Anda di halaman 1dari 4

Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran masteri murid
diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta
dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan


pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta
berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan
penentuan hasil pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan
diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan
dengan aktiviti pemulihan.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu Dilaksanakan oleh guru .
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru.
Antaranya:

 kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza


 kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
 kemudahan yang ada
 masa yang diperuntukan
Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang
kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu
yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan
dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali
murid mereka.

Pentingnya Pembelajaran Masteri

1. Sekiranya anda mengkaji keputusan peperiksaan awam setiap tahun seperti UPSR, PMR,
SPM dan STPM anda akan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan pelajar yang
belum mencapai tahap yang minimum dalam beberapa mata pelajaran.
2. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah itu ialah
melalui pembelajaran masteri.
3. Jadi, anda harus melaksanakan pembelajaran masteri kerana:
a. anda hendak meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya
rendah
b. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah
mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang
tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk
menguasai sesuatu perkara yang diajar.

onsep Pembelajaran Masteri

1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya


pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
2. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu
prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar
sekiranya:
a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti
3. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat
menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum
ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

 Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:

a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;


b. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
c. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
d. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi
pelajar berdikari.

 Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
anda:

a. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan
kepada pelajar
b. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
c. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan
menghayati sesuatu perkara;
d. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai
perkara yang telah diajar; dan
e. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri

1. Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk
melaksanakannya.
2. Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;
b. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
c. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
d. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
3. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat
sekurang-kurangnya markah 80%
4. Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu
harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.


2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran
masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan
KBSM secara tersirat.
3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
pembelajaran masteri;
c. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
dapat menjadi pelajar berdikari;
d. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui
ujian diagnostik;
e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
f. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
4. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah
dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
5. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-
rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
6. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
7. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai
sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya
pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.
Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri

1. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk
belajar dan menguasai apa yang diajar.
2. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di
antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
3. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
a. tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
b. belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
c. betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
d. memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
e. membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
4. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Rumusan

1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk


memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
2. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu
prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup
dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
3. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:
a. menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai;
b. mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
c. mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar;
d. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
e. menilai secara formatif dan sumatif; dan
f. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
4. Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga
menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar.
5. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan
dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan
ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain.
6. Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan
pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai