Anda di halaman 1dari 3

HARI MUAFAKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LIO MATO 2016

1. Mengumumkan ketibaan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan


Guru Sekolah Kebangsaan Lio Mato, En. Lucas Suok diiringi Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Lio Mato, En. Sintan Anak Lugat, para
penolong kanan Sekolah Kebangsaan Lio Mato masuk ke Dewan
Bestari.
2. Yang berusaha, YdP PIBG SKLM, En. Lucas Suok
Guru Besar SKLM, En. Sintan Anak Lugat
Penolong Kanan Akademik SKLM, En. Weejane Anak Tomik
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Wilsion Kebing
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Angela Bridget Swyny

_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

Ketua-ketua panitia, guru-guru, para pembantu pengurusan murid,


ahli-ahli jawatankuasa PIBG SKLM, para ibu bapa, murid-murid,
hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.
3. Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembahh pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat pagi dan selamat datang ke Majlis Hari Muafakat SKLM


edisi 2016. Sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua pihak
yang sudi menghadirkan diri ke majlis yang penuh gilang gemilang
pada pagi ini.
4. Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput _____________________________ untuk
menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________


atas bacaan doa tersebut.
5. Hadirin-hadirat yang dihormati,

Program Hari Muafakat SKLM merupakan aktiviti yang diadakan


saban tahun yang meliputi penglibatan dari pihak prasekolah
sehingga ke kelas-kelas aliran perdana. Kesemua pihak dialu-alukan
untuk memahami keperluan, prasarana dan matlamat sekolah
dengan perkongsian maklumat melalui program ceramah dah
dialog. Antara matlamat program ini ialah:

a. Melahirkan komuniti ibu bapa atau penjaga murid yang tahu


akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap sekolah.
b. Mewujudkan hubungan yang baik bersama guru-guru, ibu
bapa, atau penjaga murid dan murid-murid.
c. Memberikan peluan kepada para guru untuk mengenali latar
belakang murid-murid melalui salasilah keluarga mereka.
6. Masak ranum si buah rambutan,
Dimakan sebiji menjadi rinduan,
Hadir tuan dengan jemputan,
Mohon diungkap kata aluan.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput


__________________________ untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________


atas ucapan alu-aluan yang disampaikan sebentar tadi.
7. Hadirin sekalian,

Kini, tibalah pada sesi taklimat antara pihak pengurusan sekolah


dan para ibu bapa atau penjaga murid-murid. Sesi taklimat
pengurusan sekolah akan disempurnakan oleh En. Sintan Anak
Lugat, Guru Besar SKLM. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Sintan Anak Lugat kerana telah
menyampaikan taklimat sebentar tadi.
8. Seterusnya, sesi taklimat pengurusan akademik akan disampaikan
oleh En. Weejane Anak Tomik, Penolong Kanan Akademik SKLM.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Weejane Anak Tomik atas


taklimat yang disampaikan.
9. Sesi taklimat berikutnya akan disampaikan oleh En. Wilsion Kebing,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKLM berkenaan dengan
pengurusan hal ehwal murid. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih ducapkan kepada En. Wilsion Kebing kerana telah


menyampaikan taklimat pengurusan hal ehwal murid sebentar
tadi.
10. Hadirin yang dimuliakan,

Sesi taklimat pengurusan kokurikulum akan disampaikan oleh Pn.


Angela Bridget Swyny. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Angela Bridget Swyny atas


taklimat yang disampaikan sebentar tadi.
11. Seterusnya, taklimat pengurusan prasekolah akan disampaikan
oleh Pn. Diyana binti Suliman, guru prasekolah. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Diyana binti Suliman atas


taklimat yang disampaikan.
12. Sesi taklimat pengurusan terakhir pada pagi ini akan disampaikan
oleh Pn. Angeline Ray, fasilitator LINUS SKLM berkenaan
pengurusan LINUS. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Angeline Ray kerana telah


menyampaikan taklimat pengurusan LINUS sebentar tadi.
13. Hadirin-hadirat yang dihormati,

Program Hari Muafakat SKLM ditangguhkan seketika bagi memberi


ruang kepada para tetamu dan hadirin menikmati hidangan minum
pagi. Selepas sesi minum pagi, para ibu bapa atau penjaga murid
dijemput bersama-sama dengan guru-guru kelas bagi aktiviti
randau kelas. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai.
14. Sebelum mengakhiri majlis pada pagi ini, saya, Hairileqhwan
Firdaus bin Fadzil ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh
jari andai terkasar bahasa, terlanjur bicara, tersilap kata sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi.

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
15. Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Para tetamu dan hadirin dijemput untuk menikmati hidangan yang


telah disediakan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai