Anda di halaman 1dari 26

1.

0
Pendahuluan
Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David
Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula
menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics :
the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa
secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik?
Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur
menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui
pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan
kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik
menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains.
Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang
mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu
mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan,
ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk
mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud
dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu
diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif
bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan
ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif
dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula
boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).
Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik
mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif (
Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik
Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics),
Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik
Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik (Psycholinguistics). Bidang
sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan
kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C
1.0
Pendahuluan
Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David
Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula
menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics :
the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa
secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik?
Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur
menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui
pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan
kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik
menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains.
Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang
mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu
mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan,
ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk
mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud
dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu
diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif
bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan
ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif
dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula
boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).
Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik
mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif (
Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik
Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics),
Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik
Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik (Psycholinguistics). Bidang
sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan
kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C.
1
Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah
Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah
Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya
diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai
Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan
kebudayaan serta sosiologi bahasa.
2.0
Sejarah Ilmu Sosiolinguitik
Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalam
karyanya yang berjudulAs tadhayayi—satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa—
pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abad
kemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897)
untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan
hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian
sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa
bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.
Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai
pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat
terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa
istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi,
misalnyalangage,langue danparole ( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1).Langage bererti
bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa.
Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu,
misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa
Melayu merupakan bahasa-bahasa ataulangue- langue tersediri.Langue dianggap bahasa
kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu.Par ole bermaksud pertuturan atau
bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagaiidiolek. Tak lama selepas itu, langkah
de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat,
seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa
kajian bahasa, budaya, dan kognisi.
2
Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver
Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian
linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. Setahun berikutnya,
Weinreich (1953) menulis Language in Contact, yang diikuti dengan kemunculan karya-
karya besar lain dalam bidang ini. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun
60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik
juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan,
bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. Sehingga hari
ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang.
3.0
Definisi Umum Sosiolinguistik
Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik,
menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada
pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus.
Dengan itu,
mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat
dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang
membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.
Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian
mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil,
fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-
perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa
pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu,
Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu
Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial
(seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi,
santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada
ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna
iaitu semantik.
3
Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi
adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan,
termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu
kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian
umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50).
Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk- bentuk lisan
dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan
kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan
rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri
adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara
formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya
mikrolinguistik).Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial
dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan
simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya
yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling ber-
hubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Sesungguhnya kita
maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang
kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada
orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang
berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek
ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan,
pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.
Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan
hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga
melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga
menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu
bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).
Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk
menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu
sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat
untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam.
4
Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda
dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana seseorang itu bercakap,
cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan
ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan
menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang
diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan
pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang
seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik
juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam
sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”, “patik”, “beta”, “engkau”, “anda”, “pak cik”,
“mak cik”, “abang”, “adik”, “encik”, “tuan”, “puan”, “dato”, “tan sri”, “puan sri” dan
seumpamanya.
Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa
untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu
bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala
aspek kehidupan mereka. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan
bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji
hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut.
Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim
atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang
sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu
penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada
masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa.
Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam
mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai
etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam
misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang
menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang
dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan
Labov 1977: 183-184).
5
Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi
dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan
fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis.
Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan
sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria
ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang
digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk
menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas
menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat
keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada fungsi
persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang
berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik
mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam
interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik
makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar.
Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya
dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi
perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin,
pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.
4.0
Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh
Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial
berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang
menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal ini,
pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara.
Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan
linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial.
Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Keempat,
6
terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan
struktur
sosial. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.
Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial yang
bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik pula
merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuk
sistem bahasa.
Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai
disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut
( Hudson 1998 ). Dalam kata lain, dua komponen utama yang sering dijadikan bahan
kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. Sosiolinguistik juga
merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi
tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara.
Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial
ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat.
Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa
daripada segi hubungan antara latar (setting ), peserta (participan t ), tajuk perbincangan,
fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli
yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim, 1981: 4 ).
Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan
bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam
disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian data
dan analisis sosial dalam linguistik
Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang
yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang
menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu
sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik
merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan
kebudayaan. . Selanjutnya, menurut J.A. Fishman (dalam Suwito,
1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa
sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial,
seperti7
status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor
situasi, iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan
mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what
language, to whom,
and when. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran
tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik
pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan-
perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya.
Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah kajian
sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat
dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor- faktor sosial
dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam
konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial.
Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975,115) menyatakan bahawa sosiolinguistik
mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa
dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini
sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat.
Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repetoir
individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan
dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori.
Rene Appel (dalam Suwito, 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik
menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam
masyarakat, sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi,
serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Pemakaian bahasa
(language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit.
Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan
pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.
Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek
bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang
dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.
8
Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan
membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan
(variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor
kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan
di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial
dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam
bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan
penggunaan bahasa dalam masyarakat.
Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari
kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai
manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga, serta proses sosial yang ada
di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa.
Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu
antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.
Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua pendapat
tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan
kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat,
kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan
sebagai masyarakat sosial. Oleh itu, segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam
bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya.
Downes (1998,9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau
mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan
kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau
bahasa). Menurut Downes (1998,15) lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan
kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas,
iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya
dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa
dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam
konteks perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut
sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau
sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi
9
pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik,
analisis
perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis.
Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah kajian
terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu
sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa
yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah
diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik
yang mengkaji makna.
5.0
Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik
Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat
termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, bunyi-
bunyi perkataan, penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Sosiolinguistik
juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan
sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begitu
luas untuk dikaji.
Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik
seperti berikut:

Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa.

Perancangan bahasa

Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa

Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol

Bilingualisme dan multilingualisme

Kesantunan bahasa

Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu.

Sikap terhadap bahasa
10
5.1.
Kesetiaan Terhadap Bahasa, Pergeseran Bahasa dan Peluputan Bahasa.
Kamus Dewan edisi ke-4, maksud bagi perkataan setia ialah teguh hati atau tetap hati.
Manakala kesetiaan pula bermaksud keteguhan hati berkaitan dengan hal-hal yang
berkaitan. Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota
masyarakat dapat ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa.
Penutur-penutur perlu yakin terhadap kemampuan bahasa, berkenaan sebagai alat
pemikiran dan juga sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu yang memiliki sifat
kesempurnaan yang menjadikan bahasa Melayu itu tepat, berkesan dan sesuai dengan
tugas dan situasi penggunaannya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang
memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahan (Abdul Hamid Mahmood, 1997: 85). Penutur bahasa Melayu seharusnya
bangga menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak merojakkan bahasa Melayu.
Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan, komuniti besar berkuasa, faktor
sosial, perbezaan sosial, migrasi, politik, pendidikan, penyebaran dan promosi bahasa
lain, dasar bahasa dan peranan media. Pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu golongan
kelas menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa
Melayu. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan
perkembangan bahasa Melayu. Komuniti yang berlainan telah dikatakan bahawa ramai
orang memegang pandangan umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa, tetapi
pemerhatian yang lebih rapat terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang
sangat berbeza. Setiap kaum sebenarnya mempunyai subkaum, dan setiap satunya
menuturkan bahasa yang berlainan. Seterusnya, dasar bahasa dalam sesebuah negara juga
menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Misalnya dasar bahasa di Singapura bahawa
terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil. Dasar seperti ini seolah-olah menggambarkan bahawa bahasa Melayu
Sentral dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain yang periferal. Begitu juga dalam sistem
pendidikan di negara-negara ini, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diajar di sekolah-
sekolah tetapi dengan memberi pemberatan kepada bahasa Inggeris. Peranan media yang
berperanan penting di dalam mewujudkan pergeseran bahasa misalnya media
11
bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat dalam pelbagai bahasa seperti
dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan sebagainya. Seterusnya,
perbezaan sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Kedudukan yang
berbeza di antara masyarakat akan menyebabkan wujudnya pergeseran bahasa di
kalangan mereka. Misalnya golongan elit menggunakan bahasa Inggeris di dalam
pertuturan seharian mereka manakala bagi golongan yang sederhana, mereka tentu
menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan mereka. Pergeseran bahasa juga wujud
disebabkan oleh adanya penyebaran dan promosi bahasa lain. Misalnya, sesetengah
individu atau organisasi lebih suka menyebarkan dan mempromosi bahasa lain.
Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Zaman malap bagi
martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada pejuang bahasa
Melayu. Pada masa kini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peluputan
bahasa. Seterusnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua manakala bahasa Inggeris
dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata pelajaran lain di semua
sekolah nasional. Kerajaan pada hari ini juga mengambil keputuan membenarkan
penggunaan Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi bagi tujuan mempertingkatkan
ilmu dalam bidang sains dan teknologi dan yang paling kritikal penggunaan bahasa
Inggeris dalam kalangan pemimpin dimana para pemimpin ini tidak segan silu lagi
menggunakan bahasa Inggeris di tempat-tempat sepatutnya digunakan bahasa Melayu.
Misalnya, dalam sesuatu mesyuarat rasmi kerajaan( mesyuarat yang 90% daripada
anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan dipengerusikan oleh orang Melayu) di
dapati lebih 80% bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris
bercampur Melayu, padahal bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, bukan bahasa Inggeris.
Berlaku juga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Sektor Korporat dan Swasta berada di
bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. Penggunaan bahasa Melayu amat
rendah, malah ada golongan tertentu seperti yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini
mengatakan bahawa pihak swasta memusuhi bahasa Melayu. Kejutan yang paling utama
adalah tentang terkuburnya semua sekolah aliran Melayu. Tamatnya era persekolahan
Melayu ini bermula dengan penutupan sekolah rendah sebanyak 41 buah dan 13 buah
sekolah menengah.
12
5.2.
Perancangan Bahasa
Perancangan bahasa dianggap sebagai sebahagian daripada sosiolinguistik. Perancangan
bahasa adalah satu bidang yang dimasukkan ke dalam perancangan negara. Ada banyak
dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang melibatkan
perancangan bahasa. Sebenarnya perancangan bahasa bukanlah satu perkara baru.
Apabila manusia sudah mula membina sistem tulisan, maka itu sudah mula dianggap
sebagai suatu aspek perancangan bahasa. Dalam kurun yang lalu, banyak negara yang
merdeka daripada kuasa yang menjajahnya. Penjajah bukan sahaja menguasai negara itu
daripada segi politik, tetapi juga daripada segi bahasa dan budayanya. Ini menyebabkan
penduduk-penduduk asli negara-negara tersebut mundur dan identitinya tertekan. Selepas
merdeka, negara-negara ini tidak lagi terpaksa menggunakan bahasa penjajah bagi urusan
pentadbiran dan pendidikan. Apabila dimerdekakan mereka mula membangunkan negara
bangsa masing-masing. Ini termasuklah Malaysia. Oleh sebab itu, kita lihat apakah
langkah-langkah perancangan bahasa yang dilakukan di Malaysia bagi membina identiti
sendiri, dan juga mendemokrasikan ilmu.
5.2.1 Perancangan Taraf Bahasa Kebangsaan
Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, ada beberapa langkah
yang dilakukan bagi membina bangsanya. Pertama, para pemimpin Persekutuan Tanah
Melayu memilih bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam
Perlembagaan Negara. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia
selepas 1963. Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Ini adalah
langkah yang dikenali sebagai perancangan taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan
martabat baru.
Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu diberi fungís-fungsi khusus. Fungsi
tersebut ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran negara, dan digunakan
13
sebagai bahasa penghantar pendidikan. Inilah dasar yang membolehkan, buat pertama
kalinya, pelajar Melayu dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri.
Dasar ini dibentuk oleh Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu, Tuan
Abdul Razak Hussein, pada zaman penjajahan Inggeris, pendidikan menengah dan tinggi
hanya dalam bahasa Ingerís. Pada masa itu hanya sepuluh pratus anak-anak Melayu yang
mendapat pendidikan sekolah menengah, dan tidak pun sampai ke universiti setiap tahun.
Itupun dalam bidang sastera. Bilangan pelajar Melayu yang sampai ke universiti dalam
bidang sains boleh dikira dengan jari. Bahasa Melayu telah mendemokrasikan
pendidikan. Pendidikan sampai kepada semua lapisan rakyat. Itulah sumbangan terbesar
Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Melayu. Anak-anak Melayu dari luar mula
menjadi doktor, jurutera, ahli sains dan lain-lain. Kejayaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pendiditan memang tidak dapat dinafikan.
Namun dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains
dan matematik pada tahun 2003. alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar
menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. Dasar ini dijangka akan membawa
penduduk luar bandar, estet, dan kawasan miskin di bandar kembali kepada keadaan
sebelum merdeka. Mereka tidak akan mampu belajar bahasa Inggeris dengan baik, dan
sekali gus tersisih daripada pendidikan. Dasar ini banyak dibantah oleh Badan Bukan
Kerajaan seperti Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Linguistik Malaysia
(PLM), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA,) Akademi Sains Malaysia (ASASI), dan
lain-lain.Mereka menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar dalam bahasa
Melayu sebab dasar ini terbukti berjaya. Badan-badan bukan kerajaan ini sama sekali
tidak menentang pembelajaran bahasa Inggeris. Cuma mestilah bahasa Inggeris diajar
sebagai satu mata pelajaran sahaja, dan sekiranya perlu diberi penekanan yang lebih kuat.
Bukan bagi mengajar sains dan matematik di sekolah.
14
5.2.2 Perancangan Bahan.
Sejak awal merdeka lagi kerajaan sudah menyedari perlunya bahasa Melayu
dirancangkan bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dan bahasa
pentadbiran. Bagi membolehkan bahasa Melayu menjalankan fungsi tersebut, maka
bahasa Melayu itu sendiri perlu dibina daripada segi sistem ejaan, perkataan, istilah,
tatabahasa, dan penggunaannya. Perancangan begini dipanggil perancangan bahan, iaitu
bahasa itu sendiri dijadikan bahan perancangan. Bagi menjalankan tugas-tugas ini,
Dewan Bahasa dan Pustaka didirikan pada tahun 1956 di Johor Bahru. Kemudian Dewan
Bahasa dan Pustaka dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Selama
hampir 50 yahun, Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menjalankan tugas-tugasnya
sebagai yang termaktub dalam akta penubuhannya.
Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menyusun sistem ejaan baharu bagi Bahasa Malayu,
baik ejaan rumi mahupun jawi. Sistem ejaan yang digunakan sekarang adalah hasil
usahanya. Dalam bidang peristilahan pula, Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencipta
istilah-istilah ilmu yang diperlukan. Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi sebuah
bahasa moden. Pada tahun 1955, semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka, bahasa
Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah sahaja. Pada masa ini bahasa Melayu
digunakan bagi menyampaikan ilmu di maktab dan universiti.
5.2.3 Pengisian Bahasa Melayu
Satu lagi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang banyak mencapai kejayaan ialah
rancangan pengisian bahasa Melayu. Ada dua aspek pengsian ini. Pertama, banyak buku
ilmu dikarang atau diterjemahkan bagi kepentingan sekolah rendah, sekolah menengah,
maktab, dan universiti. Kedua, sastera Melayu juga berkembang pesat. Banyak hasil
sastera dihasilkan dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
15
5.3.
Laras Bahasa, Variasi Bahasa dan Ragam Bahasa
Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa
merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh
masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.
Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan
seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah,
sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain.
Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang
digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian
konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan,
hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan
(Nik Hassan Basri Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah
mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep
ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan.
Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Laras
berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung
kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk percakapan, suasana,
bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Halliday
membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu pengguna dan
penggunaanya.
Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu
antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal
bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa apabila
variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa
walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek,
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan
bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu
sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat
penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Seterusnya
16
dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang
Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina,
Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan
Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan
Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,
Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun
namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek sosial yang
dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial
dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan
bahasa- bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan
kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.
Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah penuturnya,
makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran satu-satu bahasa
itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. Di Malaysia,
misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa mengikut
daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu
disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya.
Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-
faktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi
penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29). Menurut
Chambers 1983, bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek-
dialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal
daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya
dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaan-
perbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing,
tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa
mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69). Mengikut Mario A. Pei, dialek
adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam
satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam
kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa
17
atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar
untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).
Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard
Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya
adalah variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu sekarang ini
telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut
dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia sekarang
merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini sudah
wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi
cakap mulut, variasi cakap surat, variasi bahasa kacukan, variasi Bahasa Melayu Lama,
variasi Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku.
Seterusnya, setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak, terdapat idiolek-idiolek, iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan
oleh individu yang berlainan, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks
yang berlainan (Mario A. Pei 1966:119). Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun
terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar daripada had
saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam
satu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan stilistik di dalam
dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami diantara satu
sama lain ketika berkomunikasi.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:
a Sebutan
Contoh: Perkataan ``air’’ disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
B Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada
Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
18
Contoh: penggunaaan imbuhanper - dan–kan.
Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: kəpitiŋ (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam)
Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan
oleh ahli-ahli bahasa. Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu, misalnya Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi
atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam
tujuan, keadaan, aspek bidang, dan tempat.
Seterusnya, secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa
menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak
formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti urusan
surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra
atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira sebutan, intonasi,
pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu
sepenuhnya. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk kepada
penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi
pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal.
Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu
bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa.
Oleh tu, bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan
konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang
tersusun rapi. Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan
tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan
intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal
bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan.
19
Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak
rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal
mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira
sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu
bahasa itu sepenuhnya. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara,
iaitu percampuran kod. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan
dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran
kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal.
Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan
bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk
memerikan suatu kesan tertentu.
Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan
kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun.
Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal iaitu
dari segi pilihan ganti nama. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi ganti
nama orang pertama. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’ digunakan
untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Contohnya, ‘Imah tak mau
ke bandar sorang-sorang’. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri tidak boleh
digunakan untuk menggantikan saya. Contoh, ‘Saya tidak mahu ke bandar seorang diri’.
Seterusnya penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak terdapat kata
gelaran lengkap yang digunakan. Contoh, ‘Pakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke
pakcik duduk sorang-sorang?’. Manakala dalam bahasa formal, kata gelaran digunakan
selengkap-lengkapnya. Kata gelaran hormat seperti encik, puan, tuan dan kata gelaran
jawatan seperti doktor, inspektor, cikgu, profesor dan sebagainya digunakan sepenuhnya
dalam perbualan formal. Contoh, ‘Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah encik berasa
sunyi tinggal seorang diri?’. Perbezaan dari segi penggunaan kata singkatan atau unsur
kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali digunakan. Seperti,
tidak → tak, hendak → nak, mahu→mau, adik →dik, bapak→ pak. Contoh, ‘Makcik
duduk kat P.J. , kat sana ada pasar malam. Macam-macam barang boleh
20
beli’. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini
menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. Contoh, ‘Saya tinggal di
Petaling Jaya, di sana ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam barang
keperluan’. Seterusnya, unsur ‘-lah’ dalam bahasa tidak formal, unsur ini banyak
digunakan dalam perbualan.Contoh, ‘Kau ni asyik termenunglah. Telefonlah buah hati
engaku tu. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah’. Manakala dalam bahasa formal
unsur ini tidak digunakan. Contoh, ‘Awak ini asyik termenung sahaja. Cuba telefon buah
hati awak. Mungkin dia ada di rumah’. Seterusnya, percampuran kod dalam bahasa tidak
formal, percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa
Kantonis, Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan
dalam perbualan. Contoh, ‘I tak dapat ambik anak I from school hari ini. I ada meeting
hari nilah’. Contoh dalam bahasa formal, ‘Saya tidak dapat menjemput anak saya dari
sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting’. Selain itu, aspek intonasi
dalam bahasa tidak formal, intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih pendek
dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal, intonasi
lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi, seperti dalam ayat
penyata dan ayat tanya.
5.4
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Pidgin, dan Kreol
5.4.1 Bahasa Kebangsaan
Menurut Kamus Dewan, 1970: 58, bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan
digunakan oelah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa
bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh
sesebuah negara, khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang
identiti negara yang berdaulat. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai
lambang jati diri bagi negara yang meredeka, di samping lambang-lambang kebangsaan
yang lain seperti bendera kebangsaan, bunga kebangsaan, budaya kebangsaan, lagu
kebangsaan dan seumpamanya.
21
Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera, bukannya
bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahami umum, dan
mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera. Di Malaysia bahasa yang
dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
Soalnya, mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa kebangsaan
negara ini?
Sememangnya, negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih untuk
dijadikan bahasa kebangsaan. Pertama, di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Iban (di Sarawak), Bahasa Kadazan (di Sabah) dan
seumpamanya. Selain itu, terdapat juga bahasa Jawa, Bahasa Acheh, Bahasa Mandailing
dan sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang
berhijrah dari kepulauan Indonesia. Kedua, di Malaysia terdapat juga bahasa orang-
orang asli. Ketiga, terdapat bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan
Sri Lanka seperti bahasa Tamil, Telugu, Malayalam yang semuanya menjadi anggota
bahasa rumpun Dravidia. Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti
Bahasa Inggeris, Hindustan, Banggali, dan Urdu. Kelima, adanya Bahasa Arab yang
termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik. Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak
begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai pengaruh terutamanya dalam
pendidikan agama di Negaa kita. Akhir sekali ialah bahasaKr eol dalam kalangan orang-
orang Portugis di Melaka, dan bahasaPidgin atau bahasa pasar, iaitu bahasa campur-aduk
antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan seumpamanya.
Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia, kita dapat membahagikan
bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian, iaitu bahasa bumiputera dan bahasa
bukan bumiputera. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu, bahasa-bahasa orang asli,
dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bahasa-bahasa ini dikategorikan
bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini,
bukan bahasa yang datang dari luar. Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa
bukan bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris,
Bahasa Jawa, Bahasa Acheh, dan sebagainya.
22
Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah
pemakai yang banyak. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
juga paling tinggi jumlahnya. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain
tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. Pun begitu, tiap-tiap bahasa
mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah
tertentu. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang
berlainan seperti dialek kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek Johor, dialek Pulau
Pinang, dialek Melayu Sabah, Dialek Melayu Sarawak, dan sebagainya.
Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut
daerah-daerah tertentu. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh- puluh
dialek yang berlainan seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan, dialek Melayu
Sabah, dialek Terengganu, dialek Pahang, dialek Melayu Sarawak dan sebagainya.
Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan dengan anggota
keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang sama bagi mereka.
Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan daerah atau dalam penggunaan
bahasa secara tidak formal, bahasa Melayu yang digunakan adalah Bahasa Melayu daerah
atau Bahasa Melayu umum bukannya Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku
seperti yang digunakan di sekolah-sekolah.
Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih
Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati
diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Banyak lagi faktor lain
yang menyokong pilihan tersebut. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu
merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang
lalu. Pedagang-pedagang dari negara China, India dan Arab sejak abad ketujuh lagi
mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan
perniagaan mereka. Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai
sistem tulisan yang sempurna, mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak, dan
mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa
bumiputera yang lain.
23
5.4.2 Bahasa Rasmi
Menurut Kamus Dewan (1970: 59), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi
juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di
sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru
mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Malaysia telah memilih
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa
rasmi negara.
Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi, tidak
dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan. Bahasa rasmi
boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa
itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan
antara kerajaan dengan rakyat jelata. Bahasa itu, boleh dipilih sama ada bahasa
kebangsaan negara, atau bahasa penjajah, ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa
bumiputera negara itu. Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia
dijadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara
itu. Di negara Singapura keadaannya agak berbeza. Singapura telah menobatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaannya, dan telah mengambil empat bahasa yang
berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai
pelbagai bangsa dan bahasa. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil, Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.
5.4.3 Pidgin
Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996: 88). Bahasa pasar ialah
bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau
bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan
Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.
Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan
bahasa kedua yang cuba dituturkannya.
24
Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99), bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut:
“Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay, mostly in the
market place, there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. This form of
communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in
particular the Chines and Tamil ones”.
Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu. Maksudnya
bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku. Penutur bahasa
pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan
bahasa asing, iaitu bahasa ibunda penutur itu. Jika pentutr itu orang Cina, maka kata-kata
daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu.
Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan
mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. Dari segi intonasi atau lagu
bahasa juga, didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil, Bahasa Benggali, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut Za’ba, gaya
yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan ‘gaya
cakap mulut sahaja’ dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain
atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan ‘bahasa pasar’.
Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar:
a.
You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh study
sama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah.
a.
Lu mau beli ikan ke. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lu pilih dulu cali
beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la, manyak mulah oi.
b.
Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Hari-hari dia sekolah
pagi. Dia naik itu api kereta.
25
Za’ba, dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa
kacukan bagi bahasa pasar. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah
bahasa Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-Tamil, Melayu Benggali, dan Melayu –
Inggeris.
Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya mengikut
sebutan orang Melayu. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut telor
bahasa mereka. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan
menyebutnya juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. Sifat
ini sering diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman, iaitu sifat sedia
menyesuaikan diri dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk
lebih mudah dan senang difahami. Sepatutnya, pada saat kita sedang memupuk Bahasa
Melayu moden ini, lebih baik sekiranya orang Melayu jangan ‘merendahkan’ taraf
Bahasa Melayu yang baik, ragam Bahasa Melayu jati, supaya mereka dapat menjadi
contoh kepada orang-orang bukan Melayu. Dengan demikian Bahasa Melayu baku dapat
diwujudkan dengan lebih cepat. (Nik Safiah Karim, 1993:33). Berikut diperturunkan
contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh Za’Ba.
“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak; tidak lama dia nanti cukup baik
dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk
apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan
dia punya emak punya susu saja. Jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan
yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja”.
(Dipetik daripada Pelita Bahasa Melayu)
5.4.4 Kreol
Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi
sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Kajian umum
menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa bahasa-bahasa
kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan, khususnya dari segi tatabahasa
yang terarah pada teori tatabahasa universal. Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh
26
kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya. Seterusnya, bahasa kreol
berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza,
maksudnya, dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan
pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. Sejak itu, penggunaan komunikasi yang
terdiri dari bahasa dominan, terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh orang-
orang tersebut. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin, dengan kosakata yang
sangat sederhana. Namun, ketika mengalami proses kreolisasi, tata bahasanya mengalami
perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya.
Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa
dasarnya.
5.5.
Bilingualisme dan Multilingualisme
5.5.1 Bilingualisme
Penutur bilingualisme ataubilingualism juga dikenali sebagai penutur dwibahasa atau
lebih dari satu bahasa. Secara umumnya, menurut Mackey dan Fishman (Abdul Chaer &
Leonie Agustina, 1995:112) penutur bilingualisme dapat ditakrifkan sebagai penggunaan
dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara
bergantian.
Seseorang itu harus menguasai kedua-dua bahasa itu untuk menggunakan kedua- dua
bahasa. Pertama, bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua adalah
bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. Orang yang menggunakan dua bahasa
tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Dalam keadaan bilingualisme, sesebuah bahasa
akan menjadi dominan, dan yang lain menjadi ‘subordinat’, iaitu bahasa yang melibatkan
proses terjemahan daripada bahasa dominan.
Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina, selain istilah bilingualisme, terdapat istilah
multilingualisme atau aneka bahasa, iaitu penguasaan dua jenis atau lebih bahasa dalam
komunikasi seharian secara bertukar ganti. Berikut dinyatakan pendapat beberapa orang
tokoh :
27
a. Bloomfield (1933) dalam bukunyaLanguage mengatakan bahawa bilingualisme
adalah kemampuan seseorang penutur untuk menggunakan dua bahasa dengan sama
baiknya.
b. Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan
menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang
menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. Maksudnya, penguasaan
terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya; jika bahasa keduanya kurang mahir
juga dikira sebagai bilingualisme.
c. Haugen (1961), tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. Seseorang bilingual
tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memasai dengan memahaminya
sahaja. Menurut Haugen lagi, mempelajari bahasa kedua yakni bahasa asing, akan
memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya.
d. Diebold (1968) menyebut terdapat bilingual pada tahap awal seperti kanak-kanak
yang sedang mempelajari bahasa kedua pada tahap permulaan.
e. Bernard Spolsky (1998) menyatakan “speakers of a single language (putative
monolinguals) control various styles and levels of that language, it is very common that
people develop some knowledge and ability in a second language and so become
bilingual. The simplest definition of a bilingual is a person who has some functional
ability in a second language. This may vary from a limited ability in one or more
domains, to very strong command of both languages (which is sometimes called balanced
bilingualism)”.
Ketika seseorang memakai dua bahasa dalam pergaulan dengan orang lain, dia
berdwibahasa, iaitu dia melaksanakan kedwibahasaan yang disebut bilingualisme atau
penutur bilingual. Bilingualisme adalah kebiasaan menggunakan dua bahasa dalam
interaksi dengan orang lain. Menurut Nabahan (1993:27) membezakan “kedwibahasaan”
(untuk kebiasaan) dan “kedwibahasawanan” (untuk kemampuan) dengan menggunakan
istilah “bilingualisme” dan “bilingual.” Bilingual merupakan suatu kemampuan
seseorang menggunakan dua bahasa atau lebih.
28
Weinreich (1968:1) menjelaskan, “the practice of alternately using two languages
will be called bilingualisme, and the person involved, bilingual” ertinya ‘peristiwa
pemakaian dua bahasa atau lebih secara bergantian oleh seseorang penutur disebut
kedwibahasaan, dan orang yang berdwibahasaan disebut dwibahasawan’. Hubungan
logik antara bilingualisme dan penutur bilingual, adalah bahawa tidak semua yang
mempunyai ciri bilingual mempraktikkan bilingualisme dalam kehidupan sehari-hari,
kerana penggunaannya bergantung pada situasi kebahasaan lingkungannya.
Orang yang tahu dua bahasa menggunakan satu bahasa selama dia di satu tempat atau
keadaan (dalam waktu yang pendek atau lama), dan memakai bahasa yang kedua kalau
dia berada di tempat atau keadaan yang lain (dalam waktu pendek atau lama).
Bilingualisme seperti ini dilaksanakan secara berurutan yang dapat berjarak waktu yang
lama. Namun dapat juga kita mengerti bahawa tidak dapat seseorang mengerjakan
bilingualisme tanpa dia mempunyai ciri bilingual tersebut (Nababan, 1993: 28).
Pengertian tentang kedwibahasaan selalu berkembang luas kerana istilah kedwibahasaan
bersifat nisbi atau relatif (Suwito, 1996:48). Pada mulanya kedwibahasaan selalu
didefinisikan sebagai native control of two languages atau mempunyai dua bahasa seperti
menguasai bahasa ibunya (Bloomfileld, 1968: 56). Kedwibahasaan, iaitu jika kefasihan
dalam kedua-dua bahasa itu adalah lebih kurang sama, maka ia disebut penutur bilingual
seimbang atau disebut oleh Halliday (1964) ambilingualisme atau dalam peristilahan kita
penutur ambilingual (Nababan, 1993: 33).
Kebanyakan penutur tidak semestinya cekap dalam dua bahasa-bahasa. Mereka mungkin
lebih cekap dalam satu bahasa dan kurang cekap dalam sebuah lagi. Di Malaysia bukan
luar biasa untuk mencari orang yang dianggap sebagai seimbang bilingual (kefasihan
serupa dalam dua atau lebih bahasa) dan sesiapa yang semilingual (kekurangan-
kekurangan mereka dalam kedua-dua bahasa berbanding dengan monolingual). Rakyat
Malaysia kebanyakannya adalah penutur dwibahasa dan banyak juga penutur pelbagai
bahasa. Oleh itu, bilingualisme ialah
satu fenomena kedwibahasaan yang semakin meluas di Malaysia (Gaudart, 1992; Nair-
Venugopal, 2000; dan Ain Nadzimah Abdullah).
29
5.5.2 Multilingualisme
‘Multi’ ialah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian (Kamus Dewan
Edisi Ketiga:906). Manakala ‘lingua’ pula membawa maksud bahasa yang digunakan
sebagai bahasa perantaraan (Kamus Dwibahasa Oxford:233). Ini bermaksud
multilingualisme ialah berbilang dan berbagai-bagai serta kepelbagaian penggunaan
bahasa atau aneka bahasa. Multilingualisme pada umumnya dihubungkan dengan
masyarakat multilingual, masyarakat yang menggunakan lebih dari satu bahasa apabila
berkomunikasi sesama anggota masyarakat.
Sebagai contoh, kita diajar sejak kecil lagi menggunakan bahasa Tamil, apabila dewasa
kita mengenali bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan turut menggunakan bahasa
Melayu ketika berkomunikasi dengan masyarakat Melayu misalnya. Ini bermakna kita
mempunyai semangat perpaduan dan kemajmukan yang tinggi, maka kerana itulah kita
menggunakan bahasa-bahasa lain mengikut persekitaran. Jadi jelaslah di sini
multilingualisme adalah kepelbagaian penggunaan bahasa. Tiga bahasa yang digunakan
oleh penutur multilingual inilah yang mewujudkan multilingualisme. Sesetengah negara
bersifat multiligual kerana negara-negara ini mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi,
bahasa kebangsaan atau bahasa daerah. Sebagai contoh negara Singapura yang
mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil di
samping bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas.
Seorang penutur yang mengetahui pelbagai bahasa bolehlah ditakrifkan sebagai
multilingualisme, dan mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran komunikasi lebih
satu bahasa, boleh menjadi aktif atau pasif. Lebih mudah jika dijelaskan bahawa tiga
bahasa adalah digunakan untuk menggambarkan situasi-situasi dalam mana dua atau tiga
bahasa-bahasa yang terlibat. Individu-individu pelbagai bahasa telah memperoleh
sekurang-kurangnya satu bahasa sepanjang zaman kanak-kanak namun bahasa-bahasa
lain mungkin diperolehi secara langsung atau tidak langsung, iaitu melalui pendidikan
formal atau pendidikan tidak formal. Dalam takrif yang lebih luas, seseorang multilingual
boleh berkomunikasi lebih satu bahasa, dan menjadi aktif sama ada melalui bercakap dan
menulis atau pasif dengan cara mendengar dan membaca.
30
Multilingualism boleh dirujuk untuk satu kejadian mengenai satu penutur yang
menggunakan dua atau lebih bahasa, sebuah masyarakat yang mana menggunakan dua
atau lebih bahasa, atau antara individu-individu yang menggunakan bahasa-bahasa lain.
Multilingualism boleh dengan tegas ditafsirkan sebagai penutur asli seperti dalam dua
atau lebih bahasa. Ia juga mungkin ditafsirkan sebagai penutur bukan asli seperti masih
dapat berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa.
Walaupun seseorang penutur multilingual amat cekap dalam dua atau lebih bahasa, yang
dipanggil kecekapan komunikatif, penutur tersebut mungkin tidak mempunyai
keseimbangan dalam pertuturannya. Ahli bahasa mengkategorikan kecekapan berbahasa
ini kepada tiga kategori, iaitu Compound Bilinguals, Coordinate
Bilinguals,dan Subordinate Bilingual.
Seterusnya, Terdapat beberapa ciri penutur multilingual, iaitu orang yang minat akan
bahasa asing selain bahasa ibundanya; orang yang mendapati bahawa terdapat
kepentingan dalam konteks kehidupannya untuk mempelajari bahasa kedua seperti
individu yang terlibat dalam bidang perniagaan, pengumpulan maklumat, hiburan dan
sebagainya; penghijrahan oleh kaum imigran; penduduk-penduduk yang mendiami
kawasan sempadan antara dua negara; kanak-kanak yang ibu bapanya bertutur dalam
bahasa yang berlainan seperti, anak yang bertutur dalam bahasa Melayu standard tetapi
ibu bapanya bertutur dalam dialek ibunda; kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang
menguasai bahasa kedua. Dalam konteks ini, ibu bapa akan menerapkan konteks baru
penggunaan bahasa kedua tersebut; dan lain-lain.
5.6.
Kesantunan Bahasa
Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik dalam
pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam
berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh
seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa
merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa
(bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.
Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara
31
individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan
norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa
sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat
tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan
sebaliknya.
Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering
dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui
pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan
penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin
banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat
kesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-
orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang
lain. Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau
masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa
atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini
adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama
kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan.
Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika
berkomunikasi. Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa.
Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan
seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat
yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa
bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut
berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya.
Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasa
pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita
menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa
adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita
gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita,
32
sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama
ada ia
sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya.
Yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi
menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya
menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa
adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu
penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Kurangnya aspek kesantunan
berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin
sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata-
kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan
ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan
fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai
dibuai perasaan emosi tersebut.
Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu
dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh
menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang
bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat
Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang
pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah. Walau
bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara
mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali terjadi
apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak
yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur
33
sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si
penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian.
Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara
sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak
dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang
berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang
menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang
bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi
dan sekeliling. Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi
ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa
Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi
adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang
sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. Oleh itu,
para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan
dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan
imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang
mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas
dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsung dapat
meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta
menaikkan imej perkhidmatan. Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan
sikap ramah dan terbuka. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara."
Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk
guru, rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita.
Sebagai kesimpulan, kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan bahasa
ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat
hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit hati
pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan
yang lain. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika
berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi
34
bahasa, beradab dan bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga
perasaan orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya
terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia.
5.7
Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan dan Bahasa Malaysia
Sebagai Bahasa Ilmu.
5.7.1Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan
Dengan Bahasa Melayu dalam pendidikan dimaksudkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai satu mata pelajaran dan sekaligus peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan
sebenarnya bermula sejak awal abad ke-13 lagi, iaitu dengan kemasukan agama Islam ke
Nusantara. Pada waktu itu Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu dan bahasa
falsafat. Lanjutan daripada perkembangan itu, para ulama tempatan yang pulang dari
menuntut ilmu di Timur Tengah, dan ulama-ulama serta pedagang-pedagang dari Timur
Tengah dan India yang pulang ke Nusantara telah melakukan kerja mubaligh mereka
dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa lisan penyampaian ilmu agama
Islam dan juga sebagai bahasa penulisan dalam kita-kitab yang ditulis mereka. Istana-
istana juga pada masa itu merupakan pusat perkembangan kesusasteraan Melayu.
Sejak dahulu lagi Bahasa Melayu digunakan oleh pedagang-pedagang antarabangsa
sebagai lingua france. Penjajah Belanda dan Inggeris menggunakannya sebagai lingua
france untuk berhubung dengan raja-raja dan rakyat ditanah jajahan mereka, iaitu
Indonesia dan Malaya sejak awal abad ke-16. Menjelang abad ke-19 Bahasa Melayu
mula menerima bibit-bibit permodenan dan bersedia memainkan peranannya, pertama
sebagai bahasa perdagangan, kedua sebagai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan tinggi,
ketiga sebagai bahasa ilmu dan falsafat, dan keempat sebagai bahasa pentadbiran dan
diplomatik. Pada masa orang-orang Eropah datang ke sini, Bahasa Melayu sudah sedia
kukuh kedudukannya sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, sehingga pedagang-
pedagang, mubaligh-mubaligh, dan pegawai-pegawai kolonial
35
memperlihatkan minat dan usaha menyusun daftar-daftar kata, kamus-kamus,
terjemahan kitab-kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu, malah ada pula yang cuba
menyusun nahu Bahasa Melayu.
Seterusnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan moden telah dimulakan oleh
golongan elit ilmuan agama Islam dan golongan awam pula menggunakannya dalam
pembelajaran agama Islam melalui Bahasa Melayu lisan. Penggunaan Bahasa Melayu
dalam pendidikan formal berlaku sejak tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu dan maktab-
maktab perguruan Melayu. Sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1821 di
Gelugor, PualuPinang. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu
peringkat selepas pendidikan rendah telah bermula dengan tertubuhnya Maktab Melayu
di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru Melayu bagi
Negeri-negeri Selat. Serentak dengan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat rendah
dan maktab, pendidikan mengenai Bahasa Melayu juga turut berkembang dalam bidang
penulisan buku tatabahasa yang berjudul A Grammar or the Malayan Language, with
an Introduction and Paraxis dan diberi judul Melayu dalam tulisan Jawi sebagai Kitab
Ilmu Nahu dan Saraf dari Bahasa Melayu, dalam tahun 1812.
Pada pertengahan pertama abad ke-20 perkembangan Bahasa Melayu di Malaya di
pengaruhi oleh perkembangan bahasa yang berlaku di Indonesia, pemerintah Belanda
telah menubuhkan Balai Pustaka dalam tahun 1917 untuk menerbitkan buku-buku bacaan
umum. Di Malaya, atas permintaan Pengetua Sultan Idris Training College, Bahagian
Terjemahan di Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur dipindahkan ke maktab itu dalam tahun
1924, dan disusun semula pada tahun 1925 seta diberi nama baru ”Pejabat Karang-
Mengarang Sultan Idris Training College, tanjung Malim.” Seterusnya, kemunculan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 yang berperanan sebagai membina,
menyempurnakan dan memperkembangkan Bahasa Melayu supaya dapat memainkan
peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan dinegara ini bukan sedikit. Fungsi-
fungsinya yang lain yang tidak kurang pentingnya seperti penerbitan pelbagai jenis buku
dan jurnal turut membantu menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di
negara ini. Berdasarkan begitu banyak buku teks, kamus majalah, istilah, dan bahan-
bahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah-
36
sekolah, maktab dan universiti, dapatlah dibuat rumusan bahawa Bahasa Melayu
sudah
pun berjaya memainkan peranannya dalam pendidikan di negara ini.
5.7.2 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu.
Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar
ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu
Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-Undang di samping
sastera dan agama. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai
bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai
hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuruteraan, Bahasa
Malaysia harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal
tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal,
dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial
dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah
tangga dan sebagainya. (Nik Safiah Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu Bahasa
Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai
untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya
apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyai
perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan
konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan
dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Bahasa Malaysia
perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa
yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis,
yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.
Menurut Havranek (dalam Garvin1984), satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai
bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan
kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keintelektualan bahasa
dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan
hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan
fikiran. Mengikut Havranek, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah
37
http://www.scribd.com/doc/18433659/Tugasan-Linguistik-Dan-Sosiolinguistik-Upload

Anda mungkin juga menyukai