Anda di halaman 1dari 3

http://www.freewebs.com/minsaismktfs/knowledge.

htm Sistem permainan Hoki

Apabila kita menyebut tentang sistem bermain, secara tidak langsung ia merujuk kepada formasi pasukan. Sebagai contoh, jika pasukan anda bermain dengan lima forwad, tiga haf (atau midfielders), dua bek penuh (atau pemain pertahanan) dan seorang penjaga gol, kita katakan sistem yang digunakan adalah sistem 5-3-2-1. Sistem ini juga dipanggil piramid. Walaupun sistem di atas banyak digunakan di Malaysia, tetapi ada juga sistem lain yang begitu poular seperti: a) 3-3-3-1-1 yang mengguna 3 stiker, 3 midfielder, 3 pemain

pertahanan, 1 sweeper dan 1 penjaga gol. b) Sistem 4-2-4-1 yang mengguna 4 penyerang, 2 midfielder, 4 pemain pertahanan dan 1 penjaga gol. c) Sistem 4-2-3-1-1 yang mengguna 4 penyerang, 2 midfielder, 3 pemain pemain pertahanan, 1 sweeper dan 1 penjaga gol.

Semua formasi ini tidak tetap tetapi hanya menunjukkan corak-corak yang digunakan dalam serangan dan pertahanan. Formasi-formasi ini hanya menunjukkan posisi pemain-pemain, peranan yang dimainkan oleh mereka dan kawasan bermain di mana mereka cuba mengawal. Selalunya, corak bermain atau formasi pasukan boleh berubah pada masa bermain bergantung kepada situasi yang sedang berlaku. Sebagai contoh, satu pasukan yang bermain dengan sistem 4-2-4-1, mungkin mendapati salah satu pemain pertahanan terpaksa bergerak ke atas untuk menolong dua pemain midfield , secara tidak lansung sistem ini telah berubah kepada sistem 4-3-3-1.

Pasukan yang menggunakan sistem 4-2-4-1, mengubah sistem permainannya apabila seorang pemain pertahanan bergerak ke

tempatmidfield. Dengan itu, menjadikan tiga midfield dan juga tiga pemain pertahanan. Sistem baru yang dimainkan pasukan ini adalah sisre 4-3-3-1. Jika pemain pertahanan itu kembali ke tempat asalnya, sistem itu akan bertukar semula kepada sistem 4-2-4-1.

Semua formasi ini tidak tetap tetapi hanya menunjukkan corak-corak yang digunakan dalam serangan dan pertahanan. Formasi-formasi ini hanya menunjukkan posisi pemain-pemain, peranan yang dimainkan oleh mereka dan kawasan bermain di mana mereka cuba mengawal. Selalunya, corak bermain atau formasi pasukan boleh berubah pada masa bermain bergantung kepada situasi yang sedang berlaku. Sebagai contoh, satu pasukan yang bermain dengan sistem 4-2-4-1, mungkin mendapati salah satu pemain pertahanan terpaksa bergerak ke atas untuk menolong dua pemain midfield , secara tidak lansung sistem ini telah berubah kepada sistem 4-3-3-1. Pasukan yang menggunakan sistem 4-2-4-1, mengubah sistem permainannya apabila seorang pemain pertahanan bergerak ke

tempatmidfield. Dengan itu, menjadikan tiga midfield dan juga tiga pemain pertahanan. Sistem baru yang dimainkan pasukan ini adalah sisre 4-3-3-1. Jika pemain pertahanan itu kembali ke tempat asalnya, sistem itu akan bertukar semula kepada sistem 4-2-4-1. Oleh kerana corak dan formasi boleh berubah dalam kerap dalam sesuatu permainan, adalah penting seseorang jurulatih tidak menegaskan kegunaan sistem-sistem tersebut atau menggalakkan kegunaan sistem tertentu dan memaksa pasukan bermain dengan sistem itu sahaja. Apa yang penting adalah mengajar pemain-pemain jenis-jenis sistem yang dipilih dan kemahiran-kemahiran asas seperti memukul, menahan, menolak, merampas dan menghantar yang harus digunakan dengan betul.

Mungkin yang lebih penting adalah mengajar mereka memahami kawasan bermain sendiri, peranan mereka dan tanggungjawab mereka dalam setiap perlawanan. Bagaimanapun, seorang jurulatih mesti sedar bahawa setiap sistem, atau formasi atau corak bermain mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Melalui kefahaman ini, seorang jurulatih boleh memutuskan formasi yang terbaik untuk pasukannya yang akan juga bergantung kepada kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.

Anda mungkin juga menyukai