Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 1

Merancang satu aktiviti dan kit persembahan yang menekankan pengintegrasian elemen seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Aktiviti

Aktiviti ini ialah untuk kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Untuk tema
aktiviti kekeluargaan, saya telah memilih standard kandungan 1.3 iaitu mendengar, memahami
dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan
betul. Tema yang dipilih ialah Alam Sekitar dengan tajuk ‘Mari Bertani’.

Pengintegrasian elemen seni muzik, seni visual dan seni pergerakan dilakukan melalui
aktiviti yang dialankan. Langkah pertama menjalankan aktiviti ini ialah guru menayangkan video
lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’. Langkah satu dijalankan selama 5 minit. Murid mendengar
irama dengan teliti. Kemudian guru akan menayangkan semula video tersebut dan murid akan
menyanyi dan melakukan pergerakan mengikut kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

Langkah kedua, guru akan meminta murid menyenaraikan semua kata kera yang
terdapat dalam lirik lagu tersebut. Langkah dua dilaksanakan dalam masa 15 minit. Guru akan
membimbing murid dan perhatian diberikan kepada murid yang agak lemah. Kemudian, guru
memilih secara rawak beberapa orang murid untuk membentangkan senarai kata kerja yang
mereka dapat. Seterusnya, dalam langkah ketiga guru akan meminta murid melukis jenis-jenis
sayur yang mereka tahu dan mewarnakan gambar tersebut. Murid diberi masa selama 20 minit.
Ulasan kritis rasional aktiviti dan kit persembahan yang dilaksanakan.

Menurut Yampolsky dalam Muzni (2005), “Pendidikan kesenian dan pengalaman berkesenian
sangat penting untuk pertumbuhan yang sihat untuk anak-anak dan peserta didik, baik
pertumbuhan mental mahupun pertumbuhan jiwa". Justeru, aplikasi seni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan membantu pertumbuhan dan perkembangan jiwa dan
mental kanak-kanak. Terdapat tiga elemen seni dalam pendidikan iaitu seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan (Mazlan, 1996). Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih seronok dan difahami, guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam
Pendidikan (SDP) yang merangkumi ketiga-tiga elemen dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara
pengintegrasian SDP dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’
untuk mengajar kata kerja. Antara rasional mengaplikasikan SDP dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah supaya pelajar lebih mudah mengingat. Menurut Atan long (1969) ingatan
ialah kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat
dan pengalaman untuk disimpan pada masa depan. Maklumat ini akan disimpan dalam ingatan
jangka masa panjang apabila mendapat pengukuhan. Contohnya dalam aktiviti ini, pengukuhan
dilakukan melalui perbuatan atau pergerakan murid.

Seterusnya, aktiviti ini juga meragkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat
mengembangkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid. Howard Gardner (1983)
mendefinisikan kecerdasan sebagai “An intelligence is the ability to solve problems, or to create
products that valued within one or more cultural settings (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2001).” Terdapat 8 aspek kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logik-
matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Setiap
murid mempungai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Ada sebab Teori
Kecerdasan Pelbagai (TKP) diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aktiviti yang dijalankan, kecerdasan pelbagai yang diterapkan ialah kecerdasan
kinestetik, kecerdasan ruang-visual, kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan muzik.
Kecerdasan kinestetik diaplikasikan dalam aktiviti supaya murid tahu menggunakan badan
sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu idea, perasaan dan menyelesaikan masalah
atau juga dikenali sebagai paralinguistik.

Anda mungkin juga menyukai