Anda di halaman 1dari 26

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012

HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO E-MAIL LEARNING CENTRE NAME TUTOR

: 750620126206001 : 750620-12-6206 : 0135571200 : rohanajukarna@yahoo.com.my : SANDAKAN BRANCH : ROHANA BT HJ JUKARNA : MOHD SENIN BIN KASSIM

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 1

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

PERKARA 1.0 Pendahuluan

MUKA SURAT 1

2.0 Kajian Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan dalam Bahasa Melayu 2.1 Alat Artikulasi 2.2 Daerah Artikulasi 2.3 Huraian Huruf Konsonan 2.4 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan 2.5 Huraian Huruf Vokal 2.6 Cara Penghasilan Bunyi Vokal

2 2-4 4 4-11 11 12-16

3.0 Perbezaan Antara Alofon dan Fonem Dalam Sistem Fonologi Bahasa Melayu 3.1 Maksud Fonem 3.2 Maksud Alofon

17

17 18

4.0 Ciri-Ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu dan Kepentingannya dalam Pengajaran Lisan Bahasa Melayu 4.1 Tekanan 4.2 Nada 4.3 Jeda 4.4 Panjang Pendek ( Mora ) 4.5 Kepentingan Penggunaan Suprasegmental dalam Pengajaran Bahasa Melayu 18-19 19 20 20 21 21

5.0 Penutup Rujukan


HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

22

Page 2

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

1.0 PENGENALAN Umumnya, ilmu linguistik difahamkan sebagai bidang yang mengkaji bahasa. Menurut David Crystal (1991), linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Haruko Momma (2001) berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah displin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistik, termasuk etimologi, fonologi, leksikologi, morfologi, semantik, dan sintaksis, dan sosiolingustik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Misalnya, ilmu fonologi mengkaji bunyi yang terdapat dalam bahasa secara saintifik. Justeru, ilmu linguistik amat penting dalam kajian terhadap bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia . Semua bangsa di dunia ini mempunyai bahasa yang tersendiri . Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi mempunyai tertib yang teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu . Asmah Hj Omar ( 1986 ) mengatakan bahasa yang digunakan manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran tertentu yang terdapat dalam tubuh manusia itu sendiri .Contohnya , bibir , lidah , lelangait dan pita suara yang dikenali juga sebagai alat artikulasi . Menurut Parker ( 1974 : 112 ),..fonologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji sesuatu bahasa , iaitu yang berkaitan rumus-rumus ataupun peraturan yang menentukan sebutan . Manakala,Abdullah Hassan ( 1993 : 40 ) berpendapat ,fonologi ialah ilmu mengkaji bunyibinyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa . Berdasarkan definisi ini,bolehlah ditakrifkan bahawa bidang fonologi sebenarnya merumuskan , menghuraikan , dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu . Walaubagaimanapun , bidang fonologi dipecahkan kepada dua iaitu dan fenemik fonetik. Fonemik mengkaji tentang bunyi-bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa. Bunyibunyi ini penting kerana ia mempunyai fungsi,struktur bunyi ataupun ciri ciri pembeza . Manakala , fonetik menurut Abdullah Hassan ( 1993 : 40 ) , ilmu yang mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan , pendengaran atau sifatnya .

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 3

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

2.0 Kajian Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan dalam Bahasa Melayu Sebelum kita melanjutkan perbincangan tentang penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal, kita kenali dahulu organ artikulasi dan fungsi-fungsinya.

1 2 3 4 5

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi

6 7 8 9 10

Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11 Tengah lidah 12 Belakang lidah 13 Akar lidah 14 Epiglottis 15 Pita suara

16 17 18 19 20

Rongga tekak Rongga hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Rajah 2.1 : Organ artikulasi 2.1 Fungsi Alat Pertuturan Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. a. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 4

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. b.Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. c.Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. d.Gusi ( Alveolar ) Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. e. Lelangit ( Palatal ) Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 5

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

f. Rongga Rongga terbahagi kepada tiga iaitu rongga mulut ,rongga hidung dan anak tekak .Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar masuk daripada paruparu .Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hingga ke bahagian anak tekak .Rongga mulut pula pula bermula daripada ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula bermula di bahagian daripada bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung .Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau dituup,bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkkan ataupun diturunkan . g. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan yang dikenal sebagai glotis. Apabila glotis dirapatkan pita suara akan bergetar akan menghasilkan bunyi bersuara. Apabila

glotis direnggangkan pita suara tak bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara. Apabila glotis dirapatkan tetapi pita suara tidak bergetar , yang terhasil ialah bunyi seperti berbisik. h. Rahang Rahang tidak memainkan peranan yang penting semasa pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun , kedudukannya adalah penting dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. 2.2 Penghasilan Bunyi-Bunyi Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan , bunyi-bunyi ini menerima sekatan,sempitan , dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut , tekak , atau

hidung.Bunyi-bunyi konsonan ini ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara . Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 6

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

2.3 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2. konsonan pinjaman 1. Konsonan Asli Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 8 jenis seperti berikut: Letupan : Letusan : Geseran : Getaran : Sisian : Sengauan: p, b, t, d, k, g c, j s, h r l m, n, ny, ng

Separuh vokal : w, y, a.Konsonan Letupan: Letupan Dua Bibir[p] dan [b] Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dariparuparu melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itudilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b]. Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 7

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. b.Konsonan Geseran : Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Geseran Glotis [h] Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi

geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.

Rajah 2.2 : Konsonan [ h ]

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 8

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

c. Konsonan Letusan: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Dalam

bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.

Rajah 2.3 : Konsonan [ c ] d. Konsonan Getaran : Getaran Gusi [ r ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.

Rajah 2.4 : Konsonan [ r ]


HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 9

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

e. Konsonan Sisian : Sisian Gusi [ l ] Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung . Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarkan melalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti Allah , Salleh ,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah f. Konsonan Sengauan: Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi.-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Rajah 2.5 : Konsonan [ m ]


HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 10

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Konsonan Sengauan Gusi [n] Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny] Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. g. Konsonan Separuh Vokal: Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit kemudian dengan cepat lidah digerakkan ke arah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Separuh Vokal Dua Bibir [w] Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 11

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Separuh Vokal Lelangit Keras [y] Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. 2.3.1 KONSONAN PINJAMAN a. Geseran Bibir Gigi [f] dan [v] Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v]. b. Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz] Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh]. c. Konsonan Geseran Bersuara [z] Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. d. Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy] Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 12

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy] e. Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan. 2.4 Penghasilan Bunyi Bunyi Vokal Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics mengatakan: Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyibunyi geseran (Arbak Othman 1983:54) Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal iaitu diftong. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 13

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Rajah 2.6 : Bentuk bibir semasa menghasilkan bunyi vokal

Rajah 2.6 : Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

2.4 .1 Jenis Jenis Vokal a. Vokal Hadapan i. Vokal Hadapan Sempit [ i ] Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan setingg-tingginya hingga hampir menyentuh lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Rajah 2.7 : Vokal hadapan sempit


HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 14

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Awal Kata ikan ikut

Tengah Kata tipu lihat

Akhir Kata bali pili

ii.

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ] Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan, 1/3 daripada kedudukannya semasa penghasilan vokal [i].Lelangit lembut dinaikkan. Glotis dirapatkan, pita suara bergetar.Bibir dihamparkan.

Rajah 2.8: Vokal separuh sempit [ e ] Awal Kata enak elok iii. Tengah Kata teleng leher Akhir Kata tauge tempe

Vokal Hadapan Separuh Luas [] Hadapan lidah dinaikkan separuh luas ( lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] yang bergerak ke arah lelangit keras ,iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar .

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 15

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Rajah 2.9 : Vokal hadapan separuh luas


Awal Kata esa enak Tengah Kata pembeli belok Akhir Kata gode bule

iv.

Vokal Hadapan Luas [ a ] Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah,seolah-olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan terbuka luas . Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja kea rah lelangit keras , anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini banyak terdapat dalam bahasa Melayu .

Rajah 2.10 : Vokal hadapan luas Awal Kata ahli ambil a) Vokal Belakang i. Vokal Belakang Sempit [ u ] Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyemptkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit lembut . Sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar . Tengah Kata tapai nanas Akhir Kata Bola supaya

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 16

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Rajah 2.11 : Vokal belakang sempit [ u ] Awal Kata ubi upah ii. Tengah Kata buka suka Akhir Kata satu batu

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Belakang dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan .

Rajah 2.12 : Vokal belakang separuh sempit [ o ] Awal Kata oleh otak iii. Tengah Kata boleh toleh Akhir Kata koko pidato

Vokal Belakang Separuh Luas [ ] Belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara . Vokal ini adalah yang terluas sekali dalam bahasa Melayu dan mengikut Yunus Maris ( 1969 ), vokal ini adalah gantian vokal belakang separuh sempit [ o ] dan ini wujud kerana pengaruh dialek daerah,umumnya dialek daerah di utara Semenanjung Malaysia .

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 17

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Rajah 2.13 : Vokal belakang separuh luas [ ] Awal Kata olok oren c. Vokal Tengah i. Vokal Tengah Pendek [ ] Bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung , pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya , pita suara akan bergetar . Tengah Kata sudoh pecoh Akhir Kata kito bilo

Rajah 2.13 : Vokal tengah pendek [ ] Awal Kata emas emak Tengah Kata berat kemas Akhir Kata -

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 18

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

3.0 Perbezaan Antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Bunyi Bahasa Melayu 3.1 Maksud Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini

dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan seperti yang berikut : Perkataan / bayang/ / kaya / / baru / / wang / / cinta / / saku / / tuli / / barat / / cari / / tayang / / paya / / balu / / bang / / tinta / / sagu / / duli / / darat / / jari / Fonem /b/ dan /t/ / k / dan / p / / r / dan / l / / w / dan / b / / c / dan / t / / k / dan / g / / t / dan / d / / b / dan /d / / c / dan / j /

Jadual 3.1 : Perbezaan pasangan minimal fonem 3.2 Maksud Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.Misalnya,fonem p dalam /palu/,/lupa/ dan /luap>/.Bunyi p dalam /pa lu /dan /lupa/ diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam /luap/>, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 19

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Keadaan ini dinamakan pasangan minimum .Contoh lain ialah seperti : 1. / pintu / dapat / tatap > / 2. / timpa / lantai / lompat >/ 3. / kadi / daki / paksi > / 4. / nakal / ranap / makan > / 5. / zahir / dan / hafiz > / Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tapi tidak membezakan erti. Misalnya : 1. / faham / dan / paham/ 2. / agama / dan / ugama / 3. / budak / dan / buda? / 4. / telur / dan / telor /

4.0 Ciri-Ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu dan Kepentingannya dalam Pengajaran Lisan Bahasa Melayu . Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam bahasa. Dalam

linguistik , prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan. Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan intonasi dan rima. Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan . Dalam tulisan tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula, kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhan . BunyiHBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 20

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan segmental. Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri prosodi. Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang dikongsi bersama. Sesetengah ahli bahasa menganggap kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan segmental seperti fonetik dan fonologi . Unsur suprasegmental ialah unsur yang boleh membezakan makna sesuatu ayat. Ayat yang diujarkan akan berbeza makna apabila diserapkan dengan empat unsur suprasegmental iaitu tekanan,nada,jeda dan panjang pendek . Selain itu, ciri-ciri suprasegmental ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam pengajaran lisan. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.1 Tekanan Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku kata dengan tujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.Lambang bagi tekanan ialah / /. Misalnya [budak], [kertas], [meja] dan lain-lain. Tujuan tekanan adalah untuk : i. menyedapkan percakapan atau bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog ii. menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.

4.2 Intonasi dan Nada Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut sebagai variasai nada ketika bertutur Dalam bahasa Melayu, intonasi berperanan dalam menetukan jenis ayat yang diujarkan. Ayat penyata/berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat, sementara ayat tanya
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 21

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

intonasinya meninggi pada akhir ayat. Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah: i. ii. iii. iv. Intonasi menaik bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa Intonasi menurun bermakna nada suara diturunkan mengikut masa . Intonasi puncak bermakna nada suara daripada naik kepada turun Intonasi dipping bermakna nada suara daripada turun kepada naik

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka seperti berikut : i. ii. iii. iv. Angka 1 menunjukkan nada yang paling rendah Angka 2 menunjukkan nada permulaan ujaran Angka 3 menunjukkan nada tekanan dalam ujaran Angka 4 menunjukkan nada yang paling tinggi Contohnya pada ayat : 1 a. Ayah membelikan tin untuk ibu. sekiranya disebutkan pada nada dan mora yang berbeza akan mewujudkan ayat seperti berikut : 1b. Ayah membeli kantin untuk ibu Selain itu, kelainan tekanan, nada akan menentukan semantik pada sesuatu ayat. Olehitu, para pelajar mudah faham akan arahan guru . Sebagai contoh, dalam ayat perintah yang berupa silaan atau larangan pada ayat seperti yang berikut; 2a. masuk 2b. masuk ! 4.3 Jeda Jeda disebut persendian. Unsur jeda digunakan untuk memisahakan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat.Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut: i. [= saya minum susu lembu =] (Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu) ii.
HBML 1203

[= saya minum susu = lembu]


Page 22

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

(Bermakna

orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan

bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu) Lambang jeda untuk memisahkan suku kata atau perkataan ialah # . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya: i. Berikan : ber # ikan (bermaksud mempunyai ikan) beri # kan (bermaksud menyerahkan) 4.4 Mora ( Panjang Pendek ) Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. 4.5 Kepentingannya Unsur-Unsur Suprasegmental dalam Pengajaran Lisan Bahasa Melayu Murid-murid hendaklah menguasai dan memahami unsur-unsur suprasegmental

kerana ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran lisan dalam bahasa Melayu . Antara kepentingan Melayu ialah : a. Murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul b. Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain. c. Melatih murid agar berkeyakinan semasa berinteraksi dan percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) d. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas. e. Mendengar dan bertutur dengan baik serta menghormati pertuturan orang lain f. Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi g. Pelajar dapat membezakan jenis jenis ayat .Contohnya, ayat penyata,ayat perintah,ayat tanya dan sebagainya.
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Page 23

unsur-unsur suprasegmental dalam pengajaran lisan bahasa

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

5.0 Penutup Kesimpulan daripada kerja kursus ini ialah kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung . Organ pertuturan manusia disebut sebagai alat artikulasi .Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bahasa . Walaubagaimana pun , terdapat terdapat unsur yang bukan dikategori sebagai alat artikulasi manusia,tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi . Unsur tersebut ialah udara yang merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi . Bunyi vokal merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia . Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara ,manakala bunyi konsonan ada yang bersuara . Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara . sekiranya keadaan pita suara ( glotis ) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,maka getaran akan berlaku dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara .Sebaliknya , jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya , maka getaran pada pita suara tidak akan berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara .

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 24

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

Rujukan A. Buku Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007. Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu: Aslita Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, 2005. Linguistik Am: PTS Professional Publising, Sdn Bhd Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Adrian Akmajian terjemahan Aishah Mahdi & Azizah Husseein, 1995. Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Ali Mahmood,Dr ,et.al ( 2012 ).HBML 1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Selangor : Open University Malaysia Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2009) . Teori Bahasa. Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim B. Laman Web Fonetik dan Fonologi, diakses pada 28 Jun 2012 ,daripada

http://www.slideshare.net/ceplos1969/fonologi-fonetik Sebutan Huruf Vokal dan Konsonan , diakses pada 29 Jun 2012 ,daripada

http://www.scribd.com/doc/38277157/Sebutan-Huruf-Vokal-Dan-Konsonan-Vokal

Fonem

dan

Alofon

diakses

pada

29

Jun

2012

,daripada

http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 25

ROHANA JUKARNA 750620126206001

2012

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 26