Anda di halaman 1dari 44

PROSES JAHITAN KELIM

IZAM BIN A. BAKAR 900210 08 5959 RBT 3120

PENGENALAN
Kelim-kelim yang dibuat pada pakaian bertujuan

untuk mengukuhkan jahitan pakaian selain daripada


digunakan sebagai perhiasan. Terdapat pelbagai

jenis kelim yang boleh dibuat pada pakaian bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang akan anda pelajari nanti. Namun begitu, kesesuaian penggunaan kelim pada sesebuah pakaian amat bergantung kepada jenis-jenis kelim itu sendiri.

DEFINISI KELIM
Kelim adalah salah satu proses jahitan yang

digunakan untuk menyambung dua atau lebih


kepingan fabrik.
Kelim digunakan untuk mengemaskan tepi

fabrik dan memberikan bentuk pada pakaian

supaya lebih sesuai

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KELIM


Jenis fabrik
Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai

dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang

mudah berbulu, nipis dan halus sesuai


dijahit dengan Kelim Betawi.

Jenis pakaian
Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi

memerlukan kelim yang lebih kukuh.


Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas.

Gaya dan kedudukan

kelim
Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan

kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan

sukar untuk dijahit pada kelim yang


melengkung.

CIRI-CIRI KELIM YANG ELOK

Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-

dua belah pakaian.

Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya.

Kelim mestilah ditekan dengan baik.


Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai dengan jenis fabrik. Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada garisan pemadan.

JENIS-JENIS KELIM
KELIM BELAH KANGKUNG

(open seam/flat seam)


KELIM LIPAT TINDIH

(lapped seam)
KELIM PAPAN MESIN DAN TANGAN

(machine fell seam)


KELIM BETAWI

(French seam)

KELIM BELAH KANGKUNG


Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D)

pakaian/fabrik.
Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai

untuk semua jenis pakaian dan fabrik.


Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia

tidak boleh nampak di sebelah luar.


Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm.

Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan

beberapa cara seperti :


Jahit lilit ubi jahit lilit kemas jahit insang pari jahit mesin, jahit zig-zag

menggunakan kedua-dua tepi kain

PROSES MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG


LANGKAH 1

Temukan fabrik dengan sebelah luar

berhadapan
Semat dengan peniti dan jelujur
Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan

pemadan.
Tandakan garisanpemadan

LANGKAH 2

Cabut benang jelujur

Susup benang jahit mesin yang lebih Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin) Buka kelim dan tekan dengan seterika di

sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim.


Kemas tepi kelim

Kelim tekan di buka

Jahit mesin

Susup benang jahit mesin

Langkah 3

Buka kelim dan tekankannya

S.L.

Kelim belah kangkung - Langkah 3

Cara-cara mengemaskan kelim belah kangkung


i.

Jahit mesin

ii.

Jahit lilit kemas

iii.

Jahit insang pari

iv.

Kun

v.

Menggunakan gunting pucuk rebung /bergerigi

vi.

Jahit dengan mesin pengemas tepi

Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung


bil 1 sifat Kelim yang paling mudah dijahit dan mudah di dobi. Ia terdiri daripada sebaris jahitan pada sebelah dalam pakaian Lebar siap Kelim belah kangkung 2 cm hingga 2.5 cm kebaikan Ia rata keburukan Kelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi

Jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakain Kelim belah kangkung tidak tebal oleh itu ia sesuai untuk kain yang tebal

Tidak begitu kukuh kerana mempunyai sebaris jahitan sahaja.

Kelim belah kangkung tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.

KELIM BETAWI
Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia

juga dikenali sebagai kelim dalam kelim.


Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi yang telah siap ialah 6 mm atau

kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus.


sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-

tepi kelepet yang tidak berjahit itu adalah terkandung di

dalamnya.

Proses menjahit kelim betawi


LANGKAH 1

Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis

pemadannya supaya sepadan.


Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan. Cabut peniti
Garis pemadam Peniti

jelujur

LANGKAH 2

Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan

Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan

pada basi jahitan.


Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan

mesin.
Gunting basi kelim Jahit mesin

LANGKAH 3

Terbalikkan kelim ke SD.

Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur. Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

Garis pemadam

Jahit mesin

Sebelah dalam

LANGKAH 4
Susup benang jahitan mesin Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian.

Susup benang jahitan mesin

Tekan kelim kebahagian dalam

Jahit mesin

Kebaikan dan kelemahan kelim betawi


bil 1 sifat kebaikan keburukan Kelim ini agak tebal dan tidak sesuai bagi fabrik yang tebal Terdiri daripada dua Teguh, Mudah didobi baris mata jahitan dan tahan lasak

Lebar siap kelim

Ia terkemas dengan

Kelim terdiri daripada beberapa

betawi 6 mm

sendiri

lipatan dan mangambil masa


yang lama untuk mengeringkannya

Sesuai bagi kebanyakan fabrik terutamanya bagi fabrik yang berbulu

Jahitannya tidak kelihatan pada sebelah luar pakaian.

Sukar untuk diubah atau dipinda kerana basi kelim sangat kecil

KELIM PAPAN MESIN


Kelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana dijahit dengan dua garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh disudahkan atau dikemaskan di

kedua-dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar


Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik, akan terdapat dua

barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar.
Kelim papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada

skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar pendek dan pijama.

Proses menjahit Kelim papan mesin


LANGKAH 1

Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam

fabrik semat dan jelujur


Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan. Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin

yang lebih.

peniti

Jelujur

LANGKAH 2

Buka dan tekan kelim supaya rata.

Gunting basi kelim bahagian belakang hingga

tinggal kira-kira 5mm 6 mm.


Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga

tinggal kira-kira 10 mm 2 mm/1.2 cm


gunting

10 12 mm

5 -5 mm

Bahagian hadapan

LANGKAH 3

Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi

kelim bahagian belakang.


Semat dan jelujur jika perlu.
Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan

baris jahitan mesin yang pertama.


lebar lipatan 6mm/ kurang bergantung kepada jenis fabrik Bahagian belakang Lipat basi kelim hadapan membalut basi kelim belakang kurang bergantung kepada jenis fabrik

Kebaikan dan kelemahan kelim papan mesin


bil 1 sifat Mempunyai dua baris jahitan kebaikan Kukuh dan tahan lasak Boleh dijahit pada sebelah luar dan sebelah dalam pakaian. - Jika dibuat di SD fabrik akan terdapat satu baris jahitan Lebar kelim yang telah siap ialah 6 mm. Rata,mudah didobi dan kemas kerana semua tepi fabrik terkemas di dalam Tidak sesuai bagi fabrik yang jarang kerana basi kelim boleh dilihat di sebelah luar fabrik. keburukan Ia agak tebal dan lambat kering

Kemas kerana semua tepi fabrik terkemas di dalam

Susah diubah sebab basi kelim sangat sempit

KELIM PAPAN TANGAN


Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada

kelim papan mesin.


Ia digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti

kain sutera.
Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada

pakaian bayi dan baju kurung johor.

Proses menjahit kelim papan tangan


Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan
Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan,

semat, jelujur kasar dan jahit mesin di atas garisan pemadan.


cabut jahitan jelujur kasar.

Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6

mm ( ) dan bahagian hadapan sehingga 1.2cm.


Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas

bahagian belakang.

Tekan kelim ke arah belakang baju Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian

belakang pakaian.
Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap

dengan kemas.

Jahit sembat

Kebaikan dan kelemahan kelim papan tangan


bil 1 sifat Sama seperti kelim papan mesin tetapi ia dijahit pada sebelah dalam fabrik dengan kebaikan Rata kemas dan mudah didobi keburukan Kelim ini tidak sesuai untuk kain yang tebal

jahitan tangan
2 Kelim papan tangan sempit, rata dan kemas tetapi tidak sekukuh kelim papan mesin Ia terkemas sendiri Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan disebalah luar pakaian.

KELIM LIPAT TINDIH


Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang

biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan


luar pakaian.
Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan

sebahagian kelim itu menindih yang lain.


Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan

fabrik.

Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk

melekat atau mencantumkan bahagian atau


kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol.
Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak,

pijama, blaus dan baju ibu mengandung.

CONTOH KEDUDUKAN KELIM

Contoh-contoh kelim lipat tindih pada pakaian

Proses menjahit Kelim lipat tindih


LANGKAH 1

Sediakan bahagian atas pakaian


Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan

jahitan jelujur pada bahagian atas pakaian atau bahu mendatang.


Jahit jelujur di garisan pemadan.

Bahu mendatang

GTH S.D

LANGKAH 2

Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt


Tandakan garisan pemadan Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm

ke bawah g. pemadan.

GP

S.L GTH

LANGKAH 3
Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah

pakaian

Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah

Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah

bawah
Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan

garisan pemadan bahagian bawah pakaian


Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu mendatang

Jahit mesin dan jelujur

S.L

G.T

G.T

Bahagian bawah

LANGKAH 4

Mengemas Kelim lipat tindih


CARA 1

Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan

kemaskan dengan jahitan insang pari.

Sebelah dalam

Jahit insang pari

6 mm Bahu mendatang

Sebelah dalam

CARA 2
Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian

hingga tinggal kurang dari 6 mm


Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal

1.5 mm 1.9 mm
Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut

atau buat balutan sendiri.


Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan

mesin.
Tanggalkan benang jelujur.

Sebelah dalam

Bahu mendatang

6 mm

Jelujur pada tiaptiap jahitan mesin


Mata Bahagian bawah Sebelah dalam

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIH


bil 1 sifat Selalunya Kelim lipat tindih ini digunakan untuk mencantum satu bahagian pakaian yang rata pada bahagian pakaian yang bergelembung. Jahitannya dibuat pada sebelah luar pakaian kebaikan Kukuh kerana dijahit menerusi tiga lapisan fabrik keburukan Kelim ini tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah luar pakaian

Kelim ini rata dan mudah didobi

Anda mungkin juga menyukai