Anda di halaman 1dari 35

PRiNSiP-PRiNSiP DaLaM PeNGaJaRaN BaHaSa

1.0 PENDAHULUAN

Tajuk perbincangan ini aalah mengenai prinsip-prinsip yang harus dipegang oleh seorang guru dalam pengajaran khasnya pengajaran bahasa. Guru bahasa perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara bahasa itu diajarkan atau dipelajari. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teoriteori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.

2.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAH ALIRAN BEHAVIORISME

Teori

behaviorisme

beranggapan

bahawa

bahasa

diperolehi

melalui

proses

pengulangan Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui

ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistic Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa metsilah didahulukan bahasa lisan.

Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah muridmurid dapat menguasai system bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian,

keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi

hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut dari berasa bosan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu : Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran ahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.

Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru da murid dan keempat dengan cara

mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif

menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

3.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN MENTALISME

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistic aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhaap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa muridmurid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsp ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai cirri-ciri

pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus

menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam system bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,

penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus ata konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ??? Contoh

4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN INTERAKSIONALISME

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi

banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah

Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsure iaitu makna dan struktur bahasa.

Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid

berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

5.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN FUNGSIONALIS

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.

Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.

Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.

Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya. Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentukbentuk bahasa yang mereka kuasai.

6.0 PRINSIP-PRINSIP UMUM

Prinsip pertama adalah bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati. Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka. Ia juga boleh diterima oleh masyarakat dan penutur jati bahasa itu. Bahasa itu juga mestilah standard. Selain itu, perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu.

Prinsip kedua adalah pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Pengajaran lisan penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak. Mengikut Awang Mohammad Amin (Kamarudin, 2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan pertama, seorang anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah daripada orang-orang yang hamper dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga atau penjaganya.

Perkara kedua penting ialah kerana lisan adalah lebih senang dikuasai daripada perkara-perkara lain yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lisan adalah punca kepada

segala kemahiran yang lain. Ini bermakna kemahiran mendengar dan bertuutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.

Prinsip ketiga adalah bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.

(a)

Pemilihan

bahan-bahan

pengajaran

Pemilihan bahan-bahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan iaitu yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian pelajar-pelajar itu.

(b)

Penyusunan

bahan-bahan

pengajaran

Bahan-bahan pengajaran harus disusun supaya perkembangannya maju iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Susunan bahan-bahan pengajaran dapat mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar-kacir.

(c)

Kawalan

bahan-bahan

pengajaran

Ini adalah bertujuan supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

(d)

Pemeringkatan

bahan-bahan

pengajaran

Bahan-ahan pengajaran yang hendak disampaikan itu seharusnya dirancangkan terleih dahulu kerana dari segi belakang keluarga, pengalaman, kecenderungan dan kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza. Selain daripada pemilihan dan susunan yang dilakukan, bahan-bahan itu juga perlu diperingkat-peringkatkan mengikut kesesuaian.

Prinsip keempat adalah penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu mendengar, bertutur, mambaca dan menulis. Mengikut prinsip ini, mendengar dan bertutur perlu diajar terlebih dahulu dan kemudian baharulah membaca dan menulis. Oleh itu sebutan guru itu hendaklah jelas dan terang yang mana ia menjadi contoh yang

baik bagi murid-murid. Sebutan yang betul akan terbawa kepada bacaan yang mengikut cirri-ciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini akan dirakamkan ke dalam bentuk tulisan. Prinsip ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus dilakukan mengikut susunan, iaitu satu kemahiran disusuli dengan kemahiran yang satu lagi.

Prinsip kelima adalah aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah diadakan. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermakna adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai menarik minat muridmurid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran guru itu. Jadi guru mestilah aktif dan Menggunakan alat-alat Bantu mengajar yang sesuai supaya murid-murid tidak berasa bosan. Manakala kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik.

Prinsip keenam adalah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hati-hati.

Prinsip ketujuh adalah mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan hasilnya juga akan berkesan.

Manakala prinsip kelapan merupakan penilaian pengajaran yang diberikan. Seseorang guru yang dedikasi dan cekap harus dapat menilai pekerjaannya sendiri supaya dia menyedari adakah pekerjaannya itu benar-benar mengikut dasar-dasar pengajaran yang baik. Jika sekiranya terdapat beberapa kekurangan dalam pengajarannya itu maka dia harus segera membetulkannya. Guru yang baik akan sentiasa berusaha mengatasi kekurangan-kekurangan sendiri dengan menyediakan kelengkapan-

kelengkapan yang lebih bermutu.

7.0 PENUTUP

Sebagai kesmpulannya, terdapat empat prinsip pengajaran yang mengikut falsafah masing-masing. Pertama prinsip yang berfalsafahkan aliran Behaviorisme iaitu mengutamakan bahasa lisan dalam pengajaran. Manakala aliran Mentalisme menganggap pembelajaran bahasa adalah satu proses pemikiran. Aliran

Interaksionalisme pula mempunyai prinsip yang mana penyampaian makna amat penting dalam sesuatu komunikasi bahasa dan seterusnya aliran Fungsionalisme menekankan system tatabahasa dan fungsi adalah dua perkara yang diutamakan.

Seseorang guru itu tidak patut berpegang sama ada pada prinsip-prinsip Behaviorisme atau prinsip-prinsip Mentalisme. Ini adalah kerana cara pembelajaran seseorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah tidak sama. Kedua-duanya boleh saja digabungkan dalam pengajaran seseorang guru itu kerana seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini kedua-dua teori tersebut adalah saling melengkapi. Prinsip-prinsip dari golongan tersebut hanya sebagai jalan keluar bagi guru tersebut dalam menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi tidak kira dalam pengajarannya atau dalam pembelajaran pelajarnya. Dengan berbekalkan pengalaman yang sedia ada dari guru itu dan menerapkan prinsip-prinsip yang tersebut di atas maka pengajaran yang disampaikan akan lebih efisen dan akan lebih terjamin mutunya.

Rujukan: Abd Aziz Abd Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997), Pengajian Melayu I, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, (1998), KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

______________, (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

_____________, (2001), Pedagogi Bahasa Perkaedahan, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

PEDAGOGI BAHASA MELAYU PISMP

1. PENGENALAN Perkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu Psikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia. Dalam matapelajaran Pedagogi Bahasa Melayu ini, membicarakan mengenai bahasa yang diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam teori huraian bahasa Yang teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi. Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa. Teori pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu teori pemerolehan bahasa aliran Behaviurisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa aliran mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday. Dalam menjalankan sesi pangajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan

pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran

interaksionalis, dan aliran konstruktivisme. Penjelasan mengenai teori huraian bahasa, teori pemerolehan bahasa dan juga jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik akan diperjelaskan secara terperinci lagi dalam hasil tugasan disebelah. 2. TEORI HURAIAN BAHASA

2.1. Nahu Tradisional

Teori nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.

2.2. Struktural

Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori olehEdwa rd Sapir,Bloomfielddan Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubahubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa

juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

2.3. Transformasi Generatif

Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam choamsky. Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan symbol-simbol tertentu untuk

menganalisis setiap nahu. 2.4. Teori Fungsional Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins.Teori ini mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

3. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

3.1. Teori Behaviurisme

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan. Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah muridmurid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah. Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang

dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu : Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku. Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.

Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara

mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan

induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif

menggunakan model: Contoh???? Generalisasi 3.2. Teori Mentalis

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran,

pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa muridmurid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini

mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhatihati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus

menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,

penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ??? Contoh

3.3. Teori konstruktivisme Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi

bahasa

itu.

Ini bermakna mereka

menegaskan bahasa sebagai

alat

untuk

berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis. Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada muridmurid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu. Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik. Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya. Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

3.4. Teori Interaksionalisme Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang- undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut: Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan

hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi. Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa. Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka muridmurid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

4. JENIS STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

4.1. STRATEGI

4.1.1. Definisi strategi Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. 4.1.2. Pengaplikasian strategi pengajaran bahasa

4.1.2.1. Berpusatkan guru Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan

guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita. 4.1.2.2. Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini. Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.1.2.3. Berpusatkan bahan Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah. Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alatalat teknologi. Selain itu, bahan yang ingin dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini, pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat generalisasi mengenai perkara yang dipelajari. Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam pengajaran. Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada peringkat terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal. Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Guru akan dapat mengenal

pasti kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan. Strategi pengajaran induktif Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan

pengajaran induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru perlulah menentukan struktur isi yang hendak disampaikan. Kemudian setelah aspek bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah merancang dengan memecahkan isi tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka. Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual yang melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pengajaran dan kemudian kesimpulan.

4.2.2.3. Elektik Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada keduadua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan manamana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar. Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan. Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat

perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan. Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif. Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar.

4.2.2.4. Komunikatik Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih

mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari. 4.3. KAEDAH

4.3.1. Definisi kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

4.3.2. Jenis-jenis kaedah

4.3.2.1. Kaedah natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan- pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Menurut Krashen dan Terrell (1983 :9) menyebut pendekatan ini sebagai natural, psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan sebagainya. Kaedah ini Melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.

Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan pembelajaran (learning). Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna. Kedua ialah Pembelajaran.Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pemetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian. Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal), sambil memberi klue non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut. Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.

4.3.2.2. Kaedah nahu tradisional Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang mementingkan bahasa tulisan daripada lisan. Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undangundang nahu ini perlu dihafal. Pelajar- pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu

berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

4.3.2.3. Kaedah terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun19201935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.

kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman- pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

4.3.2.4. Kaedah ajuk hafaz Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,

perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialogdengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian- bahagiannya.

Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk .

4.3.2.5. Kaedah linguistik Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain- lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi- bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

4.3.2.6. Kaedah kod kognitif Kaedah ini adalag berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental.

J.B

Carroll

menyatakan

bahawa

kaedah

ini

merupakan

pembaharuan

&

pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus- rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat. Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum- hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

4.3.2.7. Kaedah bahasa komuniti Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural. Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah

mengemukakan satu teori bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai Bahasa Sebagai Proses Sosial Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kongnitif dan afektif. Inilah yang disebut sebagai pembelajaran Whole Person. Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu

diperkembangkan. Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan

perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar. Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain. Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain. 4.3.2.8. Kaedah Oral Aural Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

4.4. TEKNIK

4.4.1. Definisi Teknik Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan 4.4.2. Jenis teknik

4.4.2.1. Teknik drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap penerangannya Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolaholah hidup utk obejktif P & P. Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip. Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga

dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan berbagai-bagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid 4.4.2.2. Teknik latih tubi Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada muridmurid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal. 4.4.2.3. Teknik permainan bahasa Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya ialah Permainan menyampaikan pesan, Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya, Permainan menikam angka, Slip undian.

Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.

4.4.2.4. Teknik bercerita Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Teknik bercerita ini adalah merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya pelajaran disampaikan menyentuh dan

membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka. Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu. Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin disampaikan. Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami. Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah mengadakan sesi penilaian terhadap murid .

http://www.scribd.com/doc/17294638/Pedagogi-Bahasa-Melayu-Pismp-Bm

Anda mungkin juga menyukai