Anda di halaman 1dari 9

MEMBUAT PAKAIAN

Terdapat tiga peringkat dalam menghasilkan pakaian,iaitu perancangan,perlaksanaan,dan penilaian.Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja.Perlaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. PENYEDIAAN REKOD PAKAIAN

Membuat pakaian perlu perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran.Perancangan ini dikumpulkan dalam satu dokumen yang dinamakan rekod kerja.

Rekod kerja mengandungi : Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang

1.

2. Fabrik yang digunakan 3. Ukuran badan 4. Proses menjahit 5. Melakar pola 6. Susun atur pola 7. Langkah menjahit 8. Pengiraan kos

( Antara contoh lakaran dalam proses membuat pakaian ) MENGGUNTING FABRIK


Setelah pola disematkan pada fabrik,menggunting boleh dilakukan. Peraturan menggunting fabrik ialah :

1.

gunting fabrik mengikut garisan gunting

2. gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti kepingan yang kecil 3. semasa menggunting,gunakan sebelah tangan untuk menekan dan menetapkan kepingan fabrik yang digunting. 4. elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. LANGKAH MENJAHIT DAN MENEKAN Selepas menggunting,jahit kemas tepi di semua tepi kepingan fabrik kecuali garis leher dan garis pinggang. Langkah menjahit kebaya : Langkah 1 : Jahit lisu cekung badan hadapan dan badan belakang Langkah 2 : Cantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung Langkah 3 : Sediaknan lapik belakang dan lapik hadapan Langkah 4 : Sediakan lidah belah Langkah 5 : Jahit lapik ke garis leher dan siapkan belah berlapik Langkah 6 : Jahit kelim rusuk Langkah 7 :Sediakan lengan Langkah 8:Cantum lengan ke lubang lengan dan kemaskan kelepet di bawah kebaya Langkah 9 : Kemaskan hujung pakaian dengan kelepet melengkung Langkah 10 : Menjahit butang katup di belah berlapik Langkah 11 : Tekan seluruh bahagian pakaian Langkah menjahit skirt Langkah 1 : Jahit lisu pemadan di garis pinggang skirt Langkah 2 : Cantum bahagian kiri dan bahagian kanan skirt hadapan Langkah 3 : Jahit kelim sisi Langkah 4 : Jahit zip belah berzip Langkah 5 : Sediakan dan jahit ikatan pinggang Langkah 6 : Jahit kelepet dihujung skirt Langkah 7 : Menjahit cangkuk dan palang

PENILAIAN KERJA

KRITERIA Rekod kerja lengkap,kemas, dan menarik. Lakaran pandangan hadapan dan pandangan belakang kemas dan jelas. Ciri pakaian lengkap dan jelas. Contoh fabrik disertakan. Senarai ukuran badab lengkap mengikut stail. Langkah menjahit berurutan. Grafik jelas dan lengkap. Pengiraan kos yang tepat.

5 WAJARAN JUMLAH CATATAN 1

1 1

1 JUMLAH

PROSES MENJAHIT DALAM MEMBUAT PAKAIAN Mac 11, 2010

PROSES MENJAHIT

1.0 PENGHILANGAN GELEMBUNG 1.1.1 JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG

Lisu Pemadan

Lisu pemadan ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus ( jika dibuat di bahagian pinggang blaus ). Lisu dibuat di garis leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di pinggang blaus, dan di pinggang skirt atau slek. Ciri-ciri lisu pemadan ialah:

a) bentuknya runcing b) lisu tidak bergulung c) lisu ditekan rata d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus f) tidak ada alur di sebelah luar Proses menyediakan lisu pemadan: 1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus. 2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah. 3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah. 4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau digunting di tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari.

Kedut Lepas

Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik. Ciri-ciri kedut lepas: a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya. b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya. c) Kedut lepas mengikut ira lurus. d) Fabrik tergantung dengan elok. Proses menyediakan Kedut lepas: 1) Tandakan garisan pemadan.

2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan jarak mata jahitan yang sama. 3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan ukuran yang dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan bahagian berkedut ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki. Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian: 1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset. 2. Kedut lepas di hujung lengan. 3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus. 4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt.

Lisu Beriring, Lisu Bertentang, Lisu terbalik

Kedut Berjalur

Lisu Perhiasan

Smoking

2.0 KELIM 2.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENGGUNAAN KELIM 1. Jenis fabrik 2. Kedudukan 3. Fesyen pakaian 4. Jenis pakaian

2.1.1 JENIS-JENIS KELIM

Kelim belah kangkung

Kelim belah kangkung adalah cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel, dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm. Ciri-ciri kelim belah kangkung: a) Lebar kedua-dua basi kelim sama. b) Kelim rata dan terbuka c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar. d) Tidak beralur di sebelah luar Proses menyediakan kelim belah kangkung: 1. Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. 2. Jika perlu, jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan. 3. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan. 4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata. Kaedah mengemaskan kelim belah kangkung dengan jahitan mesin: 1. Lipat tepi setiap basi kelim supaya lebarnya 1.2 cm. 2. Jahit mesin di tepi lipatan. Trim basi jahitan. 3. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

Kelim betawi

Kelim betawi mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabrik nipis kerana kelim ini kukuh. Ciri-ciri Kelim Betawi: a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.

b) Kelim ini tidak beralur di jahitan pertama. c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar. d) Kelim tidak bergulung. e) Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar. Proses menyediakan kelim betawi: 1. Temukan sebelah dalam fabrik dan sematkan serta jelujur di garis pemadan. 2. Jahit dengan jahitan mesin 4 mm dari garisan pemadan di bahagian basi kelim. 3. Gunting basi kelim hingga tinggal 4 mm dari garis jahitan pertama. 4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata. 5. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik dan semat. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan. 6. Tekan dan seterika kelim supaya rata yang menghala ke bahagian belakang pakaian.

Kelim papan mesin

Kelim papan tangan

Kelim Lipat tindih

3.0 BELAH 3.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGRUHI PEMILIHAN BELAH a) Fungsi b) Kedudukan c) Jenis fabrik

d) Fesyen pakaian 3.1.2 JENIS-JENIS BELAH a) Belah kelepet sama lebar b) Belah slit berlapik c) Belah lapik kain selari d) Belah Berkun e) Belah berplaket f) Belah berzip

PENGENALAN Teknik menjahit yang betul akan memudahkan dan meningkatkan kualiti pakaian yang dihasilkan.Pemilihan dan penyediaan proses jahitan yang betul juga menghasilkan pakaian yang kemas,menarik,dan selesa dipakai. PROSES-PROSES MENJAHIT 1. Kancing~cangkuk dan palang 2. Penghilangan gelembung~kedut lepas dan lisu pemadam 3. Kelim~Kelim belah kangkung dan kelim betawi 4. Lengan~Lengan padanan rasa 5. Penyudah tepi~Kelepet dan kun 6. Garis leher~lapik dan kolar lurus 7. Belah~belah slit berlapik dan berzip PENGHILANGAN GELEMBUNG Proses mengurangkan ataumenghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan. KELIM Sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik.Kelim juga digunakan untuk membentuk stail pada pakaian. BELAH

Proses jahitan untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan.Berfungsi nagi memudahkan pergerakan,mengekalkan ciri tradisional pada pakaian dan sebagai hiasan. GARIS LEHER Sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakan kolar,kun,ropol,renda,lapik dan sulaman. PENYUDAH TEPI Proses yang digunakan untuk mengukuh,mengemas,dan menghias hujung pakaian atau tepi artikel. KUN Digunakan untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel.Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat. KANCING Alat untuk menutup belah pakaian atau artikel,mengekalkan bentuk asal pakaian dan sebagai hiasan.

Anda mungkin juga menyukai