Anda di halaman 1dari 25

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA

Bahasa adalah suatu sistem lambang yang terdiri


daripada leretan bunyi-bunyi yang diucapkan oleh alat­-
alat pertuturan atau alat artikulasi manusia seperti pita
suara, anak tekak, lidah, lelangit, gigi, bibir, gusi,
hidung, dan sebagainya.

 Menurut Edward Sapir, bahasa adalah suatu sistem


lambang-lambang pertuturan yang digunakan manusia
secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran, pendapat,
dan perasaan.

1
Block and Trager pula mendefinisikan bahasa sebagai
suatu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang
digunakan oleh anggota sesebuah masyarakat sebagai
alat untuk berhubung, bekerjasama, dan bergotong-
royong.

 Dari segi makna, bahasa dipersetujui oleh


sekumpulan penutur dan digunakan sebagai alat
komunikasi untuk menyampaikan kehendak, perasaan,
pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan maklumat, memahami orang lain, dan
sebagainya.
2
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS
 
Konsep fonetik dan fonologi
Matlamat sebutan baku
Pelaksanaan Sebutan baku
 
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa
yang terhasil melalui mulut manusia.

Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu


fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari
segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan
sifat fizikalnya.

3
Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan
analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa
tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

FONOLOGI

FONETIK FONEMIK

4
Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal
tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian
tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara
membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai
bahasa yang berkaitan.

Penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan


aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal
artikulasi sebutan yang sebenarnya.

5
FONETIK DAN FONOLOGI
Definisi :

Fonologi (daripada Greek: phōnē, "suara, bunyi" dan


lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah
kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa.

Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu


bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu
rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

6
Di barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah
bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih
kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa
memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa
dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud
dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.

Fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem


sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa
mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah
bahasa direalisasikan atau dilafazkan.

7
Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia,
terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Fonetik (daripada perkataan Yunani (phonê) "bunyi" atau


"suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan
manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon),
serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,
dan persepsi neurofizikal.

Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India


purba, berikutan catatan Palini mengenai tempat dan
kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di
dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa
Sanskrit.

8
Bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang
tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, 1985)

Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif


yang mengkaji yang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa.
(Abdullah Hassan, 1993)

“The study of the systematic organization of selected speech


sounds in the spoken form of individual language has variously
been called phonology”.
(Henderson)

9
“Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan
dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia”.
(Dal bor)

Fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai


ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memformulasikan hukum-hukum umum
tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala
sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar
daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

(Arbak Othman, 1983)

10
Fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala
bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi
manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi
marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi.
(Dr. Lufti Abas , 1985)

Fonetik ditafsirkannya sebagai pengkajian tentang bunyi-


bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur
ialah fonetik”.
(Kenstowicz dan Kisserberth , 1979)

11
Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah
teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi.

Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada


bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi
itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat
antarabangsa.

12
Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi
lambang tertentu dalam kurungan siku [o].

Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama


dengan huruf dan ditulis dalam garis miring /o/.

Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh


sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih
besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam
sesuatu bahasa.)

13
Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini
demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat
teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa,
iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia
dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk,
berdeham, bersiul, sebagainya.

Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses


pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.

Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu


 fonetik artikulasi,
 fonetik akustik dan
 fonetik auditori.

14
Fonetik Artikulasi

Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan


bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam
penghasilan bunyi.

Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan


terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu
dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah,
bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan
sebagainya.

15
Fonetik Akustik

Mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang


dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang
dihasilkan oleh pita suara.

Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan


alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang
diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah
nada, frekuensi dan amplitud.

16
Fonetik Auditori

Mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh


pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan
(persepsi) oleh otak.

Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam


kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang
bersifat mujarad.

Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah


cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran
dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi,
iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang
diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran
yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
17
Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang
bidang fonetik ini, berikut diperlihatkan contoh
analisis bagi huruf konsonan ‘s’ dengan
mengaplikasikan ketiga-tiga analisis fonetik tersebut:

Fonetik artikulasi
Lambang fonetik bagi huruf tersebut ialah [s] iaitu
bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara.
Fonetik akustik
Frekuensi bagi bunyi tersebut sekitar 8000
-11000Hz (diukur menggunakan alat khas) dan
hampir menyamai bunyi desis yang terdapat
pada ular.

Fonetik auditori
Merupakan bunyi desis yang bising dan bloeh
didengar dengan kuat oleh telinga.
Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang


sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang
berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami
bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala


bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi
manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut.

20
Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat
dijelaskan menerusi jadual berikut:

Fonetik Fonologi

Fenomena bunyi atau Mengkaji sistem bunyi-


pertuturan manusia bunyi tertentu dalam
seluruhnya. pertuturan bagi sesuatu
bahasa.

Asas kepada kajian Input kepada kajian


fonologi. linguistik tinggi, iaitu
morfologi dan sintaksis.
(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90) 21
Fonetik Fonologi
Tidak dapat memerikan Dapat merumuskan,
seluruh bunyi yang menghuraikan dan
dihasilkan oleh manusia, menjelaskan segala bentuk
tidak dapat menghalusi bunyi dalam sesuatu bahasa
segala variasi bunyi tersebut secara teliti dan terperinci
dan tidak dapat dengan tujuan untuk
menghuraikan sistem bunyi menentukan peraturan dan
semua bahasa yang bentuk bunyi secara spesifik.
dituturkan oleh manusia
dengan sempurna.

(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90) 22


Imbuhan fon pada perkataan fonetik dan fonologi adalah
berkaitan bunyi sepeti pada perkataan telefon, mikrofon,
gramofon dan zilofon. Morfem ini berasal daripada
perkataan Greek, phonema yang bermaksud bunyi:

a) Telefon - bermaksud bunyi yang jauh

b) Mikrofon - bermaksud bunyi alat yang kecil kerana


dihantar sebagai input kepada alat pembesar suara yang
menukarkannya kepada bunyi yang lebih kuat (bunyi
sebenar lebih kecil berbanding dengan output bunyi yang
dihasilkan)
c) Gramofon - merujuk kepada alat pemain piring hitam.
Bentuk asalnya ialah fonograf yang bermaksud bunyi
yang bertulis. Gramofon dinamakan sedemikian kerana
bunyinya terhasil disebabkan jarum yang mengesan jejak
garisan pada piring hitam dan proses ini boleh
diundurkan ke belakang untuk memainkan sesuatu lagu
itu sekali lagi.

d) Zilofon - bermakna bunyi kayu yang merupakan


instrumen muzik yang membolehkan nota muzik dihasilkan
melalui gema pada kayu .
TERIMA KASIH

MOHD NOR BIN HJ. HAMZAH


IPG KAMPUS PERLIS

Anda mungkin juga menyukai