Anda di halaman 1dari 39

Jahi tan Asa s Dan Hia san |1

UNIT PELAJARAN 2 JAHITAN ASAS DAN HIASAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan jenis-jenis jahitan sementara 2. Menerangkan ciri, fungsi dan langkah-langkah menjahit jahitan sementara. 3. Menyenaraikan jenis-jenis jahitan kekal. 4. Menerangkan ciri, kegunaan dan langkah-langkah menjahit jahitan kekal. 5. Menyenaraikan jenis-jenis jahitan hiasan. 6. Menerangkan ciri,kegunaan dan langkah-langkah menjahit jahitan hiasan.

PENGENALAN
Kemahiran menjahit jahitan-jahitan asas adalah penting untuk menghasilkan pakaian yang kemas dan kukuh. Jahitan perlu dimulakan, dijahit dan disudahkan dengan cara yang betul. Menyimpul benang untuk memula dan mematikan jahitan adalah cara yang salah. Sebaliknya jahitan kia perlu digunakan untuk tujuan tersebut. Jahitan asas dibahagikan kepada jahitan sementara, jahitan kekal untuk mencantum fabrik, jahitan pengemas tepi dan jahitan untuk menetapkan kelepet.

ISI KANDUNGAN
Jahitan Sementara
Ciri Dan Fungsi Jahitan Sementara
1. Jahitan ini dibuat untuk tujuan sementara iaitu bagi memudahkan menjahit proses-proses tertentu pada pakaian. Setelah selesai, jahitan sementara akan dibuka semula. 2. Fungsinya ialah untuk menetapkan kedudukan kepingan-kepingan fabrik sebelum dijahit contohnya menetapkan kedudukan lisu untuk memudahkan kerja-kerja menjahit. 3. Jahitan sementara tidak kukuh untuk memudahkan kerja-kerja membuka semula jahitan sementara selepas dijahit.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |2 4. Gunakan benang jenis halus dan lembut supaya tidak meninggalkan kesan pada fabrik.Benang yang murah dan rendah kualiti digunakan supaya lebih menjimatkan. 5. Jenis jahitan sementara yang digunakan mestilah sesuai dengan fungsi dan tujuan. Contohnya untuk menanda fabrik, jelujur tanda digunakan bagi menanda fabrik nipis seperti fabrik voil dan lace.Untuk menghias pakaian contohnya jahitan jelujur, insang pari dan silang pangkah selain berfungsi sebagai jahitan sementara ia juga berfungsi sebagai jahitan hiasan.

Langkah-Langkah Menjahit Jahitan Sementara


a) Jahit Tanda Jahitan ini sesuai untuk menanda tanda-tanda pola pada fabrik yang hendak dijahit. Ia menentukan supaya kedua-dua belah fabrik ditanda bersama. Jahitan ini menggunakan dua lembar benang. Mula menjahit dari arah kanan ke kiri.

Temukan dua lapis fabrik.

Jahit di atas garisan pemadan. Buatkan satu mata jahitan bersaiz 1 cm.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |3

Tarik jarum dan benang sehingga tinggal 1.3 cm.

Masukkan semula jarum dan keluarkan di tempat yang sama di mana benang yang mula dan benang yang keluar pada langkah sebelumnya.

Tarik jarum dan benang. Tinggalkan gelung 2.5 cm panjang. Gunting dan tinggalkan benang selepas gelung 1.3 cm panjang.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |4 Gunakan langkah yang sama. Buat seberapa banyak lagi jelujur tanda di garisan pemadan. Lebihkan jelujur tanda pada bahagian melengkung berbanding bahagian yang lurus pada fabrik yang hendak ditanda.

Pisahkan kedua lapisan fabrik yang ditanda dan regangkan diantaranya sehingga gelung di sebelah luar fabrik menjadi rata. Gunting benang di antara fabrik.

Hasilnya ialah jelujur tanda di keduadua lapis fabrik.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |5 b) Jelujur Sama Jelujur ini selalunya digunakan untuk menanda garis tengah hadapan atau belakang badan dan lisu.

Mulakan menjahit dari arah kanan ke kiri. Mulakan jahitan dengan jahit kia selebar 0.3cm

Buatkan jahitan pertama sepanjang 0.6 cm Jarak diantara jahitan juga sepanjang 0.6 cm. Buatkan jahitan seterusnya juga dengan ukuran yang sama iaitu 0.6 cm.

Ulangi langkah sehingga selesai bahagian yang hendak dijahit. Matikan jahitan dengan jahit kia.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |6 c) Jelujur Panjang Pendek Jahitan ini digunakan untuk menyambung sementara dua keping fabrik. Ia dijahit dari arah kanan ke kiri.

Mulakan jahitan dengan jahit kia selebar 0.3cm Buatkan jahitan pertama sepanjang 1.3 cm

Jahit sama seperti cara menjahit jelujur sama. Mula dan matikan jahitan dengan jahit kia. Lebar mata jahitan ialah 1.3 cm dan jarak antara mata jahitan ialah 0.6 cm.

Ulang langkah menjahit.

sehingga

selesai

Jahi tan Asa s Dan Hia san |7 d) Jahit Tegak Jahitan ini digunakan sebagai jahitan sementara untuk menetapkan kedudukan lisu seiring, lisu setentang, lisu terbalik dan kolar sebelum dijahit..

Mulakan jahitan dengan jahit kia selebar 0.3cm

Jahit menegak dari atas ke bawah selebar 1 cm. Mata jarum serongkan ke kiri selari dengan benang yang mula dengan jarak 1 cm.

Ulangi langkah yang sama sehingga selesai menjahit. Matikan dengan jahit kia.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |8 e) Jahit Lilit Kemas Cara menjahitnya serupa dengan Jahit Lilit Ubi tetapi ia dijahit dari kiri ke kanan. Jahitan ini merupakan jahitan yang tetap. Ia dijahit di tepi fabrik yang tidak berjerumbai.

Cucuk jarum di lipatan fabrik di bahagian hadapan dari sebelah kiri. Tarik benang. Hujung benang diselit lipatan fabrik hadapan. di dalam

Bawa jarum ke bahagian belakang. Cucuk jarum ke bahagian hadapan dalam kedudukan menegak.

Tarik jarum dan benang. Mata jahitan didapati dalam kedudukan menyerong menghala ke kiri. Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai.

Jahi tan Asa s Dan Hia san |9 f) Jahit Insang Pari Jahitan tetap yang boleh digunakan untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan hiasan. Jahitan ini dijahit dari kiri ke kanan. Bagi mendapatkan hasil jahitan yang cantik, insang pari yang dihasilkan mestilah sama besar dan sama tinggi.

Buat tiga mata jahitan jelujur halus dalam kedudukan menegak di sebelah kiri untuk memulakan jahitan.

Jahit tegak di atas jelujur halus.Cucuk jarum menghala ke belakang dalam kedudukan jarum menegak. Lalukan benang di bawah jarum.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 10

Tarik jarum dan benang hingga gelung benang rapat ke tepi lipatan fabrik.

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai. Pastikan jarum sentiasa dalam kedudukan menegak.

g) Jahit Sembat Kegunaannya ialah untuk menyudahkan lapik dan kelepet pada pakaian. Dijahit dari arah kanan ke kiri.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 11

Cucuk jarum dari sebelah dalam kanan fabrik untuk memulakan jahitan.

Jahit cubit beberapa lembar benang di bawah kelepet dan cucuk jarum dalam kedudukan 30o. Tarik jarum dan benang hingga rapat ke tepi kelepet. Kelihatan jahitan sembat yang serong menghala ke kiri.

Ulangi langkah yang sama sehingga selesai menjahit keseluruhan kelepet.

h) Jahit Sembat Susup Jahitan tetap yang boleh digunakan untuk menyudahkan tepi kelepet lengan baju, skirt, blaus dan lapik lubang lengan sebab jahitannnya halus dan tidak begitu kelihatan di sebelah luar.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 12

Lipat lebar kelepet yang dikehendaki. Tetapkan kedudukan kelepet dengan jahitan jelujur.

Lipat kelepet yang hendak dijahit ke belakang supaya sedikit sahaja bahagian bawah kelepet yang kelihatan.

Cucuk jarum dari sebelah dalam kelepet. Tarik keluar benang. Jahit cubit beberapa lembar benang pada fabrik di bahagian bawah kelepet dan cucuk jarum menghala ke atas kelepet.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 13

Dari arah benang keluar, cucuk jarum melalui lipatan fabrik kelepet sahaja menghala ke kiri selebar 1cm dan keluarkan jarum. Tarik jarum dan benang hingga ke hujung.

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai. Pastikan jarum sentiasa dalam kedudukan menegak.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 14 i) Jahit Silang Pangkah Jahitan tetap yang boleh digunakan untuk menyudahkan tepi lapik, kelepet hujung lengan, blaus, skirt dan gaun. Juga boleh berfungsi sebagai hiasan. Dijahit dari kanan ke kiri.

Sediakan lipatan kelepet. Cucuk jarum dari arah sebelah dalam di tepi lipatan kelepet di hujung sebelah kanan. Tarik jarum dan benang.

Jahit cubit dengan kedudukan jarum melintang arah ke kanan pada fabrik selari dengan tepi kelepet dalam kedudukan menyerong ke kiri.

Tarik jarum dan benang hingga benang rapat ke tepi lipatan fabrik untuk mendapatkan jahitan seperti sembat yang berukuran 0.6 cm.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 15 Cubit fabrik kelepet selebar 0.3cm menghala ke kanan pada jarak 0.6cm 1.3 cm jahitan selari dengan jahitan yang mula.

Ulangi semula setiap langkah untuk menjahit jahitan Silang Pangkah hingga selesai.

Jahitan Kekal
Ciri Dan Fungsi Jahitan Kekal
1. 2. 3. 4. Jahitan kekal ialah jahitan tetap. Tidak seperti jahitan sementara ia perlulah dijahit dengan kukuh. Benang yang digunakan mestilah sama jenis dengan fabrik. Warna benang hendaklah padan dengan warna fabrik. Jika tidak ada benang yang sama warna pilihlah benang yang gelap sedikit dengan fabrik. 5. Kegunaannya ialah untuk menyambung kepingan-kepingan fabrik.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 16

Langkah-Langkah Menjahit
a) Jahit Mesin Jahitan ini digunakan untuk mencantum kepingan fabrik menggunakan mesin jahit.

Jahit lurus. Digunakan untuk mencantum kelim, menjahit zip, menjahit lisu hias dan lain-lain. Saiz mata jahitan mengikut kesesuaian dan ketebalan fabrik.

Jahit lengkung. Digunakan untuk menjahit garis puteri, garis leher dan garis stail lain pada pakaian.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 17 b) Jelujur Halus Jahitan ini halus. Saiz mata jahitan dan ruang di antara mata jahitan ialah antara 0.2 cm hingga 0.3 cm. Saiz jahitan dan ruang sama lebar. Digunakan untuk menyambung sementara dua keping fabrik. Ia juga boleh digunakan untuk menanda kedudukan lubang butang, membuat jahitan untuk kedut dan juga sebagai hiasan. Ia dijahit dari arah kanan ke kiri.

Mulakan jahitan dengan jahit kia selebar 0.3cm Buatkan jahitan selebar 0.3 cm.

Jahit sama seperti cara menjahit jelujur sama. Mula dan matikan jahitan dengan jahit kia. Lebar mata jahitan ialah 0.2 cm hingga 0.3 cm dengan jarak yang sama saiz.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 18

Ulangi langkah yang sama sehingga selesai menjahit.

c) Jahit Kia Jahit Kia digunakan untuk menyambung dua keping fabrik menggantikan jahit mesin malah jahitannya pun kukuh seperti jahitan mesin. Rupanya di sebelah luar sama seperti jahitan mesin tetapi di sebelah dalam sama seperti Jahit Batang. Ia juga boleh berfungsi sebagai hiasan. Dijahit dari kanan ke kiri. Benang yang digunakan sama warna dengan fabrik.

Mulakan dengan jahitan selebar 0.3 cm. Masukkan jarum di pangkal mata jahitan dan keluarkan 0.3 cm ke kiri dan tarik keluar bersama benang.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 19

Tinggalkan sedikit hujung benang.

Masukkan semula jarum di pangkal jahitan yang mula dan keluarkan 0.3 cm selepas benang yang akhir. Tarik benang.

Patah balik semula jarum di hujung jahitan kia yang pertama dan keluarkan 0.3 cm selepas hujung benang. Tarik benang.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 20

Ulangi semula semua sehingga selesai menjahit.

langkah

d) Jahit Lilit Ubi Jahitan ini teguh. Ia digunakan untuk menyambung dua keping fabrik yang sudah dikemaskan, menyudahkan proses menjahit kun dan untuk menyudahkan tampalan di atas fabrik.

Temukan sebelah dalam dan tepi fabrik bersama. Jelujur.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 21

Cucuk jarum di lipatan fabrik di bahagian hadapan dari sebelah kanan. Tarik benang. Hujung benang diselit lipatan fabrik hadapan. di dalam

Bawa jarum ke bahagian belakang. Cucuk jarum ke bahagian hadapan dalam kedudukan menegak. Tarik jarum dan benang. Mata jahitan didapati dalam kedudukan menyerong menghala ke kanan. Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai.

Jahitan Hiasan
Juga dikenali sebagai Jahitan Sulaman. Dijahit pada bahagian tertentu pakaian atau artikel kelengkapan rumah tangga supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Kombinasi warna benang dan fabrik serta jahitan hiasan yang sesuai dengan sedikit sentuhan kreativiti akan menghasilkan jahitan sulaman yang cantik dan memukau walaupun dengan rekaan corak yang simple.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 22 a) Jahit Batang

Cucuk jarum dari bahagian bawah fabrik sulaman. Tarik keluar benang sulam.

Cucuk jarum pada fabrik selebar 0.3cm menghala ke arah benang yang mula jarak hujung jarum 0.3 cm untuk sampai ke benang yang mula.

Tarik jarum dan benang hingga benang rapat ke fabrik. Ulangi langkah beberapa kali untuk mendapatkan jahit batang yang dikehendaki.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 23

Jahit Batang yang sudah siap.

b) Jahit Kuku Kambing

Cucuk jarum dari bahagian bawah fabrik sulaman. Tarik keluar benang sulam.

Kedudukan jarum seperti bentuk V selari dengan jahitan yang mula. Lalukan benang di bawah jarum.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 24

Tarik jarum dan benang hingga benang rapat ke fabrik dan kedudukan benang kemas.

Cucuk jarum ke bawah V. Keluarkan jarum ke sebelah kiri selari dengan benang yang mula.

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai dan mengikut bentuk yang dikehendaki.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 25

Jahit Kuku Kambing yang telah siap.

c) Jahit Suji Bilang

Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik. Dengan kedudukan menyerong menghala ke kanan pada jarak 0.5 cm. Cucuk jarum menegak mengikut saiz yang dikehendaki. Hujung jarum selari dengan benang yang mula pada jarak 0.5 cm.

Ulang langkah untuk mendapatkan beberapa jahitan menyerong.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 26

Balikkan benang ke bawah jelujur serong yang pertama selari dengan bahagian atasnya.

Cucuk jarum sehingga mendapat bentuk X. Hujungnya bertemu dengan bahagian atas jelujur serong yang kedua.

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama. Pastikan jarum sentiasa dalam kedudukan menegak.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 27

Jahit Suji Bilang yang telah siap.

d) Jahit Chevron

Cucuk jarum dari bahagian bawah fabrik sulaman. Tarik keluar benang sulam.

Cucuk jarum dari arah kiri ke kanan dalam kedudukan mendatar yang selari. Saiz fabrik yang dicubit ialah 0.3 cm dan hampir sampai ke benang yang mula juga pada jarak 0.3cm.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 28

Tarik jarum dan benang benang rapat ke fabrik.

hingga

Pada jarak yang sesuai cucuk jarum di bahagian atas. Hujung kiri fabrik yang dicubit mesti selari dengan hujung jahitan yang kanan.

Cucuk dan keluarkan jarum pada jarak 0.3 cm hingga hujungnya bertemu dengan jahitan yang mula di sebelah atas jahitan.

Cucuk dan tarik benang bentuk silang pangkah.

seperti

Dibawah jahitan cucuk pula jarum melintang ke kiri. Tarik benang.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 29

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai. Pastikan jarum sentiasa dalam kedudukan melintang.

e) Jahit Simpul Perancis

Cucuk jarum dari bahagian bawah fabrik sulaman. Tarik keluar benang sulam.

Cubit fabrik berhampiran yang keluar.

benang

Jangan tarik jarum atau benang.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 30

Ambil benang yang keluar dari fabrik dan lilit sebanyak lima kali di sekeliling jarum.

Tarik benang supaya berkumpul di bawah jarum. Pegang benang dengan tangan kiri tapi jangan terlalu ketat. Tarik jarum serentak dengan tangan kanan.

Setelah keseluruhan benang keluar dari fabrik, tarik gelungan benang ke bawah supaya berkumpul dan rapat ke bawah.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 31

Cucuk jarum ke bawah dekat dengan simpulan benang.

Simpul perancis yang telah siap.

f) Jahit Rantai

Cucuk jarum dari bahagian bawah fabrik sulaman. Tarik keluar benang sulam.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 32

Cucuk jarum ikut saiz jarak yang dikehendaki dekat benang yang keluar. Lalukan benang di bawah jarum.

Tarik jarum dan benang benang rapat ke fabrik.

hingga

Teruskan menjahit. Ulang langkah yang sama untuk mendapat jahitan yang kedua.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 33

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai. Pastikan jarum sentiasa dalam kedudukan menegak.

Jahit rantai yang telah siap.

g) Jahit Sulam Padu

Cucuk jarum dari bahagian bawah fabrik sulaman. Tarik keluar benang sulam.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 34

Jahit keluar masuk mengikut bentuk yang dikehendaki.

Pastikan jarak jahitan rapat. Hujung benang yang masuk dan keluar mesti selari dan sama supaya jahitan tampak kemas.

Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai.

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 35

Jahit sulam padu yang rapat dan kemas.

h) Contoh Variasi Jahitan Sulaman

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 36

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 37

RINGKASAN
1. Jahitan ini dibuat untuk tujuan sementara iaitu bagi memudahkan menjahit proses-proses tertentu pada pakaian. Setelah selesai, jahitan sementara akan dibuka semula. 2. Jahitan kekal ialah jahitan tetap dan perlulah dijahit dengan kukuh. 3. Juga dikenali sebagai Jahitan Sulaman. Dijahit pada bahagian tertentu pakaian atau artikel kelengkapan rumah tangga supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

PETA KONSEP
Jahitan asas dan hiasan Jahitan Sementara Jahitan Kekal

Jahit jelujur sama Jahit jelujur panjang pendek Jahit tegak Jahit lilit kemas Jahit insang pari Jahit sembat Jahit sembat susup Jahit silang pangkah

Jahitan Hiasan

Jahit mesin Jahit jelujur halus Jahit kia Jahit lilit ubi

Jahit mesin Jahit jelujur halus Jahit kia Jahit lilit ubi Jahit Batang Jahit kuku kambing Jahit suji bilang Jahit Chevron Jahit simpul Perancis Jahit rantai Jahit sulam padu

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 38

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Jahitan sementara Jahitan kekal Jahitan hiasan Jahit jelujur sama Jahit jelujur panjang pendek Jahit tegak Jahit lilit kemas Jahit insang pari Jahit sembat 12. Jahit mesin 13. Jahit jelujur halus 14. Jahit kia 15. Jahit lilit ubi 16. Jahit Batang 17. Jahit kuku kambing 18. Jahit suji bilang 19. Jahit Chevron 20. Jahit simpul Perancis 21. Jahit rantai 22. Jahit sulam padu

10. Jahit sembat susup 11. Jahit silang pangkah

PENILAIAN KENDIRI

1. Anda dikehendaki menyediakan 21 keping fabrik polos berwarna pastel/lembut yang bersaiz 15cm X 20cm dan dikehendaki menyediakan jahitan tersebut: Jahit jelujur sama Jahit jelujur panjang pendek Jahit tegak Jahit lilit kemas Jahit insang pari Jahit sembat Jahit sembat susup Jahit silang pangkah Jahit mesin Jahit jelujur halus Jahit kia Jahit lilit ubi Jahit batang Jahit kuku kambing Jahit suji bilang Jahit chevron Jahit simpul perancis Jahit rantai Jahit sulam padu

J a h i t a n A s a s D a n H i a s a n | 39

RUJUKAN
Azmawati Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azmawati Abdul Aziz, Lamah Abdul Ghani & Zaitun Zakiah. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Faudziah Md Din, Nor Hababiah Hassan & Zahrah Esa (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Petaling Jaya. Karya Bistari Sdn. Bhd. Rosli Ibrahim & Salomah Ahmad. (2007). Ekonomi Rumah Tangga, Manual Lanjutan KHB, Selangor Darul Ehsan : Sasbadi Sdn Bhd. Susan Manikam. (1988). Sains Rumahtangga SRP, Johor Bahru. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Wong Siew Foong, Fatimah Binti Jailani, Vickneswary a/p Sithamparappillai. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4, Batu Pahat. Zeti Enterprise. Zaitun Zakiah & Norzaini Abdul Ghani. (2006). Membuat Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.