Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


KEM JATI DIRI & KEPIMPINAN, BADAN PEMIMPIN PELAJAR
MAKTAB SULTAN ISMAIL, KOTA BHARU.

TARIKH : 14 FEBRUARI 2015


TEMPAT : BILIK HYPERMEDIA, IPG-KAMPUS SULTAN MIZAN
BIL PERKARA CATATAN
1- **KETIBAAN VIP DAN PARA PENSYARAH**
Mengumumkan ketibaan :
1.Yang Berusaha, ______________________________
Tuan Pengetua, Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

dan
2.____________________________________________
Pengarah Program Kem Jati Diri & Badan Pemimpin Pelajar,
Maktab Sultan Ismail sesi 2015.

3- **NYANYIAN LAGU NEGARAKU**


Sekarang kita akan menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan
muzik. Hadirin diminta untuk berdiri.
***
Hadirin dipersilakan duduk.

4- Kita mulakan majlis pada pagi ini dengan Ummul Furqan Al-
Fatihah
**BACAAN AL-FATIHAH**

**SOLUTASI**

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Kepimpinan.


1.Yang Berusaha, ______________________________
Tuan Pengetua, Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

dan
2.____________________________________________
Pengarah Program Kem Jati Diri & Badan Pemimpin Pelajar,
Maktab Sultan Ismail sesi 2015.
3. Fasilitator Excellent Sifoo Club Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan.

Seterusnya hadirin sekalian.

5- Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya diberi


kesempatan ruang dan peluang untuk kita berkumpul pada pagi ini
bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutup Program Kem Jati Diri
& Badan Pemimpin Pelajar, Maktab Sultan Ismail sesi 2015.
6- **BACAAN DOA**

Lebat rumbia pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkas,;
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat yang Maha Esa.

Majlis dengan segala sukacita mempersilakan


____________________________ untuk mengetuai bacaan doa.

***Bacaan Doa***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


____________________________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

7- **TAYANGAN VIDEO**

Hadirin-hadirat sekalian,
Marilah sama-sama kita saksikan tayangan video yang
memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2
malam program ini berlangsung.
Begitulah tadi tayangan video yang telah disediakan sebagai
kenangan dan memorabilia kita bersama di sepanjang program ini
berlangsung.

8- ***UCAPAN WAKIL PELAJAR***

Seterusnya, majlis mempersilakan saudara


_____________________________ untuk menyampaikan
ucapan daripada wakil pelajar Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu,
Kelantan.
***

Terima kasih diucapkan kepada saudara


_____________________________ atas ucapan sebentar tadi.

9- ***UCAPAN PENASIHAT ESC***

Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, En. Latif bin
Hamzah selaku Penasihat Excellent Sifoo Club, Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan.Dengan
Segala hormatnya majlis mempersilakan.
***

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En. Latif bin


Hamzah atas ucapan sebentar tadi.

10- ***UCAPAN PERASMIAN PENUTUP***


Pergi ke pantai mencari lokan,
Rehat berteduh di pohon jati,
Ucapan perasmian penutup kita nantikan,
Mari bersama kita hayati.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha, ______________________________________,
Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan
untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Kem Jati
Diri & Kepimpinan, Badan Pemimpin Pelajar, Maktab Sultan Ismail
bagi sesi 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***Ucapan Perasmian Penutup***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismail, _____________________
atas ucapan perasmian penutup sebentar tadi.

11- ***PENYAMPAIAN CENDERAMATA***

Majlis diteruskan kini dengan acara Penyampaian Cenderamata.


Oleh itu, majlis mempersilakan,

1. Yang Berusaha, ____________________________________


Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan untuk
menyampaikan cenderamata daripada pihak Maktab Sultan Ismail
kepada wakil fasilitator.

Dijemput wakil fasilitator iaitu saudara/i _____________________


untuk menerima cenderamata.
Seterusnya,
2. Dipersilakan pula wakil daripada pihak Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan, Yang Berusaha, __________________
untuk menerima cenderamata daripada pihak Maktab Sultan
Ismail.

Seterusnya,
3. Dipersilakan pula wakil daripada Maktab Sultan Ismail untuk
menerima cenderamata daripada pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan. Dipersilakan Yang Berusaha,
_______________________ untuk menyampaikan
cenderamata.

[Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha,


_________________________ atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.]

13- ***BACAAN IKRAR***


Seterusnya ialah bacaan ikrar pelajar. Oleh itu, majlis
mempersilakan saudara ________________________________
untuk mengetuai lafaz bacaan ikrar.
***

Terima kasih diucapkan kepada saudara ____________________


atas lafaz bacaan ikrar sebentar tadi.

14- ***NYANYIAN LAGU TEMA “GEMURUH”***


Bagi meneruskan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan
lagu tema untuk program ini iaitu “Gemuruh”. Hadirin dipohon
untuk berdiri.

16- ***NYANYIAN LAGU SEKOLAH***


Hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah Maktab Sultan
Ismail.

***PENUTUP***
Dengan berakhirnya nyanyian lagu sekolah itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Terima kasih kepada
semua hadirin yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan
majlis pada pagi ini. Diharapkan agar Kem Jati Diri & Kepimpinan,
Badan Pemimpin Pelajar, Maktab Sultan Ismail sesi 2015 ini
bermanfaat kepada kita semua khususnya dalam membina
kemenjadian insan pemimpin yang cemerlang, gemilang, terbilang
dalam segenap aspek kehidupan..

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tingkah bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Mewakili Jawatankuasa Fasilitator Excellent Sifoo Club, Kem Jati


Diri & Kepimpinan, Badan Pemimpin Pelajar, Maktab Sultan Ismail
sesi 2015, kami memohon ribuan ampun dan maaf jika ada
sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program pada kali
ini. Semoga semangat kepimpinan dan ukhuwah antara fasilitator
dan para pemimpin pelajar Maktab Sultan Ismail ini tidak akan
terhenti di sini, insya-Allah.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum W.B.T dan


terima kasih. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai