Anda di halaman 1dari 5

A S P E K- A S P E K K E U T U H A N WA C A N A D A L A M R E N C A N A I S U

P E M B U A N G A N B A Y I | 91

Bab 3 : Aspek-aspek Keutuhan Wacana dalam Rencana


Isu Pembuangan Bayi
Berita pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan
tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di
beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan wanita
remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-akhir ini.
Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan
ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan. Sesiapa
sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah
melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-undang
akan diambil.
Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran golongan generasi
muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa kepada peningkatan jenayah di peringkat
yang lebih serius seiring dengan usia mereka. Mengikut undang-undang, Seksyen
302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika
disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan
kesalahan.
Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang
berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian
DNA. Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang
bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit.
Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari
keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang
melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah
pembuangan bayi harus ditangani segera sebelum ia merebak menjadi masalah
sosial dalam masyarakat.
Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama
dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan

A S P E K- A S P E K K E U T U H A N WA C A N A D A L A M R E N C A N A I S U
P E M B U A N G A N B A Y I | 92

strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk


pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu
Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam
kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting
untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma
dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat. Dan ibu bapa adalah model
awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu
bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah
yang terbaik.
Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan
teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai
keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni. Pada
masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring
supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.
Hakikatnya,

segenap

lapisan

masyarakat

harus

bersatu

padu

dan

mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini.


Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya
dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan
masa depan mereka.
Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan pembuangan bayi
semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini.
Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar
diubati.

Aspek-aspek keutuhan wacana

A S P E K- A S P E K K E U T U H A N WA C A N A D A L A M R E N C A N A I S U
P E M B U A N G A N B A Y I | 93

Keutuhan wacana terhasil daripada kewujudan susunan yang teratur dalam

wacana. Keutuhan wacana merupakan ciri penting kerana ia dapat menentukan


sesuatu ujaran atau tulisan itu sebagai satu wacana atau hanya kumpulan ayat yang
tidak teratur. Terdapat dua aspek untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu
terdapat susunan dan 2tautan dalam wacana. keutuhan wacana dapat dianalis
dengan wujudnya hubungan daripada aspek semantik,

leksikal dan gramatikal

antara bahagian dalam sesuatu wacana. Aspek semantik dapat dilihat hubungan
daripada

aspek

kesepaduan

makna

yang

wujud

dalam

sesuatu

wacana.

Kesepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, situasi sesuatu
wacana, dan unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Bagi aspek leksikal
pula, ianya dapat dilihat melalui wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu
wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan
pemilihan kosa kata yang sesuai. Aspek gramatikal dapat dilihat melalui hubungan
wacana yang berkaitan dengan tatabahasa.
Melalui artikel yang telah saya garapkan, terdapat beberapa aspek keutuhan wacana
yang ingin saya ketengahkan.
Petikan : Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun
dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan.
Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut
adalah melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undangundang akan diambil.
Petikan di atas menunjukkan aspek semantik dalam bahagian sebab dan akibat.
Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama dihubungkan dengan ayat
kedua.

1 keadaan (hal dsb) utuh.


2 Tindakan menggabungkan dua fail atau lebih menjadi satu fail besar.
3 /lksikal/ ist bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna
sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb).

A S P E K- A S P E K K E U T U H A N WA C A N A D A L A M R E N C A N A I S U
P E M B U A N G A N B A Y I | 94

Petikan

Mengikut

undang-undang,

Seksyen

302

Kanun

Keseksaan

memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan


membunuh. Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan.
Petikan di atas menunjukkan aspek semantik dalam bahagian 4syarat dan hasil.
Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama dihubungkan dengan ayat
kedua.

Petikan : Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki
yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui
ujian DNA. Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi
seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit.
Petikan di atas menunjukkan aspek leksikal dalam bahagian mengulang kata yang
sama. Perkataan yang dihitamkan membuktikan dua perkataan yang terdapat dalam
ayat pertama sama seperti dua perkataan pada ayat kedua.

Petikan : Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam
kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan
penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai,
norma dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat.
Petikan di atas menunjukkan aspek leksikal dalam bahagian menggunakan 5sinonim.
Perkataan yang dihitamkan membuktikan perkataan yang terdapat dalam ayat
pertama sama seperti perkataan pada ayat kedua.

4 tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan


5 kata-kata yg sama atau yg hampir sama maknanya.

A S P E K- A S P E K K E U T U H A N WA C A N A D A L A M R E N C A N A I S U
P E M B U A N G A N B A Y I | 95

Petikan : Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan
dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai
keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni. Pada
masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring
supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.
Petikan di atas menunjukkan aspek gramatikal dalam bahagian penanda
penghubung tempoh. Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama
menghubungkan ayat kedua.

Petikan : Berita pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan
tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di
beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
Petikan di atas menunjukkan aspek gramatikal dalam bahagian penanda
penggantoan. Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama mempunyai
hubungan dengan ayat kedua.

Anda mungkin juga menyukai