Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENETAPAN SASARAN UPSR SEKOLAH KEBANGSAAN LIO MATO 2016

1. Mengumumkan ketibaan Pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan Temenggung Datuk Lawai Jau, En. Bunsie Anak Tunton
diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lio Mato, En. Sintan
Anak Lugat, para penolong kanan Sekolah Kebangsaan Lio Mato
masuk ke Dewan Bestari.
2. Yang berusaha, En. Bunsie Anak Tunton, Pengetua SMK
Temenggung Datuk Lawai Jau
Yang berusaha, En. Sintan Anak Lugat, Guru Besar SK Lio Mato
En. Weejane Anak Tomik, Penolong Kanan Akademik SK Lio Mato
Pn. Angela Bridget Swyny, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Lio
Mato
En. Wilsion Kebing, Penolong Kanan Kokurikulum SK Lio Mato,
En. Lucas Suok, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Lio Mato,
En. George Gelon, Timbalan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) SK Lio Mato,
Ketua-ketua panitia, guru-guru, para pembantu pengurusan murid,
ahli-ahli jawatankuasa PIBG SKLio Mato, para ibu bapa, murid-
murid, hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.
3. Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat petang dan selamat datang ke Majlis Penetapan Sasaran


UPSR SK Lio Mato 2016. Sekalung tahniah diucapkan kepada
kesemua pihak yang sudi menghadirkan diri ke majlis yang penuh
gilang gemilang pada petang ini.
4. Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput _____________________________ untuk
menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________


atas bacaan doa tersebut.
5. Hadirin-hadirat yang dihormati,

Program ini merupakan aktiviti yang diadakan saban tahun yang


meliputi penglibatan dari pihak sekolah dan pihak PIBG. Antara
matlamat program ini ialah:

a. Menetapkan sasaran kesemua mata pelajaran UPSR bagi


murid-murid tahun 6.
b. Mewujudkan hubungan yang baik antara guru-guru, para ibu
bapa atau penjaga murid dengan murid-murid tahun 6.
6. Masak ranum si buah rambutan,
Dimakan sebiji menjadi rinduan,
Hadir tuan dengan jemputan,
Mohon diungkap kata ucapan.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput


__________________________ untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penetapan Sasaran UPSR SK Lio
Mato 2016. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________


atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.
7. Hadirin yang dihormati,

Majlis akan diserikan dengan persembahan tarian kipas yang akan


dipersembahkan oleh murid-murid. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan


yang menarik dan mempesonakan sebentar tadi. Persembahan
tersebut telah disampaikan oleh gabungan murid-murid tahun 3,
tahun 4 dan tahun 5 yang dikelola oleh Pn. Lim Lian Fen dan Pn.
Angeline Ray.
8. Majlis akan diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar murid-
murid tahun 6. Dipersilakan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid tahun 6 atas lafaz


ikrar yang dibacakan sebentar tadi. Semoga ia menjadi azimat dan
pembakar semangat kepada mereka dalam menggapai sasaran dan
cita-cita yang diimpikan.
9. Hadirin yang dikasihi,

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian


cenderamata/cenderahati, majlis menjemput
_____________________________________________ mengiringi
_____________________________________________ untuk
menyampaikan cenderamata kepada
_____________________________________________. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


_____________________________________________ kerana
telah menyempurnakan upacara penyampaian
cenderamata/cenderahati sebentar tadi.
10. Dengan berakhirnya upacara penyampaian
cenderamata/cenderahati itu tadi, tibalah masa untuk pengerusi
majlis mengundurkan diri. Saya, Hairileqhwan Firdaus bin Fadzil
ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf andai terkasar bahasa, terlanjur bicara, tersilap
kata sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Segala yang
baik itu datangnya daripada Tuhan dan segala yang kurang baik itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
15. Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Para tetamu dan hadirin dijemput untuk menikmati hidangan yang


telah disediakan. Selamat menjamu selera. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai