disini ialah Nina mempunyai rakan karib yang memahaminya dan mempunyai keluarga yang bahagia. Nina amat rapat terhadap rakan-rakan yang lain begitu juga dengan hubungan kekeluargaan antara keluarganya. Mengikut Elder (1980), remaja memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaitu demokratik dan equalitarian. Ibu bapa demokratik menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka apabila membuat keputusan, tetapi menyatakan hak mereka dalam membuat keputusan muktamad. Walaupun begitu, Nina masih perlukan binbingan dan tunjuk ajar dari ahli keluarga untuk membuat sesuatu keputusan.

54

Bahagian B Skala Estim Diri Roserberg Bil Kenyataan Sangat Setuju Setuju 1 2 3 Saya rasa diri bernilai, sekurang-kurangnya sama seperti orang lain. Saya rasa saya mempunyai beberapa kualiti diri yang baik. Secara keseluruhannya, saya cenderung untuk memikirkan bahawa saya adalah 4 5 6 7 8 9 10 seorang yang gagal. Saya boleh melakukan kerja sebaik yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain. Saya rasa saya tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Saya mengambil sikap positif terhadap diri saya. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan diri saya. Saya harap saya boleh mendapat lebih penghormatan untuk diri saya. Kadangkala saya berasa diri tidak berguna. Kadangkala saya rasa diri saya tidak bagus langsung. Jumlah markah / / / 19 / / / / 3 2 2 1 2 2 3 / / / Tidak Setuju Sangat Markah Tidak Setuju 2 2 0

Pengiraan markah bagi skala estim diri Rosenberg: 13 Nina memiliki estim diri yang rendah Bagi kenyataan 1, 2, 4, 6 dan 7
55

Sangat setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

=3 =2 =1 =0

Bagi kenyataan 3, 5, 8, 9 dan 10

Sangat setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

=0 =1 =2 =3

Jumlah skor 15 hingga 25 = normal Jumlah skor di bawah 15 = estim diri yang rendah Markah penilaian yang diperolehi oleh remaja = 13

Huraikan skor yang diperolehi oleh remaja = < 15 Nina memiliki estim diri yang rendah Rumusan

56

Apa yang diperolehi dari skala estim diri ini ialah Nina berada pada tahap yang membimbangkan. Dimana Nina memiliki keyakinan diri yang rendah dan kualiti diri yang kurang. Walaupun ada disebutkan disini bahawa Nina mempunyai beberapa kualiti diri yang baik tetapi adakalanya Nina beranggapan bahawa dirinya tidak berguna kepada sesiapa. Ini kerana Nina secara keseluruhannya tidak berpuas hati dengan dirinya pada ketika ini. Nina juga menyatakan bahawa adakalanya dia merasakan dirinya tidak bagus dari rakan-rakannya yang lain. Mungkin ini kerana perbezaan keputusan peperiksaan yang kuran memberangsangkan bagi Nina. tetapi apa yang dapat saya rungkaikan disini ialah Nina tidak perlu merasakan dirinya seperti disebutkan kerana bagi saya semua manusia mempunyai kekurangan kita sendiri. Mungkin kerana itu, Nina merasakan dirinya tidak berguna kepada sesiapa. Nina juga mempunyai kualiti yang baik dari segi lain dan Nina juga merasakan bahawa dirinya bernilai sekurang-kurangnya sama seperti orang lain.

Kesimpulan Keseluruhan Bahagian A dan Bahagian B Secara keseluruhannya, dapat dilihat disini bahawa Nina dapat membentuk hubungan yang mesra dengan keluarga dan kawan-kawannya. Nina dapat bersosial dengan baik dan dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan semua orang. Ibunya juga sayang akannya menyebabkannya dapat berkembang dengan sempurna. Justeru, Nina mempunyai perkembangan yang sempurna dan sesuai dengan peringkat remajanya. Walau adakalanya dia merasakan ada kekurangan terhadap dirinya. Namun semua itu mungkin tiada bila Nina mencapai tahap yang lebih matang didalam usianya.

5.4

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI REMAJA (C)


57

Remaja C Pemerhati Tarikh

: : :

Nur Haryanie Baharudin Muhammad Amirul Baharudin 23 March 2011

Bahagian A Hubungan dengan rakan-rakan Bagaimana hubungan anda dengan rakanrakan? (baik/rapat/tidak baik dll.) Adakah anda mempunyai rakan karib? Adakah anda mempunyai teman lelaki/wanita? Apakah persepsi anda terhadap hubungan persahabatan? (negatif/positif) Sangat Baik Ya. Tidak kerana baru putus Positif

Hubungan dengan keluarga Bagaimana hubungan anda dengan keluarga? (baik/rapat/tidak baik dll.) Apakah pendapat anda terhadap ibu bapa sendiri? (baik/garang/mesra) Apakah pendapat anda terhadap adik-beradik sendiri? Adakah anda rapat dengan salah satu daripada mereka? Siapakah individu itu? Nakal dan penyayang. Tidak. Baik Baik

Mengikut penilaian dan pemerhatian yang saya buat terhadap adik Haryanie beliau ini seorang yang mempunyai hubungan yang baik sama ada kawan mahupun keluarganya. Beliau mempunyai waktu untuk dibahagikan sama ada dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Jika sesetengah remaja kita dapat lihat mereka akan lebihkan rakan-rakan berbanding keluarga tetapi melalui pemerhatian
58

saya adik Hayanie ini adalah seimbang. Jika dia mempunyai masalah dia tidak segan berkongsi masalahnya baik ibu bapanya malahan adik beradik yang lain. Begitu juga dengan rakan-rakannya, dia memiliki beberapa rakan karib yang mana mereka sentiasa bersama dalam susah senang. Rumusan Kesimpulan yang diperolehi dari penilaian yang dilakukan terhadap adik Haryanie adalah baik dan bagus. Ini kerana dia mempunyai mempunyai hubungan yang baik dari kawan mahupun keluarga. Hubungan dengan kawanya dapat dilihat melalui dia mempunyai rakan karib iaitu Syahriza Fadilla dan Tia Sefira yang begitu erat sejak habis sekolah lagi. Mereka sering dilihat bersama jika mempunyai waktu lapang bersama. Mereka sering barang dan masalah sesame mereka jika masalah tersebut dikongsi bersama keluarga. Mereka sering berkomunikasi antara satu sama lain dan dilihat tiada masalah dalam persahabatan mereka itu. Malahan jika salah sorang antara mereka mengadakan majlis, ia tidak teragak-agak untuk megajak rakan lain untuk menyertainya. Bagi hubungan dalam keluarga, adik Haryanie tidak mempunyai masalah dengan ahli kelurganya. Ini dilihat kebanyakkan masanya dihabiskan bersma keluarga selain rakan-rakannya. Dia juga sering bersama dengan keluarga ketika berkumpul bersama baik dihujung minggu atau melibatkan aktiviti luar. Jika dia menghadapi masalah dia tidak teragak-agak unutuk berkongsi masalah tersbut dengan ahli keluarganya. Ahli keluarganya juga memberi sokongan dalam setiap apa yang dia lakukannya.

Bahagian B Skala Estim Diri Roserberg Bil Kenyataan Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Markah Tidak
59

Setuju 1 2 3 Saya rasa diri bernilai, sekurang-kurangnya sama seperti orang lain. Saya rasa saya mempunyai beberapa kualiti diri yang baik. Secara keseluruhannya, saya cenderung untuk memikirkan bahawa saya adalah 4 5 6 7 8 9 10 seorang yang gagal. Saya boleh melakukan kerja sebaik yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain. Saya rasa saya tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Saya mengambil sikap positif terhadap diri saya. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan diri saya. Saya harap saya boleh mendapat lebih penghormatan untuk diri saya. Kadangkala saya berasa diri tidak berguna. Kadangkala saya rasa diri saya tidak bagus langsung. Jumlah markah 23 / / / / / / / / /

Pengiraan markah bagi skala estim diri Rosenberg:

Bagi kenyataan 1, 2, 4, 6 dan 7 Sangat setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju =3 =2 =1 =0

60

Bagi kenyataan 3, 5, 8, 9 dan 10 Sangat setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju =0 =1 =2 =3

Jumlah skor 15 hingga 25 = normal Jumlah skor di bawah 15 = estim diri yang rendah Markah penilaian yang diperolehi oleh remaja = 23

Berdasarkan penilaian yang dibuat kepada adik Haryanie, adik haryanie mendapat skor 23 markah bermakna adik Haryanie di kategorikan sebagai normal

Rumusan Mengikut penilaian yang diberikan dan jumlah skor penilaian tersebut, tahap estim diri adik Haryanie dalam keadaaan yang baik dan bagus kerana layanan dan didikan dari keluarga beserta kedaaan sekelilingnya yang baik. Tidak seperti sesetengah remaja yang mana pada tahap ini mereka mempunyai masalah emosi dan kerenganggan hubungan dengan keluarga terutamanya ibu bapa.

Kesimpulan Keseluruhan Bahagian A dan Bahagian B


61

Dari penilaian yang dilakukan kepada adik Haryanie, dia tidak mempunyai masalah emosi, kerenggangan hubungan dengan keluarga atau estim diri yang rendah seperti mana ia berlaku sesentengah remaja di Malaysia. Adik Haryanie mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga malahan dengan rakan-rakannya. Ini dapat dilihat dengan penilaian yang dilakukan dan pembahgian masa di antara keluarga dan rakan-rakannya. Di samping itu Haryanie telah memasuki akhir remaja. Golongan seperti ini telah mempunyai kestabilan emosi dan sudah boleh menyesuaikan diri serta sudah bersedia untuk memasuki alam dewasa. Mereka tidak lagi keliru mencari indenti mereka lagi. Ini kerana mereka sudah mempunyai personaliti mereka sendiri dan mereka mengetahui halatuju mereka selepas ini.

5.5

PERBANDINGGAN PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI REMAJA

62

Emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Berdasarkan pemerhatian terhadap remaja iaitu Aqilah dan Haryanie, dapat disimpulkan bahawa mereka mempunyai estim diri yang normal. Ini mungkin kerana faktor persekitaran dimana keadaan ketiga-tiga remaja ini adalah di sekolah.Ini berdasarkan teori yang diutarakan oleh Eric Bronfrenbrenner iaitu teori ekologi pada tahun 2004 yang menfokuskan sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Antara lima sistem yang ekologi tersebut adalah mikrosistem yang merujuk kepada persekitaran yang kebanyakan masa kanakkanak berinteraksi secara langsung dengan ibubapa, rakan sebaya, guru-guru dan orang dewasa serta alam persekitaran manakala mesosistem merujuk kepada perkaitan antara dua mikrosistem iaitu antara keluarga dengan sekolah. Selain itu juga, Aqilah dan Haryanie juga dilihat mudah bersosial dengan orang lain, bangga diri dan berani mencuba,mudah diterima dengan orang lain dan mempunyai keyakinan diri sendiri.Ini dapat dilihat apabila mereka masing-masing mempunyai hubungan yang baik dengan orang ynag berada di sekelilingnya. Ini dapat dibuktikan bahawa kedua mereka mempunyai tahap estim diri yang normal. Justeru, dapat dikatakan bahawa mereka mempunyai konsep kendiri yang tinggi dimana penilaian seseorang individu secara menyeluruh tentang diri sendiri sama ada positif atau negatif. Mereka juga merupakan seorang remaja yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri dan berbangga kerana memilikinya. Bagi Nina pula, walaupun estim dirinya kurang pada tahap normal, tetapi dia masih lagi menaruh kepercayaan dalam dirinya supaya ada masanya nanti Nina dapat berubah kepada seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan memandang tinggi terhadap dirinya.

6.0 6.1 PENGENALAN

AMALI 5: PERKEMBANGAN MORAL REMAJA

63

Moral adalah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik. Apa yang betul dan apa yang salah. Berasal dari perkataan latin moralis yang bermaksud tindakan yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Perkataan moral merangkumi semua sifat luhur atau baik seperti jujur, adil, bertolak-ansur dan ikhlas. Rukun moral merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran tentang apa yang ditetapkan oleh masyarakat setempat. Ini menujukkan definisi moral ialah tanggapan yang baik atau tidak baik bagi seseorang adalah berbeza bergantung kepada budaya masyarakat tempatan yang mereka tinggal. Seseorang yang bermoral adalah mereka yang berupaya membezakan kelakuan yang mana bermanfaat dan yang mana buruk dan menjatuhkan sahsiah diri. Kemampuan ini dipengaruhi oleh faktor perkembangan kognitif dan psikososial mereka. Teori Lawrence Kohlberg Lawrence Kohlberg merupakan seorang ahli psikologi. Beliau dilahirkan pada tahun 1927 dan dibesarkan di Bronxville, New York. Beliau sangat berminat dengan teori Piaget dan mula menemuramah kanak-kanak dan remaja berkenaan dengan isu moral. Beliau memfokuskan penyelidikannya terhadap perkembangan moral dan telah mengemukakan teori peringkat perkembangan moral yang jauh lebih baik daripada teori asal Piaget. Kohlberg (1969) telah mengkaji teori Piaget dan John Dewey dan kemudiannya memperkembangkan teori-teori tersebut menjadi lebih terperinci. Mengikut teori Kohlberg, terdapat 3 tahap perkembangan moral (Colby et al.,1983; Rest, 1986; Walker, 1989; Walker & Taylor, 1991) yang mengandungi 6 peringkat iaitu:

1) Moraliti Prakonvensional (0-9 tahun) Betul atau salah sesuatu tingkah laku itu bergantung kepada akibatnya atau tingkah laku kanak-kanak dimotivasikan oleh tekanan-tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi
64

peraturan demi mengelak dendaan atau untuk memperoleh ganjaran atau kepentingan diri dan tingkah laku yang tidak didenda dianggap betul. (Laupa, 1995; Nucci & Turiel, 1978; Smetana, 1981; 1985) Peringkat 1 : Orentasi Dendaan dan Taat Motif utama tingkah laku ialah untuk mengelak dendaan. Seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran atau memuaskan kehendak peribadi. 2) Moraliti Konvensional (9-15 tahun) Mesti akur kepada norma yang pegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan ode sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada masa ini. Kanak-kanak sudah boleh menerima pendapat, niat dan motif orang lain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan cuba untuk mengekalkan peraturan umum. Peringkat 3 : Moraliti Budak Baik Apa yang betul sekarang ialah apa yang dipuji atau dipersetujui oleh autoriti. Darjah keakuran mula dianggap penting Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti Apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti. Tingkah laku itu salah kalau ia melanggar peraturan atau mendatangkan keburukan kepada individu yang lain. 3) Moraliti Post-Konvensional (16 tahun ke atas) Pada tahap ini, remaja sudah mula memahami asas pembentukan peraturan dan undangundang iaitu terhasil daripada kontrak sosial yang harus dipatuhi oleh semua individu. Peringkat 5 : Moraliti Kontrak, Hak-hak Individu dan Undang-undang Demokrasi Individu lebih memahami alasan-alasan yang tersirat yang menjadi asas kepada sesuatu undang-undang. Individu memilih prinsip-prinsip moral sebagai penentu
65

Peringkat 2 : Orientasi Egoistik

tingkah laku, menjadi lebih prihatin terhadap hormat kendiri dan cuba untuk mengekalkan rasa hormat kepada individu lain. Peringkat 6 : Orientasi Prinsip-prinsip Moral yang Universal dan Beretika Seseorang individu itu melabelkan sesuatu perkara sama ada betul atau salah berdasarkan prinsip-prinsip universal. Prinsip tersebut dibuat berdasarkan rasa hormat kepada semua individu di dunia. Semua hak individu di dunia termasuk agama dan autoriti-autoriti moral dianggap sebagai moral. Kronologi Perkembangan Moral Lahir 10-14 bulan 1-2 tahun Bergerak balas terhadap tangisan bayi lain dengan cara empati tang agak primitif. Tunjuk pelbagai tanda empati Membatu individu lain yang tertekan dengan cara menepuk, menyentuh dan memberi satu-satu objek. Mula menunjukkan konflik semasa interaksi dengan rakan sebaya. Membezakan peraturan-peraturan moral dan yang konvensional. Kurang tunjuk agresif dengan cara fizikal tetapi lebih kepada agresif secara lisan.Kurang tunjuk agresif cara instrumental tetapi kepada agresif hostility.Menilai nilai moral mengikut konsekuen objektif dan percaya kepada keadilan sejati.Menaakul mengikut ganjaran dan dendaan. Menilai dilemma moral berdasarkan niat pelaku dan percaya pada dendaan dengan prinsip pembalasan. Menaakul berdasarkan asas peraturan dan undang-undang dan percaya bahawa mesti kekalkan oleh sosial

3-6 tahun

10-16 tahun

16 tahun dan Menaakul berdasarkan prinsip keadilan dalaman. ke atas

6.2

PERKEMBANGAN MORAL REMAJA (A)

Remaja A

Nur Aqilah Bt Azhman


66

Pemerhati Tarikh

: :

Effa Sharmiza Bt Ruhaizad 28 March 2011

Petikan yang telah disediakan dalam amali 5: Fuad merupakan seorang budak yang malas. Dia juga seorang pelajar yang malas di sekolah. Encik Zamri (guru tingkatannya) ingin Fuad belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Oleh itu, Encik Zamri telah mengarahkan pelajar lain agar tidak membantu Fuad untuk menyiapkaan kerja sekolah. Hamdan, rakan karib Fuad, tidak mengiraukan arahan Encik Zamri dan menolong Fuad menyiapkan kerja sekolahnya kerana dia ingin menjadi seorang rakan yang baik.

1. Apakah pendapat anda terhadap tindakan Hamdan? Adakah tindakannya betul atau salah? = Pada pendapat saya, Hamdan merupakan kawan yang baik. Mungkin dia takut akan kehilangan kawannya itu. Perbuatan Hamdan itu sememangnya salah

2. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Hamdan jika Encik Zamri mendapat tahu bahawa Hamdan telah membantu Fuad? = Hamdan seharusnya diberi kesedaran bahawa caranya salah.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah pandangan pelajar lain terhadap tindakan Hamdan? = Pada pendapat saya, pelajar lain mungkin kurang selesa dengan sikap bimban kerana takut kehilangan rakan karibnya itu.
67

Kesimpulan

ke

atas

keupayaan

remaja

dalam

membuat

penaakulan

dan

menghubungkannya dengan tahap perkembangan moral Apabila remaja mula mentaakul secara abstrak, mereka sering menjadi amat bangga dengan kemahiran ini kerana berfikir bahawa mereka boleh menyelesaikan segala masalah. Sikap ini menjadikan remaja terlalu idealistik dan kurang menghargai batasan logik (Piaget 1967). Hal ini dapat ditunjukkan oleh Aqilah dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Pada pandangan saya juga, aqilah mengalami tahap ke 5 dalam peringkat penilaian Moral (Kohlberg). Pada tahap ini , remaja akan lebih tertumpu pada etika kontrak social dan individu. Baik ialah apa sahaja yanga akur kepada prosedur yang ada untuk menyelasaikan masalah atau perbalahan dalam masyarakat. Keputusan tidak semestinya baik atau buruk. .

68

6.3

PERKEMBANGAN MORAL REMAJA (B)

Remaja B Pemerhati Tarikh

: : :

Nur Qurainnina Binti Shaharudin Rusydi Bin Abdul Rahman 20 Mac 2011

Petikan yang telah disediakan dalam amali 5: Fuad merupakan seorang budak yang malas. Dia juga seorang pelajar yang malas di sekolah. Encik Zamri (guru tingkatannya) ingin Fuad belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Oleh itu, Encik Zamri telah mengarahkan pelajar lain agar tidak membantu Fuad untuk menyiapkaan kerja sekolah. Hamdan, rakan karib Fuad, tidak mengiraukan arahan Encik Zamri dan menolong Fuad menyiapkan kerja sekolahnya kerana dia ingin menjadi seorang rakan yang baik.

1. Apakah pendapat anda terhadap tindakan Hamdan? Adakah tindakannya betul atau salah? = Pada pendapat saya, ianya salah kerana hamdan tidak menghiraukan arahan En. Zamri

2. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Hamdan jika Encik Zamri mendapat tahu bahawa Hamdan telah membantu Fuad? = Hamdan akan dihukum dan diambil tindakan disiplin

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah pandangan pelajar lain terhadap tindakan Hamdan?
69

= Pada pendapat saya, Hamdan seorang yang tidak amanah

Kesimpulan

ke

atas

keupayaan

remaja

dalam

membuat

penaakulan

dan

menghubungkannya dengan tahap perkembangan moral Pada pandangan saya, Nina mempunyai tahap perkembangan moral yang baik. Mengikut teori Kohlberg, perkembangan moral Nina telah berada pada tingkat tiga iaitu pertimbangan pascakovensional dan pada tahap lima iaitu hak-hak masyarakat versus hak-hak individual. Hal ini membuktikan bahawa perkembangan moral Nina berkembang dengan matang dan menjadikan dirinya lebih terbuka dalam berfikir. Khairani mempunyai keperibadian yang baik dan patut dicontohi oleh para remaja yang lain.

70

6.4

PERKEMBANGAN MORAL REMAJA (C)

Remaja C Pemerhati Tarikh

: : :

Nur Haryanie Baharudin Muhammad Amirul Baharudin 23 March 2011

Petikan yang telah disediakan dalam amali 5: Fuad merupakan seorang budak yang malas. Dia juga seorang pelajar yang malas di sekolah. Encik Zamri (guru tingkatannya) ingin Fuad belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Oleh itu, Encik Zamri telah mengarahkan pelajar lain agar tidak membantu Fuad untuk menyiapkaan kerja sekolah. Hamdan, rakan karib Fuad, tidak mengiraukan arahan Encik Zamri dan menolong Fuad menyiapkan kerja sekolahnya kerana dia ingin menjadi seorang rakan yang baik.

1. Apakah pendapat anda terhadap tindakan Hamdan? Adakah tindakannya betul atau salah? = Pada pendapat saya, ianya salah

2. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Hamdan jika Encik Zamri mendapat tahu bahawa Hamdan telah membantu Fuad? = En. Zamri akan kecewa dengan hamdan
71

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah pandangan pelajar lain terhadap tindakan Hamdan? = Seorang rakan yang baik

Kesimpulan

ke

atas

keupayaan

remaja

dalam

membuat

penaakulan

dan

menghubungkannya dengan tahap perkembangan moral Keupayaaan remaja dalam membuat penaakulan adalah bergantung pada perkembangan moral yang diterima. Mengikut teori yang dikeluarkan oleh James Rest. Dia menyatakan bahawa empat komponen psikologi kunci harus moral dewasa dan benar. Ini adalah watak moral. Ini akan membolehkan orang untuk dapat mengenali masalah yang dihadapinya, membuat penilaian yang benar dan cerdas, memiliki motivasi untuk mengambil tindakan dan watak untuk memelihara nilai moral baik sepanjang kehidupan seseorang. Berdasarkan teori yang James Rest menunjukkan elemen-elemen tersebut adalah penting dan perlu ada dalam diri setiap manusia lebih-lebih lagi remaja. Ini kerana tempoh semasa remaja adalah tempoh mencorakkan moral pada dirinya. Bagaimana dirinya ketika remaja maka begitu la moral dirinya ketika dewasa nanti. Moral ini dalam diri remaja tersebut dipupuk melalui asuhan dan keadaan sekelilingnya. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan moral anak remaja mereka. Jika asuhan moral yang tinggi diterapkan sejak dari kecil maka pemikiran n keputusan yang bakal diambil akan berlandaskan moral yang diajar dikembangkan bagi seseorang untuk secara kepekaan moral, penilaian moral, motivasi moral, dan

72

6.5

PERBANDINGAN PERKEMBANGAN MORAL REMAJA

Pada teori Elliot Turiel (1978) menyatakan bahawa para remaja mulai membuat penilaian tersendiri dalam menghadapi masalah-masalah yang berkenaan dengan lingkungan mereka.Ini kerana masa remaja adalah waktu di mana seseorang remaja mulai bertanya-tanya mengenai berbagai fenomena yang terjadi di lingkungan sekitarnya sebagai dasar bagi pembentukan nilai diri mereka. Kemampuan berpikir dalam dimensi moral pada remaja berkembang karena mereka mulai melihat adanya kejanggalan dan ketidakseimbangan antara yang mereka percayai dahulu dengan kenyataan yang ada di sekitarnya. Dalam hal ini, dapat dilihat perbezaan pemikiran diantara ketiga-tiga remaja yang dikaji adalah berdasarkan perbezaan umur dikalangan mereka. Aqilah yang berumur 14 tahun baru sahaja melepasi zaman sekolah rendah memiliki tahap moral yang tinggi kerana beliau dapat memberikan kesimpulan terhadap masalah yang diberi kepadanya. Walaupun ada diantara jawapannya mengunakan tahap ke lima kohberg. Manakala bagi Nina yang berumur 16 tahun pula, beliau memiliki perkembangan moral yang baik kerana telah berada pada tingkat 4 iaitu pertimbangan pascakovensional dan pada tahap lima iaitu hak-hak masyarakat versus hak-hak individual yang mempunyai pemikiran yang luas dan terbuka dalam memberikan jawapan kepada situasi masalah yang diberikan. Namun bagi haryanie pula, beliau memiliki tahap moral yang agak memuaskan memandangkan beliau dilihat memiliki tahap kematangan dalam memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara yang berlaku kerana menurut teori Lawrence Kohlberg, remaja mulai menyedari akan kewujudan peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh manusia sejagat yang berada di dalam peringkat Moraliti Post-Konvensional iaitu 16 tahun ke atas. Selain itu juga, Haryanie terlalu memberikan jawapan yang ringkas dan tanpa berfikir panjang dalam enjawap atau melakukan keputusan.
73

7.0

KESIMPULAN PERKEMBANGAN REMAJA

REMAJA (A) Perkembangan fizikal yang ditunjukkan adalah positif dimana lonjakan pertumbuhan ditunjukkan oleh tubuh badannya. Hal ini seiring dengan umur seorang remaja perempuan yang lain. Perubahan secara fizikal yang ditunjukkan adalah normal. Variasi yang ditunjukan dalam remaja adalah normal bergantung pada individu (Jones dan Bayley, 1950) Perkembangan kognitif pula, Aqilah berada pada tahap pemikiran olahan lawan pemikiran olahan formal seperti yang dinyatakan Jean Piaget. Dimana pemikiran yang ditunjukkan lebih terbuka dan sistematik. Pemikiran aqilah tidak hanya tertumpu pada satu objek atau permasalahan, malah variasi. Perkembangan sosio-emosi pula, Aqilah menunjukkan tahap statu kekaburan identiti dimana dia merasakan berkeyakinan diri tinggi dan tidak. Namun begitu Aqilah masih belum menunjukkan komitmen atau mementingkan pemilihan kerjaya, kepercayaan, agama dan politik. Perkembangan moral pula dapat dilihat apabila Aqilah mengalami tahap ke 5 dalam peringkat penilaian Moral (Kohlberg). Aqilah akur pada apa sahaja prosedur yang ada untuk menyelesaikan masalah. Setiap keputusan yang diberikan tidak tertakluk hanya pada yang baik atau buruk.

74

REMAJA (B) Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya rungkaikan disini ialah nina adalah seorang remaja yang periang dan sentiasa ceria. Nina telah memberikan keputusan yang positif dalam keempatempat perkembangan iaitu perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan moral. Dari segi perkembangan fizikal, Nina telah mencapai tahap yang sempurna pada peringkat pertengahan remaja, Nina mengalami oerubahan bentuk badan dan dari segi seksualiti, berlaku pertumbuhan buah dada dan lenggok pinggul bagi wanita. Selainitu juga, dari segi keperibadian pula, Nina mempunyai cirri-ciri kewanitaan yang sempurna walaupun perubahan dari suara masih belum jelas. Dari segi ketinggian pula, walaupun tahap Nina tidak lagi boleh berlaku pertumbuhan ketinggian, tetapi dengan ketinggian sekarang Nina seakan seperti perempuan yang cukup matang. Dari segi kognitif pula, boleh dikatakan Nina berada pada tahap yang sederhana. Ini kerana banyak lukisan atau jawapan yang diberikan terlalu ringkas. Mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan untuk menjawab mahupun kerana tahap kognitif Nina sendiri. Walaupun jawapan yang diberikan tidak menunjukkan sesuatu yang abstrak, namun Nina masih boleh memberikan rumusan yang terbaik. Dari segi pemikiran kreatif pula, saya boleh anggapkan bahawa Nina mempunyai pemikiran yang bagus tetapi Nina perlu lagi menajamkan idea kreatifnya lagi dalam mempertingkatkan lagi perkembangan kognitifnya. Dari segi sosio-emosi, Nina menunjukkan sifat setiakawan yang tinggi dan kasih sayang terhadap keluarganya yang dicintai. Nina membuktikan bahawa beliau seorang yang mesra dengan mempunyai rakan karib bernama Mazihah. Nina juga seorang yang amat menyayangi keluarganya yang tercinta. Dari segi moral pula, terdapat berlaku sedikit perkembangan darinya, Nina perlu untuk lebih membanyakkan membaca untuk mengetahui akan idea-idea yang bernas dan menajamkan lagi tanggapannya terhadap persekitaran. Walaupun jawapan yang diberikan adalah pada tahap yang baik, tetapi penjelasan yang dinyatakan itu tidak cukup untuk membuktikan penyataannya itu.

75

REMAJA (C) Kesimpulannya adalah perkembangan adik Haryanie secara keseluruhan baik dari fizikal, kognitif,emosi dan moral. Jika dilihat proses perkembangan yang dilalui oleh adik Haryanie adalah sempurna seperti kanak-kanak lain. Dari segi fizikalnya, dia melalui proses seperti kanak-kanak normal lain lalui. Badannya berkembang mengikut tempoh yang ditetap di samping anggota fizikalnya berfungsi dengan baik. Tidak banyak perubahan yang berlaku dari struktur fizikalnay apabila dia mencapai remaja akhir. Cuma beberapa struktur yang berubah namun ia tidak bergitu ketara. Salah satunya ketinggian. Ini kerana pertumbuhan remaja wanita lebih cepat berbanding lelaki iaitu sebanyak dua tahun. Jadi apabila menghampiri umur akhir remaja perubahan dilihat tidak ketara. Walaupunbagaimana pun, struktur fizikalnya sedikit besar berbanding remaja sebaya dengannya. Ini kerana mungkin faktor baka keluarga dan pengambilan zat besi n kalsium yang mencukupi. Dari segi perkembangan kognitifnya pula, ia berkembang dengan baik sekali seperti kebanyakan remaja. Adik Haryanie menggunakan akan kemahiran yang diberikan seperti berfikir untuk membentuk satu keputusan dan jawapan. Ini dapat dilihat melalui penilaiaan yang dijalankan adik Haryanie menggunakan kemahiran mengingat untuk menjawab soalan dan kemahiran gabungan idea imaginasi dan pemahaman sekitar. Disini dengan perkembangan kognitif yang baik sperti ini ia mampu berkembang untuk menjadi suatu pemikiran yang kritis. Pembentukan keputusan yang baik dan idea yang bagus dapat dijana. Disamping itu perkembanagan sosioemosi yang dialami oleh adik Haryanie adalah baik. Hubungan ibu bapanya dan rakan-rakan menunujukkan tidak wujud kekeliruan dalam mencari indentiti dan ketidakseimbanagan dalam hubungan. Ini mungkin kerana adik Haryanie telah mencapai peringkat akhir remaja yang mana pememberontakan emosi adalah berlaku pada tahap minimum tidak seperti yang berlaku pada awak remaja yang masih keliru dengan identiti diri mereka itu.

76

Dalam sudut moral pula, dalam diri adik Haryanie mempunyai nilai-nilai murni yang mana mengikut penilaian ia membuat keputusan dengan mengambil kira akan noma-noma hidup yang ada disekelilingnya sebelum dia bertindak. Ini kerana adik Haryanie mendapat didikan agama yang secukupnya yang diberikan padanya ketika dia kecil dulu dan keadaaan sekelilingnya membantu dirinya untuk mempunyai nilai-nilai murni tersebut. Ringkasnya remaja akhir mempunyai perbezaan yang berbeza dengan remaja awal dari segi fizikal, emosi, kognitif dan juga moral. Ini kerana remaja akhir telah mencapai kestabilan dalam diri mereka dan pemikiran mereka mula berubah dari diri ke kehidupan.

77

8.0

KESELURUHAN KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kami dapat katakana disini ialah perkembangan remaja yang berlaku adalah satu perkembangan yang perlu dalam melatih mereka untuk kealam dewasa. Seperti mana yang kita ketahui, alam remaja adalah satu batu lonjatan antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Pada zaman remaja mereka akan mula mempelajari akan tanggungjawab serta perubahan yang berlaku kepada diri mereka tidak kira dari segi fizikal, kognitif, sosio-emosi mahupun moral. Setiap lelaki dan perempuan akan mengalami zaman remaja mereka, Cuma yang membezakannya ialah tingkat kematangan yang dilalui iaitu lelaki adalah lebih lewat 2 tahun berbanding remaja perempuan. Oleh itu, keremajaan adalah satu tahap pembelajaran kepada remaja kita untuk mereka menyesuaikan diri untuk ke zaman yang lebih mencabar iaitu zaman dewasa. Dari ketiga-tiga responden yang kami jalankan kajian ini, boleh dikatakan bahawa mereka mengalami prosuder atau tahap yang sama untuk kealam remaja, hanya dibezakan melalui awal remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja. Bagi Aqilah, walaupun dia masih lagi baru didalam peringkat remaja, tetapi apa yang telah ditunjukkan ialah dia mampu untuk menjawab atau melakukan ujian dengan sempurna. Dari apa yang kami perolehi, ketiga-tiga responden kami menunjukkan tahap perkembangan mereka dari fizikal hingga ke perkembangan moral adalah sempurna. Walaupun ada sesuatu yang lambat seperti perubahan suara Nina, yang masih lagi dianggap belum berlaku apa-apa perubahan, tetapi dari segi lain ianya adalah satu pertumbuhan yang normal bagi mereka. Bagi Haryanie pula, dia mengalami perkembangan yang sempurna. Walaupun dia sudah mencapai tahap akhir remaja, tetapi Haryanie dikatakan sudah berkelakuan seperti wanita dewasa yang sempurna tahap perkembangannya. Apa yang dapat kami harapkan disini ialah supaya mereka mengunakan zaman remaja mereka ini dengan melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah dan janganlah mereka memilih jalan yang salah untuk semata-mata mengikutkan kata hati yang tanpa perasaan ataupun fikiran. Semoga mereka Berjaya mengharungi zaman mereka dengan penuh keyakinan.

78

Anda mungkin juga menyukai