Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN SESI LATIHAN HARIAN PASUKAN Sukan Tarikh Masa Kemahiran Objektif Peralatan : Hoki :14 Oktober 2012

: 90 Minit : Hantaran(Square Pass) : Atlet dapat melakukan kemahiran menghantar bola dengan teknik yang betul. :Kon,wisel,kayu hoki,bola hoki,skitel Aktiviti Latihan Fokus Latihan Organisasi /Alat Bantu Mengajar(ABM) Memanaskan Badan (15 minit) a)Destinasi: 1)Jurulatih meletakkan skitel berbentuk zig-zag dalam kawasan yang bertanda. 2)Kemudian murid melakukan aktiviti memanaskan badan secara berkumpulan dalam 5 orang. 3)Semua atlet perlu meniru perlakuan atlet yang berada di hadapan. Contoh aktiviti adalah seperti:Jurulatih

Bahagian

i-Side tapping ii-Butt-Kick jogging iii-High Knee fast walking b)Latihan kelonggaran sendi dan kelenturan:

Deltoid-Menolak lengan ke belakang dari bahagian leher.Kedua-dua tangan.

Hamstring-Duduk dan pegang pergelangan kaki.Kemudian tukar posisi.

Kuadrisep-Jarakkan kedua belah kaki.Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.Turun semaksima mungkin.

Aktiviti Utama Langkah 1 (10 Minit)

1)Penerangan jurulatih tentang shortgrip

1)Jurulatih menerangkan bagaimana cara dan teknik yang betul untuk melakukan shortgrip. 2)Jurulatih membuat demonstrasi kepada atlet. 3)Penerangan jurulatih tentang kedudukan pegangan kayu. Double v Grip dan tangan dijarakkan. 4)Penerangan jurulatih tentang kedudukan badan(Body Positioning): i-Lutut dibengkokkan ii-Pinggang dibongkokkan iii-Kaki kiri dihadapan dan dibengkokkan

5)Penerangan jurulatih tentang kedudukan bola: i-Kedudukan bola mesti selari/sama dengan kaki.

Langkah 2)

Drill 1:

1)Jurulatih meletakkan marker yang berjarak 3 meter yang membentuk segi empat dan kedudukan diantara keempatempat kon tersebut mestilah selari. 2)Jurulatih mengarahkan atlet supaya berpasangan. 3)Atlet A membuat hantaran ke atlet B kemudian keduadua atlet berlari sehingga ke marker yang kedua,atlet B pula perlu menghantar kepada atlet A.Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan ketepatan dan dapat menguasai kemahiran ini dengan betul.

Drill 2:

1)Atlet A akan mula membuat hantaran dengan menggelecek bola menyeberangi kawasan segi empat yang telah ditanda.Kemudian apabila ditengah-tengah,atlet tersebut perlu menghantar bola tersebut kepada atlet B dan terus berlari ke skitel ketiga. 2)Atlet C dan juga D juga perlu melakukan perkara yang sama secara serentak dengan atlet A dan juga B. 3)Selepas habis,tukar arah pergerakan dimana atlet B dan D pula akan menggelecek kemudian menghantar bola kepada atlet A dan C.
1 4 2 3

4)Ulang beberapa set untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Permainan Kecil (20 Minit) a) 1)Atlet dibahagikan kepada dua kumpulan 2)Setiap kumpulan diberi sepuluh biji bola hoki. 3)Setiap kumpulan perlu menghabiskan kesepuluh bola dengan mengambilkira kumpulan mana yang paling pantas menghantar bola ke hujung garisan penamat. 4)Pemenang dikira berdasarkan masa yang terpantas bagi kumpulan yang berjaya menghabiskan hantaran bola.

Gerak kendur (15 minit)

a)Regang perlahan:

1)Atlet disarankan membuat penyejukan badan secara individu dan dibantu oleh pasangan.Antara regangan yang boleh dilakukan ialah:i-Regangan belakang (bahagian bawah badan, pinggul lutut dan bahu)

ii-Melengkungkan bahagian belakang Ambil posisi seperti rajah sebelah. lengkungkan bahagian belakang dan naikkan dada dan kepala dengan menolak tangan dari lantai. Tahan selama tiga kiraan dan lepaskan. Ulang sebanyak empat kali. b)Lakukan beberapa pergerakan seni perlahan seperti Tai chi. Menarik nafas dengan perlahan-lahan dan menghembus keluar dengan kuat.

Anda mungkin juga menyukai