Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA APC

Sebelum majlis bermula

MOhon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk di hadapan. Mtikan telifon bimbit semasa majlis
berlngsung. Mohon hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan
majlis rasmi sekolah dan mohon tetamu berdiri ketika vip berjalan masuk.

Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia_________________________________________ diiringi


oleh ____________________________________________________. Hadirin mohon berdiri. Para
hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah.

Hadirin dipersila duduk.

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum, salam sejahtera

Pembuka kata lidah bicara

Izinkan saya mulakan acara

Semoga majlis disambut ceria

Kompang bergema pusaka bangsa

Dipalu oleh anak muda

Hadir tuan meriah suasana

Kami menyambut penuh gembira

Yang berbahagia, ___________________________________________________________________,


yang berusaha ________________________________________, yang dihormati
_______________________________________, yang dihormati
______________________________________, barisan guru, ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa,
murid-murid yang diraikan dan hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah kurnianya kita diberikan
kekuatan untuk berhimpun dalam majlis gilang gemilang iaitu majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sk
kuala Annau sesi 2015 ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini,
________________________________________________________ kerana sudi hadir dalam majlis
APC pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin
hadirat sekalian.Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan menjadi lebih bermakna dan
bertambah serinya.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini,marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
berkat agar segala urusan mendapat rahmat darinya. Untuk itu, majlis mempersilakan
_________________________________ bagi memimpin bacaan doa.

Amin,amin ya rabbalalamin……

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz ______________ atas bacaan doa sebentar
tadi. Mudah-mudahan majlis kita mendapat berkat.

Sidang hadirin seklian,

Majlis Anugerah pelajar cemerlang ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada semua
murid yang telah mencapai pretasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dan
peperiksaan UPSR bagi sesi 2015. Tidak dilupakan juga, pengiktirafan murid dalam bidang
kokurikulum tahun 2015.

Seterusnya, tirai ucapan dimulakan dengan ucapan GB SKKA. Dengan itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput guru besar sk kuala annau _______________________ untuk menyampaikan
kata alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha ________________________ atas kesudian


menyampaikan ucapan aluan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia


_____________________________________________________________ untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sk Kuala Annau sesi 2015.
Majlis mempersilakan dengan hormatnya.

Bunga selasih di dalam puan

Harum melati penyeri intan

Terima kasih ucapan tuan

Kekal bersemi dalam ikatan

Majlis dengan setinggi-tingginya merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berbahagia
________________________________ menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis kita pada hari
ini.
Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan acara,marilah sama-sama kita menyasikan persembahan tarian kebudayaan


daripada murid tahun 6 skka. Dipersilakan. Untuk pengetahuan semua, persembahan tarian
sebentar tadi telah dipimpin oleh cikgu Jeremy.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan para pelajar iaitu upecara penyampaian
hadiah dan sijil kepada para pelajar. Sesungguhnya pihak sekolah amat berbangga dengan
pencapaian anak-anak didik kami yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang telah
mereka duduki.

Anugerah pertama dimulakan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid pra sekolah
dan sijil berhenti sekolah kepada murid tahun 6 untuk sesi 2016. Dengan ini, majlis mempersilakan
yang berusaha GB SKKA _________________ untuk menyempurnakan majlis. Kita mulakan dengan
sijil dan hadiah kepada murid pra sekolah. Seterusnya penyampaian sijil berhenti sekolah kepada
murid thun 6 tahun 2015.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha GB _____________ atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis penyampaian anugerah berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada persembahan
murid.

Adat tuan adat berserah

Mari datang membawa puan

Adat bersirih adat sejarah

Untuk tuan kami sembahkan

Dengan itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian Koir yang akan dinyanyiakan
oleh murid-murid tahun 2,3,4 dan 5 skka. Dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih tas
persembahan sebentar tadi. Untuk pengetahuan, Persembahan koir sebentar tadi telah dibimbing
oleh Ckgu bong siew lee.

Anugerah diteruskn kembali dengan penyampaian sijil berhenti sekolah kpd murid thun 6. Majlis
sekali lagi menjemput gb skka untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Anugerah seterusnya ialah penyampaian sijil khidmat bakti kepada pengawas sekolah dan pengawas
asrama. Pihak majlis dengan ini menjemput ________ydp______________ untuk menyampaikan
sijil. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _____________tuai___________________ atas penyampaian sijil


khidmat bakti sebentar tadi.
Diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Dijemput _____________tuai____________ untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua


dan penolong ketua kelas.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ atas penyampaian sijil


penghargaan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan penyertaan kokurikulum kepada murid
yang telah melibatkan diri secara aktif dalam kokurukulum sekolah. Dengan ini dijemput
___________tuai________________ bagi menyampaikan sijil. Terima kasih diucapkan atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.

Seterusnya, anugerah usaha jaya. Untuk pengetahuan semua, anugerah ini diberikan kepada murid-
murid pemulihan dan linus yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terutamanya
dalam saringan linus sesi 2015. Majlis dengan berbesar hati menjemput yang berbahagia
__________________________ diiringin oleh gb untuk menyampaikan anugerah usaha jaya
tersebut tersebut. Bagi murid permulihan dipersila adik ____________________. Untuk
pengetahuan semua, adek alexson telah Berjaya memasuki kelas arus perdana pada tahun 2015 ini
setelah dua tahun berada di kelas pemulihan, tahniah diucapkan. Seterusnya murid Linus, dipersila
adik ______________. Adik Philip telah Berjaya melepasi ujian linus saringan dua tahun 2015,
Tahniah juga diucapkan. Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia
___________________________ atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian anugerah mata pelajaran terbaik. Dengan itu, dijemput
_________________________ untuk menyampaikan anugerah. Tahun 1-6 bm,bi,mt,sn. Ribuan
terima kasih diucapkan kepada ________________ atas kesudian menyampaikan anugerah
matapelajaran terbaik sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis akan berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada persembahan nyanyian solo yang
akan dipersembahkan oleh adek _________________ dan nyanyian duet oleh adik _________.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adek _______________________ dengan persembahan sebentar


tadi.

Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi dengan penyampaian anugerah kedudukan akademik terbaik. Untuk pengetahuan
semua, beg dan plak anugerah kedudukan akademik terbaik telah disumbangkan oleh pihak lading
iaitu grand perfect sdn bhd, hormat pacific sdn bhd dan budi nasib sdn bhd. Untuk menyampaikan
anugerah tersebut, majlis dengan berbesar hati menjemput _____________________ untuk
memberikan hadiah.
Kita mulakan dengan Pra sekolah – t6. Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi
untuk menyampaikan anugerah kedudukan akademik terbaik sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita dengan penyampaian anugerah perdana tahun 1, anugerah koko terbaik
2015, anugerah khas HEM 2015, anugerah tokoh harapan dan anugerah tokoh pelajar terbaik 2015.
Majlis dengan ini menjemput gb untuk mengiringi yang berbahagia___________________ bagi
menyampaikan anugerah tersebut. Kita mulakan dengan anugerah perdana tahun 1.
____________________________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Dipersila adek___________. Seterusnya anugerah kokulrikulum terbaik. Untuk makluman kpd para
hadirin, adik dessyana telah mewakili skka dlm acara lontar peluru semasa mssr daerah tatau dan
telah Berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan lontaran sejauh 8.35m. Adik dessyana juga
telah mewakili daerah tatau dalam mssr peringkat bahagian bintulu. Dipersila adik dessyana untuk
menerima anugerah. Seterusnya Anugerah khas HEM 2015. Diberikan kepada murid yang
mempunyai sifat kepemimpinan, berwibawa, berdisiplin dan sentiasa disenangi guru. saya bacakan
dulu pencapaian murid yang menerima anugerah khas Hem tersebut. Telah memegang jawatan
sebagai ketua pengawas sesi 2015, Baik dalam bidang akademik dan kokurikulum seperti mewakili
bola sepak dalam pertandingan ASAT peringkat daerah dan olahraga mssr daerah tatau, pernah
menjadi penghulu dalam perkhemahan unit beruniform. Murid ini juga sangat aktif dalam setiap
aktiviti yang dianjurkan oleh unit asrama dan telah menjadi contoh kepada pelajar asrama. Dengan
ini dijemput adek slyvester nyalong ak buan untuk menerima anugerah khas Hem tersebut.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian anugerah tokoh harapan.__________________________


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
dan akhir sekali anugerah tokoh pelajar terbaik tahun 2015. Penerima anugerah ini diberikan kepada
murid yang memperolehi keputusan yang terbaik dan cemerlang dalam UPSR. Berikut dibacakan
biodata penerima anugerah tokoh pelajar terbaik tahun 2015. _______________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia ____________________ atas kesudian
beliau menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian,

Pada hari selasa yang lepas, murid-murid tahun 6 telah memperoleh keputusan UPSR untuk sesi
2015. Dalam kalangan murid-murid ini telah memperoleh keputusan yang cemerlang. Oleh itu, pihak
sekolah telah menyediakan insentif kepada murid yang cemerlang bagi tahun 2014 dan 2015 ini.
Untuk menyampaikan insentif murid cemerlang UPSR tahun 2014 dan 2015 ini, majlis dengan ini
sekali lagi menjemput yang berbahagia _____________________ diiringin oleh gb untuk
menyampaikan insentif tersebut. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia ___________________kerana sudi menyampaikan
insentif sebentar tadi. Semoga dengan adanya insentif seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat
perjuangan murid-murid kita.

Hadirin sekalian,

Majlis sekali berhenti seketika untuk persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh
_____________________.dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada pasukan tarian atas
persembahan sebentar tadi.

Sebelum menutup tirai majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SKKA sesi 2015 ini, para hadirin sekali lagi
diminta untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu ibu pertiwiku.

Terima kasih diucapkan. Dengan nyanyian lagi ibu pertiwiku sebentar tadi, maka berakhirlah sudah
majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SKKa bagi sesi 2015. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan
kepada semua penerima anugerah. Mudah-mudahan kejayaan anda menjadi sumber inspirasi
kepada semua agar terus berusaha untuk APC pada tahun hadapan.

Majlis turut meramkan setinggi-tinggi penghargaan tas kerjasama dan keperihatinan ibu bapa yang
sanggup meluangkan masa hingga majlis ini berjalan dengan lancer sampai kehujungnya.

Madah diungkap santun bicara

Pantun dilantun mengusik hati

Salah dan silap tutur bicara

Pohon diampun seikhlas hati

Majlis berbesar hati menjemput tetamu kehormat kita __________________________ untuk


menjamu selera di dewan makan. Tidak lupa juga kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini
untuk ke dewan makan.

Kain yang carik Cuma dihujung

Dibuat alas mengelap kendi

Budiyang baik tetap dijunjung

Tahun hadapan berjumpa lagi sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai