Anda di halaman 1dari 18

LHE 3109:

LINGUISTIK DALAM
PENDIDIKAN BAHASA
Oleh:
DR. ROZITA RADHIAH BT. SAID
PENSYARAH KANAN
JABATAN PENDIDIKAN BAHASA & KEMANUSIAAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UPM 43400 SERDANG
SELANGOR
KULIAH 1
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
• Bidang ilmu yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
• Definisi ilmu linguistik iaitu menurut j. lyons (1968) bidang ilmu yang
mengkaji bahasa secara saintifik.
• Saintifik – mempunyai rumus-rumus tertentu
segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui
pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip
tertentu
ini bermaksud sarjana linguistik menjalankan kajian
linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains
linguistik mengandungi teori-teori dan teknik-teknik
menganalisa bahasa yang dirumuskan oleh ahli bahasa
 Ilmu linguistik bahan kajiannya ialah bahasa.

 Linguistik bererti ilmu bahasa. Ilmu bahasa adalah ilmu


yang objeknya bahasa. Bahasa di sini maksudnya adalah
bahasa yang digunakan sehari-hari (atau fenomena lingual).

NOTA
• Ahli bahasa adalah seorang pemerhati yang berkemahiran
menghurai dan menganalisa bahasa secara objektif.
• Ahli bahasa mengkaji ilmu linguistik dengan menganalisa
bahagian-bahagian bahasa antaranya :
- kelainan bentuk pertuturan
- bentuk deskriptif
- perkataan yang berubah mengikut sejarah
• Oleh kerana bahasa dijadikan objek keilmuan maka
bahasa mengalami pengkhususan, hanya yang
dianggap relevan saja yang diperhatikan
(diabstraksi).

• Jadi yang diteliti dalam linguistik atau ilmu bahasa


adalah bahasa sehari-hari yang sudah diabstraksi,
dengan demikian anggukan, dehem, dan
semacamnya bukan termasuk objek yang diteliti
dalam linguistik.
Linguistik modern berasal dari Ferdinand de Saussure, yang
membezakan langue, langage, dan parole (verhaar, 1999:3),
• langue - salah satu bahasa sebagai suatu sistem, seperti
bahasa Melayu, bahasa Inggeris.
• langage - bahasa sebagai sifat khas manusia,
• parole - bahasa sebagaimana dipakai secara konkrit
(dalam bahasa Melayu ketiga-tiga istilah tadi disebut
bahasa saja dan mengacu pada konsep yang sama)
Robins (1992:55) memperinci pendapat de Sassure
dengan mengatakan bahwa,
• langue merupakan
 struktur leksikal,
 gramatikal,
 fonologis sebuah bahasa,
 struktur yang sudah tertanam dalam fikiran
penutur asli pada masa kanak-kanak
 hasil kolektif masyarakat bahasa
 yang dibayangkan sebagai suatu kesatuan
supraindividual.
• Tambah Robin (1992),
 Dalam menggunakan bahasanya, penutur mampu
bertutur di dalam lingkup langue ini; apa-apa yang
sebenarnya diucapkannya adalah parole, dan satu-
satunya kendali yang dapat dia atur adalah bila dia
harus bertutur dan apa yang harus ia tuturkan.
Mana kala menurut Chomsky pula,
• competence - apa-apa yang secara intuisi diketahui
penutur tentang bahasanya
• performance - apa-apa yang dilakukan penutur ketika
dia menggunakan bahasanya
• Kaedah leksikal, gramatikal, dan fonologis telah
dikuasai dan dipakai, dan kaedah tersebut menentukan
ruang lingkup pilihan yang dapat dibuat oleh penutur.
• Maka, ilmu linguistik yang sering juga disebut
linguistik umum, tidak hanya menyelidiki salah satu
bahasa saja tetapi juga menyangkut bahasa pada
umumnya.

• Dengan memakai istilah de saussure, dapat


dirumuskan bahwa ilmu linguistik tidak hanya meneliti
salah satu langue saja, tetapi juga langage, iaitu
bahasa pada umumnya.
Linguistik teoretis mencakup sejumlah subbidang, seperti
 ilmu tentang struktur bahasa (grammar atau tata bahasa)

 dan makna (semantik).


 Ilmu tentang tata bahasa meliputi morfologi (pembentukan dan perubahan
kata)
 dan sintaksis (aturan yang menentukan bagaimana kata-kata digabungkan
ke dalam frasa atau kalimat).

 Selain itu dalam bahagian ini juga ada fonologi atau ilmu tentang sistem
bunyi dan satuan bunyi yang abstrak, dan fonetik, yang berhubungan
dengan bunyi bahasa atau speech sound (phone) dan bunyi non-speech
sound, dan bagaimana bunyi-bunyi tersebut dihasilkan dan didengar
(http://en.Wikipedia.Org/wiki/linguistics).
Linguistik merupakan satu kajian yang bersifat saintifik

• Bersifat saintifik kerana :


- cara kajian yang bersifat empirikal
- berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa dan didengar
- mengetepikan unsur sentimen dan
prasangka
• Para pengkaji mesti akur kepada:
- penggunaan eksperimen yang
terkawal
- berpegang kepada unsur-unsur
keobjektifan
- penyebaran hasil kepada umum
PERINGKAT-PERINGKAT KAJIAN SAINTIFIK
Pengkaji linguistik perlu melalui empat peringkat bagi
menjalankan kajian ke atas ilmu bahasa.

Peringkat-peringkat tersebut ialah :


1. Pemerhatian
2. Klasifikasi
3. Hipotesis
4. Teori
1. PEMERHATIAN
• Seorang ahli bahasa perlu memulakan kajian
dengan membuat pemerhatian ke atas yang teliti
terhadap suatu bahasa

• Pemerhatian merangkumi
• sifat-sifat deskriptif
• Aspek sejarah

• Hasil yang diperoleh melalui pemerhatian


dikumpulkan sebagai data

• Pemerhatian dijalankan secara objektif


2. KLASIFIKASI
• Merupakan peringkat kedua yang perlu dilakukan oleh ahli
bahasa

• Data yang dikumpul kemudiannya diperingkat-


peringkatkan.

• Katalog

• Namun, setakat mengumpul dan mengklasifikasi sesuatu


data belum cukup diaggap sebagai kerja yang bertaraf
suatu sains.

• Oleh itu, ahli bahasa perlu meneruskan kajian ke peringkat


seterusnya iaitu membuat hipotesis
3. HIPOTESIS
• Merupakan peringkat ketiga dalam mengkaji bahasa

• Dilakukan selepas seseorang ahli bahasa menjalankan


pemerhatian dan mengklasifikasikan sesuatu data

• Hipotesis merupakan satu jangkaan awal yang dilakukan oleh


ahli bahasa

• Hipotesis harus dibuktikan kebenarannya

• Untuk membuktikannya, fakta-fakta yang terkumpul dari data


data bahasa haruslah diuji

• Suatu hipotesis boleh diterima kebenarannya jika ujian yang


dilaksanakan dapat menjawab segala persoalan yang timbul
(dalam bidang yang dikaji )
4. TEORI
• Apabila hipotesis itu diuji kebenarannya, barulah hipotesis itu
diakui sebagai suatu teori

• Ini bermaksud segala persoalan dijawab dengan logik

• Apa yang penting dalam penciptaan teori ialah ujian yang teliti
terhadap hipotesis ke atas data-data

• Sesuatu teori yang diterima haruslah exhausitif, konsisten dan


ekonomis

• Exhausitif – mampu menerangkan semua fakta bahasa

• Konsisten – suatu yang tidak menampakkan pertelingkahan

• Ekonomis – teori yang mudah dan tidak kompleks

• Jika suatu teori tidak memenuhi kriteria di atas, teori tersebut


ditolak atau diperbetulkan.
SEKIAN. TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai