Anda di halaman 1dari 17

Disediakan oleh EIZZAT AZRI FARIS

PERKEMBANGAN SOSIAL
o

Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu di persekitaran kanak-kanak Personaliti seseorang kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan 8 peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkaitan antara satu sama lain.

8 PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL


1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan (Dari lahir-1 tahun) o bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan timbul 2. Autonomi lawan keraguan (1 tahun-3tahun) o Perkembangan kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya akan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu terhadap keupayaan diri.

8 PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL


3. Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun) o Kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah 4. Industri lawan rasa rendah diri (6-11 tahun) o Kanak perlu menguasai kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan 5. Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun) o Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial

8 PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL

6. Keintiman lawan keasingan (18-35 tahun) 7. Generativiti lawan kekakuan (35-65 tahun) 8. Integriti lawan kekecewaan (65 tahun ke atas)

EMOSI
o

Emosi boleh didefinasikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi datang dalam pelnagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dll Emosi boleh dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negetif seperti marah, sedih kecewa

PERKEMBANGAN EMOSI
BAYI
o 1)

1)

Terdapat 2 kategori emosi bayi Emosi utama bermula pada 6 bulan pertama seorang bayi. Antara emosi utama timbul ialah terkejut, gembira, marah, sedih, takut, benci dan berminat. Emosi kesedaran diri emosi yang tercetus oleh sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu (timbul pada usia sekitar 1 tahun). Perasaan bangga, rasa bersalah (timbul pada usia sekitar 2 tahun)

PERKEMBANGAN EMOSI
AWAL KANAK-KANAK Lebih kepada emosi yang berbentuk kesedaran kendiri seperti rasa bangga, malu dan rasa bersalah. Ia bermula sekitar umur 2 tahun i. Bangga ekspresi kanak apabila berada dalam keadaan gembira di atas kejayaan melakukan sesuatu ii. Malu timbul apabila kanak menrasakan mereka tidak dapat mencapai matlamat/kemahiran yang mereka inginkan iii. Rasa bersalah apabila kanak mendapati apa yang mereka lakukan berakhir dengan kegagalan

PERKEMBANGAN EMOSI
PERINGKAT PERTENGAHAN DAN AKHIR KANAK
o o o o

Lebih berkebolehan untuk memahami emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan Lebih menitikberatkan situasi yang membangkitkan emosi. Memahami situasi yang memerlukan perhatian. Lebih berjaya mengawal emosi negetif. Mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku akibat daripada emosi negetif Mempunyai initiatif untuk menukarkan emosi tertentu kepada bentuk yang lebih bermanfaat

PERKEMBANGAN MORAL
o

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.

Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seorang individu.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET


o

diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus (6-10 tahun) yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.

1. o

TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET


2. o

Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ). Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanakkanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dab pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawankawan.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG


o

Kohlberg berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya. Dalam peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, tahap tersebut dikenali sebagai

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG


Moraliti Prakonvensional ( 0 hingga 9 tahun ) o Ia adalah berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut. Peringkat 1 : o Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan Peringkat 2 : o Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanakkanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG


Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun ) o Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini. o Kanak-kanak sudah boleh menerima pendapat dan motif orang ain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Peringkat 3 : Moraliti Budak baik yang mana apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh autoriti. Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI


1. o

Bantu kanak menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi Bincang secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi mereka.

2.
o o

Bantu kanak menilai berdasarkan perspektif orang lain Minta murid terangkan perasaan/ perspektif orang lain terhadap sesuatu situasi Buat simulasi atau main peranan. Pelajar membawa peranan yang lain dari watak dirinya supaya dapat memahami dan menilai perasaan orang lain.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI


3. o

Bantu kanak membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat Beri kesedaran kepada murid tentang ketidakseragaman antara tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka buat Pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nialai sejagat

4.

Anda mungkin juga menyukai