Anda di halaman 1dari 35

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapatlah
saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn kerana
memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus RBTS3103 Reka Bentuk
Pakaian. Terima kasih juga kerana menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti
perpustakaan, internet dan sebagainya bagi memudahkan saya mendapatkan bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik
Aliza binti Azhar yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna
kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik kerana
memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan
dan dorongan mereka mungkin saya tidak mampu menghasilkan tugasan ini dengan
sempurna seperti rakan-rakan yang lain.

Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang
sama-sama bertungkus-lumus dalam menghasilkan tugasan ini . Akhir sekali, harapan saya
agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya di
samping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan
yang cemerlang dan berkualiti.

Sekian, terima kasih.

1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Profil Pelajar 3
2 Pengenalan 4
3 Lakaran Stail Pakaian 6-14
4 Contoh Fabrik Yang Digunakan 15-17
5 Ukuran Badan 18-19
6 Alatan dan Bahan 20-25
7 Susun Atur Pola 26-31
8 Langkah Menjahit 32-36
9 Pengiraan Kos 37
10 Refleksi 38
11 Lampiran 39

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN HUSSEIN ONN

NAMA : VIVI SYABILLA BINTI ABDUL SAMAT


NO K/P : 960905-14-5748
JANTINA : PEREMPUAN
AGAMA : ISLAM
BANGSA : MELAYU
TARIKH LAHIR : 5 SEPTEMBER 1996
TEMPAT LAHIR : KUALA LUMPUR
NO TEL : 011-11407040
ALAMAT : NO. 315 BLOK C,
JALAN 4/46,
46050 PETALING JAYA, SELANGOR
ALAMAT EMAIL : vivisyabilla@gmail.com
PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2015
OPSYEN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
MENTOR : EN ABDUL SUKUR BIN KAMSIR

3
PENGENALAN
Marcapada ini, masyarakat terlalu sibuk bekerja kerana perkembangan ekonomi
yang pesat sehingga menyebabkan mereka tiada masa untuk menguruskan rumahtangga.
Kebanyakan individu lebih suka membeli pakaian yang sudah tersedia di pasaran
berbanding menjahit sendiri pakaian. Bagi mereka, menjahit pakaian adalah sesuatu
perkara yang memerlukan masa yang panjang. Namun sebaliknya, menjahit pakaian adalah
satu seni yang mempunyai banyak manfaat dan mudah dipelajari.

Seni Reka Pakaian merupakan satu bidang seni yang membincangkan mengenai
segala perkara yang berkaitan fesyen pakaian yang digayakan oleh masyarakat sama ada
di dalam Negara mahupun di luar Negara. Perkembangan fesyen penting kerana ia sejajar
dengan perkembangan permodenan ketamadunan manusia dari segi ekonomi, budaya,
sosial, sains mahupun peradaban itu sendiri.

Dalam pada itu, pakaian merupakan keperluan asas manusia. Kadang kala, tanpa
kita duga, pakaian kita mengalami masalah seperti jahitan hujung tangan baju kurung
terbuka, kelim dan kelepet terbuka, butang baju tertanggal dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita
perlu belajar mengenal alatan jahitan dan mengetahui asas-asas jahitan sebelum membaiki
pakaian.

Justeru itu, bagi mendokumentasikan satu projek amali menjahit dalam bidang
Reka Bentuk Pakaian (RBTS3103) maka terhasil sebuah blaus yang dijahit bertemakan
“Mini Blouse” beserta folio tugasan.

Bagi menghasilkan blaus ini, fabrik asli iaitu benang kapas telah digunakan. Fabrik
ini amat bersesuaian dengan iklim dan cuaca di Malaysia iaitu beriklim Khatulistiwa serta
bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun kerana ciri-ciri fabrik ini mampu menyerap
kelembapan, teguh, tahan lasak dan kos yang murah. Blaus ini juga mempunyai garis leher
berbentuk U, belah kelepet yang sama lebar, kedut sebagai hiasan dan lipat tindih. Bukan
itu sahaja, proses penghasilan blaus ini juga mudah dipelajari oleh semua pelajar dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

4
REKOD KERJA

Rekod kerja adalah satu perancangan yang terperinci tentang proses pembuatan
pakaian. Ia bertujuan supaya proses menyusun kerja dalam sesuatu pembuatan pakaian
dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Dengan adanya rekod kerja,
penggunaan fabrik, bahan, tenaga dan masa dapat diuruskan dengan lebih teratur. Antara
tujuan rekod kerja yang lain ialah:

 Untuk membuat perancangan yang rapi supaya


 pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan
 fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa
 dan dapat mengelakkan pembaziran.
 Mendokumentasikan perancangan membuat
 pakaian yang diperlukan
 Melakar stail pakaian
 Mengenal pasti proses menjahit
 Menyusun atur pola
 Menamakan tanda pola
 Membentang fabrik dan menyusun atur pola
 Menyatakan peraturan menggunting dan
 mencantum fabrik
 Mengira kos projek

Kandungan rekod kerja bermaksud perkara berkaitan dengan pembuatan pakaian


yang terkandung dalam rekod kerja dan perlu dilakukan sebelum pakaian dihasilkan. Ia
perlu dilakukan dengan sistematik bagi memastikan pakaian yang akan dihasilkan lebih
berkualiti dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. Kandungan rekod kerja terdiri daripada
beberapa perkara iaitu :

 Lakaran dan huraian stail pakaian


 Pola
 Fabrik dan bahan
 Pengekosan
 Susun atur pola
 Langkah menjahit
 Catatan

5
LAKARAN
DAN
HURAIAN
STAIL
PAKAIAN
6
PANDANGAN HADAPAN

7
PANDANGAN BELAKANG

8
HURAIAN STAIL PAKAIAN

Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak,
tekstur, garis leher, dan fungsi blaus tersebut.

 Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut iaitu warna biru muda. Warna lembut
sesuai dipadankan oleh orang yang kurus kerana warna ini menampakkan
pemakainya kelihatan gempal. Selain itu, warna biru muda juga sesuai untuk
padankan oleh kaum hawa yang sememangnya berciri lembut dan ceria.

 Corak blaus ini ialah kotak-kotak kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang
yang gempal itu akan kelihatan lebih kurus dan langsing.

 Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang
sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.

 Garis leher yang dipadankan pada blaus ini adalah garis leher berbentuk U kerana
sesuai dipadankan oleh semua saiz badan sama ada gempal atau kurus.

 Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan
ringkas. Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar.

9
GARIS LEHER

Garis leher ialah sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan


menggunakan lapik, kun, ropol, renda, kolar, lapik berbentuk dan sulaman. Bagi rekaan stail
pakaian ini, garis leher yang digunakan ialah garis leher berbentuk U yang mudah hasilkan
dan amat bersesuai dengan pelbagai jenis pakaian. Pada garis leher tersebut diletakkan
kain tisu di bahagian dalam lapik bertujuan mengeraskan bahagian lapik.

KEDEKUT

Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan.


Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan dan sesuai digunakan untuk fabrik lembut
dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada
ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik.
Bagi blaus yang dihasilkan ini, kedut lepas digunakan pada bahagian hadapan tengah baju
sebagai hiasan dan penghilang gelembung blaus bahagian hadapan.

BELAH

Belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk
memudahkan dipakai atau ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, pinggang, rusuk
dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian. Rekaan stail pakaian bagi blaus ini
menggunakan belah sama lebar pada bahagian tengah belakang blaus. Belah tersebut
dicantumtakn menggunakan kelim belah kangkung bertujuan sebagai hiasan pada bahagian
belakang blaus.

KELIM

Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik bagi
mendapatkan bentuk pakaian atau artikel. Kelim yang digunakan adalah kelim belah
kangkung dan lipat tindih. Kegunaan kelim pada pakaian ini ialah untuk memberi bentuk dan
juga sebagai hiasan. Kelim belah kangkung digunakan untuk mencantumkan bahagian
bahu, rusuk dan tengah belakang. Kelim lipat tindih pula digunakan untuk mencantumkan
kain bahagian depan atas dan depan bawah.

PENYUDAH TEPI

Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik
daripada berjerumbai atau berjuntai-juntai. Penyudah tepi yang digunakan bagi blaus yang
dihasilkan ialah kelepet pada bahagian lapik dan hujung blaus.

10
POLA

11
BAHAGIAN HADAPAN ATAS

12
BAHAGIAN HADAPAN BAWAH

13
BAHAGIAN BELAKANG

14
LAPIK

15
FABRIK DAN
BAHAN

16
FABRIK

Bagi menghasilkan sebuah pakaian, fabrik merupakan bahan utama yang


diperlukan. Fabrik ialah bentangan kain daripada yarn yang dibina sama ada ditenun, tanpa
tenun atau dikait. Contoh fabrik tenun ialah genggang. Contoh fabrik tanpa tenun ialah felt
dan contoh fabrik berkait ialah jersi. Antara ketiga jenis fabrik ini, fabrik tenun lebih kerap
digunakan kerana cirinya yang stabil dan mudah dikendalikan. Faktor utama pemilihan fabrik
bergantung kepada stail pakaian. Di samping itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan
ialah iklim , aktiviti, budaya, corak dan warna.

Fabrik boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu nipis, sederhana tebal dan tebal.
Fabrik nipis seperti sifon, sesuai untuk dibuat pakaian yang berkedut kerana drepnya yang
elok. Fabrik sederhana tebal seperti tetron cotton pula, sesuai untuk dibuat pakaian seragam
sekolah kerana menyerap peluh. Manakala fabrik tebal sepertiga berdin, lebih sesuai untuk
membuat seluar kerana ia kukuh dan tahan lasak. Fabrik yang sesuai untuk membuat blaus
ialah fabrik sederhana tebal bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu jenis pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya
fabrik yang digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu
menepati citarasa pemakai.

Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk menghasilkan
berbagai artikel rumah tangga dan pakaian. Gentian kapas didapati daripada pokok kapas
yang ditanam dikebanyakan negara seperti India, Mesir, China, Mexico dan Amerika
Syarikat. Terdapat pelbagai mutu dan gentian kapas. Gentian yang halus dan panjang akan
menghasilkan fabrik kapas yang bermutu tinggi.

Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabrik kapas dengan
corak kotak-kotak kecil. Warna yang dipilih adalah warna biru muda. Fabrik kapas ini
merupakan daripada gentian kapas asli yang tidak dicampur dengan gentian lain. Kelebihan
menggunakan fabrik ini adalah :

 tahan lasak.

 mudah dikendalikan.

 tahan panas dan tidak mudah mengembang

 mudah dijahit.

17
Kain bercorak kotak
(Kain Kapas)

Kain gam nipis dan


lembut

18
ALATAN DAN
BAHAN

19
BAHAN DAN TRIMIN

Bahan ialah sesuatu yang digunakan bersama fabrik untuk membuat pakaian.
Benang adalah antara bahan penting yang diperlukan semasa menjahit pakaian. Pilih
benang yang kukuh untuk menjahit pakaian. Bagi kerja menjelujur pula, benang yang
kurang kukuh adalah lebih sesuai supaya senang untuk ditanggalkan.

Trimin pula ialah sesuatu yang digunakan unutk menghias, dan mengemas
pakaian. Antara trimin yang selalu digunakan pada pakaian ialah pita jalur serong tepat,
renda, pita brid dan tali pintal. Namun, blaus yang dihasilkan tidak menggunakan sebarang
trimin. Berikut merupakan bahan yang digunakan semasa menghasilkan blaus.

BAHAN DAN TRIMIN KETERANGAN


Benang
 Pilihan benang mestilah bersesuaian
dengan fabrik. Sebagai contoh benang
kapas digunakan untuk fabrik kapas.
 Warna benang hendaklah sama dengan
fabrik. Pilih warna benang yang lebih gelap
jika tiada warna yang sama.
 Terdapat tiga jenis benang yangdigunakan
iaitu beneng pengemas tepi, benang jelujur
dan benang untuk mencantum fabrik
pakaian.

20
ALATAN YANG DIGUNAKAN

Semasa proses menhasilkan blaus, pelbagai alatan yang diperlukan seperti alatan
mengukur, alatan mendraf, alatan menanda, alatan memotong, alatan menjahit dan alatan
menekan

ALATAN MENJAHIT KETERANGAN


ALATAN MENGUKUR
PITA UKUR
 Diperbuat daripada gentian kaca,
sintetik, dan plastik, mempunyai
penahan logam di kedua-dua
hujungnya, tidak memberi teguh dan
tahan.
 Mengukur dengan tepat ukuranbadan
dan fabrik
 Gulung setelah digunakan dengan
nombor yang besar di sebelah dalam
dan nombor yang kecil di sebelah
luar.
 Simpan di dalam kotak jahitan.
PEMBARIS LURUS
 diperbuat daripada kayu atau plastik,
tepinya licin, rata dan lurus dan
mempunyai ukuran yang tepat dalam
unit metrik.
 Mengukur dan menanda garisan
lurus di kertas pola dan mengukur
fabrik.
 Gantung atau simpan di tempat yang
sesuai.
ALATAN MENDRAF
PEMBARIS SESIKU
 diperbuat daripada kayu atau plastik
dan mempunyai ukuran yang terang
dan tepat di keduadua bahagian
dalam unit metrik.

21
 Membuat garisan bersudut tepat dan
garisan lurus pada pola atau fabrik
dan bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher dan
lubang lengen.
PEMBARIS MELENGKUNG
 diperbuat daripada kayu atau plastik
dan ukuran metrik yang terang dan
jelas.
 Membentuk garis melengkung seperti
garis leher, keruk lengan, rusuk
blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar
semasa mendraf pola.
 Gantung atau simpan di tempat yang
sesuai.
ALATAN MENANDA
JARUM PENITI
 Menyemat pola pada fabrik
 Mencantum kepingan fabrik yang
hendak dijahit
RODA SURIH DAN KARBON TUKANG
JAHIT
 Roda surih dan karbon tukang jahit
diperbuat daripada keluli berkilat
supaya tidak berkarat, pilih roda surih
mengikut jenis fabrik dan mudah
bergerak apabila ditolak.
 Memindahkan tanda dan garisan pola
pada fabrik.
 Simpan di dalam kotak jahitan dan
jangan lipat kertas karbon.

22
KAPUR TUKANG JAHIT
 kapur yang tidak mudah pecah, pilih
warna yang sesuai dengan fabrik dan
kapur yang dibuat daripada lilin tidak
sesuai untuk fabrik sintetik.
 Menanda garis pemadam pada fabrik
dan memindahkan garisan tanda pola
pada fabrik.
 Simpan di dalam bekas supaya tidak
pecah.
PENSIL
 DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT
GARISAN DI POLA PAKAIAN.
 JENIS-JENIS: PENSIL KAPUR,
PENSIL BIASA DAN PENSIL BOLEH
SERAP AIR. (WATER SOLUBLE
PENCIL)
ALATAN MEMOTONG
GUNTING FABRIK
 Digunakan untuk menggunting fabrik
sahaja
 Dibuat daripada keluli tahan karat
 Panjang yang biasa digunakan ialah
20 cm
GUNTING SNIPPER
 Kebiasaannya digunakan untuk snip
kain terutamanya ketika hendak
menjahit lengkuk. Kadang kala boleh
digunakan untuk memotong benang

PENETAS JAHITAN
 Penetas terdapat dalam pelbagai
saiz. Ia berukuran di antara 8 hingga
16 cm.
 Pemegang selalunya diperbuat
daripada plastik. Mata penetas

23
seelok-eloknya dibuat daripada keluli.
 Digunakan untuk menanggalkan
jahitan mesin atau jahitan tangan
seperti jelujur
ALATAN MENJAHIT
JARUM JAHIT TANGAN
 Jarum jahitan biasa untuk semua
jenis fabrik.

JARUM JAHIT MESIN


 untuk jahitan mesin.
 Pelbagai saiz mengikut benang yang
akan
 Digunakan dan jenis mesin.
MESIN JAHIT ELEKTRIK
 Mesin jahit yang mudah dan popular,
menggunakan kaki untuk mengawal
kelajuan mesin.
 Mudah ditetapkan dan digunakan.

ALATAN MENEKAN
BOD SETERIKA DAN SETERIKA KERING
 untuk menekan dan seterika
mengikut jenis fabrik dengan tahap
kepanasannya

24
SUSUN
ATUR POLA

25
26
LANGKAH
MENJAHIT

27
BIL GAMBAR LANGKAH

1 Mengenal pasti masalah

 mengumpul data

 menganalisis data

 membuat rumusan

2 Membuat lakaran stail pakaian.

 memilih rekaan pakaian yang sesuai.

3 Menyediakan alatan yang digunakan dalam


jahitan.

 Kecanggihan alatan jahitan


menghasilkan mutu kerja.

4
Menggunting pola mengikut ukuran pola yang
telah disediakan.

5 Menyusun atur pola di atas fabrik.

 Meletakkan kertas karbon di bawah


fabrik dan memindahkan tanda pola.

 Mengukur garis gunting dan menanda


pada fabrik.

6 Menggunting fabrik

 Menggunting dengan tepat pada


garisan gunting dengan menggunakan
gunting fabrik.
 Membuat kemasan tepi fabrik agar
benang fabrik tidak berjurai.

28
7 Memasang benang pada mesin jahit.

 Jahit tepi fabrik terlebih dahulu.

 Naikkan penekan jahitan untuk


memudahkan pemasangan benang
pada tuas pemegang benang.

 Naikkan tuas pemegang benang supaya


benang tidak terkeluar daripada jarum
apabila hendak memulakan jahitan.

 Letakkan buku benang pada tiang


benang.

 Masukkan hujung benang ke dalam


lubang jarum.

 Gulung benang dalam gelendung.

 Membawa benang dalam gelendung ke


atas.

10 Proses Menjahit.
1. Mulakan dengan mencantumkan
bahagian bahu terlebih dahulu
menggunakan kelim belah kangkung.
2. Kemudian, jahit bahagian garis leher
berbentuk U dengan melekatkan kertas
lapik pada garis leher. Tekan rata kelim
pada garis leher.
3. Kemaskan bahagian garis leher
dengan jahitan lilit ubi.
4. Sediakan kedut lepas pada bahagian
kain hadapan bawah. Kemudian, jahit
kelim lipat tindih pada kedut lepas
tersebut untuk mencantumkan
kepingan kain hadapan atas dan
bawah.
5. Seterusnya, jahit bahagian badan

29
belakang di GTB menggunakan kelim
belah kangkung.
6. Jahit bahagian rusuk untuk
mencantumkan bahagian hadapan dan
belakang blaus.
7. Kemaskan bahagian hujung blaus
dengan kelepet dan pastikan kelim
belah kangkung terbuka.

11 Meratakan hasil pakaian dengan menggunakan


sterika.

30
HASIL JAHITAN

31
PENGIRAAN KOS
Pengekosan ialah pengiraan kos fabrik, bahan dan trimin serta kepakaran termasuk
kos sampingan, tambah harga dan harga jualan dalam pembuatan pakaian. Pengekosan
dibuat bagi mendapatkan keuntungan seperti yang dirancang. Berikut merupakan pengiraan
kos bagi blaus yang dihasilkan:

Kos Bahan

BAHAN KUANTITI UNIT JUMLAH


Benang 1 gulung RM 1.50 RM 1.50
Fabrik Kapas ½ meter RM 8.00 RM 4.00
JUMLAH RM 5.50

Kos Sampingan

Elektrik

1 jam RM 0.30 x 3 jam = RM 0.90

Upah Kepakaran

a) Menjahit = RM 5.00
b) Menggunting = RM 3.00
c) Menyediakan pola = RM2.00

Jumlah RM 10.90

Jumlah keseluruhan

Jumlah keseluruhan = kos bahan + kos sampingan

= RM 5.50 + RM 10.90

= RM 16.40

32
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna. Tugasan yang saya telah siapkan ini mengenai Reka Bentuk Pakaian.

Terdapat banyak pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang menyiapkan


amali jahitan ini. Antaranya ialah saya dapat mempelajari cara menjahit dengan betul.
Sebelum ini, saya menjahit tidak menggunakan cara-cara menjahit dengan betul. Setelah
mengetahui segala jenis jahitan, saya telah mengaplikasikannya dalam kehidupan saya.

Di samping itu, bagi memperoleh maklumat untuk amali jahitan ini, saya telah
mencari banyak maklumat dengan merujuk pensyarah saya iaitu Cik Aliza binti Azhar,
internet, jurnal, buku rujukan serta rujukan-rujukan lain. Dengan menggunakan maklumat-
maklumat tersebut, saya mengeluarkan isi-isi penting mengenai jahitan dan memasukkan
isi-isi tersebut ke dalam rekod kerja saya.

Selain itu, saya telah mengetahui apa itu konsep menjahit. Bukan itu sahaja, saya
juga telah menemui banyak fungsi serta cara untuk menjahit sebuah blaus. Cabaran demi
cabaran saya tempuhi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tetapi dengan izinNya,
dapat juga saya menyiapkan tugasan saya dengan sempurna. Setelah saya mempelajari
peralatan dan bahan jahitan, mata jahitan asas serta proses menjahit blaus dalam tugasan
ini saya dapat mengaplikasikan dalam kehidupan saya.

Manakala dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sapanjang
pelaksanaan amali jahitan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa. Saya seharusnya
bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini. Jika saya melaksanakan tugasan
ini dengan lebih terancang, pasti saya dapat menyiapkannya dengan lebih baik serta
memberikan hasil yang lebih baik dan cemerlang.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna dan harapan saya agar saya dapat berkongsi ilmu ini dengan murid saya pada
masa yang akan datang agar kemahiran menjahit ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan
mereka di samping dapat menjadi seorang guru yang mampu melahirkan generasi yang
berkualiti.

33
RUJUKAN
Ayra. (28 September, 2016). Kenali Jenis Kain Kapas. Retrieved 16 Mac, 2018, from Jelita:
http://www.jelita.com.my/fesyen/kenali-jenis-kain-kapas/

Ishak, F. b. (2011). Nota Reka Bentuk Pakaian. Batu Pahat: Unit ERT Jabatan Kemahiran
Hidup IPG Tun Hussein Onn.

Jusoh, N. b. (25 Mei, 2012). APA ITU FABRIK? Retrieved 15 Mac, 2018, from Noraini binti
Jusoh: http://noraini-jusoh.blogspot.my/2012/05/apa-itu-fabrik.html

Lamah binti Abdul Ghani, A. b. (2005). Pola Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latif, M. N. (18 Mac, 2018). ALATAN JAHITAN. Retrieved 20 Mac, 2018, from updoc.tips:
https://updoc.tips/download/free-pdf-ebook-alatan-jahitan

Nanisaaid. (9 September, 2014). Folio jahitan. Retrieved 15 Mac, 2018, from Slideshare:
https://www.slideshare.net/nanisaaid/folio-jahitan-38856613?from_action=save

Noor Hababiah Hassan binti Osman, F. b. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Kuala
Lumpur: Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional.

Norafidah. (n.d.). Bab 10: Proses Jahitan. Retrieved 20 Mac, 2018, from norafidahbpsrt:
https://norafidahbpsrt.wordpress.com/galeri-informasi-ert-bab-1-16/bab-10-proses-
jahitan/

Subaiyah, S. (2015 Mei, 27). Mengenali Jenis-jenis Fabrik. Retrieved 17 Mac, 2018, from
DOBI HARUM: http://dobiharum.blogspot.my/2015/05/mengenali-jenis-jenis-
fabrik.html

34
LAMPIRAN

35

Anda mungkin juga menyukai