Anda di halaman 1dari 10

Acara Lompat Kijang

Debby Stanis
Peraturan
• Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah
ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan
bermula.

• Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan


menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan
yang dilakukannya.
• Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih
daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian ,setiap
peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana peserta yang
mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam
pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih
daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam
menetukan peserta kelapan terbaik,tiga lompatan tambahan
diberikan .Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang
daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap
seorang. Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa batal
dikira pemenang.
• Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas
menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan
kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah
menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk
lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira
batal.
• Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang
disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan
melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal.
• Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan
lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan
• Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat
dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu
diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.

• Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir
di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.

• Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan.

• Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan oleh pegawai pertandingan.

• Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang ,kecuali kasut atau
spikes
Kesalahan Peserta
• 1. Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan menyentuh kawasan
di luar pelepas.

• Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama.


• Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan.

• Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan.

• Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat lompatan.

• Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke kawasan pendaratan tanpa melakukan
lompatan.
Peralatan
• 1. LORONG LARIAN
• Lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran
1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang. Lorong ini boleh diperbuat
daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja. Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang
bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat.
• 2. PAPAN LONJAKAN
• Papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau
lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupun kecil dari segi saiz. Papan melonjak
hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari
hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian
hujung hadapannya dipasangkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang
melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan
mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan.
• 3. KAWASAN PENDARATAN
• Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratan selepas melakukan
lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak
lompatan yang dibuat oleh setiap peserta .Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75
meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan ini diisikan dengan pasir halus yang
dilembapkan.Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan
pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendaratan peserta sebelumnya .
• 4. PITA PENGUKUR
• Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan menerusi
ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur . Kini di sesetengah kejohanan
antarabangsa , pita pengukur secara manual digantikan dengan yang lebih mudah ,pantas dan
tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuattidak
tepat.
• 5. BENDERA ISYARAT
• Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat
kijang,tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk
memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan
daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan.
Bendara berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan
bersih dan sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan
lompatan yang batal.
Teknik Lompatan
• GAYA POLISH / GAYA LOMPATAN MENDATAR (FLAT STYLE OF JUMPING
• Gaya Polish telah diperkenalkan oleh seorang peserta dari Poland yang
bernama Josef Schimdt. Perkataan Polish yang bermaksud ‘orang Poland ‘
digunakan kerana Josef Schimdt telah menggunakan gaya ini untuk menjuarai
acara lompat kijang di Sukan Olimpik pada 1960 dan 1964. Jarak lompatan
terbaiknya ialah 16.85 meter. Beberapa cirri khusus yang terdapat dalam
gaya ini menekankan kepada kelajuan lari landas dan membuat lonjakan
yang rendah sahaja. Jarak lompatan pertama tidak mencapai jarak yang
maksimum dan hanya seakan – akan seperti jarak lompatan yang terakhir .
Fasa yang paling kecil jarak lompatannya ialah fasa lonjakan yang kedua.
Kadar peratusan lonjakan adalah dengan nisbah 35: 30: 35

Anda mungkin juga menyukai