Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK LIO MATO 2016

Pengerusi Majlis : En. Hairileqhwan Firdaus bin Fadzil

1. Mengumumkan ketibaan: Weejane

a. Encik Lucas Suok, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan


Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lio Mato
b. diiringi oleh Encik Sintan Anak Lugat, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Lio Mato dan Encik Weejane Anak Tomik,
Penolong Kanan Akademik Sekolah Kebangsaan Lio Mato

ke pentas utama Astaka SK Lio Mato.


2. a. Encik Lucas Suok, YdP PIBG SK Lio Mato, Weejane
b. Encik Sintan Anak Lugat, Guru Besar SK Lio Mato,
c. Encik Weejane Anak Tomik, Penolong Kanan Akademik
SK Lio Mato,
d. Puan Angela Bridget Swyny, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, SK Lio Mato
e. Encik Wilsion Kebing, Penolong Kanan Kokurikulum SK
Lio Mato,
f. Encik
______________________________________________.
g. Encik Feddly ______________, wakil Klinik Kesihatan Lio
Mato,
h. Encik Andy _______________, wakil Jabatan Pertanian
Lio Mato,
i. Guru-guru, staf-staf sokongan, ahli-ahli PIBG SK Lio
Mato, para ibu bapa, barisan atlet dan hadirin-hadirat
sekalian.

Selamat petang dan salam 1 Malaysia.


3. Selamat datang ke Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Weejane
Tahunan SK Lio Mato bagi edisi 2016. Sekalung tahniah dan
penghargaan diucapkan kepada kesemua pihak kerana sudi
menjayakan program yang gilang-gemilang ini. Kita amat
berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan antara
pihak sekolah dan PIBG dalam menjayakan kejohanan ini.
Kerjasama seumpama ini akan dapat memacu sekolah ke
arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, ddemi
kebaikan anak-anak didik kita.
4. Memulakan atur cara majlis, marilah kita bersama-sama Weejane
menyaksikan perarakan masuk kesemua kontinjen yang
bertanding pada kali ini. Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Encik Lucas Suok, YdP PIBG SK Lio
Mato untuk menerima lintas hormat. Dipersilakan.

*lintas hormat kesemua kontinjen

Kontinjen pertama/seterusnya yang melakukan lintas *Rujuk buku


hormat ketika ini merupakan kontinjen dari Rumah program
___________________________ dengan kekuatan anggota
seramai ________ orang di bawah pimpinan Encik/Puan
_________________________________________.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Lucas Suok kerana sudi


menerima lintas hormat setiap kontinjen sebentar tadi.
5. Kesemua dif-dif kehormat dan hadirin dijemput berdiri Hairil
untuk menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku”.
*nyanyian lagu “Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku”
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
6. Seterusnya, majlis menjemput Hairil
_____________________________ untuk mengetuai bacaan
doa pemberkatan. Dipersilakan.

*bacaan doa

Terima kasih diucapkan kepada


____________________________ atas bacaan doa itu tadi.
7. Hadirin-hadirat yang dihormati, Hairil
Majlis mempersilakan Encik Sintan Anak Lugat, Guru Besar
SK Lio Mato merangkap Pengurus Majlis Perasmian
Penutupan Program Transformasi Sekolah : Program
Motivasi dan Kecemerlangan UPSR 2016 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Sintan
Anak Lugat atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
8. Duduk sekawan gadis jelita, Hairil
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis menjemput Encik Sintan Anak Lugat, Guru Besar SK


Lio Mato untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sintan Anak Lugat atas


ucapan alu-aluan sebentar tadi.
9. Masak ranum si buah rambutan, Hairil
Dimakan sebiji menjadi rinduan,
Hadir tuan dengan seruan,
Mohon diungkap kata ucapan.
Kini, majlis dengan sukacita menjemput Encik Lucas Suok,
YdP PIBG SK Lio Mato untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Lio
Mato 2016. Dengan penuh takzimnya, majlis
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Lucas Suok kerana
telah menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
10. Hadirin sekalian, Hairil

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah perbarisan


bagi kontinjen-kontinjen yang bertanding. Majlis menjemput
Encik Sintan Anak Lugat dan Encik Weejane Anak Tomik
mengiringi Encik Lucas Suok bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Syabas kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan


kepada Encik Lucas Suok atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.
11. Majlis diserikan lagi dengan lafaz ikrar kejohanan. Oleh itu, Hairil
majlis menjemput Adik Felycia Uding Ismail untuk mengetuai
bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Felycia Uding Ismail


atas bacaan ikrar kejohanan sebentar tadi.
12. Hadirin sekalian, Hairil

Tibalah kita ke acara kemuncak Perasmian Kejohanan Sukan


Tahunan SK Lio Mato 2016, iaitu upacara larian dan nyalaan
obor kejohanan. Dipersilakan Adik Immanuel Lawai Lucas
untuk menerima obor yang akan dinyalakan oleh Encik Lucas
Suok, YdP PIBG SK Lio Mato.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Immanuel Lawai Lucas


atas nyalaan obor yang disempurnkan sebentar tadi.
Diharapkan nyalaan obor itu menjadi lambang perjuangan
yang tidak pernah padam dalam jiwa dan sanubari setiap
atlet.
11. Sebelum mengakhiri majlis, diumumkan perarakan lintas Hairil
keluar kesemua kontinjen rumah sukan.
12. Acara yang akan berlangsung sebentar lagi adalah acara 60 Hairil
m Lelaki Bawah 10 tahun. Untuk itu, diminta kepada semua
pegawai sukan dan sekolah-sekolah yang mengambil
bahagian dapat bersiap sedia.

Anda mungkin juga menyukai