Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandungan

PENGENALAN........................................................................................................................................... 2
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA ........................................................................................................ 3
Teori Behaviourisme ........................................................................................................................... 3
Teori Nativisme (Mentalistik) ............................................................................................................ 3
Teori Kognitif......................................................................................................................................... 4
Teori Interaksionalis............................................................................................................................ 4
TEORI HURAIAN BAHASA..................................................................................................................... 5
Teori Nahu Tradisional ....................................................................................................................... 5
Teori Struktural ..................................................................................................................................... 5
Teori Fungsional .................................................................................................................................. 5
Teori Transformasi Generatif ............................................................................................................ 5
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERDASARKAN TEORI BEHAVIOURISME ....................................................................................... 6
IMPLIKASI TEORI BEHAVIOURISME DALAM PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
DILAKSANAKAN ...................................................................................................................................... 7
PERBINCANGAN ...................................................................................................................................... 8
RUJUKAN ................................................................................................................................................... 8

1
PENGENALAN

Pengajaran yang berkesan berkait rapat dengan pemilihan kaedah yang digunakan oleh guru
untuk menyampaikan isi pengajaran. Sebelum membincangkan tentang kaedah, ada baiknya
saya memberi sedikit penerangan mengenai pembelajaran yang berkesan. Suhaimi, Yusof,
Baharom, Roslee, Said & Shukri (2012) menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu
proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran kepada pelajar manakala,
berkesan pula bermaksud sesuatu yang memberikan impak. Melalui pernyataan yang dibuat,
maka saya menyimpulkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah satu proses penyampaian
ilmu, maklumat dan kemahiran yang memberi impak kepada murid.

Persoalannya ialah bagaimana pula untuk menyampaikan pengajaran secara berkesan


kepada murid? Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pemilihan kaedah merupakan faktor
keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tambahan lagi, seorang guru
perlu memahami, menghayati serta menguasai ilmu dan kemahiran untuk melaksanakan kaedah
dalam PdP. Guru bukan hanya tahu cara melaksanakan, tetapi juga tahu kesesuaian kaedah
dalam PdP yang dijalankan. Selaras dengan itu, Yahya, Roselan & Naapie (2009: 4) menyatakan
bahawa pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran memungkinkan
kewujudan pembelajaran yang berkesan. Tegasnya, insan yang bergelar guru perlu
melengkapkan diri dengan segala ilmu berkaitan dengan kaedah PdP serta menguasai
kemahiran pelaksanaannya.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa teori yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa yang menjadi panduan kepada guru bahasa dalam pengajaran. Menurut
Richard & Rogers (1986), pendekatan dalam pembelajaran bahasa mengacu kepada teori-teori,
asumsi dan keyakinan tentang kealamiahan bahasa dan pembelajaran bahasa. Sahahbuddin,
Rohizani & Zohir (2007: 20) pula menyatakan bahawa segala pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik adalah berlandaskan teori dan ciri pembelajaran. Maka, terang lagi bersuluh bahawa teori-
teori bahasa berkait secara langsung dengan pembelajaran bahasa. Oleh itu, guru mempelajari
teori-teori bahasa untuk diterapkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kesimpulannya, guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu berkaitan teori-teori serta
kaedah pengajaran sebelum memulakan perjuangan mendidik anak murid. Maka usaha yang
dilakukan tidaklah seperti “mencurah air ke daun keladi”.

2
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Menurut Ahwy (2013) pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di dalam otak anak-
anak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibunya. Pendapat ini disokong oleh
Dardjowidjojo (2005) yang menyatakan bahawa proses penguasaan bahasa yang dilakukan oleh
anak secara natural pada waktu dia belajar bahasa ibunya (native language). Berdasarkan
pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli tersebut, dapatlah disimpulkan
bahawa pemerolehan bahasa ialah satu proses yang berlaku dalam otak kanak-kanak secara
natural semasa mereka mempelajari bahasa ibunda. Terdapat empat teori dalam pemerolehan
bahasa iaitu teori Behaviourisme (B. F Skinner), Nativisme atau Mentalistik (Noam Chomsky),
Interaksionalias (Halliday) dan teori kognitif (Jean Piaget).

Teori Behaviourisme

Anderson (2005) menyatakan bahawa “According to ‘behaviorism’, all behavior can be explained
in terms of stimulus and response. Linguistic behaviour is no exception”. Hal ini bermakna, faktor
persekitaran memainkan peranan yang signifikan dalam proses pemerolehan bahasa kanak-
kanak ringkasnya dikenali sebagai faktor nurture. Dalam konteks ini, Meilan (2014) menyatakan
bahawa dalam teori behaviourisme terdapat satu hubungan antara stimulus (S) dari persekitaran
dan reaksi (R) dari organisma. Murid memperoleh pengetahuan bahasa hasil integrasi peristiwa-
peristiwa linguistik yang dilihat dan dialami (Ahwy, 2013). Hal ini bermakna, kanak-kanak
memperoleh pengetahuan bahasa dari persekitaran melalui peniruan, peneguhan dan latih tubi.
Ringkasnya, teori ini menegaskan bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa melalui rangsangan
dari persekitarannya.

Teori Nativisme (Mentalistik)

Teori Nativisme pula menyatakan bahawa kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat
nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah
kebolehan berbahasa (Tay Meng Guat, 2006). Menurut Chomsky (1999) manusia mempunyai
faculties of the mind di dalam otak yang membolehkan mereka mempelajari suatu bahasa yang
dikenali sebagai Language Acquisitin Device (LAD). Dari segi faktor pemerolehan bahasa pula,
faktor nature dan nuture memainkan peranan yang sama penting dan saling melengkapi antara
satu sama lain. Hal ini kerana, dalam proses pemerolehan bahasa kerana tanpa kemampuan
alami manusia tidak mungkin akan dapat berbahasa dan tanpa input daripada persekitaran

3
kemampuan tersebut tidak akan terwujud (Meilan, 2014). Jelasnya, teori ini menekankan bahawa
manusia menguasai bahasa dengan melalui LAD dan pengetahuan daripada persekitaran.

Teori Kognitif

Jean Piaget (1954), pengasas teori kognitif menyatakan bahawa bahasa merupakan salah satu
kemampuan yang berasal dari kematangan kognitif. Piaget berpandangan bahawa bahasa
merupakan manifestasi daripada aktiviti kognitif manusia. Oleh kerana kemampuan bahasa
dipengaruhi oleh kematangan kognitif maka perkembangan bahasa kanak-kanak ditentukan oleh
beberapa peringkat dalam perkembangan kognitif. Terdapat empat peringkat dalam
perkembangan kognitif yang saling bersinambung pada setiap peringkat bermula dari peringkat
bawah hingga peringkat yang teratas. Peringkat-peringkat ini dapat dilihat seperti berikut:

Operasi
Formal
(11 tahun ke
atas)
Operasi konkrit
(7 tahun-11 tahun)

Pra-operasi
(2 tahun-7 tahun)

Sensorimotor
(bayi-2 tahun)

Gambar 1: Peringkat perkembangan kognitif manusia

Teori Interaksionalis

Teori Interaksionalis ialah satu teori pembelajaran bahasa yang memberikan penekanan kepada
aktiviti komunikasi dan interaksi menggunakan laras bahasa mengikut situasi sosial sesuatu
masyarakat bahasa (Nappie, 2006). Ahli interaksionalis berpendapat bahawa kebolehan kognitif
tidak mampu menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Oleh yang demikian,
pemerolehan bahasa hanya berlaku melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Bermakna,
peranan persekitaran penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Halliday (1975)
berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa kerana keperluan mereka untuk
berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat dua pendekatan dalam teori ini iaitu pendekatan

4
kognitif dan pendekatan sosial. Kesimpulannya, teori ini memegaskan bahawa bahasa tidak
diperoleh hanya melalui perkembangan kognitif sahaja tetapi juga melalui persekitaran.

TEORI HURAIAN BAHASA

Teori Nahu Tradisional

Teori ini diasakan oleh Panini yang berasal dari India. Berdasarkan teori ini, bahasa ialah ucapan
buah fikiran dan perasaan manusia secara teratur dan menggunakan alat untuk membunyikan
suara. Teori ini menekankan makna iaitu penghasilannya bersifat anggapan berdasarkan kepada
kepercayaan dan tanggapan (Rasidi, 2000). Aliran tatabahasa ini beranggapan bahawa bahasa
bukan sahaja dicipta, malah bersifat dinamik dan progresif. Bahasa juga digunakan untuk tujuan
dan keperluan-keperluan tertentu. Kajian dalam aliran tatabahasa tradisional mengutamakan
hukum dan peraturan sesuatu bahasa berdasarkan makna. Menurut aliran ini, bahasa juga
bahasa tatabahasa juga bersifat nasional dan tidak menitikberatkan penstrukturalan. Aspek yang
sangat dititikberatkan ialah bahasa tulisan kerana berpandangan bahawa bahasa tulisan
merupakan bentuk yang asli.

Teori Struktural

Teori struktural berpendapat bahawa semua bahasa mempunyai strukturnya sendiri (Nikodemus,
2012). Berbeza dengan teori tatabahasa tradisional, kajian dalam teori ini lebih menumpukan
bentuk bahasa, bukan maknanya. Menurut teori ini, kajian bahasa tidak melibatkan faktor bukan
linguistik. Oleh itu, kajian yang dilakukan hanyalah kajian terhadap bahasa lisan. Di samping itu,
teori ini juga bersetuju bahawa bahasa mempunyai peraturan yang harus dikuasai oleh
penuturnya (Ishak, 1996). Analogi dan latih tubi digunakan untuk menguasai srtuktur bahasa.

Teori Fungsional

Bahasa menurut teori ini adalah bahasa alami, bahasa manusia, bahasa orang dewasa dan
bahasa verbal. Bahasa alami tidak dibentuk secara semiotik, seperti bahasa matematik dan
bahasa komputer (Halliday dan Matthiessen, 1999).

Teori Transformasi Generatif

Teori Transformasi Generatif diperkenalkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957. Dua aspek
utama dalam teori ini ialah transformasi dan generatif. Dari segi istilahnya, kedua-dua konsep ini
5
berbeza dari segi konsepnya, namun mempunyai hubungan yang rapat. Generatif bermaksud
tatabahasa yang mampu menghasilkan ayat yang lengkap dari segi bentuknya. Manakala,
transformasi merujuk kepada peraturan yang yang mengatur semula susunan-susunan dalam
ayat. Justeru itu, tatabahasa ini dapat menjelaskan segala bentuk dan hubungan antara ayat
terbitan dan ayat dasar. Ringkasnya, teori transformasi generatif dapat memberi keterangan
tentang penghasilan sesuatu ayat. Teori ini merangkumi semua kompenen bahasa termasuklah
sintaksis, semantik dan morfologi.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


BERDASARKAN TEORI BEHAVIOURISME

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


2.5 Membaca, memahami dan menaakul 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat yang
untuk memindahkan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan prosa
terdapat dalam pelbagai bahan dengan dengan betul.
betul.

Pendekatan yang digunakan dalam dalam pengajaran ini ialah pendekatan berpusatkan murid
menggunakan kaedah audio-lingual dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Teknik yang
digunakan ialah teknik latih tubi. Pada akhir pengajaran, murid akan dapat:

a). membaca sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang tepat.

b). menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam sajak dengan betul.

Langkah pertama, murid akan mendengar rakaman deklamasi sajak daripada pita
rakaman sebanyak dua kali. Hal ini bagi memastikan murid dapat mendengar dengan jelas
sebutan dan intonasi sajak tersebut. Seterusnya, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan akan diberi petikan sajak. Dalam kumpulan, murid akan berlatih untuk
mendeklamasikan sajak mengikut intonasi dan sebutan yang betul.

Langkah kedua, setiap kumpulan perlu datang ke hadapan dan mendeklamasikan sajak
tersebut. Rakan-rakan yang lain akan memberi bintang untuk persembahan tersebut dan
memberi justifikasi bagi jumlah bintang yang diberikan. Apabila satu kumpulan selesai membuat
persembahan, guru perlu membetulkan kesalahan mereka. Tidak lupa juga, guru perlu memberi
pujian dan tepukan kepada kumpulan tersebut. Kumpulan yang berjaya mendeklamasikan sajak

6
dengan baik tanpa sebarang kesalahan atau kesalahan yang paling minimum perlu dijadikan
sebagai contoh kepada kumpulan yang lain.

Langkah ketiga, dalam kumpulan yang sama, murid akan berbincang untuk
mengenalpasti dan menyenaraikan nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam sajak
tersebut. Seterusnya, wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan nilai murni dan
pengajaran yang mereka dapat hasil daripada perbincangan tersebut. Pujian dan tepukan perlu
diberikan kepada setiap kumpulan yang berjaya membuat pembentangan. Setelah semua
kumpulan selesai membuat pembentangan, guru perlu merumus hasil perbincangan bersama
murid.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIOURISME DALAM PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG


DILAKSANAKAN

Secara holistiknya, pengajaran dan pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada teori
behaviourisme. Pertama, murid mendapat rangasngan iaitu rakaman sajak. Selaras dengan
prinsip (S) dan (R) rangsangan sangat penting untuk pembelajaran yang bekualiti prinsip.
Seterusnya, berdasarkan rakaman tersebut murid akan cuba untuk mendeklamasikan sajak
dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul melalui teknik latih tubi. Bermakna, murid
meniru cara untuk mendeklamasi sajak dengan betul melalui pita rakaman. Selain itu, murid juga
boleh meniru cara mendeklamasi sajak dengan betul melalui rakan atau kumpulan yang berjaya
mendeklamasi sajak dengan baik. Hal ini selaras dengan prinsip teori behaviourisme yang
menyatakan bahawa murid belajar melalui peniruan.

Kedua, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung, guru


menggunakan teknik peneguhan iaitu peneguhan positif. Contohnnya, pujian dan tepukan.
Apabila murid berjaya melakukan sesuatu tugasan, guru perlu memberikan peneguhan positif
kepada mereka. Hal ini selaras dengan prinsip behaviourisme iaitu prinsip kesan-akibat. Prinsip
ini menyatakan bahawa apabila suatu peneguhan dikenakan ke atas suatu tingkah laku, maka
kebarangkalian untuk tingkah laku tersebut berulang akan meningkat. Justeru, peneguhan yang
diberikan oleh guru akan merangsang murid untuk mendeklamasi sajak dengan lebih baik pada
masa akan datang.

Kesimpulannya, teori ini sangat sesuai dijalankan di dalam bilik darjah kerana rangsangan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat signifikan untuk meningkatkan kualiti proses
pengajaran guru. Tambahan lagi, peneguhan perlu diberikan kepada murid untuk mengekalkan

7
suatu tingkah laku yang baik. Maka keberkesanan teori in dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran memang tidak dapat dinafikan lagi. Tegasnya, guru perlu melaksanakan
peneguhan positif dan memberikan rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PERBINCANGAN

Secara holistiknya, terdapat dua teori yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa iaitu Teori Pemerolehan Bahasa dan Teori Huraian Bahasa. Teoeri
Pemerolehan Bahasa terdiri daripada empat teori iaitu Teori Behaviourisme, Teori Nativisme,
Teori Kognitif dan Teoeri Interaksionalis. Teori ini menekankan proses kognitif dalam
pemerolehan bahasa kanak-kanak. Teori Huraian Bahasa juga terdiri daripada empat teori iaitu
Teoeri Nahu Tradisional, Teori Struktural, Teori Fungsional dan Teori Transformasi Generatif.
Teori ini pula menyatakan bahawa bahasa bukan diperoleh secara semulajadi tetapi dibentuk
oleh individu itu sendiri melalui latih tubi.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasrkan Teori


Behaviourisme pula menekankan hubungan antara rangsangan dan tindak balas. Justeru,
menurut teori ini rangsangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting untuk
meningkatkan keberkesanan proses tersebut. Selain itu, satu prinsip yang sama penting dalam
teori ini ialah prinsip kesan-akibat. Prinsip ini menyatakan bahawa kesan setelah sesuatu tingkah
laku dilakukan akan meningkatkan kebarangkalian tingkah laku tersebut berulang. Justeru, guru
perlu memilih peneguhan yang dilaksanakan terhadap murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.

Pepatah menyatakan “tak kenal maka tak cinta”, justeru seorang guru perlu mengenali,
menghayati dan menguasai sesuatu teori yang hendak dilaksanakan untuk memastikan
pelaksanaannya dalam aktiviti pengajaran berkesan. Kaedah dan teknik pula umpama senjata
sementara bilik darjah adalah medan peperangan. Sebelum berperang, seorang tentera perlu
memastikan senjatanya lengkap dan mencukupi. Tegasnya, seorang guru perlu mempunyai ilmu
tentang kaedah dan teknik yang cukup sebelum menjejakkan kaki ke bilik darjah.

8
RUJUKAN

Rujukan Buku

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah, (2012). Murid dan alam belajar. Oxford
Fajar Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Zohir Ahmad, 2007. Pedagogi: strategi dan teknik
mengajar dengan berkesan. PTS Profesional: Kuala Lumpur.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2011. Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia: Selangor Darul Ehsan.
Yahya Othman, Roselan Baki & Naffi Mat, 2009. Pemerkasaan pendidikan bahasa melayu dari
teori ke praktik. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Rujukan Internet
Ahwy Oktradiksa, 2013. Pemerolehan bahasa pertama. Diambil daripada
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=114645&val=5247

Anderson, (2005) dalam Abdorezza Thriri, (2013). Revisiting First Language Acquisition through
Empirical and Rational Perspectives. Diambil daripada
http://ijsse.com/sites/default/files/issues/2013/v3i3/Paper-14.pdf

Chomsky (1999) dalam S. Shafa, (2012). Teori pemerolehan ilmu. Diambil daripada
file:///C:/Users/user_PC/Downloads/61-121-1-SM%20(3).pdf

Dardjowidjojo (2005) dalam Heri Kustomo, (2012). Pemerolehan bahasa pada anak kajian
antara nature dan nuture. Diambil daripada
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=358032&val=8181&title=PEMEROL
EHAN%20BAHASA%20PADA%20ANAK%20KAJIAN%20ANTARA%20NURTURE%20
DAN%20NATURE%20(Kasus%20%C3%A2%E2%82%AC%C5%93Wanita%20Tarzan
%C3%A2%E2%82%AC%20%20Kamboja)

Halliday (1975) dalam Hussin Sarif, (2010). Teori interaksionalis. Diambil daripada
http://mygemalahikmat.blogspot.my/

Halliday & Matthiessan, (1999) dalam Bahagia Saragih, (2012). Linguistik fungsional: dimensi
dalam bahasa. Diambil daripada https://media.neliti.com/media/publications/74466-ID-
linguistik-fungsional-dimensi-dalam-baha.pdf
Ishak Bin Baba, 1996. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap
prestasi akademik pelajar UTHM. Diambil daripada
http://eprints.uthm.edu.my/5572/1/0486.pdf
Meilan Arsanti, (2014). Pemerolehan bahasa pada anak (kajian psikolinguistik). Diambil
daripada
http://research.unissula.ac.id/file/publikasi/211315023/3959t__PEMEROLEHAN_BAHAS
A_PADA_ANAK.pdf

9
Mohamad Rasidi Ibrahim, (2000). Pengenalan. Diambil daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/2530/4/BAB_1.pdf
Muhamad Suhaimi Taat, Mohamad Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Roslee Talip, Abdul
Said Ambotang & Shukri Zain, 2012. Pengajaran dan penyampaian yang berkesan.
Diambil daripada http://eprints.ums.edu.my/5547/1/nc0000002412.pdf

Nikodemus Wuri Kurniawan, (2012). Teori Struktural. Diambil daripada


http://lidahibu.com/2012/03/07/teori-struktural/
Tay Meng Guat, 2006. Pemerolehan bahasa kanak-kanak: satu analisis sintaksis. Diambil
daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf
Zulkifli Hamid, 2011. Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan
pendidikan bahasa melayu di Malaysia. Diambil daripada http://pkukmweb.ukm.my/e-
bangi/papers/2011/zul011.pdf

10

Anda mungkin juga menyukai