Anda di halaman 1dari 6

Pengumpulan data kualitatif

2. * *Kaedah Temu bual


*Kaedah Pemerhatian *Kaedah Analisis Dokumen
3. * *terbahagi kepada dua bahagian: *Temu bual mendalam *temu bual kumpulan
fokus.
4. * *Definisi
*Kaedah ini menggunakan penemu ramah yang menjalankan temu bual yang
terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Apa-apa yang
disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian. Tindak balas yang relevan
akan dicatatkan kata demi kata.
*Melalui kaedah ini seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas
dan sempurna dengan cara mendalami sesebuah topik tertentu.
*bersifat luas, terbuka, tidak terstruktur, dan tidak semestinya bersifat tetap.
*pertemuan berulang kali secara langsung antara pengkaji dan subjek pengkajian.
5. * *Sampel yang lebih kecil akan digunakan.
*Pengkaji boleh memberikan keterangan yang terperinci tentang sebab di sebalik
jawapan responden.
*Ia juga mengizinkan pemerhatian yang lebih lama tentang respons
6. * *Terbuka kepada kemungkinan pemalsuan, penipuan, berlebih- lebihan, dan
penyimpangan fakta. Mungkin terdapat perbezaan besar antara yang dinyatakan dan
dilakukan responden
*Fakta berubah mengikut situasi. Orang mengatakan dan melakukan hal yang
berbeza dalam situasi yang berbeza.
*Penemubual hanya meneliti berdasarkan temubual semata- mata tanpa tidak
mengamati kehidupan sebenar mereka, mungkin terdapat perkara penting yang akan
terlepas pandang.
7. TEMU BUAL berstruktur : aktiviti perbualan dan soal jawab di mana bentuk dan
kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau
bidang yang tertentu sahaja.
TEMU BUUAL tidak berstruktur : merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang
mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapat fakta-fakta
tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai
jawapan boleh diperolehi dari peserta atau responden.
8. * * Memberi peluang kepada pengkaji meneroka subjek kajian secara lebih
mendalam
*Memberi kesempatan kepada responden berfikir, berbual-bual dan membuat
interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.
*Peserta/ responden juga boleh meminta penjelasan dari pengkaji ataupun menyoal
pengkaji.
*Secara tidak formal / tidak menakutkan responden
*Penemubual boleh memberi komen dan menyoal secara sepontan.
9. * *Pemilihan sekumpulan orang yang mempunyai ciri tertentu untuk mengadakan
sesi perbincangan. *Seorang fasilitator (pemudah cara) yang dilantik akan
menentukan hala tuju perbincangan tersebut. *Apa-apa yang diucapkan oleh ahli
kumpulan merupakan data penting dalam FGD *Memberi peluang untuk berkongsi
dan membuat perbandingan tentang pengalaman dan pandangan peserta serta
memberi peluang untuk berbual tentang sesuatu perkara *digunakan untuk mendapat
kefahaman lebih mendalam tentang sesebuah tajuk, contohnya motivasi, tingkah laku,
perasaan, strategi membuat keputusan, atau pendapat orang tertentu terhadap
sesuatu isu atau topik.
10. *Bertujuan untuk mengkaji sesebuah tajuk penyelidikan secara mendalam dan
intensif. *Langkah pertama FGD ialah mendefinisikan masalah *Pengkaji perlu
memilih suatu sampel bagi menentukan responden atau sampel yang akan dikaji
sesuai dgn FGD. *Jumlah sampel antara 6 - 12 *Sampel ditemuramah sekaligus
dengan bantuan fasilitator *Fasi bakal menentukan hala tuju perbincangan secara
bebas tentang sesuatu tajuk.
11. * *Mampu menghasilkan pengumpulan data preliminari atau awalan tentang
sesuatu topik. *Biasanya digunakan untuk kajian rintis *Hasil dapatan boleh diperoleh
dengan cepat *Kos yang efektif. *Reka bentuk soalan amat fleksibel dan pengkaji
boleh mengadakan perbincangan susulan dengan meminta ahli kumpulan fokus
menjawab soal selidik. *Fasilitator yang pakar berupaya memerhatikan gerak laku
responden dan mendapat data tambahan.
12. * *Perbincangan kumpulan fokus boleh didominasi oleh ahli yang autoritatif atau
mana-mana pihak yang melantik diri sendiri sebagai ketua dan cuba menekankan
pendapatnya lalu mempengaruhi pendapat ahli lain. *FGD juga banyak bergantung
pada kepakaran fasilitator kerana ahli kumpulan yang mungkin kurang menyerlah dan
kurang bertutur, berkemungkinan besar akan tenggelam. *Alat rakaman yang
digunakan juga berkemungkinan besar boleh menakutkan responden
13. * *Memulakan Sesi Temu bual *Ketika Situasi Temu bual *Menggali maklumat
Lebih Jauh (probing) *Semak Silang
14. *Pertanyaan deskriptif. *Meminta responden atau informan menulis perkara
penting tentang isu yang akan dibincangkan *Meminta responden membuat catatan
peristiwa (memudahkan kajian bersifat kronologi) *Proses analisis dokumen (surat,
gambar, barang)
15. *Tidak menghakimi. *Tidak memotong percakapan responden. *Berikan perhatian.
*Elakkan untuk mencatat terlalu banyak (gunakan perakam) *Bagi ruang responden
untuk berfikir
16. * *Mendapatkan pengesahan berdasarkan rumusan yang dibuat. *Meminta
responden atau informan untuk menyatakan contoh tentang apa yang mereka
maksudkan *Bertanya kepada responden jika ada sesuatu maklumat yang masih
kurang jelas
17. * *Semak silangan penting untuk memastikan ketepatan data, dengan
menerapkan teknik triangulasi. *menemubual "pihak ketiga" yang menguasai topik
yang sedang dikaji *Membandingkan dokumen yang berkaitan dengan hasil temubual.
18. *
* *Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan.
*merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
selain soal selidik dan temuduga.
*Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
20. * *Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografi yang bertujuan mempelajari
perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta/responden sendiri. *Dijalankan
apabila: *Memerlukan data secara langsung *Pengkaji ingin memahami sesuatu
gelagat, proses, situasi atau keadaan. *terdapat bukti secara fizikal atau dapatan yang
boleh diukur dengan penglihatan
21. *Jenis-Jenis kaedah
Pemerhatian Pemerhatian turut serta (Participant Observation)
-Pemerhatian tidak turut serta (Non-participant observation)
Kaedah mengumpulkan data kaedah pemerhatian Pemerhatian berstruktur
Pemerhatian tidak berstruktur
22. * *Kaedah dalam penyelidikan sains sosial yang paling terkenal. *Jenis
pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan
yang hendak diperhati dan pada masa yang sama membuat pemerhatian.
*Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu
sebagai peserta dan pemerhati.
23. Kelebihan Pengkaji memerhati dari dalam suasana sebenar Penyelidik
diterima dalam ekosistem masyarakat Kajian terperinci bagi suasana sosial.
Kelemahan Masalah objektiviti (bias) Terlalu rapat sehingga boleh menjejaskan
kajian (terkesan dengan suasana) mengambil masa yang lama.
24. * *Pemerhati memerhati tetapi tidak mengambil bahagian dalam apa yang sedang
berlaku dalam suasana sosial. *Dirancang dan disusun. *Pemerhati menahan diri
sendiri daripada kehadiran fizikalnya dalam suasana sosial. *Dalam Pemerhatian
tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang
diperhatikan (Gay & Airasian, 2000) *Turut dikenali sebagai pemerhatian semulajadi
(naturalistic observation)
25. *kelebihan * Tidak terkesan dengan pemerhati * Tidak bias * Kos rendah dan
kurang memakan masa. * kelemahan * Pergantungan kepada sumber sekunder yang
mungkin tidak tepat. * Tiada mengenal pasti masalah sebenar dan semasa suasana
sosial. * Kajian dan data kurang mendalam.
26. * PEMERHATIAN TIDAK TURUT SERTA PEMERHATIAN TURUT SERTA
Responden mungkin tidak menyedari kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah laku yang sebenar Penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-
aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan
boleh dipercayai. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang
kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Memungkinkan maklumat- maklumat
yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati diperingkat awal.
27. * *Sistematik dan dirancang memerhatikan tingkah laku dalam persekitaran yang
terkawal. *Pemerhatian tingkah laku langsung dan rakaman tingkah laku dan rakaman
tingkah laku yang dari segi kategori yang telah dirancang sebelum memulakan
pengumpulan data. *Aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu
*Biasanya menggunakan senarai semak pemerhatian
28. * *Pemerhatian tingkah laku mahasiswa yang menumpukan atau tidak
menumpukan perhatian semasa pensyarah mengajar. *Jadual pemerhatian
digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yahg dilakukan oleh mahasiswa semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. *Kod nombor 1 hingga 7 berikut
menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan. 1) Bercakap 2)
Mengelamun 3) Menconteng kertas 4) Membuat kerja lain 5) Menggunakan HP 6)
Menganggu pelajar lain 7) Lain-lain aktiviti
29. *Kelebihan *lebih mudah untuk dianalisis *Memberi ruang kepada penyelidik untuk
membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain *Membenarkan kawalan
pemboleh ubah. *Kebolehpercayaan hasil walaupun diulang semula. *Kelemahan
*Kawalan boleh memberi kesan tingkah laku. *Pemerhati/pengkaji Berat Sebelah
(bias). *Tidak mungkin untuk mengetahui niat di sebalik tingkah laku.
30. * *Tiada penggunaan jadual pemerhatian untuk merekod tingkah laku. *Biasanya
menggunakan catatan nota lapangan *Memberikan catatan naratif sesuatu tingkah
laku. *mengkaji tingkah laku responden dalam tetapan sosial semula jadi. *Biasanya
dijalankan dengan bantuan rakan penyelidik lain atau merakam menggunakan video/
alat perakam audio *Contoh: Tingkah laku pelajar ketika kuliah berjalan.
31. kelebihan Gambaran keseluruhan situasi dan keadaan semasa dalam
masyarakat. Berguna apabila subjek perkara adalah jelas. kelemahan Sesuai
sebagai langkah pertama. Tiada pendekatan tertentu Masalah generalisasi.
32. * Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti
dan tepat *dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan
rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil
sampel yang telah dikenal pasti.
33. Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati
dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah
laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan
membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati
mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
34. *
35. * *teknik kajian yang guna bagi membuat kesimpulan yang boleh diulang dan sah
dari teks (atau bahan lain yang bermakna) bagi konteks yang diguna. *Penganalisis
yang mengguna pendekatan ini melakukan proses interpretasi teksyang bersifat
interaktif (interactive hermeneutic).
36. *Dokumen merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat
atau tindakan seseorang. *Rekod bertulis- bercetak: artikel, laporan, diari- tidak
bercetak: rakaman, pita video,gambar * Jenis jenis Sumber- *Primer: karya asal-
*Sekunder: tafsiran karya asal oleh pihak kedua
37. *membenar pengkaji menganalisis nilai dan mengesan apa yang boleh diperolehi
dalam suatu dokumen. *Metode kajian yang telus kerana skema pengkodan dan
prosedur persampelan boleh ditetapkan dengan jelas. *metod yang anjal kerana boleh
diaplikasi terhadap berbagai jenis dokumen yang tidak berstruktur
38. * *Analisis kandungan dokumen boleh memakan masa yang panjang. *Berselerak
*Tidak mengambil kira konteks penghasilan teks serta keadaan selepas teks itu
dikeluarkan. *Sering tidak mempunyai asas teori, atau longgar terhadap penghasilan
kesimpulan tentang hubungan dan kesan dalam kajian *Maklumat tidak semuanya
tepat
39. * *teknik pemeriksaan keabsahan data yang memanfaatkan sesuatu yang lain di
luar data itu untuk keperluan pengesahan atau pembandingan terhadap data itu
*Kombinasi beberapa sumber data, tenaga pengkaji, teori, dan teknik *Triangulasi
diperlukan karena setiap teknik memiliki kelebihan dan kelemahannya sendiri. *Data
yang menggunakan kaedah triangulasi lebih tepat dan lebih dipercayai
40. * (1) Triangulasi data (2) Triangulasi pengkaji, (3) Triangulasi teori (4) Triangulasi
teknik metodologi
41. Triangulasi Data *Teknik triangulasi data juga dikenali sebagai triangulasi sumber.
*berusaha menggunakan berbagai sumber yang ada. *Terbahagi kepada 3: *individu,
data-data dikumpulkan dari individu yang berbeza tapi melakukan aktiviti yang sama.
*Waktu, data-data dikumpulkan pada waktu yang berbeza. *Ruang, data-data
dikumpulkan di tempat yang berbeza. Triangulasi Penyelidik *Triangulasi penyelidik
adalah hasil penyelidikan yang menggabungkan beberapa orang penyelidik daripada
bidang yang sama atau bidang yang berbeza. Tujuannya untuk mendapatkan
pengesahan daripada perspektif yang berbeza.
42. Triangulasi Metodologi *Teknik triangulasi metode digunakan dengan cara
mengumpulkan data yang sama tetapi menggunakan metode yang berbeda.
Contohnya kaedah temu bual, pemerhatian dan soal selidik Triangulasi Teori
*Triangulasi ini menggunakan lebih dari satu teori dalam membincangkan
permasalahan yang dikaji *Teori diperolehi daripada kajian-kajian lepas.
https://www.slideshare.net/mdazree/konsep-kaedah-penyelidikan

Anda mungkin juga menyukai