Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan
2.0 Peralatan dan Bahan Jahitan
2.1 Kategori Alatan
2.1.1 Alatan Mengukur
2.1.2 Alatan Mendraf
2.1.3 Alatan Menanda
2.1.4 Alatan Menggunting
2.1.5 Alatan Menekan
2.1.6 Alatan Menjahit
2.2 Bahan Jahitan dan Trimming
3.0 Kesimpulan
4.0 Bahan Rujukan

1.0 Pengenalan

Pengaruh teknologi dalam perkembangan industri tekstil dan pakaian


telah berjaya mempertingkatkan mutu dan pengeluarannya.
Penggunaan alatan berteknologi dapat menjimatkan masa dan tenaga
seterusnya dapat mengurangkan kos dari aspek tenaga manusia, upah
dan masa kerja.
Kualiti hidup juga dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi yg
dapat membuat tugasan dengan lebih cepat , pantas dan tepat serta
mutu kerja yg lebih professional
Alatan jahitan boleh di kategorikan kepada beberapa jenis mengikut
fungsi dan kegunaannya.
Penggunaan peralatan yang betul dan lebih berteknologi dapat
meningkatkan kualiti jahitan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan
kos projek.
Penggunaan peralatan dan bahan yang salah atau kurang sesuai akan
menyebabkan hasil jahitan kurang menarik dan kurang memuaskan.

2.0 Peralatan dan Bahan Jahitan


2.1 Kategori Alatan
2.1.1
Alatan Mengukur
Nama dan kegunaan
a. Pita ukur
- diperbuat daripada gentian
kaca, sintetik, dan plastik,
mempunyai penahan logam di
kedua-dua hujungnya, tidak
memberi teguh dan tahan.
- Mengukur dengan tepat ukuran
badan dan fabrik
- Gulung setelah digunakan
dengan nombor yang besar di
sebelah dalam dan nombor
yang kecil di sebelah luar.
- Simpan di dalam kotak jahitan.

Rajah

b. Tolok
- Digunakan untuk memudahkan
kerja menanda lebar kelepet,
lisu dan lain-lain ukuran kecil.
- Menandakan kedudukankedudukan butang
dan lubang butang dengan
lebih tepat dan sama.

c. Pembaris
- diperbuat daripada kayu atau
plastik, tepinya licin, rata dan
lurus dan mempunyai ukuran
yang tepat dalam unit metrik.
- Mengukur dan menanda
garisan lurus di kertas pola dan
mengukur fabrik.
- Gantung atau simpan di
tempat yang sesuai.

2.1.2

Alatan Mendraf

Nama dan kegunaan


a. Kapur tukang jahit
- tidak mudah pecah, pilih warna
yang sesuai dengan fabrik dan
kapur yang dibuat daripada
lilin tidak sesuai untuk fabrik
sintetik.
- Menanda garis pemadam pada
fabrik dan memindahkan
garisan tanda pola pada fabrik.
- Simpan di dalam bekas supaya
tidak pecah.
b. Pensel tukang jahit
- Digunakan untuk membuat
garisan-garisan di pola
pakaian.
- Jenis-jenis pensil seperti pensil
kapur, pensil
biasa dan pensil boleh serap
air. (water soluble pencil)

Rajah

c. Jarum peniti
- Digunakan untuk menyemat
fabrik ketika kerja-kerja
mendraf.

2.1.3

Alatan Menanda

Nama dan kegunaan


-

Rajah

a. Roda surih
diperbuat daripada keluli
berkilat supaya tidak berkarat,
pilih roda surih mengikut jenis
fabrik dan mudah bergerak
apabila ditolak.

b. Kertas karbon tukang jahit


Memindahkan tanda dan
garisan pola pada fabrik.
Simpan di dalam kotak jahitan
dan jangan lipat kertas karbon

2.1.4

Alatan Menggunting

Nama dan kegunaan

Rajah

a. Gunting kertas
- Digunakan untuk menggunting
kertas
- Berukuran 15cm 17cm

b. Gunting fabrik
- Digunakan untuk menggunting
fabrik sahaja
- Dibuat daripada keluli tahan
karat.
- Panjang yang biasa digunakan
ialah 20 cm
c. Gunting snipper
- Kebiasaannya digunakan
untuk snip kain terutamanya
ketika hendak menjahit
lengkuk. Kadang kala boleh
digunakan untuk memotong
benang.
d. Gunting bergerigi
- Gunting bergerigi (pinking
shears) mempunyai mata
bergerigi berbentuk pucuk
rebung. Ia digunakan untuk
menggunting tepi fabrik dan
mengelakkannya daripada
berjerumbai.
e. Gunting lubang butang
- Menggunting lubang butang
yang sudah siap atau belum
dijahit

f. Gunting sulaman
- Digunakan untuk kerja sulam
menyulam

2.1.5

Alatan Menekan

Nama dan kegunaan


a. Seterika
- Digunakan untuk menekan
dan
menseterika setiap proses
jahitan dan menekan pakaian
mengikut kesesuaian fabrik
dengan tahap kepanasannya

b. Bod seterika
- Digunakan untuk membantu
proses menekan semua proses
jahitan di pakaian terutama
bahagian yang lebih besar

c. Perenjis air
- . Melembabkan fabrik sebelum
dan
semasa menekan.

2.1.6

Alatan Menjahit

Rajah

Nama dan kegunaan


a. Mesin jahit tangan
- Menjahit ke hadapan dan
ke belakang untuk mata
jahitan lurus.
- Aksesori tambahan boleh
menjahit zip, ropol dan
sulam.
- Boleh dijalankan secara
manual dan motor
elektrik.
b. Mesin jahit kaki
- Menjahit ke hadapan dan
ke belakang untuk mata
jahitan lurus.
- Aksesori tambahan untuk
menjahit zip, ropol dan
sulam.
- Boleh dijalankan secara
kayuhan kaki atau motor
elektrik
c. Mesin jahit elektrik
- Boleh menjahit mata
jahitan lurus, sulaman dan
hiasan
- Masih menggunakan tuas
untuk memula dan
menghentikan pergerakan
mesin.
- Boleh menjahit lubang
butang
d. Mesin jahit tepi
- Boleh mengemas tepi kain
/ pakaian yang hendak
dijahit agar tidak
berjerumbai.
- Boleh mengemas tepi
tudung atau artikel
rumahtangga sebagai
pengemas dan hiasan.

Rajah

e. Jarum tangan
- Digunakan untuk menjahit
secara manual atau
membuat jelujur.

2.2 Bahan Jahitan dan Trimming


Nama dan kegunaan
a. Fabrik
- Fabrik lembut sesuai
untuk stail pakaian yang
ada kedut.
- Fabrik tegap sesuai untuk
stail pakaian yang ada
lisu.
Fabrik yang bertenun
rapat sesuai untuk stail
pakaian yang sama
sendat.
- Fabrik bertekstur tebal,
gebu, berkilat, bercorak
besar, berwarna lembut
dan berjalur melintang
sesuai untuk bentuk
badan kurus atau
sederhana kecuali yang
berbadan gempal.
- Fabrik berjalur menegak,
corak kecil dan berwarna
gelap dan bertekstur
lembut adalah sesuai
untuk yang berbadan
gempal.

Rajah

b. Fabrik lapik dalam


- untuk memberi bentuk,
mengekalkan bentuk
mengukuhkan dan
menetap kan bentuk pada
bahagian pakaian seperti
di garis leher, kolar, kaf,
belah plaket, ikatan
pinggang, dan lain-lain.
c. Fabrik lapis/ lining
- - memberi bentuk pada
pakaian, melindungi dan
mengukuhkan fabrik dan
kelim dan Mengelakkan
kedut dan memberi
gantungan /drep yang
elok pada pakaian.
d. Kancing
- Ia dijahit untuk menutup
dan membuka belah pada
pakaian.
- Ia dijahit pada dua lapis
fabric agar kukuh dan
'pengukuh' diperlukan jika
ia dijahit selapis fabrik.
e. Bahan hiasan
- Ia digunakan untuk
menghias
pakaian dan artikel
rumahtangga.
Pilihan perlu mengikut
kesesuaian stail pakaian,
jenis fabrik dan
rekabentuk artikel.

f. Benang jahit
- Ia digunakan bagi
menjahit jelujur
sementara. Benang perlu
berwarna lembut dan pilih
yang lebih murah.
- Ia juga digunakan untuk
menyambung kelim pada
pakaian dan menjahit
semua proses jahitan juga
jahit sulam.

3.0 Kesimpulan
Untuk memulakan aktiviti menjahit, seseorang tukang jahit atau individu
yang ingin menjahit memerlukan alatan jahitan yang mencukupi selain
bahan jahitan yang diperlukan.

4.0 Bahan Rujukan


1. Abol, Panduan Menjahit: Asas Jahitan 1, Abol Akademi Fesyen,
1991.
2. Mariam Abu Bakar, Panduan Menjahit Pakaian Lelaki, Alaf 21 Sdn.
Bhd, 2006.

Anda mungkin juga menyukai