Anda di halaman 1dari 34

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KOD KURSUS TL 1O303 FONETIK DAN FONOLOGI

FONETIK ARTIKULASI (PERSEPSI) Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi

NAMA: JAFFAR BIN SAHADAN NO. MATRIK: CT10210275 PROGRAM : PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN NAMA PENSYARAH: PROF.MADYA DR HJ BAHAROM MOHAMAD TARIKH SERAHAN: 03hb Jun 2011

KANDUNGAN 1 Pendahuluan Pengenalan Objektif Kaedah Batasan Definisi Konsep 2 Isi (1) Maksud Fonetik Secara Ilmiah Oleh Sarjana Bahasa 6 6 7 m/s 1 4 4 4

2.1 Apa itu Fonetik 2.2 Cabang dan aliran fonetik 2.3 Definisi Fonologi 3 Isi (2) Mekanisme Edaran Udara yang menghasilkan bunyi

3.1 Alat-alat Sebutan 3.1 Alat Artikulasi 3.2 Fungsi alat Artikulasi 4 5 Pengolongan Bunyi Bahasa Melayu Penutup Kesimpulan Cadangan BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

8 11 12 20 24 24 24 25

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Keupayaan manusia untuk menuturkan ujaran atau bunyi yang dimaknakan oleh pendengar yang menerima maksud yang diproses oleh otak sebenarnya adalah anugerah Allah swt yang teramat bernilai. Sesiapa boleh dan dapat menuturkan ujaran kata dan memprosesnya tetapi kehendak Allah adalah sebaliknya jika manusia yang istimewa diambil kira dalam prospek sedemikian. Interaksi dua hala oleh penutur dan sipendengar memainkan peranan besar dalam interaksi atau komunikasi dua hala berlangsung dengan mengambil kira aspek persekitaran di sekiling penutur. Penuturan kata sipenutur dan interaksi balas sipendengar boleh dikaji secara saintifik. Sebagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan disebaliknya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa dikenali sebagai ilmu fonetik. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika mengikut urutan kajian ilmu linguistik, ilmu kajian tersebut digambarkan seperti berikut: Ilmu kajian mengikut urutan kajian: 1. Ilmu Fonetik 2. Ilmu Fonologi (Sistem bunyi) 3. Ilmu Morfologi (Sistem Kata) 4. Ilmu Sintaksis (Sistem Ayat) 5. Ilmu Semantik (Sistem Makna) Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. 1

Sebagaimana akan diketahui ilmu fonetik itu sendiri amat kompleks kerana melibatkan tiga jurusan ilmu kajian. Fonetik Artikulasi, fonetik Akustik dan fonetik Auditori. Fonetik Artikulasi sendiri akan membincangkan bunyi bahasa yang terhasil dengan bantuan organ dalaman, manakala fonetik akustik membincangkan peranan gelombang udara dan cara bunyi dibawa ke pendengaran pendengar dan fonetik auditori menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diterjemah menjadi bunyi-bunyi amat bermakna. Beberapa orang ahli sarjana fonetik telah menghuraikan dengan jelas apa sebenarnya ilmu fonetik. Antaranya Profesor Awang Had Salleh, Profesor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dan Abdullah Hassan. i. Profesor Awang Had Salleh Ahli Pengkaji Bahasa ulung ini menyatakan bahawa; ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari tiga segi bagaimana cara pengeluaran bunyi, daerah pengeluaran bunyi bahasa dan sifat fizikal bunyi bahasa tersebut. ii. Profesor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Mereka bersetuju menyatakan ilmu fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik juga dibahagikan kepada tiga cabang iaitu organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). iii. Abdullah Hassan Abdullah Hassan menegaskan bahawa ilmu fonetik adalah kajian tentang bunyi bahasa dalam pertuturan yang melibatkan tiga aspek iaitu membuat deskripsi, membuat pengkelasan klasifikasi dan melakukan transkripsi. Pengkajian tentang bunyi bahasa, bunyi terlebih dahulu didengar atau dirakam sebelum sebarang deskripsi dilakukan.Beliau juga menjelaskan bahawa Fonologi ialah kajian terhadap bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Seorang ahli fonetik Perancis bernama Bertil Malmberg (1968) mendefinisikan ilmu fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Malberg menekankan fonetik ialah pengkajian 2

yang lebih memberatkan pelahiran bahasa bukan kandungannya. Ini menjelaskan betapa bernilai bunyi-bunyi bahasa dan bukannya makna yang cuba disampaikan. Unit-unit yang digunakan dalam bahasa ujaran ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang dibezakan oleh telinga manusia tanpa rasa ragu-ragu. Seterusnya Bertil Malmberg membahagikan ilmu fonetik kepada empat cabang. Ilmu fonetik am, ilmu fonetik deskriptif, ilmu fonetik sejarah dan ilmu fonetik normatif; Ilmu Fonetik am pengkajian terhadap penghasilan bunyi-bunyi dan fungsi mekanisme ucapan. Kajian menumpukan terhadap bunyi dihasilkan dan apakah organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi tersebut. Ilmu Fonetik deskriptif pengkajian terhadap kelainan bagi sesuatu bahasa tertentu atau ringkasnya dialek. Mengkaji perbezaan dialek yang berbeza. Ilmu Fonetik sejarah pengkajian terhadap perubahan fonetik bagi sesuatu bahasa berdasarkan sejarah bahasa tersebut. Fokus mencari kekerabatan bahasa yang mungkin berlaku akibat perkembangan pergerakan masa. Ilmu Fonetik normatif pengkajian terhadap set rumus yang menentukan pengucapan yang betul bagi sesuatu bahasa. Mengandaikan wujudnya norma atau pengucapan standard yang sahih dalam kumpulan linguistik, negara, wilayah, unit budaya ataupun kumpulan sosial. Pengucapan standard kemudian menjadi bahasa formal masyarakat tersebut. Secara khusus dapat dikatakan ilmu fonetik adalah pengkajian bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ utama dalam tubuh semasa penghasilan bunyi dan dihantar ke otak pendengar untuk dideskripsi. Namun begitu pengkajian ini banyak memberikan fokus bagaimana sebenarnya bunyi itu terhasil melalui pita suara, melalui rongga, dan akhirnya dimuktamad secara oral atau sengau/nasal. Iaitu keluar bunyi melalui rongga ke mulut atau rongga melalui hidung.

Kaedah; Pengkajian fonetik artikulasi ini memerlukan dapatan tepat dan terperinci berdasarkan maklumat buku ilmiah bercorak kajian yang telah dijalankan oleh beberapa ahli bahasa yang terkenal. Antaranya Profesor Awang Had Salleh, Abdullah Hasan dan Ainon Mohamad, Nor Hashimah Jalaludin juga takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Semua artikel dan gambarajah yang diberikan merupakan elemen kajian yang jelas dan sahih daripada ahli bahasa yang telah disebutkan. Oleh itu adalah menjadi harapan kita agar pengkajian begini akan diterima dari semasa ke semasa oleh seluruh masrakat yang cintakan bahasa. Batasan: Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat satu ruang kekangan untuk mendapat bahan secara tepat terjemahan karya lingusitik tempatan berkaitan tajuk. Namun begitu bahan kajian yang dihasilkan bukan secara tangkap muat. Kajian dipilih berdasarkan tema penulisan walaupun dalam bahasa terjemahan atau karya luar dari negara Indonesia. Terdapat sedikit kekeliruan bahasa berkenaan takrif yang cuba diberikan contohnya kata Velar maksudnya lelangit lembut. Terjemahan sebegini yang melambatkan proses literasi bahasa disampaikan dan diproses sebagai maklumat ke otak secepat mungkin. 1.2 Objektif Kajian Secara am kajian ilmu fonetik akan memberikan gambaran jelas bahawa kajian bunyi bahasa (fonologi) adalah dikaji bersama dengan Ilmu fonetik. Ilmu fonetik mengkaji bunyi yang terhasil atau diujarkan oleh sesorang menggunakan organ-organ yang ada pada tubuh sesorang. Bunyi diujarkan banyak bergantung dengan paru-paru, larings dan farings, epiglotis, rongga hidung dan rongga mulut, cirri-ciri sepunya lelangit lembut, lelangit keras, dan bentuk bibir seseorang sama ada hampar atau bundar. Elemen ini yang menentukan ujaraan bunyi vocal dan konsonan seseorang dibunyikan seterusnya vocal dan konsonan bersatu menjadi bunyi-bunyi huruf, suku kata dan perkataan yang dikenali sebagai fonik.

Kenyataan ini merujuk kepada keterangan David Abercombie di dalam karya Nor Hashimah Jalaluddin (Asas Fonetik) yang menyatakan: Ilmu fonetik ialah ilmu yang bersifat teknikal. Bahasa akan dilihat secara analitis Maksudnya semasa kita bernafas, udara tidak dikeluarkan secara terus menerus. Otot pernafasan tegang dan kendur berulang kali dalam satu pernafasan yang panjang. Purata gerakan tegang kendur otot pernafasan ialah lima kali dalam satu saat atau 300 kali dalam satu minit. Udara dikeluarkan dari paru-paru dalam urutan hembusan. Setiap ketegangan dan hembusan yang dihasilkan merupakan suku kata. Satu suku kata akan berdasarkan satu gerakan tegang dan kendur ini. Satu suku kata bersamaan dengan satu gerakan ujaran. Nada nafas/ dada begitu teratur, sistematik hingga boleh kita sebut sebagai nada. Satu saat mengandungi lima suku kata. Kenyataan ini merupakan landasan bagi semua bunyi bahasa. Abercrombie berpendapat lagi bahawa perlakuan ujaran sangat rencam, kerana selain gerakan paru-paru ada pula gerakan lidah, gigi, lelangit lembut dan keras berturut-turut tidak berhenti-henti. Kita mengusahakan pemecahan ujaran supaya dapat menganalisis bunyi bahasa tersebut. Ujaran inilah dijadikan unsur-unsur asasi segmen. Usaha ini dikatakan sukar kerana:

(a) (b)

Gerakan bunyi bahasa sangat rencam. Banyak gerak-geri terlibat serentak Gerakan bunyi bahasa sangat laju. Lidah bergerak 720 kali dalam seminit. Ini bermakna 12 kali bagi setiap saat.

(c)

Gerakan bahasa sangat halus. Pemindahan lidah 2 atau 3 mm akan ditanggapi sebagai bunyi lain oleh penutur bahasa.

(d)

Gerakan bahasa selalu berterusan. Gerakan demi gerakan terus-menerus. Hentian antara satu gerakan kepada gerakan lain tidak lama. 5

2. Takrifan Fonetik 2.1 Kamus Bahasa Melayu Terbitan Fajar Bakti Mentakrif fonetik sebagai kajian atau bidang ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dalam pertuturan manusia dan simbol-simbol yang digunakan untuk melambangkan bunyi-bunyi. Kamus Dewan pula mendefinisikan fonetik sebagai ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Takrifan fonologi mengikut Kamus Dewan diertikan sebagai kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (yang mana kata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem Melayu). Manakala Drs Lutfi Abas dalam bukunya Deskriptif dalam Nahu Bahasa Melayu mentakrifkan fonetik sebagai segala bunyi bahasa yang diucapkan atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Drs Lutfi seterusnya membahagikan fonetik kepada dua cabang iaitu Fonetik fisiologi dan fonetik Akustik. Fonetik Fisiologi dibahagikan kepada dua iaitu Fonetik artikulasi dan Fonetik Penerima. Fonetik artikulasi ialah mempelajari cara-cara mekanisme badan menghasilkan bunyi dan klasfikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Manakala fonetik penerima ialah mempelajari bagaimana mekanisme telinga menerima bunyi. Fonetik akustik ialah mempelajari hakikat bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini. 2.2 Cabang dan Aliran fonetik Ahli fonetik lebih cenderung untuk melihat bagaiman pergerakan udara digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan koordinasi semua pergerakan ini sehingga terhasilnya bunyi. Apa yang diperhatikan oleh ahli fonetik termasuklah pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya. Ahli fonetik menggunakan X-ray bagi memastikan pergerakan ini, Mereka cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Alatan yang dinamakan laryngoscopic digunakan untuk melihat pergerakan pita suara dan alatan electromyography digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap relevan dalam terusan ujaran. Inilah yang dinamakan bidang fonetik artikulasi. 6

Ahli fonetik juga melibatkan minat dalam proses pendengaran. Ilmu ini tidak berkait langsung dengan peranan fisiologi telinga atau aktiviti deria atau telinga dengan otak tetapi lebih pada kepekaan mendengar. Kepekaan mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti otak. Ahli fonetik memberi lebih tumpuan kepada kepekaan terhadap nada, kelantangan bunyi, kepanjangan dan kualiti bunyi. Kaedah yang digunakan lebih mirip kepada percubaan psikologi. Minat ahli fonetik yang nyata lebih kepada tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengari. Pengkajian ini dinamakan pengkajian fonetik auditori. Pemahaman tehadap ilmu fonetik amat penting bagi memahami ilmu linguistik yang lain terutama ilmu fonologi. Ilmu fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi melibatkan proses lain seperti gelombang bunyi dan penangkapan serta pemprosesan bunyi. Fonetik artikulasi sangat berkait rapat dengan ilmu fonetik akustik dan fonetik auditori.

2.3 Definisi Fonologi Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Pengkajian yang dilakukan menunjukkan dua bahasa boleh mempunyai dua inventori segmen fonetik yang sama tetapi mempunyai sistem fonologi yang berbeza. Selain mengkaji struktur segmen fonetik dalam bahasa , fonologi juga bersangkutan dengan fungsi segmen. Ini termasuk menentukan sama ada bunyi yang dikenal pasti ada digunakan dalam perkataan seharian atau hanya terhad kepada stilistik ucapan seperti ucapan puitis, lama (archaic) dan sebagainya. Fonologi juga berperanan untuk menganalisis pasangan minimal antara perkataan, untuk mengetahui kekangan urutan fonologi, untuk menemukan kesejagatan fonologi, mengkaji perubahan bunyi dan pemerolehan bahasa.

3.1 Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut: Bibir Rongga tekak Gigi Rongga mulut Gusi Lelangit keras Rongga hidung Lelangit lembut Paru-paru Anak tekak Peti suara dan pita suara Lidah

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras. Mekanisme Edaran udara yang menghasilkan bunyi: Bunyi yang terhasil (ujaran) akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung. Alat tutur dalam mulut seperti lidah, rahang, gigi dan sebagainya juga terlibat sama. Pergerakan awal bermula dari paru-paru apabila udara ditekan keluar. Udara akan keluar melalui tenggorok (trakea) menuju ke arah larings seterusnya melalui farings. Di larings terdapat pita suara. Udara akan melalui pita suara dan dapat menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Jika pita suara renggang, udara akan melepasinya dengan mudah dan terus menuju ke rongga mulut atau pun rongga hidung. 8

Kadang-kadang pita suara berada dalam keadaan yang rapat. Apabila udara melepasi pita suara yang rapat ini, pita suara akan bergetar dan akan menghasilkan bunyi-bunyi bersuara. Kedudukan pita suara akan menentukan sama ada bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak. Udara yang melepasi kawasan ini bergerak melalui bahagian atas farings. Bahagian atas farings ini dinamakan terusan ujaran. Antara rongga yang terlibat di dalam terusan ujaran ini ialah farings, rongga mulut dan rongga hidung. Farings mempunyai dua saluran iaitu satu saluran akan menyalur ke rongga mulut dan satu lagi ke rongga hidung. Bunyi akan dikeluarkan sama ada melalui rongga mulut atau rongga hidung. Bunyi yang dikeluarkan dari rongga mulut dikenali sebagai bunyi oral manakala bunyi yang dikeluarakan dari rongga hidung dikenali sebagai bunyi nasal (sengau). Seterusnya, dalam terusan ujaran terdapat alat-alat penting yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Antaranya lidah, lelangit dan gusi. Alat-alat yang digunakan untuk membentuk bunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator. Artikulator yang dianggap berada di bahagian bawah (seperti rahang bawah, gigi bawah, lidah) terusan ujaran selalunya bergerak menuju ke bahagian atas terusan ujaran. Adalah dikatakan semua bahagian bawah terusan ujaran dianggap lebih aktif dibandingkan dengan bahagian atas terusan ujaran. Paru-paru umpamanya berfungsi untuk memindahkan oksigen ke dalam darah dan otototot selain memproses udara. Pita suara pula mempunyai fungsi untuk menghalang apa sahaja bentuk selain udara daripada memasuki paru-paru. Pita suara akan membantu individu mengeluarkan makanan yang memasuki paru-paru (dengan cara tersedak) dan juga berkahak. Ringkasnya apa sahaja bahan yang tidak diperlukan oleh paru-paru akan dibatukkan keluar. Fungsi utama lidah adalah untuk menolak dan mengawal makanan dalam mulut agar dapat dikunyah dan seterusnya membantu agar makanan dapat ditelan.

Rajah menunjukkan Organ Utama Yang Terlibat dalam Penghasilan Bunyi-Bunyi Bahasa

Kenali alatan Artikulasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

10

3.2. Alat-alat Artikulasi Antara organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa ialah: 3.2.1. PARU-PARU Kebanyakan bunyi dalam semua bahasa dihasilkan dengan udara dihembus keluar dari paruparu. Kedudukan paru-paru yang dilindungi oleh tulang rangka dan diampu di bahagian bawahnya oleh diafragma. Pergerakan di antara tulang rangka dengan diafragmalah yang menyebabkan udara keluar masuk ke paru-paru. Semasa menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut. Apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang. Ketika ujaran, penyedutan udara dipercepatkan dan penghembusan boleh diperlahankan. Penghembusan udara boleh bertahan selama lapan atau sembilan kali lebih lama panjangnya dibandingkan dengan penyedutan. Manusia tidak akan menyedut banyak udara ketika bercakap tetapi berlainan pula ketika bernafas secara biasa. Semasa bernafas udara lebih banyak akan disedut bagi tujuan pernafasan. Semasa ujaran yang kuat, udara ditolak keluar dengan lebih cepat dengan tenaga yang kuat tetapi sekali lagi udara tidak semestinya dalam/ panjang dibandingkan ketika pengujaran biasa. Udara yang keluar semasa ujaran mempunyai tekanan. Tekanan bergantung kepada ujaran suku kata yang dihasilkan. Biasanya tekanan menjadi lebih kuat jika suku kata itu berada di tengah-tengah perkataan (praakhir) dibandingkan dengan di akhir kata. Contoh: perkataan MAKANAN = MA + KAN + AN Suku kata KAN lebih lantang bunyinya dibandingkan dengan suku kata MA atau AN 3.2.2. LARINGS Larings ialah kotak yang teguh. Larings terhasil daripada tulang-tulang rawan. Kedudukannya di bahagian atas tenggorok (trakea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang masuk atau keluar dari atau ke paru-paru akan melaluinya. Di sini letaknya kedudukan pita suara. Pita suara mengandungi dua keeping otot dan tisu penyambung yang terbentang bertentangan antara satu sama lain di bahagian atas tenggorok. Pita suara melekat pada tulang-tulang rawan aritenoid. 11

Rajah menunjukkan rupa bentuk pita suara

Otot-otot di bahagian aritenoid boleh direnggang dan dirapatkan. Secara tidak langsung pergerakan ini akan mempengaruhi pita suara untuk sama ada menjadi renggang ataupun rapat. Kedudukan renggang dan rapatnya pita suara akan mempengaruhi bunyi-bunyi bersuara, tak bersuara, bisik, serak dan bunyi hentian glotis. 3.2.3. FARINGS Farings berbentuk seperti tiub, kemudian bercabang kepada dua: i) ke rongga hidung ii) ke rongga mulut Farings bermula dari bahagian atas larings hingga ke bahagian akhir rongga hidung. Farings bertindak sebagai bekas menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari pita suara dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.

12

Bentuk farings boleh berubah dalam dua keadaan:

a) dengan menaikkan larings. Ini akan menyebabkan ukuran tiub farings menjadi pendek. Bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada pemendekan tiub farings akan menjadi tidak begitu padu dan padat. Ini berlaku pada bunyi-bunyi bukan pulmonik. b) dengan menaikkan lelangit lembut. Ini juga akan memendekkan ukuran tiub tersebut tetapi kali ini pemendekkan tiub berlaku dari bahagian atas. Pergerakan ini akan menyebabkan udara tidak akan dapat melalui rongga hidung. Keadaan ini memang kerap dilakukan semasa menghasilkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi oral.

3.2.4. EPIGLOTIS Epiglotis ialah sekeping tisu yang berhampiran dengan akar lidah. Epiglotis akan menutup bahagian atas larings semasa menelan dan menurunkan makanan ke saluran makanan. Epiglotis tidak mempunyai sebarang fungsi dalam mengujarkan bunyi-bunyi bahasa. 3.2.5. RONGGA HIDUNG Bentuk rongga hidung telah ditetapkan dan sumbangannya pada pengujaran hanyalah terhad kepada menghasilkan bunyi-bunyi sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi sengau/nasal. Bunyi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung. Ada ketika apabila tidak berlaku sebarang sekatan di 13

rongga mulut dan velum masih belum diturunkan, maka bunyi-bunyi yang akan dihasilkan adalah bunyi-bunyi yang dinasalkan. Dalam hal ini udara akan keluar melalui kedua-dua mulut dan hidung. Contohnya bunyi-bunyi dalam dialek Kelantan. 3.2.6. RONGGA MULUT Rongga ini dianggap bahagian /organ yang terpenting di bandingkan dengan rongga hidung dan farings. Rongga ini boleh dipelbagaikan dimensi dan bentuknya. Ini disebabkan oleh sebahagian besar darjah pergerakan rahang bawah, sebahagian besar darjah pergerakan bibir dan yang paling penting sekali, lidah memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Lidah boleh diibaratkan sinonim atau sama ertinya dengan bahasa. Rongga mulut dibumbungi oleh lelangit. Rongga mulut berbentuk seolah-olah seperti gua. Struktur rongga mulut adalah seperti berikut: i) di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Bahagian hadapan ini dikenali sebagai lelangit keras. ii) di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh bergerakgerak. Fungsinya adalah untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Lelangit boleh dibahagikan kepada lelangit lembut (bahagian lembut yang bersempadan dengan anak tekak), lelangit keras (bahagian yang tinggi dan melengkung) dan bahagian gusi-gusi (batas alveolus/ alveolar ridge). Fungsi lelangit dalam pengujaran adalah sebagai pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Di dalam rongga mulut juga terdapat anak tekak. Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut. Pergerakan rongga mulut turut dibantu oleh rahang. Rahang bawah boleh bergerak ke atas dan ke bawah. Rahang dapat membantu mengurangkan dan menambah saiz rongga, dan sangat berpengaruh memberikan kualiti bagi bunyi-bunyi yang terhasil. 14

Alat yang paling penting dalam rongga mulut ialah lidah. Lidah mengandungi seberkas otot yang kompleks yang boleh bergerak dengan hebat sekali. Lidah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit. Apabila kedudukan lidah di tempat asal, bahagaian yang bertentangan dengan gigi-gusi dikenali sebagai daun lidah (blade), yang bertentangan dengan lelangit keras dikenali sebagai depan lidah (front) sementara yang bertentangan dengan lelangit lembut dikenali sebagai belakang lidah (back).

Rajah menunjukkan kedudukan Rongga Mulut dan Rongga Hidung Secara analitikal

1.BIBIR LUAR 2.BIBIR DALAM 8.LELANGIT LEMBUT 13.AKAR LIDAH 18.BAWAH LIDAH

3.GIGI

4.GIGI GUSI

5.BELAKANG GUSI

6.PRA LELANGIT

7. LELANGIT

9.ANAK TEKAK

10. RONGGA TEKAK 15.TENGAH LIDAH

11.PITA SUARA 16.HADAPAN LIDAH

12.EPIGLOTIS 17.HUJUNG LIDAH

14.BELAKANG LIDAH

15

Dua bahagian yang tidak bertentangan dengan lelangit ialah hujung lidah dan akar lidah. Hujung lidah terletak pada daun lidah, iaitu di bahagian yang paling depan. Hujung lidah boleh dikeluarkan melepasi bibir dan juga boleh menjejak lelangit sejauh sempadan lelangit keras dan lembut. Hujung lidah boleh dilenturkan dengan mudah hingga mampu digetar-getarkan mengenai gigi-gusi. Contohnya bunyi / r / Fungsi depan dan belakang lidah tidak sepenting hujung lidah. Pun begitu bahagianbahagian ini terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi vokal depan tinggi dan vokal belakang tinggi. Contohnya: i) aku - / a / - lidah berkedudukan rendah. / ku / -belakang lidah naik hamper dengan lelngit lembut. ii) api - / a / -lidah berkedudukan rendah. / pi / -depan lidah naik tinggi hampir mencecah lelangit keras.

Sisi lidah boleh memainkan peranan apabila disentuhkan dan direhatkan (diartikulasikan) pada gigi gusi. Udara akan melepasi sisi lidah. Contohnya / l/. Lidah juga boleh berartikulasi dengan gigi depan atau gigi kacip. Bahagian gigi lain tidak berfungsi. Kehilangan gigi akan menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bibir memainkan peranan yang sama penting dengan pergerakan lidah. Bibir boleh bertaut ketat apabila menghasilkan bunyi-bunyi /p/ atau /m/. Bibir juga boleh bersentuh dengan gigi atas bagi menghasilkan bunyi-bunyi bibir-gigi (labio dental). Kedua-dua ulas bibir boleh 16

dibentuk berdasarkan bunyi-bunyi. Ia boleh berbentuk bundar tertutup, contohnya buku. Ia juga boleh berbentuk bundar terbuka, contohnya adoi. Bibir boleh berbentuk leper seperti bunyi ini. Bibir berkeadaan neutral seperti dalam bunyi bawa. Bentuk-bentuk berbeza mempunyai pengaruh yang kuat pada kualiti bunyi. Hubungan antara bibir dengan lidah bukanlah hubungan yang mesti. Hubungan yang mesti bermaksud tidak semestinya bunyi vokal depan tinggi sempit, contohnya / i / disebut dengan bibir yang hampar. Boleh juga dihasilkan dengan bibir yang bundar. Begitu juga dengan bunyi / u /. Tidak semestinya dihasilkan dengan bibir yang bundar tetapi boleh menggunakan bibir yang hampar. Banyak bahasa di dunia menaikkan depan lidah bagi bunyi-bunyi vokal tinggi dengan menggunakan bibir yang sama ada bundar atau hampar. Ini berlaku terutama semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal sekunder. Contohnya bahasa Perancis, Jerman, Swedish, Danish, Norwegian dan sebagainya. Dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahsasa beberapa cirri penting perlu diambil kira. Ini bagi memastikan organ-organ mana yang terlibat dalam waktuwaktu yang relevan. Contohnya bunyi / s /, kita seharusnya dapat menyatakan: i) udara yang keluar dari paru-paru adalah lebih cepat berbanding huruf / z / ii) pita suara tidak bergetar iii) velum dinaikkan bagi menutup udara daripada keluar melalui rongga hidung. iv) daun lidah diletakkan hampir dengan gigi-gusi (alveolus) agar berlaku pergeseran v) sisi lidah rapat dengan lelangit agar udara hanya boleh melepasi bahagian tengah lidah vi) jarak antara hujung lidah dengan gigi adalah sempit vii) lidah dalam keadaan neutral Seterusnya elemen lain yang perlu diberi perhatian ialah menentukan udara yang keluar semasa ujaran bunyi udara jenis egresif atau udara jenis ingresif: Udara Egresif bermaksud udara 17

yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi-bunyi bahasa manakal udara Ingresif bermaksud udara yang disedut semasa menghasilkan bunyi-bunyi bukan pulmonik. Bunyi-bunyi yang menggunakan tekanan udara yang kuat akan menghasilkan bunyi-bunyi fortis contohnya huruf / s / sementara bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan tekanan udara yang perlahan dinamakan lenis contohnya huruf / z /. Faktor lain yang perlu diambil kira termasuk kedudukan pita suara dan velum. Bunyi bahasa juga akan ditentukan berdasarkan kedudukan pita suara manakala bunyi oral atau nasal ditentukan oleh kedudukan velum.
Daerah Penyebutan Cara penyebutan Dua bibir Gusi Gusilelangit keras

Lelangit keras

Lelangit lembut

Glotis

Letupan tak bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara Geseran (tak bersuara) Getaran Sisian Sengauan Separuh vokal

s r l

m w

n y/j

Rajah menunjukkan cara-cara penghasilan Huruf Konsonan 18

19

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut .Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. .Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vocal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [e] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku Nota

Tidak terdapat di hujung perkataan

20

Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d],[k], [g], [c], [j], [s], [r], [l],[m], [n], [h], [y], [ ], [ ],[q], [w], [f], [z], [x], [q], [v] Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

21

Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK yu am draf, gred. brek Contoh

2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + KVK Contoh ibu, ela, era air, aib adat, emas anda, unta, angsa antah, untuk, ingkar, bukan, dekat

22 3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata KV+V+KV KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK Contoh biasa, cuaca, suara kaedah abai, usia maruah, peluang kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV Contoh panorama masyarakakat sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

23 Penutup Kajian Fonologi merupakan kajian ilmiah. Melalui kajian ini kita akan dapat memperluas ilmu kajian kita dengan lebih mendalam tentang ilmu fonetik. Kajian ilmu fonetik pula tidak akan lengkap jika kita mengkhusus secara terperinci kepada alatan artikulasi atau fonetik artikulasi. Kita juga perlu melihat bagaimana ketiga-tiga cabang fonologi ini berkait rapat antara satu dengan yang lain. Bagi hemah saya kajian fonetik artikulasi adalah umpama melihat satu intepretasi dalam tiga siri yang mana fonetik artikulasi adalah siri pertama tersebut. Mengkaji satu siri sahaja akan meletakkan diri kita di dalam keadaan kabur tentang konsep dan pengkajian fonologi tersebut. Walaupun kajian berpusat kepada alatan artikulasi pembaca dan pengkaji perlu memahami juga fonetik akustik dan fonetik auditori sebagai siri kedua dan ketiga perlambangan cerita yang dimaksudkan. Fonetik artikulasi mendomain sistem fonologi dan diletakkan dalam kajian awal fonologi memandangkan domain artikulasi sebagai agen artikulator manusia. Manusia akan saling melengkapi system bunyi jika agen-agen ini diguna pakai dalam sistem bacaan, pengajaran sistem bunyi (fonik) pendidikan, dan pengesanan audio atau imbasan dan sistem keselamatan yang diguna pakai hari ini. Oleh itu kajian ini memungkinkan sistem audio, akustik bunyi mendapat tempat yang sewajarnya di mata masyarakat hari ini. Cadangan Saya sebagai pengkaji kecil bidang fonologi melihat betapa bidang kajian ini mempunyai prospek yang luas dalam kajian sistem bunyi. Bunyi atau kata perkataan manusia memang telah mempunyai standard tetapi pengukuran standard tersebut masih kurang. Ini disebabkan faktor kajian bunyi bahasa memerlukan komitmen pengkaji bahasa yang tinggi dan juga kurangnya penaja yang ingin menaja aktviti kajian sebegini. Kajian begini memang tidak bersifat komersial tetapi nilai budaya bangsa, adat, susur galur bahasa akan hilang jika tiada manuskrip dipunyai oleh setiap etnik bangsa yang ada di Malaysia. Jika diambil penyelidikan yang telah dibuat kita dapati Bahasa Melayu sahaja ada dialek Riau, Johor, Minang dan sebagainya termasuk negeri pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Mersing/ Johor. Adakah kita pasti suatu masa kajian ini tidak diperlukan seperti kukuhnya istilah Lingua Franca untuk Gugusan Nusantara.

24

BIBLIOGRAFI

Fonetik Dan Fonologi Siri Pengurusan dan Pembelajaran Bahasa Melayu Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan Asas Fonetik Dewan Bahasa dan Pustaka 2000 Nor Hashimah Jalaluddin Fonologi Generatif- Dewan Bahasa dan Pustaka Penterjemah ; En Zaharani Ahamd/Nor Hashimah Jalaludin Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Kamus Dewan Edisi Ke-Empat Internet Search Kaedah Fonetik Dalam Pengajaran Membaca Oleh Dr Yeo Kee Jiar Fakulti of Education 2009 Pengantar Linguistik Umum Ferdinand De Saussure Dewan Bahasa Dan Pustaka Penterjemah Ajid Che Kob Pengantar Teori Linguistik Introduction to Theoretical Linguistics John Lyons PT Gramuda Pustaka Umum Linguistik Deskriptif Dalam Nahu Bahasa Melayu Drs Lutfi Abbas MA Dewan Bahasa Dan Pustaka 1975

25 LAMPIRAN

Bahan rujukan yang digunakan untuk kajian Fonetik Artikulasi

26

Antara rujukan bahan bacaan yang digunakan dalam kajian

Pita Suara

26

Rajah menunjukkan bagaimana frekuensi suara/bunyi diukur

27

Rajah menunjukkan Bibir Bundar dan Bibir Hampar

Rajah menunjukkan organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa

28

Nama : Jaffar Bin Sahadan Tarikh Lahir: 13hb Mei 1969 Kelulusan: STPM / Pengajian Melayu (Pengajian Sekolah Rendah) Latar belakang: Merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Latar keluarga yang sederhana, dan bekerja sebagai seorang guru. Mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Matahir pada tahun 1992 (Disember) dan kemudian Berkhidmat di Sekolah Sungai Tongkang pada tahun 1997 hingga 2005 dan bertugas di Sekolah Kebangsaan Luasong hingga kini. Menjalani proses perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit Pada tahun 1990-1992 dalam bidang PSR Pengajian Melayu dan Lulus dalam Kepujian. Berpengalaman mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Pengayaan Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Matematik. Antara pencapaian : dianugerahkan Guru Cemerlang tahun 1997 dan 2005. Aktif sebagai jurulatih sukan olahraga dan merupakan seorang pengadil bolasepak di peringkat daerah dan sekolah MSS Sabah. Seorang pemain bolasepak PSKPP Daerah.

Anda mungkin juga menyukai