Anda di halaman 1dari 29

X PENGENALAN

Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa
di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu
hingga kini. Tidak hairan jika subjek ini diajar pada peringkat tinggi seperti di
institusi pengajian tinggi, institut perguruan, dan juga peringkat yang lebih
rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting,
walaupun negara sedang menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi
sebagai fokus utama. Meskipun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian
oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi
keperluan rohaniah dalam kalangan rakyat.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

1
1
X
Pengenalan
Ilmu
Linguistik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ilmu linguistik;
2. Menyatakan bidang-bidang kajian ilmu linguistik;
3. Menerangkan cabang ilmu linguistik;
4. Menjelaskan linguistik sebagai satu disiplin;
5. Membincangkan bahasa sebagai objek kajian linguistik; dan
6. Mengenal pasti sifat-sifat bahasa.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

2
Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini,
pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu
linguistik. Kesemua subtopik ini akan disentuh memandangkan kepentingannya
dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita
mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.


DEFINISI LINGUISTIK

Dalam bahasa-bahasa Roman (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada
bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; langue dan
langage dalam bahasa Perancis dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa
Inggers meminjam kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah
linguistics dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language
tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan
dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama
bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau linguistik.
Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden
berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah
membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut
membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut.
Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu sistem. Manakala, istilah
langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa
seperti yang terdapat dalam ucapan Di mana manusia memiliki bahasa,
binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan. Parole yang merupakan
tuturan pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan
merujuk kepada loghat, ucapan dan perkataan. Dalam bidang kajian ilmu
linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis
ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.
Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa
maksud bahasa.
1.1
Apakah yang anda faham dengan ilmu linguistik? Adakah anda fikir
ilmu linguistik perlu dikuasai oleh guru di sekolah-sekolah, khususnya
guru Bahasa Melayu?
SEMAK KENDIRI 1.1
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

3
Dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut linguis yang dipinjam
daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa
Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna seseorang yang fasih
dalam berbagai bahasa. Sebagai contoh, ungkapan He is quite a linguist yang
bererti Dia fasih dalam beberapa bahasa. Dalam istilah ilmiah pula, linguist
dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat
merumuskan bahawa orang yang fasih dalam berbagai bahasa tidak sama
dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu
membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa
seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.
Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bidang
kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada
bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk pada ilmu
mengkaji bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de
Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti
salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum.
Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza
sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian
linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan
bidang kajian ahli linguistik.
Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna
bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem
yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang
dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat
empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan
dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan
semua ahli yang lain.
Dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi
kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa dalam kajian ilmu linguistik pula
dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti
kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga
dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan ilmu bahasa seperti
dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam
menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam
bidang ilmu kajian linguistik.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

4
Terdapat banyak definisi linguistik yang dikemukakan oleh ahli linguistik sejak
dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus
kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran
yang berbeza di kalangan mereka seperti dalam Jadual 1.1 yang berikut.
Jadual 1.1: Definis Ilmu Linguistik
No Nama Ahli Linguistik Definisi yang diberikan
1 Verhaar (1985:) Linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang
bermaksud bahasa.
2 Langacker (1987) Linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini
bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang
dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan
tertentu yang membawa pelbagai makna.
3 David Crystal (1973) Linguistik adalah kajian bahasa secara saintifik. Ini
bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti
dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta
mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik
juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri
kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan
kesahihan fakta.
4 John Lyons (1968) Linguistik adalah The scientific study of language.
Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan
bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin
ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.
5 Verhaar (1993) Linguistik adalah satu kajian ilmu bahasa. Pengertian
kata linguistik merujuk kepada bagaimana suatu
kajian bahasa itu dilaksanakan.

Berdasarkan pandangan Verhaar, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu
yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus; iaitu linguistik
sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif.
Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa
tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat
mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif
pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam
sesuatu bahasa tanpa penentuan betul dan salah. Manakala linguistik preskriptif
membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah
dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati
yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya
dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang
linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

5
Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa
linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti
yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta
menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

BIDANG LINGUISTIK
Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu
diketahui oleh anda ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, semantik,
pragmatik, leksikografi, sosiolinguistik dan sebagainya (lihat Rajah 1.1). Di
dalam modul ini, kita hanya akan sentuh tiga bidang utama iaitu bidang fonetik
dan fonologi, morfologi dan sintaksis.

Rajah 1.1: Kajian ilmu linguistik/bahasa
1.2
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

6
Penerangan mengenai bidang fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis adalah
seperti berikut:
(a) Fonetik dan Fonologi
Pertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu.
Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan
fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-
sifat akustiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa
tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya.
Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya
bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian
mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi p secara
lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut
dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara
keluar dengan menghasilkan suatu bunyi letupan. Penghasilan bunyi
p tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.
Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan
tertentu, ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut
memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut
dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut
memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu,
bunyi p dan t berbeza dari segi fungsi atau secara fonologi. Ia disebut
sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-
dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti
dalam contoh kata padi dan tadi. Padi merujuk kepada sejenis
tanaman, manakala tadi merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas,
perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran
makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut. Perbezaan makna yang
dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi.
(b) Morfologi
Nik Safiah Karim et al. (1993), mentakrifkan morfologi sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata,
manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan
linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian
morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah
bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang
terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata
mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri
manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan
bentuk terikat.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

7
Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam
sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang
dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu
merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri.
Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses
pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui
proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan
melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata
majmuk.
Dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata
kerja dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah sabun, cangkul dan
penyapu. Contoh kata kerja pula ialah kata gerak, kumpul dan
letup manakala contoh kata adjektif ialah kata baik, gemuk dan
panjang. Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai
tugas tertentu, sama ada dalam perkataan atau binaan ayat.
(c) Sintaksis
Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani suntutein yang
bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, sintaksis
bermaksud kajian pembentukan ayat.
Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah cabang ilmu linguistik
yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada
ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat. Nik Safiah Karim etal.
(1986), mendefinisikan sintaksis sebagai bidang linguistik yang mengkaji
proses pembinaan ayat. Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis
ialah istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem
dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi
klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut
mendefinisikan sintaksis sebagai bahagian daripada linguistik deskriptif
atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan
ayat.
Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
ayat. Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana
ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk
frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi
perkataan, frasa, klausa dan ayat.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

8
Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat
serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan
dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.
Ayat yang terhasil melalui penyusunan rangkaian perkataan yang
membentuk frasa. Berdasarkan gabungan frasa ini, klausa dibentuk dan
seterusnya dicantum menjadi ayat. Dalam erti kata lain, ayat terdiri
daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Kedua-dua konstituen ini
terbina daripada susunan perkataan. Oleh itu, dalam sesebuah ayat
terdapat unsur kata atau perkataan, frasa dan klausa.
Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-
jenis ayat dan ragam ayat seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan,
ayat tanya, ayat aktif dan ayat pasif.
Sintaksis merupakan cabang daripada ilmu linguistik yang membicarakan
tentang wacana, ayat, klausa dan frasa. Dalam bahasa Inggeris, istilah
sintaksis disebut syntax. Untuk menjelaskan urutan sintaksis ini, lihat
sahaja contoh ayat berikut:
Seorang pelajar sedang belajar di perpustakaan.
Berdasarkan contoh ayat tersebut, ia terdiri daripada satu klausa yang
terdiri daripada subjek iaitu seorang pelajar manakala predikat ialah
sedang belajar dan keterangan iaitu di perpustakaan. Setiap klausa
tersebut terdiri daripada beberapa kesatuan frasa bagi membentuk ayat.
Sebagai rumusan, sintaksis membicarakan bagaimana gabungan beberapa
frasa bagi membentuk klausa dan seterusnya gabungan beberapa klausa
akan membentuk ayat.

CABANG LINGUISTIK
Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis atau cabang berdasarkan
beberapa perkara seperti meneliti linguistik dari sudut fungsinya, dari sudut apa
yang dikaji dan aspek masa dalam kajian linguistik. Di bawah cabang linguistik
pula, terdapat bidang-bidang linguistik yang selalunya dipecahkan kepada dua
bidang iaitu linguistik mikro dan linguistik makro. Berikut adalah penerangan
ringkas tentang cabang-cabang linguistik:
1.3
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

9
(a) Linguistik Deskriptif
Linguistik deskriptif ialah pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi,
tatabahasa dan perkataan pada waktu tertentu. Linguistik ini bermaksud
juga pengkajian bahasa atau penghuraian bahasa dilakukan secara
penghuraian supaya sesuatu fenomena bahasa dapat dihuraikan atau
dijelaskan dengan lebih berpada (adequate). Semua dasar fikiran dan
perkiraan dalam linguistik deskriptif adalah bersumber pada satu teori
dasar yang umum juga disebut sebagai linguistik umum. Linguistik
deskriptif turut menganalisis bahasa tertentu dengan hipotesis dan teori-
teori linguistik umum. Linguistik juga membekalkan data untuk
mengukuhkan dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan.
(b) Linguistik Preskriptif
Linguistik preskriptif menekankan penghasilan rumus atau formula bahasa
bagi menjelaskan sesuatu fenomena bahasa. Linguistik preskriptif
menerangkan dan menentukan bagaimana cara bahasa sepatutnya ditulis
dan dituturkan. Hal ini adalah supaya membolehkan penutur dilihat
sebagai orang yang menuturkan bahasa dengan betul dan dianggap
sebagai orang yang terpelajar. Manakala rumus preskriptif sebenarnya
lebih kepada rumus gaya berbanding rumus tatabahasa.
(c) Linguistik Terapan
Linguistik terapan ialah cabang linguistik yang memanfaatkan teori
deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa
penulisan buku-buku teks, dalam leksikografi, penterjemahan, stilistik,
petalogi bahasa dan sebagainya.
(d) Linguistik Perbandingan (komparatif)
Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut
bunyi, perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek
persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang
lain. Linguistik ini kerap digunakan untuk membanding-bandingkan satu
dialek dengan dialek yang lain.
(e) Linguistik Historis
Linguistik historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu
bahasa itu daripada sudut sejarah, iaitu menyelidiki segala perubahan dan
perkembangan satu-satu bahasa itu. Misalnya, linguistik historis mengkaji
sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman
sebelum merdeka hingga hari ini. Ia juga mengkaji sejarah perkamusan
bahasa Melayu, sejarah sistem ejaan dan seumpamanya.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

10
(f) Linguistik Sinkronik
Linguistik jenis ini menghuraikan atau mengkaji sesuatu bahasa dari sudut
masa. Ia bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu
masa dalam titik sejarah dan menerangkan apa saja unsur yang wujud
dalam bahasa itu pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh
perkembangan bahasa tersebut dari sejarah ataupun daripada satu bahasa
lain.
(g) Linguistik Diakronik
Linguistik ini tidak menekankan aspek masa. Ia merupakan satu
pendekatan terhadap kajian bahasa dari segi sejarah atau perbandingan. Ini
bererti bahawa kajian diakronik berasaskan dua atau lebih kajian sinkronik.

LINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Linguistik merupakan suatu disiplin ilmu yang dapat berdiri sendiri dan bersifat
autonomi. Menurut Koentjaraningrat (1997), linguistik meliputi ilmu yang
berkait dengan ilmu sosial dasar. Sebagai suatu cabang ilmu pengetahuan,
linguistik mempunyai subdisiplinnya yang tersendiri. Antara subdisiplin
linguistik adalah bidang linguistik, sifat telaah linguistik, pendekatan objek
linguistik, instrumen yang digunakan, ilmu lain yang berkaitan dengan
linguistik, penerapan linguistik serta aliran dan teori linguistik.
Bidang linguistik meliputi linguistik umum, linguistik terapan, linguistik teoritis
dan sejarah linguistik. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 1.2. Linguistik umum
merumus secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah. Linguistik
terapan pula merupakan ilmu yang berusaha menerapkan hasil penelitian di
dalam bidang linguistik untuk keperluan praktis. Sementara itu, linguistik
teoritis mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal atau dalaman. Akhir
sekali, sejarah linguistik menyentuh mengenai uraian knonologis, iaitu tentang
perkembangan bahasa.

Rajah 1.2: Bidang linguistik
1.4
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

11
Sifat telaah linguistik meliputi bidang linguistik mikro yang bidang kajiannya
lebih sempit dan bersifat dalaman, sementara linguistik makro bersifat luas dan
luaran. Pendekatan objek linguistik meliputi bagaimana menganalisis bahasa.
Dengan demikian, bahasa dapat dilihat secara deskriptif, historis komparatif,
kontrastif, sinkronik dan diakronik. Instrumen linguistik pula ialah penggunaan
komputer atau linguistik komputer. Ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik
ialah psikologi, antropologi, sosiologi dan sebagainya.
Penerapan linguistik meliputi:
(a) Dialektologi;
(b) Leksikografi; dan
(c) Leksikostatistik.
Dialektologi mempelajari serta membandingkan bahasa yang masih serumpun
untuk mencari titik persamaan dan perbezaan. Leksikografi pula ialah kajian
mengenai kosa kata dan leksikostatistik ialah kajian tentang umur kata sejak kata
wujud.
Linguistik dilihat dari segi teori, aliran struktur dan aliran transformasi yang
melahirkan linguistik struktural dan linguistik transformasi. Ini akan dijelaskan
seterusnya.

STRUKTUR BAHASA

Seterusnya, kita akan membincangkan struktur bahasa.
1.5.1 Pengenalan kepada Struktur Bahasa
Kamus Zaba mentakrifkan kata struktur kepada dua kategori.
(a) Kategori pertama struktur dikenali sebagai susunan atau bahagian
daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu
binaan; dan
(b) Kategori kedua struktur merupakan sistem rangka sesebuah karya
sastera yang terlebih dahulu dirancang.
Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk
atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di
antara satu sama lain. Kata struktur juga ditakrifkan sebagai bukan cara
sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu
1.5
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

12
sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang
kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu
dirancang (Kamus Zaba, 2001). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi
kata struktur jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global,
1997).
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata struktur didefinisikan sebagai
cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau
aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di
dalam bahasa Melayu.
Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata struktur merujuk kepada binaan atau
rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, hlm. 297). Kamus Pelajar Terkini
pula mendefinisikan kata struktur yang merupakan binaan kata daripada
cantuman kata struk + tur (KN). Ia membentuk kata nama sesuatu yang
dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau
gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad
Mahmood Musanif, 1996). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera,
struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah
struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada
susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia
juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin
berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994).
Menurut Kamus Linguistik edisi ketiga, kata struktur merujuk kepada struktur
batin, struktur fonemis, struktur frasa, struktur lahir, struktur praleksikal,
struktur semantik (makna) dan struktur tematis (Harimurti Kridalaksana, 1993).
Di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi keempat, ada
menyatakan seperti berikut:

Structure in its most general sense, and especially as defined by structuralist
studies of human institutions and behavior, the term applies to the main
abstract characteristic of a semiotic system. A language for example is a
structure in the sense that it is a network of interrelated units, the meaning of
the parts being specifiable only with reference to the whole. In this sense, the
terms structure and system are often synonymous (and the phrase
structured system which is sometimes encountered as in language is a
structure system as a tautology)
(David Crystal, 1997)
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

13
Adakah bahasa satu fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering
menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi
manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal
sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu
berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh
manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat
perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang
dengan binatang). Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan
menggunakan kod tertentu.
Walau bagaimanapun, bahasa bukanlah satu-satunya alat perhubungan manusia
kerana terdapat juga cara lain yang digunakan oleh manusia untuk berhubung
seperti melalui gerak-geri, simbol atau kod telegraf, muzik dan banyak lagi
(Abdullah Hassan, 1992). Seperti bidang ilmu yang lain, bidang ilmu bahasa atau
linguistik diwarnai dengan pelbagai paradigma, aliran, teori dan pendekatan
yang menjadi pegangan seseorang ahli bahasa. Ia banyak menentukan cara
mereka memandang dan menghuraikan hal kebahasaan (Zulkifley Hamid, 1996).
Masih ramai yang belum mengetahui apakah yang dikatakan linguistik.
Lazimnya, orang akan menganggap seorang linguis (ahli bahasa) itu ialah
seorang yang boleh bertutur banyak bahasa. Ini adalah satu fenomena yang tidak
betul. Sebenarnya, hanya sebahagian daripada linguistik melibatkan pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Linguistik adalah lebih luas daripada itu. Secara
jelasnya, seperti yang dikatakan oleh Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains
bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji
secara saintifik.
Menurut A. Bakar Hamid (1960), linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains
yang mempelajari bahasa manusia (Abdullah Hassan, 1992). Ahli ilmu bahasa
dapat membuat sejarah bahasa dan rumpun bahasa, selain membandingkan
bahasa untuk mencapai suatu rumusan tentang ciri umum yang terdapat di
dalam semua bahasa. Misalnya, semua bahasa mempunyai bentuk-bentuk
fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

14
Apabila kita berbicara berkenaan struktur bahasa, kita mesti mengetahui tata
tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Strukturnya dapat kita lihat seperti hierarki di dalam Rajah 1.3 berikut.

Rajah 1.3: Struktur bahasa
Penerangan mengenai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat
dan wacana adalah seperti berikut.
(a) Fonem
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi
bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa
(Abdullah Hassan, 2006). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau
fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif
atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon
dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan
demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang
hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks
yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang
distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

15
Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan
daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan
penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur
fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem
dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini
dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem
diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh
kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang
gabungan dua huruf, seperti fonem // yang diberi lambang huruf ng. Ini
bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah
mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau
lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem
(Abdullah Hassan, 2006).
Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis
segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada
24 fonem asli dan sembilan fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati
kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal
dan tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir
perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tidak bersuara
menjadi neutral atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat enam
fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/,
//, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/,
/k/, /g/, /c/, /j/, /m/, /n/, //, //, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/.
(b) Morfem
Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang
mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata
minum ialah morfem kerana ia adalah unit yang terkecil, unit yang
mengandungi makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih
kecil dan bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata.
Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri
daripada morfem {ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu
morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem.
Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala
minuman terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem
dapat juga dibezakan berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem
yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan
atau sifat yang terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan
mempunyai makna yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya,
pokok, kerusi, duduk, tidur dan sebagainya. Golongan morfem
yang tidak atau hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya

X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

16
membawa fungsi nahuan disebut morfem nahuan/gramatikal. Contohnya,
ber-, -kan, di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad
Khair Mohd Nor, 2007).
Morfem terbahagi kepada dua,iaitu:
(i) Morfem bebas; dan
(ii) Morfem terikat.
Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur
lain untuk membentuk kata. Umpamanya rumah, tidur, sedih,
takut dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung dengan
morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata
majmuk. Contohnya, batu boleh diterbitkan menjadi berbatu, membatu,
batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu.
Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka
dan tertutup. Morfem bebas yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan
morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem bebas tertutup
tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata
akar. Contohnya, dan, ke, dari atau serta dengan. Morfem terikat pula
tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai
kata asal atau kata dasar. Contohnya; imbuhan ber-, ke-, -kan, men-, -kan
dan sebagainya yang mesti bergabung dengan unsur lain. Morfem terikat
juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung
dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan
morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem lain seperti tapa
(bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang).
(c) Kata
Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002),
bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat
yang terdiri daripada satu kata. Misalnya pergi dapat berdiri sendiri
sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang
bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang
disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006). Kata adalah unsur
yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem
dan fonem.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

17
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk
perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal,
dan merah serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang
dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan;
contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih melepak
dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan
ialah putih-putih dan Perdana Menteri-Perdana Menteri (Nik Safiah
Karim et al., 1995). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di
dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis
bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu digabungkan secara serentak
dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip
(sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
(d) Frasa
Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan
klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana
frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur
terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di
dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan
terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat
dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat
bahawa frasa bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri
lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang
seterusnya:
Fatihah menjadi pengawas.
Di dalam ayat Fatihah menjadi pengawas, ada dua frasa. Frasa pertama
ialah Fatihah yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah menjadi
pengawas yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek Fatihah terdiri
daripada satu kata sahaja. Frasa predikat menjadi pengawas terdiri
daripada dua kata.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

18
Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana
frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat
dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk itu dan ini (binaan
frasa ditutup oleh kata penunjuk itu dan ini). Frasa juga boleh
menerima sisipan yang, sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada
dua perkataan atau lebih. Perkataan yang boleh digunakan bagi
membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa,
maka yang boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak
mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang
tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti
frasa menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan
kepada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa
adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat.
(e) Klausa
Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi kedua-
duanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan
kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata
inti sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan
predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat
yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat.
Zaba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh
ayat adalah seperti berikut;
Aminah tidak datang kerana dia sakit.
Di dalam ayat Aminah tidak datang kerana dia sakit, terdapat dua
klausa, iaitu Aminah tidak datang dan dia sakit. Kedua-duanya
digabungkan oleh kata hubung kerana. Klausa Aminah tidak datang
boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa
Aminah tidak datang mempunyai subjek Aminah, dan predikat tidak
datang. Klausa dia sakit juga mempunyai subjek, iaitu dia dan
predikat, sakit. Klausa dia sakit digabungkan dengan klausa Aminah
tidak datang menggunakan kata hubung kerana.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

19
Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas
dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang
sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa
tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan
klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa
ini dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi
penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan,
antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan
lain-lain.
(f) Ayat
Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat,
terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur
inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek
bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield
(1930) mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang
tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada
kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, ia
masih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada
bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.
Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang
diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit
yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam
mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-
pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan
pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses
transformasi.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

20
(g) Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku,
dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana,
perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang
utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan
bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di
dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi
selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut
Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan,
tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Ini ditunjukkan
dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Ciri ketekstualan wacana
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

21
Keterangan lanjut mengenai tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi
untuk menghasilkan wacana yang utuh dinyatakan dalam Jadual 1.2.
Jadual 1.2: Keterangan ciri ketekstualan wacana
Bil. Ciri Ketekstualan Wacana Keterangan
1. Tautan atau kohesi x Ia adalah keserasian hubungan antara satu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain
dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan
wacana yang mantap;
x Keserasian hubungan ini lazimnya dapat dilihat
melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa
atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat yang
lain yang terdapat di dalam wacana tersebut; dan
x Tautan penting kerana dapat mewujudkan
kesinambungan antara sebahagian teks dengan
yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.
2. Runtutan atau koheren x Ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat
di dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan
sesebuah teks itu bermakna; dan
x Oleh itu, runtutan merupakan asas di dalam
pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu
dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.
3. Tujuan x Setiap wacana yang diujarkan, sama ada di dalam
bentuk lisan atau tulisan perlu mempunyai
tujuan;
x Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh
penghasil wacana tersebut, sama ada penulis atau
pembicaranya;
x Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk
menimbulkan interaksi yang komunikatif; dan
x Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang
digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk
mendapatkan maklumat, ayat yang sering
digunakan ialah ayat tanya; tetapi jika seseorang
itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu,
ayat yang digunakan ialah ayat penyata.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

22

4. Penerimaan x Sesuatu wacana juga perlu mempunyai
pendengar atau pembaca yang merupakan
penerima bagi sesebuah wacana;
x Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika
pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang diujarkan, sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan; dan
x Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila
tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.
5. Maklumat x Setiap wacana juga perlu mempunyai maklumat;
x Maklumat yang terdapat di dalam sesebuah
wacana boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
maklumat lama dan maklumat baharu;
x Maklumat lama ialah maklumat yang telah
dinyatakan pada peringkat awal dan diulang
semula di dalam konteks yang berikutnya; dan
x Manakala maklumat baharu ialah maklumat yang
baru sahaja dinyatakan dengan anggapan
pendengar atau pembaca tidak mengetahui
maklumat itu sebelum ini.
6. Keadaan x Keadaan juga menjadi faktor untuk membentuk
wacana yang relevan dengan situasi ujaran;
x Sesebuah wacana yang diujarkan perlulah sesuai
dengan keadaan; dan
x Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu
sesuai dengan keadaan, pemilihan perkataan,
frasa dan ayat adalah penting.
7. Interteks x Interteks pula bermaksud suatu wacana itu
bergantung kepada wacana yang lain;
x Ini bermaksud wacana lain juga memainkan
peranan penting untuk membantu seseorang
memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca
atau didengarinya dengan mudah; dan
x Oleh itu, kefahaman seseorang terhadap sesebuah
wacana bergantung kepada pengetahuannya
terhadap perkara yang sedang dibaca atau
didengarinya.

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

23
Kesimpulannya, struktur bahasa, khususnya di dalam bahasa Melayu
mempunyai unsur yang membina strukturnya untuk menjadi satu bahasa
yang mantap. Pada peringkat awal pembentukan kata, fonem dan morfem
terlebih dahulu dikaji sebelum menjadi kata. Setelah membentuk kata, frasa
dan klausa pula akan memainkan peranan untuk membentuk atau
menghasilkan ayat. Manakala, wacana yang merupakan hierarki tertinggi
di dalam tata tingkat bahasa berperanan untuk menghasilkan satu bahasa,
sama ada lisan atau bukan lisan yang mantap dan utuh.

BAHASA SEBAGAI OBJEK KAJIAN
LINGUSITIK
Bahasa merupakan objek penting dalam kajian linguistik. Dalam kajian
linguistik, data-data bahasa akan dikaji berdasarkan pendekatan tertentu serta
bersandarkan teori-teori linguistik yang berwibawa. Ini seterusnya akan
menghasilkan analisis yang tepat dan mencapai tahap kepadaan. Fenomena-
fenomena yang terdapat dalam sesuatu bahasa hanya dapat dikaji dan dijelaskan
berdasarkan teori-teori yang terdapat dalam bidang linguistik.

SIFAT-SIFAT BAHASA
Di sini pula, kita akan teruskan pembelajaran kita dengan sifat-sifat bahasa.
1.7.1 Mempunyai Sistem
Setiap bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Sistem
bahasa dilihat dari sudut unit/unsur/kompenan bahasa yang disusun mengikut
cara-cara tertentu.

Sistem bererti susunan teratur, berpola dan membentuk suatu keseluruhan
yang bermakna atau berfungsi.
1.7
1.6
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

24
Sistem ini dibentuk oleh sejumlah unsur atau komponen yang berhubungan
secara fungsional di antara satu sama lain dan bersifat sistematis dan sistemis.
Sistematis bermaksud bahasa itu tersusun menurut satu pola iaitu ia tidak
tersusun secara sembarangan. Manakala sistemis pula bermaksud bahasa itu
bukan merupakan sistem tunggal tetapi terdiri daripada sub-sub sistem atau
sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara tertentu, contohnya
fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam bahasa Melayu
dan bahasa Arab misalnya adalah berbeza.
1.7.2 Mempunyai Lambang
Sesuatu lambang biasanya dikaitkan dengan unsur tanda. Unsur tanda terdiri
daripada penanda dan petanda. Tanda selain dipakai sebagai istilah generik dari
semua kajian semiotik ia juga merupakan sesuatu yang dapat menandai atau
mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan
alamiah. Misalnya, kalau di kejauhan kelihatan asap membumbung tinggi maka
kita tahu bahawa disana ada api sebab asap merupakan tanda akan adanya api
itu. Lambang tidak bersifat langsung dan alamiah. Lambang menandai sesuatu
yang lain secara konvesional tidak secara alamiah dan langsung. Lambang juga
sering disebut bersifat arbitari iaitu tidak adanya hubungan langsung yang
bersifat wajib antara lambang dengan yang dilambangkannya.
1.7.3 Terdiri daripada Bunyi
Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia dan bermakna. Bunyi bahasa
ialah fonem (fon, fonem, fonemik). Bahasa pada asanya terdiri daripada bunyi-
bunyi melainkan bahasa isyarat yang sangat terhad penggunaannya. Bunyi
dihasilkan oleh alat pertuturan manusia. Oleh itu, bahasa manusia tidak akan
terdiri dari ketukan mesin taip, warna, bau, resepi, perubahan suhu ataupun
campuran bahan kimia. Manusia boleh menghasilkan beribu-ribu bunyi melalui
pelbagai cara
1.7.4 Bermakna
Semua ujuran bahasa yang dihasilkan perlu difahami oleh masyarakat
pendengar. Contohnya, bahasa Jepun yang diucapkan oleh penuturnya hanya
difahami oleh masyarakat Jepun tetapi tidak difahami oleh penutur Turki.
Lambang-lambang bunyi bahasa yang bermakna itu di dalam bahasa merupakan
satuan-satuan bahasa yang mewujudkan mofem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Semua satuan ini memiliki makna. Oleh kerana bahasa itu bermakna,
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

25
maka segala ucapan tidak mempunyai makna adalah bukan bahasa. Jadi,
bentuk-bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apapun bukanlah
bahasa kerana fungsi bahasa adalah menyampaikan mesej, konsep, idea atau
pemikiran.
1.7.5 Arbitrari
Tidak akan berlaku hubungan hayati antara bunyi yang dilafazkan atau ditulis
dengan benda atau objek. Walaubagaimanapun, ia perlu bersifat konvensional.
Arbitrari iaitu sewenang-wenangnya, berubah-ubah atau tidak tetap iaitu, tidak
adanya hubungan wajib antara lambang bahasa dengan konsep atau pengertian
yang dimaksudkan oleh lambang tersebut. Contohnya, antara [unta] dengan
yang dilambangkannya iaitu sejenis binatang berkaki empat biasa ditunggani.
Kita tidak dapat menjelaskan mengapa binatang tersebut dilambangkan dengan
bunyi [unta] bukannya [tanu] atau [unat]. Tentu hanya ada satu bahasa yang
meskipun berbeza tetapi perbezaannya tidak terlalu banyak. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa ada sejumlah kata dalam bahasa apa sekali pun yang
lambangnya berasal dari bunyi yang diwakilinya. Selain itu, penutur asli juga
tidak boleh bertanya mengapa binatang itu diberi unta kerana sebahagian
daripada nama yang telah diberikan itu tidak mempunyai jawapan atau
bersebab.
1.7.6 Bersifat Konvensional
Maksud bahasa bersifat konvensional ialah semua aspek bahasa sudah
disepakati oleh masyarakat penutur bahasa berkenaan. Oleh itu, semua penutur
bahasa tersebut mematuhi bahawa lambang tertentu mewakili objek, perkataan
atau peristiwa. Ini bererti ciri yang terdapat dalam sesuatu bahasa diiktiraf oleh
penutur natifnya. Persetujuan itu dilakukan baik secara sedar atau tidak. Hal ini
bermaksud semua anggota masyarakat berkenaan harus mematuhi konvensi
bahawa lambang tertentu itu digunakan untuk mewakili konsep yang
diwakilinya. Contohnya, jika perkataan kereta merujuk sejenis kenderaan beroda
empat,maka anggota masyarakat bahasa berkenaan harus mematuhinya. Kalau
tidak dipatuhinya atau menggantikanya dengan lambang lain maka komunikasi
akan bercelaru. Kekonvensional bahasa terletak pada kepatuhan para penutur
bahasa untuk menggunakan lambang itu sesuai dengan konsep yang
dilambangkanya. Contoh lain, jika penutur bahasa Turki mengucapkan dres
sebagai pelajaran, maka semua penutur bahasa tersebut akan mengucapkan
dres sebagai merujuk kepada pelajaran.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

26
1.7.7 Produktif
Apabila bahasa dikatakan bersifat produktif, ini bererti, walaupun unsur bahasa
terhad tetapi jumlah yang dibentuk oleh bahasa tidak terbatas. Ini bermaksud
banyak hasilnya atau lebih tepat terus-menerus menghasilkan. Sekiranya bahasa
itu dikatakan produktif meskipun unsur-unsur bahasa itu terbatas tetapi, dengan
unsur yang jumlah yang terbatas itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang
jumlahnya tidak terbatas meskipun secara relatif, sesuai dengan sistem yang
berlaku dalam bahasa itu. Contohnya, fonem-fonem /m/, /a/, /a/ dan /s/
dapat menghasilkan satuan-satuan bahasa /m/-/a/-/s/-/a/, /s/../a/-/m/-
/a/, /a/-/a/-/s/-/a/-/m/ dan lain-lain.
1.7.8 Unik
Bahasa yang bersifat unik bermaksud mempunyai ciri-ciri khas yang spesifik
yang tidak dimiliki oleh bahasa lain. Ini bermaksud mempunyai ciri yang
tersendiri. Salah satu keunikan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ia
bersifat aglutinasi (kata dasar menerima imbuhan untuk menukar makna).
Contohnya: jalan, berjalan, menjalankan, jalanan dan dijalankan.
1.7.9 Universal
Setiap bahasa mempunyai kesamaan ciri-ciri tertentu dengan bahasa lain.
Maksud universal iaitu adanya ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh setiap
bahasa yang ada di dunia ini. Ciri-ciri yang universal ini merupakan unsur
bahasa yang paling umum yang biasanya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri atau
sifat-sifat bahasa lain. Oleh kerana bahasa itu merupakan ujaran, maka ciri
universal dari bahasa yang paling umum adalah bahawa bahasa itu mempunyai
bunyi bahasa yang terdiri dari vokal dan konsonan. Contohnya, dalam bahasa
Melayu terdapat enam vokal tiga diftong dan sembilan belas konsonan.
Manakala, dalam bahasa Arab terdapat tiga vokal pendek, tiga vokal panjang
dan 28 konsonan. Bahasa Inggeris pula mempunyai enam belas vokal termasuk
diftong dan 24 konsonan. Contoh yang lain ialah semua bahasa mempunyai kata
kerja misalnya dalam bahasa Melayu terdapat kata kerja transitif, manakala
dalam bahasa Inggeris terdapat transitive verb.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

27
1.7.10 Dinamis
Bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa adalah satu-satunya milik
manusia yang tidak pernah lepas dari segala kegiatan dan gerak manusia
sepanjang keberadaan manusia itu sebagai makhluk yang berbudaya dan
bermasyarakat. Tidak ada kegiatan manusia yang tidak disertai oleh bahasa.
Oleh kerana keterikatan dan keterkaitan bahasa itu dengan manusia sedangkan
dalam kehidupannya dalam masyarakat, kegiatan manusia itu tidak tetap dan
selalu berubah maka, bahasa itu juga menjadi ikut berubah iaitu menjadi tidak
tetap dan tidak statik. Oleh kerana itulah bahasa disebut dinamis iaitu bahasa
boleh menerima pengaruh bahasa lain. Misalnya bahasa Melayu menerima atau
meminjam perkataan seperti dari bahasa Arab (akhirat), bahasa Cina (mee),
bahasa Inggeris (komputer), bahasa Sanskrit (dunia), bahasa Tamil (kedai) dan
lain-lain.
1.7.11 Bervariasi
Variasi disebabkan oleh ramainya penuturnya dalam sesuatu bahasa dan
luasnya kawasan bahasa tersebut. Variasi bahasa dilihat dari segi idiolek, dialek
dan ragam bahasa. Anggota masyarakat sesuatu bahasa biasanya terdiri dari
pelbagai status sosial dan latar belakang. Oleh kerana latar belakang dan
lingkungannya tidak sama, maka bahasa yang mereka gunakan menjadi
bervariasi atau beragam. Idiolek adalah variasi atau ragam bahasa yang bersifat
perseorangan. Manakala dialek pula merupakan variasi bahasa yang digunakan
oleh sekelompok anggota masyarakat pada suatu tempat atau suatu waktu.
Misalnya di Indonesia, terdapat bahasa Jawa dialek Banyumas, bahasa Jawa
dielek Tegal dan sebagainya. Isoglos adalah satu istilah bagi merujuk sempadan
antara satu dialek dengan dialek yang lain. Variasi bahasa lazimnya disebut
dengan nama dialek regional, dialek areal atau dialek geografi. Ragam bahasa
pula adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi, keadaan atau untuk
keperluan tertentu. Untuk situasi formal digunakan ragam bahasa yang disebut
ragam baku, untuk situasi tidak formal digunakan ragam yang tidak baku.
X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

28
1.7.12 Bebas
Bahasa yang bersifat bebas atau bukan mandotari bermaksud tidak boleh
dipaksa oleh individu atau individu atau kerajaan untuk memaksa masyarakat
itu menerima atau mengguna pakai apa-apa aspek bahasa seperti perkataan-
perkataan tertentu secara paksaan. Misalnya, jika ada seorang menteri memaksa
atau memperkenal penggunaan perkataan infotaimen sebagai satu perkataan
yang merujuk kepada sesuatu konsep, maka perkataan tersebut jika tidak dapat
diterima oleh masyarakat bahasa itu, maka perkataan tersebut akan lenyap
begitu sahaja.
1.7.13 Manusiawi
Bahasa manusia adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan
bukannya aktiviti makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa. Makhluk
lain seperti haiwan tidak boleh berbahasa. Telah diketahui juga bahawa burung,
monyet, dan orang hutan dapat mengeluarkan bunyi pertuturan seperti
manusia. Tetapi ternyata bahasa manusia lebih baik kerana keupayaan manusia
untuk mencantumkan bunyi-bunyi itu menjadi suku kata tetapi ini tidak berlaku
kepada haiwan. Banyak haiwan boleh dilatih menutur bahasa manusia seperti
burung kakaktua tetapi haiwan seperti itu hanya boleh menutur sahaja tetapi
tidak boleh menggunakan bahasa dalam konteks yang betul.


x Istilah linguistik berasal daripada kata Latin lingua yang membawa
maksud bahasa.
x Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum yang bermaksud bahawa bidang
kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik
kepada bahasa tertentu sahaja.
Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu terus
kekal sebagai bahasa utama dunia sejak dahulu hingga kini. Persoalan
yang timbul dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayu
perlu dipinggirkan dalam bidang keilmuan?
SEMAK KENDIRI 1.2
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W

29
x Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik yang
bermakna di dalam bidang kajian linguistik seperti juga disiplin ilmu yang
lain mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah
satu bidang ilmu yang dipelajari.
x Kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis,
leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik
diakronik, sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistik terapan.
x Bahasa juga bersifat deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif
(mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial.

Bahasa
Dialek
Linguistik Linguistik Deskriptif
Linguistik Historis
Linguistik Preskriptif
Linguistik Terapan
Linguistik Perbandingan
Sifat Bahasa

Arbak Othman. (1985). Pengajaran lwn. pendidikan bahasa: Satu perspektif
dalam perancangan kurikulum. Seminar Bahasa dan Sastera dalam
Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arbak Othman. (1987). Belajar tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti.
Concise Dictionary of Linguistics. (1997). Oxford University Press.
Hashim Musa. (1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu (Suatu
huraian dari sudut tatabahasa Generatif). Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Rain Shaari, Alias Mohd Yatim, & Abdullah Yusof. (2010). Penyelidikan
bahasa dan linguistik. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Anda mungkin juga menyukai