Anda di halaman 1dari 9

FONETIK DAN

FONOLOGI
Bidang Kajian Ilmu Linguistik
DEFINISI FONETIK
a) Lufti Abas (1971:3)
• Satu bidang mengkaji bunyi bahasa dari segi menyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
• Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia
• Berikan simbol fonetik
b) Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985)
• mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
c) Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat
• phonology is the study ofthe function and patterning of speech sounds
• kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia
• d) Ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979)
• the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics
yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa
bertutur
• e) Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)
• bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia
• memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
• f) Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006)
• kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia bertujuan untuk
komunikasi
APA YANG SAYA FAHAM ?
• Mengkaji bunyi-bunyi ujaran manusia dan memberikannya suatu
perlambangan.
• Penghasilan bunyi-bunyi tersebut melibatkan alat-alat pertuturan
manusia yakni dengan jelasnya bidang fonetik terbahagi kepada
tiga iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik serta fonetik auditori
yang telah melibatkan organ-organ manusia sebaik berlakunya
suatu ujaran.
• Fonetik juga dengan mudahnya dapat dikatakan suatu ujaran yang
terhasil oleh mulut dan itulah yang dikaji.
DEFINISI FONOLOGI
a) Frank Parker (1994)
• mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek
sebutan.
b) Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)
• mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut
c) Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menerusi buku berjudul Fonetik
dan Fonologi
• Kajian sistem bunyi bahasa.
• Lambang yang mewakili setiap bunyi atau ujaran yang dihasilkan
d) Ali Mahmood (2010)
• mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia.
• f) P. Roach dalam bukunya Phonetics (2001:111).
• the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the
rules which regulate their use
• g) The Penguin Dictionary (2004:1045)
• “the study of the sound systems of a language”

KATA KUNCI “SISTEM”
• Adalah suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi tertentu dalam pertuturan
sesuatu bahasa.
• Apabila menyentuh perihal sistem itu sendiri, sudah pasti fonologi itu tidak
lari daripada rumus-rumus dan teori-teori yang berkaitan dengan ujaran
manusia sama ada sesuatu bahasa itu mempunyai persamaan dengan bahasa
yang lain.
• Fonologi cuba mengkaji apa yang berlaku di dalam otak sewaktu berlakunya
sesuatu ujaran kerana sesuatu ujaran itu dapat disegmentasikan daripada satu
kontinum dan itulah yang dikaji.
• Tambahan pula, fonologi terbahagi kepada 2 subbidang yakni fonetik dan
fonemik. Dengan ini dapat dilihat adanya perkaitan erat antara fonetik dengan
fonologi. Kita tidak akan mampu memahami dengan jelas bidang fonologi
tanpa menguasai bidang ilmu fonetik kerana secara logikalnya, manusia tidak
akan mengkaji sistem bunyi tanpa kewujudan bunyi-bunyi bahasa.
PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI

FONETIK FONOLOGI
Proses dan penghasilan bunyi Proses perubahan bunyi dalam ujaran kita
(dihasilkan oleh mulut) (apa yang berlaku di dalam otak)

Mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan Mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa
manusia yang direalisasikan melalui (rumus, teori yang menentukan aspek
lambang-lambang tertentu sebutan)
Terbahagi kepada 3 :artikulasi, akustik, Terbahagi kepada 2: fonetik dan fonemik
auditori (melibatkan organ manusia) (ilmu tentang perbendaharaan fonem
sesebuah bahasa)
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai