Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN
Pada zaman kini, kebanyakan orang lebih suka membeli pakaian yang sudah siap
daripada menjahit. Bagi mereka, menjahit sesuatu pakaian banyak mengambil masa.
Menjahit sebenarnya adalah satu seni yang banyak manafaatnya dan mudah dipelajari
oleh pelbagai golongan. Oleh itu, semester 6 ini, kami perlu menyiapkan satu projek iaitu
mendokumentasikan projek amali menjahit dalam bidang Reka Bentuk rumah tangga
dan pertanian RBT 3203 E maka terhasil sehelai blaus
Bersama Pensyarah pembimbing kami Puan Siti Khamaliah binti Rizuwan.
Beliau membimbing kami dalam setiap langkah penting dan strategik yang bertujuan
untuk pelatih-pelatih melaksanakan sesi pembelajaran tentang cara merancang, melukis
dan memjahit blouse kami dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi yang pada
standard kandungannya terdapat pembelajaran tentang jahitan.
Jadi, blouse ini menggunakan fabrik sintesis iaitu fabrik
harganya murah dan coraknya cantik. Pemilihan

stail

blouse

polyester sebab
ini

mempunyai

bahagian depan dan belakang blouse, lengga blouse dan zip belakang .
Dengan mendokumentasikan proses menjahit blouse ini bertujuan untuk
menunjuk proses yang terlibat dalam penghasilan blouse ini supaya boleh dipelajari oleh
semua pelajar dengan mudah. Oleh itu, diharap penerangan daripada laporan ini, di
samping bahan-bahan lampiran dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

2.0 PENDAHULUAN
2.1 TUJUAN MEMBUAT PERANCANGAN DALAM JAHITAN
Setiap projek yang kami lakukan perlulah membuat rancangan dahulu supaya kerja
dapat dijalankan dengan tersusun dan elak daripada kesalahan atau kekeliruaan. Oleh
itu, untuk membuat perancangan yang rapi dalam projek menjahit pakaian ini demi
pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa
dan dapat mengelakkan pembaziran.
Ia juga bertujuan supaya proses menyusun kerja dalam sesuatu pembuatan
pakaian dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Dengan adanya rekod
kerja, penggunaan fabrik, bahan, tenaga dan masa dapat diuruskan dengan lebih teratur

Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan


Melakar stail pakaian
Mengukur badan
Mengenal pasti proses menjahit
Menyusun atur pola dan menamakan tanda pola
Mengubahsuai pola mengikut ukuran badan sendiri
Menghasilkan pola mengikut ukuran badan sendiri
Membentang fabrik dan menyusun atur pola
Menyatakan peraturan menggunting dan mengguntik fabrik
Mengira kos projek

2.2 PERALATAN DAN BAHAN YANG PERLU DIGUNAKAN

Bil

Peralatan

Fungsi peralatan

1)

Mengemas tepi kelim.


Menghias tepi tudung

dan

ropol.

Mesin Jahit Tepi


2)

Menjahit lurus, zip, kedut,lisu,

kun dan kelepet.


(menggunakan tapak khas)

Menggosok fabrik dan pakaian


Menekan setiap proses jahitan

M
esin Jahit Elektrik
3)

dan bahagian pakaian.

Seterika Elektrik

4)

Digunakan untuk menghasilkan


sesuatu pakaian.

Fabrik

5)

Digunakan
semua

untuk

jahitan

menjahit

tangan

pada

fabrik.

Benang dan jarum


6)

Dijahit pada bahagian baju dan

pinggang seluar.
Supaya mudah

dipakai

dan

dilucutkan.

Zip
7)

Menandakan

dan pemadan pada fabrik.


Membuat dan memindahkan

garisangunting

tanda pola pada fabrik

Kapur Tukang Jahit

8)

Digunakan
bahagian

untuk

mengukur

yangdigunting

atau

dijahit

Pita ukur

9)

Digunakan untuk menggunting


fabrik

Gunting Kain

10)

Menjahit jahitan mesin

Jarum Mesin

11)

Untuk

memindahkan

pemadan

Roda surih
12)

ke

fabrik

garis
serta

penyesuaian pola
Mesti digunakan bersama kertas

karbon tukang jahit


Mengelakkan kerosakan pada

fabrik jangan tekan terlalu kuat.


Digunakan untuk menanggalkan
benang jelujur

Penetas jahitan
13)

Digunakan untuk mengukur dan

menanda.
Memastikan

serong
Memudahkan kerja mendraf dan

Pembaris melengkung dan lurus

selari

dan

penyesuaian pola.

14)

ira

Digunakan

untuk

menyemat

pola pada fabrik dan kepingan

fabrik sebelum menjahit jelujur.


Digunakan
semasa
proses
mengacu pakaian

Jarum Peniti

3.0 LAKARAN STAIL PAKAIAN HADAPAN DAN BELAKANG


5

Hadapan

Belakang
4.0 FABRIK YANG DIGUNAKAN
6

Fabrik juga dikenali sebagai tekstil dan perkataan ini berasal daripada perkataan
textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya perkataan fabrik
bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik
berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan bernep. Fabrik terbahagi
kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.
Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blouse ialah fabrik polyester. Ini
adalah sebab, Kain poliester ini dikenal tahan lama, tidak mudah kusut, dan lebih
cepat kering, maka ciri ini telah memudahkan saya untuk menjemur blouse ini, sebab
saya boleh mejemurkan blouse ini di dalam bilik saya setelah saya pergi ke kelas sebab
ia mudah dikeringkan. Kelebihan yang lain adalah poliester lebih tahan terhadap
berbagai bakteri, tahan air (water-resistant) dan juga tidak mudah susut.
Maka, saya boleh pakai semasa pergi kelas dan senang dan bersihkan di
asrama. Di asrama saya sentiasa menggunakan mesin basuh untuk bersihkan baju
saya, maka dengan menggunakan fabrik polyester, saya boleh masukkan blouse ini ke
dalam mesin kerana fabrik polyester yang saya gunakan ini juga adalah sebab fabrik ini
tahan terhadap pencucian kimia, cuci kering ataupun pelarut organik.
Tambahan pula, fabrik ini bertahan terhadap serangan bakteri, maka baju saya
tidak mudah timbul bintik-bintik hitam. oleh sebab demikian, saya tidak perlu risau
bahawa baju saya senang rosak atau lusuh. Akhirnya secara ringkasnya kelebihan
fabrik yang saya gunakan ialah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Tahan lama
Ringan dan sejuk
Mudah dikeringkan
Tahan daripada pencucian kimia
Tidak mudah kusut
Tahan daripada serangan bakteria
Tidak mudah lusuh

5.0 UKURAN BADAN


Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut :
1) Ukuran badan diambil dengan bantuan seorang rakan untuk memastikan pita
ukur tidak kendur di bahagian yang sukar dilihat seperti labuh baju.
2) Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya ntuk mendapatkan ukuran
yang tepat. Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian menegak.
3) Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian
asas yang sama sendatnya.
4) Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran hendaklah
tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Rekodkan Ukuran Yang Diambil

Bil

Bahagian Badan

Ukuran

( cm )

( cm )

( cm )

1)

Leher

46

23

2)

Dada

112

56

28

3)

Pinggang

96

48

24

4)

Punggung

119

60

30

5)

Keliling hujung lengan

30

15

6)

Jarak Mercu

20

10

7)

Bahu

49

25

13

8)

Bidang dada

42

21

10

9)

Bidang belakang

40

20

10

10)

Jarak bahu ke mercu dada

28

14

11)

Garis tengah belakang

55

28

14

12)

Labuh baju

86

43

21

13.

Labuh lengan

61

30

15

Proses Mengambil Ukur Badan Saya


8

6.0 PROSES MENJAHIT


6.1 Jahitan Mesin
1) Kelim Belah Kangkung

2) Jahitan Lisu Pemadan

3) Jahitan Obras

4)

Kelim

Lipat

Tindih

Denga

Jahitan Lis

ll. Jahitan Tangan

10

5) Jahitan Kancing
(Jahitan Butang)

6) Jahitan Sulaman
(Simpul Perancis)

7) Jahitan Hiasan
(Kelim Silang Pangkah)

11

7.0
MELAKAR
POLA

12

8.0 SUSUN ATUR POLA


Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari
dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan
fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulukemudian yang kecil. Sematkan
pola pada fabrik dengan jarum peniti.

13

14

15

9.0 LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

Langkah 1: Mendraf dan Menggunting Pola Blaus.


Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian badan
belakang, pola lengan padanan rata dan pola kolar lurus. Draf pola tersebut pada kertas
pola dan semua pola perlu ditambah basi kelim sebanyak 1.5 cm. (Rujuk pola pakaian
yang telah dilakar)

16

Langkah 2: Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan


Bahan jahitan yang digunakan untuk membuat blaus ini adalah fabrik polyester bercorak
sebanyak 2 meter, benang jelujur, benang jahit dan zip baju.
Langkah 3: Menyediakan Fabrik
Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira lurus,
menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata.
Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.

17

Langkah 4: Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik


Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari
dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan
fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil. Sematkan
pola pada fabrik dengan jarum peniti.

Langkah 5: Menggunting Fabrik


Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti dengan
kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting fabrik. Gunting
fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata. Elakkan mengangkat
fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.

18

Langkah 6: Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik


Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke
fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar.
Langkah 7: Jahit Kemas Tepi
Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.
Langkah 8: Menjahit Blaus
Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung dan menjahit kelim rusuk dengan
kelim belah kangkung.

Menyambungkan kain depan dan belakang


1) Jahit tepi semua kepingan fabrik tersebut.
2) Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan.
3) Semat dengan peniti dan jelujur.

19

4) Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.


5) Cabut benang jelujur.
6) Susup benang jahit mesin yang lebih.
7) Sekiranya tepi kelim tidak dikemaskan dengan jahit mesin tepi ia boleh
dikemaskan dengan jahit insang pari atau jahit mesin.
8) Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di dalam dan luar
kelim.
Menyediakan Badan Pakaian
1) Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik.
2) Jelujur dan mesin.
3) Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.
4) Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah
hadapan. Buka jelujur.
5) Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut
hingga tinggal 6mm.
6) Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.
7) Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan.
8) Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.
Menyedia dan mencantum lengan blaus
1) Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian.
2) Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan
pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin longgar yang ke
dua 3 mm di bawah gp. Jahitan longgar.
3) Temukan garisan pemadan lengan fabrik berhadapan dan semat
4) Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan lengan.
5) Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim.
6) Kemaskan hujung lengan dengan kelepat.

20

7) Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.


Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan
1) Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan
ukuran lengan dengan lubang lengan.
2) Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan bertemu.
3) Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan
hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim
bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang.
4) Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan
dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.
5) Jejulur pada garis pemadan
6) Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari lengan.
7) Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih
atas.
8) Jahit dengan jahitan mesin di lubang lengan. Mata jahitan mesin yang akhir
menindih mata jahitan mesin yang awal 3 hingga 4 cm. Untuk mengukuhkan
kelim, tekan dan seterika kelim supaya rata.
Proses menjahit penjuru Jahit tindih
1) Lipat dan tekan supaya mendapat - Buka penjuru yang telah ditekan kesan
garisan kelepet dan gunting bahagian X 6 mm
2) Tandakan dengan peniti dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti.
Menekan dengan seterika
1) Setelah selesai proses menjahit blaus, blaus hendaklah ditekan dengan seterika
mengikut laras suhu kepanasan yang sesuai.
2) Tekan bahagian badan dahulu diikuti dengan bahagian lengan dan leher.
Sesudah selesai ditekan gantung blaus untuk dianginkan seketika.
3) Gantung baju elak menjadi kedut.

21

22

10.0 PENGIRAAN KOS


10.1 KOS BAHAN

Bahan

Harga/Kuantiti
(Meter)

Jumlah
Kuantiti

Jumlah Harga
(Rm)

Fabrik Poliester bercorak

RM 6.80/ meter

2 meter

13.60

Kertas mahjung

RM 0.60/ keping

3 keping

1.80

Pita ukur

RM1.50/satu

1.50

Benang

RM1/satu

3.00

Jarum tangan

RM 3.50/pek

3.50

Zip baju

RM2.80/satu

2.80

Bil

1)
2)
3)
4)
5)
6)

JUMLAH

26.40

23

11.0 KESIMPULAN

24

12.0 RUJUKAN

Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani
(2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran:Edu
System Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap
LangkahDemi Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.
Noor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa
(2002).Pengajian

Pakaian

Tingkatan

5.Edu

System

Sdn

Bhd.Kuala

Lumpur.
Silvia Suwirman (2014). TUTORIAL DASAR BELAJAR MENJAHIT. Retrieved 5 March
2016 from: http://silviasuwirman.blogspot.my/2014/01/contoh-blus-batik.html
Yatie Tatie (2011). CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN. Retrieved 5

March 2016

from:http://yatietatie87.blogspot.my/2011_12_01_archive.html
Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan
(2006).KBSM Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bajhasa dan
Pustaka.

25

Anda mungkin juga menyukai