Anda di halaman 1dari 39

LHE 3116

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TEORI PEMBELAJARAN KOMPUTER


DR. MARZNI BINTI MOHAMED MOKHTAR

JABATAN PENDIDIKAN BAHASA DAN KEMANUSIAAN


FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

KULIAH KEEMPAT
TOPIK PERBINCANGAN:
01 Konsep Teori Pembelajaran Komputer

02 Teori Konstruktivisme dan Teori Connectivism

03 Model ADDIE

04 Model TAM

05 Kerangka TPACK
Konsep Teori Pembelajaran
Komputer

This text can be replaced with your own text.


Pengaplikasian sesebuah teori, strategi dan pendekatan pembelajaran dalam
sesuatu perisian adalah penting. Ini kerana dalam menghasilkan sebuah
perisian yang berkualiti tinggi, ianya tidak hanya perlu kelihatan menarik tetapi
mempunyai strategi pembelajaran agar pengguna dapat memahami isi
kandungan yang ingin disampaikan.

Penghasilan perisian adalah tidak lengkap tanpa adanya teori pengajaran


yang sesuai untuk diterapkan. Ini kerana, pendekatan teori dalam pengajaran
dan pembelajaran memainkan peranan utama dalam menentukan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Jamaludin Harun & Nurul Ain


Binti Mohd Zaid (2015)
Kenyataan ini disokong oleh Gagne (1985) yang menyatakan bahawa
tujuan teori dalam pembinaan sesebuah perisian adalah bagi
menghasilkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara
arahan dengan kesan terhadap proses pembelajaran serta jangkaan
pembelajaran yang dapat dihasilkan menerusi proses tersebut.

Jamaludin Harun & Nurul Ain


Binti Mohd Zaid (2015)
 Terdapat pelbagai teori pembelajaran seperti behaviourisme, kognitif,
konstruktivisme, neorosains dan sebagainya.

 Teori Konstruktivisme memberikan fokus kepada pelajar untuk membina


sendiri fahaman mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan
pelajar secara aktif.
 Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), Teori Konstruktivisme menyediakan
panduan dan juga prinsip yang perlu diberi perhatian semasa membangunkan
persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi.

 Kenyataan ini disokong oleh Brown et al., (1989) dan Cognition and
Technology Group di Venderbilt (1992) yang menyatakan salah satu panduan
utama yang ditetapkan ialah menyediakan persekitaran pembelajaran yang
bersifat autentik serta disampaikan dalam konteks yang bermakna.
TEORI KONSTRUKTIVISME
KONSEP TUJUAN PRINSIP TEORI

 Pembinaan pengetahuan oleh murid.  Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka  Fokus utama teori ini adalah
terhadap sesuatu perkara atau idea. kepada aktiviti mental para
 Murid dapat membina pengetahuan pelajar, bukan kepada tingkah
dengan menggunakan pengetahuan  Apabila mereka berhadapan dengan idea, perkara laku
sedia ada mereka atau pengalaman yang tidak mempunyai perkaitan
yang bermakna kepada mereka, interpretasi terhadap  Pembelajaran berlaku melalui
maklumat baharu akan dilakukan bagi disesuaikan interaksi dengan orang lain untuk
 Murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan peraturan atau norma kehidupan yang sedia membantu dan menyokong
lama yang sedia ada dengan ada. pembelajaran
pengetahuan baharu.
 Membantu murid untuk mengembangkan kemampuan  Murid membina sendiri
 Pembelajaran berlaku secara tidak berfikir dan memahami konsep secara lengkap pengetahuan atau konsep secara
formal proses di mana pengalaman yang aktif berdasarkan pengetahuan
dilaluinya dan bersangkutan dengan  Sebagai motivasi untuk murid memperoleh kejayaan. dan pengalaman sedia ada.
pengetahuan. Dalam proses ini, murid akan
 Murid membina makna tentang dunia dengan menyesuaikan pengetahuan
mensintesis pengalaman baharu kepada apa yang yang diterima dengan
mereka telah fahami sebelum ini (Brooks & Brooks pengetahuan sedia ada untuk
1993). membina pengetahuan baru.

 Guru merupakan fasilitator dalam


pembinaan pengetahuan murid
Teori Konstruktivisme (Kamarudin Husin, 2010)
Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisme
Psikologi/ Individu/ Kognitif Pelopor Sosial

Pembelajaran sebagai suatu proses Jean Piaget Menekankan hubungan dan bimbingan orang
pemikiran iaitu proses dalaman yang lain ke atas pembelajaran individu
berlaku dalam otak manusia.
Sistem pengolahan informasi dapat Dalam konteks sosial inilah individu
dikawal dengan baik oleh fikiran dan berkongsi dan saling membina
pengetahuan yang sentiasa berada dalam pengetahuan baru.
keadaan sedar
Kanak-kanak mempunyai alat dalam otak Pembabitan orang lain memberi peluang kep
yang dapat memahami bahasa yang ada pelajar dalam pembelajaran
didengarnya dengan mudah iaitu alat
pemerolehan bahasa LAD (Language Pembelajaran terhasil menerusi pemerhatian
Acquisition Device) dan peniruan

Melibatkan tiga elemen asas iaitu proses


Lev Seminovich Vygotsky individual (motivasi dalaman), persekitaran
(ransangan luaran) dan tingkah laku
(aksi individu)
Teori Connectivisme
Pelopor Intergrasi Teori
Downes (2007) memperkenalkan Keupayaan untuk membentuk
teori connectionism manakala hubungan antara manusia dan
Siemens (2005) memperkenalkan sumber maklumat boleh
teori connectivism.. mewujudkan rangkaian yang
berguna yang diperlukan untuk
belajar dalam sektor ekonomi

Connectionism
Connectionism menjelaskan Connectivism
tentang pembelajaran yang Connectivism pula menekankan
berkonsepkan agihan pengetahuan pembelajaran yang berkonsepkan
yang disebarkan (distributed hubungan dan interaksi pengguna
knowledge), pengetahuan yang dalam talian rangkaian sosial
muncul (emergent), berangkai menggunakan teknologi web 2.0
(connected) dan bersesuaian seperti blog dan wiki berdasarkan
(adaptive)(Downs, 2006). kepada teori hur hara dan
rangkaian (Siemens,2005).
RANGKAIAN CONNECTIVISME

Interaksi pelajar, guru


dan bahan dalam
persekitaran
connectivisme

Yusup Hashim (2012)


MODEL ADDIE
 Model ADDIE adalah berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikemb
angkan oleh Dick dan Carry (1996) untuk merancang sistem pembelajaran.

 Istilah ADDIE merupakan satu akronim bagi Analysis (analisis), Design (reka
bentuk), Development (perkembangan), Implementation (pelaksanaan), dan
Evaluation (penilaian).

Ummu Nasibah Nasohah, Muhammad Izuan Abd Gani,


Nazipah Mat Shaid @ Md Shaid (2015)
 Daripada akronim ADDIE, dapat diketahui bahawa ADDIE menerapkan lima t
ahap atau unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pemben
tukan program pengajaran atau modul
pembelajaran.

 Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, te
tapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana
output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (
Steven J. McGriff, 2000).

Ummu Nasibah Nasohah, Muhammad Izuan Abd Gani,


Nazipah Mat Shaid @ Md Shaid (2015)
FASA ANALISIS
Proses pertama yang perlu dijalankan dalam
mereka bentuk modul pengajaran mengikut fasa
01 ADDIE adalah analisis. Fasa Analisis merupakan
asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka bentuk
sesuatu pengajaran.

Pada peringkat ini, beberapa analisis dijalankan dan


02 antara yang terpenting adalah permasalahan yang
berkaitan dengan mengenal pasti masalah dan cara
penyelesaiannya. Tujuan proses ini adalah untuk
memastikan reka bentuk pengajaran yang akan
dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pelajar
yang sebenar.
FASA Masalah yang berkaitan boleh dikenal pasti melalui
pelbagai kaedah atau teknik misalnya temu bual,
ANALISIS pemerhatian, tinjauan, soal selidik dan sebagainya
(Baharuddin et al, 2001).
03
Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan,
beberapa analisis dilakukan terhadap beberapa aspek,
antaranya analisis persekitaran pembelajaran, analisis
terhadap ciri-ciri pelajar, tahap pendidikan atau
pengetahuan sedia ada, masalah dalam pembelajaran dan
04 mengenal pasti matlamat pengajaran dan sebagainya

Analisis ke atas pelajar membantu dalam menentukan kemahiran


atau pengetahuan yang harus dipelajari disamping mengenal
pasti pengetahuan dan kemahiran dan sikap yang sedia ada pada
pelajar atau matlamat pengajaran (Dick dan Reiser, 1989).
FASA REKA BENTUK
Reka bentuk atau design Pada peringkat ini, terdapat
merupakan fasa kedua dalam beberapa langkah kerja yang
merangka pengajaran mengikut perlu diambil kira iaitu
modul ADDIE. Fasa kedua ini penentuan media utama
bertujuan menentukan dan penyampaian, menentukan
mereka kaedah instruksional spesifikasi perisian,
yang akan digunakan menghasilkan carta alir dan
papan cerita.
FASA PEMBANGUNAN
Setelah mengenalpasti latar
belakang pengajaran dan Selain memberi pendedahan
pembelajaran, fasa ini akan terhadap topik yang berkaitan
memberi perincian tentang tema, rangkaan modul kursus
pembangunan modul. ini akan tertumpu kepada teori-
teori atau teknik- teknik
Kemahiran berbahasa Melayu pembentangan ataupun
terdiri daripada empat kemahiran berkomunikasi di
kemahiran iaitu bertutur, samping mengambil kira
mendengar, membaca dan kemahiran berbahasa yang
menulis. utama. Setiap diberikan perhatian.
kemahiran akan disediakan
teks yang berkaitan dengan
tema kemahiran tersebut.
FASA PELAKSANAAN
Pelaksanaan dalam konteks ADDIE merujuk kepada
pembangunan dan reka bentuk bahan-bahan
01
pengajaran yang telah disediakan dan akan
dilaksanakan mengikut keperluan.

Tahap pelaksanaan pula membabitkan penyampaian


atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada
02 pengajaran itu berasaskan bilik darjah, atau
penggunaan teknologi terkini. Dalam konteks ini,
pelaksanaan bagi modul ini adalah merangkumi
rangka kursus yang dibentuk dan diharapkan untuk
menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
FASA PELAKSANAAN
Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses
menjalankan program atau modul pembelajaran
dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah
03 untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran
dengan efisien dan berkesan.

Pelaksanaan dalam model ini bertujuan untuk


04 penambahbaikan bahan-bahan modul yang disediakan
setelah diukur, diuji dan dilaksanakan.
ELEMEN FASA PELAKSANAAN
.

Persediaan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan


01 pembelajaran iaitu objektif, hasil pembelajaran, kaedah
penyampaian, aktiviti dan tugasan.

Persediaan dan latar belakang pelajar dengan bahan-


bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan
02 dalam model ini yang merangkumi empat kemahiran
iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Ia
juga merangkumi pengetahuan pelajar dalam
menggunakan teknologi.
ELEMEN FASA PELAKSANAAN
.

Keadaan persekitaran kelas yang merangkumi


03 bilangan pelajar, tahun pembelajaran, alat bantu
mengajar, kelengkapan perkakasan untuk aktiviti dan
tugasan.

04 Proses ini akan dilaksanakan pada semester 7 tahun


empat pengajian yang terdiri daripada pelajar PBMP,
Fakulti Pengajian Pendidikan.
FASA PENILAIAN
Penilaian (Evaluation) adalah satu tahap di mana bahan
yang telah disediakan diproses untuk mengukur dan
mendapatkan maklum balas pengguna modul terhadap
01 keseluruhan rangka kursus. Ia meliputi keempat-empat
tahap dalam model ADDIE iaitu analisis, reka bentuk,
pembangunan dan pelaksanaan.

Di dalam model ADDIE, keempat-empat tahap ini telah


meliputi tahap penilaian, di mana setiap tajuk modul
02 yang dibangunkan akan dibuat penilaian formatif bagi
mendapatkan keberkesanan reka bentuk dan
pembangunan modul tersebut.
FASA PENILAIAN
Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif
03 dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem
yang dibentuk dan dilaksanakan.

Maklum balas yang diperolehi akan digunakan untuk


04 menambahbaik perancangan pengajaran untuk topik
yang sama atau berlainan atau untuk pengajaran mata
pelajaran lain yang sepadan.
AKTIVITI FASA PENILAIAN
Penilaian Formatif – ia dijalankan secara berterusan
01 sepanjang semester untuk setiap tajuk yang
disediakan, bagi menilai keberkesanan setiap tajuk
dalam modul.

Penilaian Sumatif - ia dijalankan pada hujung semester


yang merangkumi keseluruhan tajuk bagi memastikan
02 modul tersebut efisyen dan berkesan, juga pelajar
dapat menguasai modul yang dibina dan modul
tersebut.
AKTIVITI FASA PENILAIAN
Refleksi Kendiri – Kebolehan pelajar dalam
03 menjawab dan membuat latihan-latihan yang
disediakan dalam proses reka bentuk modul.

Maklum balas pelajar – melalui soal selidik, soal jawab


04 secara langsung atau tidak langsung yang disediakan
semasa reka bentuk dan pembangunan modul
dilakukan.
TECHNOLOGHY ACCEPTANCE MODEL
Technology Acceptance Model (TAM) merupakan salah satu model yang dibina oleh Fred
Davis pada tahun 1986 bagi menganalisis dan memahami faktor‐faktor yang
mempengaruhi penerimaan sistem informasi.

TAM merupakan hasil pengembangan dari Theory of Reasoned Action (TRA), yang dahulu
nya digagaskan oleh Fishbein dan Ajzen pada 1980. Teori ini memberikan penekanan pada
premis bahawa reaksi dan persepsi seseorang terhadap sesuatu hal, akan menentukan
sikap dan perilaku individu tersebut.
 Penerapan teknologi baru dalam organisasi akan mempengaruhi keseluruhan organisasi,
terutama pada sumber daya manusianya yang menjadi faktor pengendali organisasi.

 Model TAM yang dikembangkan dari teori psikologi, menjelaskan perilaku pengguna
komputer iaitu berlandaskan kepada kepercayaan (belief), sikap (attitude), keinginan
(intention), dan hubungan perilaku pengguna (user behaviour relationship).
Tujuan model ini untuk menjelaskan faktor-faktor utama dari perilaku pengguna terhadap
penerimaan pengguna teknologi.

Model ini menempatkan faktor sikap dari tiap-tiap perilaku pengguna dengan dua variabel
iaitu:
-kemudahan penggunaan (ease of use)
-kemanfaatan (usefulness)

 Davis menyebutkan bahawa tahap penerimaan pengguna teknologi informasi ditentukan


oleh enam komponen, iaitu: variabel dari luar (external variable), persepsi pengguna
terhadap kemudahan (perceived ease of use), persepsi pengguna terhadap manfaat
perceived usefulness), sikap dalam menggunakan (attitude toward using),
perilaku untuk menggunakan (behavioral intention to use),
dan pemakaian nyata (actual system usage).
KOMPONEN MODEL TAM
Perilaku untuk
Pengguna
Menggunakan
terhadap Manfaat
(Behavioral
Variabel Luar (Perceived
Intention To Use)
(External Variable Usefulness)
Persepsi terhadap kemanfaatan
Kecenderungan perilaku untuk tetap
didefinisikan sebagai suatu ukuran
menggunakan sesuatu teknologi.
Persepsi Pengguna di mana penggunaan suatu
terhadap teknologi dipercayai akan
Kemudahan mendatangkan manfaat bagi orang
(Perceived Ease of yang menggunakannya.
Use) . Pemakaian Nyata
Sikap dalam
Persepsi tentang kemudahan Menggunakan (Actual System Usage)
penggunaan sebuah teknologi (Attitude Toward
didefinisikan sebagai suatu ukuran Dikonsepkan dalam bentuk
Using)
di mana seseorang percaya pengukuran terhadap frekuensi dan
Sikap terhadap penggunaan sistem jangka waktu penggunaan teknologi.
bahawa komputer mudah difahami yang berbentuk penerimaan atau
dan digunakan. penolakan sewaktu menggunakan
suatu teknologi.
KERANGKA TPACK
TPACK adalah singkatan bagi Technological Pedagogical and Content
Knowledge) yang mempunyai tiga elemen penting iaitu Pengetahuan
Teknologi, Pedagogi dan Kandungan

Ketiga-tiga elemen ini apabila dicantumkan akan menghasilkan pengajaran


yang berkesan di mana teknologi memainkan peranan utama dalam
percaturan atau interplay.
KERANGKA TPACK
Kerangka ini adalah lanjutan daripada teori PCK Schulman (1987,1986) yang
menekan kepada dua elemen iaitu pengetahuan pedagogi dan kandungan
atau PCK.

 Kemudian kerangka ini telah diperkembangkan oleh Mishra, & Koehler (2006)
dengan memasukkan pengetahuan teknologi untuk mengkaji peranan dan
hubungan antara tiga elemen penting iaitu pengetahuan teknologi, pedagogi
dan kandungan dan sejauh mana hubungan dan percaturan setiap elemen
atau bidang pengetahuan ini mempengaruhi profesionalisme guru (Mishra, &
Koehler, 2006) untuk melahirkan guru yang berkesan menggunakan teknologi
KERANGKA TPACK

TIGA KOMPONEN UTAMA TPACK:

1. Pengetahuan Kandungan
2. Pengetahuan Pedagogi
3. Pengetahuan Teknologi
PENGETAHUAN KANDUNGAN
Pengetahuan kandungan (CK) adalah pengetahuan guru 01
tentang subjek yang perlu dipelajari atau.

Mengikut Shulman (1986) pengetahuan ini merangkumi


pengetahuan konsep, teori, idea dan kerangka organisasi.
02

Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan


asas yang lebih mendalam dalam disiplin atau 03
subjek yang mereka ajar.

04
Biasanya maklumat ini terdapat dalam
sukatan atau silibus pelajaran.
.
PENGETAHUAN PEDAGOGI
Pengetahuan pedagogi (PK) menjelaskan pengetahuan guru yang mendalam tentang
proses dan amalan atau kaedah pengajaran. 01

Ia merangkumi, tujuan dan falsafah pendidikan, nilai-nilai dan matlamat pendidikan.

Pengetahuan ini juga mencakupi kefahaman cara atau gaya pelajar belajar,
02
kemahiran pengurusan bilik darjah, reka bentuk dan perancangan
pengajaran, dan penilaian pelajar. Ia termasuk pengetahuan mengenai
pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
digunakan di dalam bilik darjah, serta sasaran dan strategi untuk menilai 03
kefahaman pelajar.

Seorang guru yang mempunyai pengetahuan pedagogi


yang mendalam memahami bagaimana pelajar membina 04
pengetahuan dan menguasai kemahiran dan bagaimana
mereka membangunkan minda dan sikap yang positif
terhadap pembelajaran.
PENGETAHUAN TEKNOLOGI
“ICT is using digital technology, communications tools, and/or
networks to access, manage, integrate, evaluate and create 01
information in order to function in a knowledge society

Literasi komputer atau celik ICT bermaksud pemahaman 02


penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat secara
meluas meliputi kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif.

Guru berupaya menggunakan teknologi untuk 03


memudah atau membantu pengajaran.

Sebagai contoh bagaimana pemprosesan 04


perkataan dapat membantu pengajaran
bahasa. Pendek kata pengetahuan
teknologi adalah berkait dengan pedagogi
TPACK adalah asas pengajaran yang berkesan
dengan teknologi, memerlukan pemahaman
mendalam konsep menggunakan teknologi; teknik
KERANGKA Pengetahuan
Kandungan
pedagogi yang menggunakan teknologi dengan
cara yang konstruktif untuk mengajar kandungan;
Pedagogi
TPACK (PCK) apakah pengetahuan yang membuatkan konsep
sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana
teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah
PdPc dan membina pengetahuan baru berasaskan
pengetahuan sedia ada.

Falsafah konstruktivisme yang memberi tumpuan


kepada pelajar dapat membantu teknologi untuk
Teknologi
menyampai dan membina pengetahuan baru. Guru
dan
Pengetahuan Pengetahuan boleh menggunakan TPACK setiap kali mengajar
Teknologi dan Kandungan. dengan membuat percaturan yang bijak untuk
Pedagogi. mengintegrasikan tiga komponen ini. Kemunculan
teknologi baru memerlukan guru menentukan
keseimbangan antara tiga komponen ini..
TERIMA KASIH
BERILMU BERBAKTI

Anda mungkin juga menyukai