Anda di halaman 1dari 35

BELAH

PAKAIAN
( OPENING )



BELAH
Fungsi
Faktor pemilihan
Jenis-jenis belah:
Belah kelepet sama lebar, belah
berzip dan belah berkun
Cara menjahit

OBJEKTIF
OBJEKTIF AM :
Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :-
Mengetahui dan memahami definisi belah dengan
tepat.
Memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik
menjahit belah pada pakaian.
OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat :-
Menyenaraikan jenis-jenis belah.
Menyatakan dengan jelas faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan belah pada pakaian.
Menerangkan ciri-ciri belah dengan tepat.
Menyatakan dan menerangkan langkah-langkah
membuat belah dengan jelas.
Menjahit belah dengan elok dan kemas.
PENGENALAN
Belah memainkan peranan tersendiri pada pakaian.
Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk memakai
sehelai pakaian yang ketat dan sendat tanpa belah
pada pakaian? Di dalam bab ini kita akan belajar
apakah belah dan bagaimana ia dibuat. Belah
hendaklah teguh supaya tahan lasak. Keteguhan
belah bergantung kepada panjangnya, jenis
belahnya dan jahitan pada pangkalnya. Belah
biasanya dibuat pada leher pakaian, pergelangan
tangan, pinggang dan lain-lain.
CONTOH BELAH PAKAIAN
( OPENING )
Fungsi Belah
Fungsi belah pada pakaian
Belah dibuat untuk memudahkan pakaian dipakai
dan dilucutkan.
Belah diperlukan terutamanya untuk pakaian yang
ketat atau sama muat dengan badan si pemakai.
Sebagai stail pada pakaian seperti cheongsam, baju
Punjabi, blaus dan sebagainya.
JENIS-JENIS BELAH
Jenis belah yang boleh digunakan
pada pakaian adalah
belah kelepet sama lebar
belah berkun
belah lapik kain selari
belah berzip
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan belah pada pakaian
jenis pakaian yang dibuat sama ada kemeja, baju
kurung, skirt, blaus, baju melayu dan sebagainya
jenis fabrik yang digunakan seperti nipis dan jarang,
tebal dan berat dan fabrik sederhana
stail pakaian seperti longgar, ketat, kembang, A line
kedudukan belah sama ada di GTH, GTB, rusuk, hujung
lengan dan lain-lain
CIRI-CIRI BELAH
belah mestilah rata dan kukuh
belah mestilah cukup panjang supaya senang
memakai dan melucutkan pakaian
tepi kedua-dua belah mesti sama panjang
lapik untuk sesuatu belah mesti cukup lebar supaya
tidak renggang
pangkal belah atau hujung yang tertutup mestilah
kukuh untuk mengelakkannya dari mudah koyak
jika belah dibuat pada kelim, ia mesti dipotong
mengikut ira fabrik
LANGKAH MEMBUAT BELAH
A. Belah Kelepet Sama Lebar

Belah kelepet sama lebar ialah sejenis belah di mana
fabrik di ambil daripada pakaian itu sendiri. Ia adalah
belah yang teguh dan ringkas. Bagi pakaian wanita,
belah di buat pada bahagian kanan menindih bahagian
kiri. Manakala bagi pakaian lelaki pula,bahagian kiri
menindih bahagian kanan.
Antara ciri-ciri belah kelepet sama lebar ialah :
ia sesuai untuk kebanyakan pakaian.
kancing yang sesuai pada belah ini ialah butang dan
lubang butang atau butang katup.
lapik pada belah dipotong sekali dengan bahagian
hadapan atau bahagian belakang pakaian.
lapik ini kemudian dilipat ke sebelah dalam pakaian
mengikut garis lipatan pakaian sebelah kanan dan
kiri.
LANGKAH MEMBUAT BELAH KELEPET SAMA LEBAR
Langkah 1
Jelujur garis tengah hadapan dan garis lipatan pada
badan.
Kemaskan tepi lapik.
Lipatkan lapik mengikut garis lipatan dengan sebelah
luar lapik berhadapan dengan sebelah luar bahagian
badan.
Jelujur lipatan.
Belah Kelepet Sama Lebar
Langkah 2
J ika tidak menggunakan kolar atau lapik
Jelujur dan mesin di sepanjang leher.
Gunting tepi basi sehingga 6 mm dan snip.

Belah Kelepet Sama Lebar
Langkah 3
Sembat tepi bahu bahagian lapik kepada kelim bahu
yang telah dijahit di sebelah dalam.
Ulang langkah 1-3 untuk bahagian sebelah kiri
pakaian.
Jelujur dan mesin di
sepanjang garis leher
B. BELAH BERKUN
Belah ini sesuai untuk fabrik yang nipis.
Jika belah dibuat di leher, kun biasanya
mengelilingi tepi leher.
Ia dikancing dengan butang dan gelung
atau pita rulo.
Belah berkun
LANGKAH MEMBUAT BELAH BERKUN
Langkah 1
Tandakan belah di pakaian dan gunting lurus hingga
ke pangkal.

Langkah 2
Sediakan jalur serong tepat ( 2 kali panjang belah + 2
lipatan + 13 mm) dan (4 kali lebar yang siap).
Lipat dua jalur serong tepat itu dan tekan dengan
seterika, kemudian lipat empat ke sebelah dalam.
Langkah 3

Letakkan sebelah luar jalur ke sebelah luar belah.
Bahagian tepi disamakan.
Semat, jelujur dan mesin 3 mm dari belah. Tiruskan
jahitan mesin ke satu atau dua urat benang di
pangkal belah (X). Lipatan pada jalur mestilah sama
di sepanjang belah itu.3 mm
Cabutkan jelujur.
3 mm
Langkah 4
Lipatkan kelepet jalur itu ke sebelah dalam.
Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin.
Semat, jelujur dan sembat dengan menyusup di
bawah tiap-tiap mata jahitan mesin.

atau
Jalur dilipat ke S.D. dan menutupi bahagian jahitan
mesin, belah ini boleh dimesin di S.L. mengikut tepi
sepanjang jalur.
Cabut benang dan tekan.
Belah Berkun
C. BELAH LAPIK KAIN SELARI
Belah lapik kain selari boleh dibuat sama ada di
bahagian slit atau di bahagian kelim. Slit untuk
belah itu hendaklah digunting dahulu atau kelimnya
disiapkan terlebih dahulu. Belah lapik kain selari ini
digunakan pada fabrik yang nipis kerana fabrik yang
lebih tebal akan menjadikan belah ini terlalu tebal.
Belah jenis ini boleh di dapati pada seluar pendek,
skirt, kain dalam, seluar dalam, belah dipergelangan
lengan bagi lengan pakaian yang panjang, leher
blaus, gaun kanak-kanak dan lain-lain lagi.

LANGKAH MEMBUAT BELAH LAPIK KAIN SELARI
Langkah 1
Sediakan lapik mengikut ira fabrik
(panjang 2 kali panjang belah + 25 mm).


Lapik
Lapik Kain Selari
Langkah 2
Tandakan garis tengah dengan jelujur
Buat satu lipatan 3 mm ke sebelah dalam
Langkah 3
Letakkan sebelah luar lapik ke sebelah luar belah.
Bahagian tepi disamakan.
Semat, jelujur dan mesin 3 mm dari belah. Tiruskan
jahitan mesin ke satu atau dua urat benang di
pangkal belah (X). Lipatan pada lapik mestilah sama
di sepanjang belah itu.
Cabutkan jelujur.
Lapik Kain Selari
Langkah 4
-Lipatkan lapik itu ke sebelah dalam.
Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin
-Semat, jelujur dan jahit.
-Cabut benang dan tekan.
Lapik Kain Selari
Atau
Lipat lebih di atas jahitan mesin, jelujur dan
mesin di tepi S.L. lapik.
Jahit ulat-ulat
D. BELAH BERZIP
Di gunakan pada pakaian seperti seluar, skirt,
pakaian
kanak-kanak, beg dan artikel rumahtangga.
Belah ini menggunakan zip sebagai kancing.
Zip dibuat dengan berlainan berat, lebar, panjang dan
warna untuk disesuaikan dengan fabrik pakaian.
Langkah membuat belah berzip
(Cara Welt Tunggal)
Langkah 1
Susup jahitan mesin di pangkal belah.
Buka dan tekan kelim sama rata.
Belah Berzip (cara welt tunggal)
Langkah 2
Semat dan jelujurkan zip rapat pada tepi lipatan
bahagian belakang belah sampai ke hujungnya.
Atas zip diletak di garisan pemadan (G.P).
Belah Berzip (cara welt tunggal)
Langkah 3
Temu, semat dan jelujur tepi belah bahagian
hadapan.
Pastikan ia bertindih sedikit pada tepi bahagian
belakang.
Jelujur 1 cm ke bawah zip
Langkah 4
Mesin kan zip rapat di tepi belah belakang,
melintang di bawah dan terus mesin 1 cm
lebarnya ke atas dengan penekan zip.
Cabut jelujur
Jahit ulat-ulat pada pangkal zip dengan jahit
silang pangkah pada pita zip di sebelah dalam.
Tekan.
Jahit mesin 0.1 cm
Jahit mesin 1 cm
Jahitan ulat-ulat pada pangkal zip
Langkah membuat belah berzip (Invisible Zip)
Langkah 1
Jelujur di garisan pemadan
Mesin di garisan pemadan hingga 10 cm
sebelum panjang belah.
Terbalikkan ke sebelah dalam dan kemaskan tepi
kelim.
Langkah 2
Letakkan zip yang terbuka, S.L. zip bertemu S.L.
pakaian dengan gigi zip di garisan pemadan.
Semat dan jelujur.
Dengan menggunakan tapak zip invisible,
acu tapak di atas gigi zip dan jahit mesin.
- Belah Berzip
Langkah 3
Buat seperti langkah 2 di sebelah lagi.
Pastikan pita zip adalah di atas basi
kelim.
Belah Berzip
Langkah 4
Tutupkan zip. Dengan menggunakan tapak zip biasa,
dan letakkan di sebelah kiri jarum mesin.
Semat dan jelujur kelim di sepanjang garisan pemadan
yang belum dijahit.
Masukkan jarum ke hujung jahitan dan jahit hingga
bertemu dengan jahitan yang terakhir. Kukuhkan benang.
Tapak zip biasa
Basi kelim
TUGASAN 2
Penghasilan contoh-contoh belah
Pelajar diminta mengaplikasi apa yang telah diajar bagi
menghasilkan contoh-contoh belah pada fabrik
berdasarkan langkah-langkah yang telah diajar sebelum
ini. Contoh belah tersebut adalah
i. belah kelepet sama lebar
ii. belah berkun
iii. belah lapik kain selari
iv. belah berzip (cara welt tunggal)
v. belah berzip menggunakan invisible zip
PERHATIAN :
Sila dapatkan tunjuk ajar daripada
pensyarah sekiranya ada keraguan
atau kemusykilan.

Anda mungkin juga menyukai