Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN

PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2023

Que Teks
Sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara;
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi

Yang Dihormati
< nama pegawai >
Pegawai Perhubungan Sekolah
SK LUBOK

YANG BERUSAHA, CIKGU ABD RAZAK BIN SULIEMAN, GURU BESAR


SK LUBOK.
Ucapan aluan
Yang DIHORMATI, CIKGU ZURAIDAH BINTI ISHAK, GPK Pentadbiran Sk
Lubok.

Yang Dihormati, CIKGU HABIBAH BINTI BERAHIM, GPK Hal Ehwal Murid,
Sk Lubok.

Yang Dihormati, USTAZ YASIR BIN ABD WARIF, GPK Kokurikulum, Sk


Lubok.

Yang Dihormati, CIKGU NORHAYATI BINTI MOHAMAD, PENYELARAS


PPKI, Sk Lubok.

Rakan-rakan guru, Para PPM serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin hadirat diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu


Nyanyian lagu
Negaraku, Bangsa Johor dan lagu sekolah.
Berikutnya, majlis mempersilakan Saudara
________________________________________________ untuk mengetuai
bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.
Bacaan Ikrar
Rukun Negara ********************Ikrar Rukun Negara**********************

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________. Semua


hadirin dipersilakan duduk.

1
Hadirin yang dimuliakan,

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
Bacaam doa menadah tangan, mengaminkan doa, yang akan dibacakan oleh Ustaz Akmal

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Bacaan Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Akmal atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan Aluan Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada pagi ini, kita berkumpul di dewan yang mulia ini dengan satu tujuan yang
sama iaitu Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah
Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023. Pelancaran ini akan mengangkat murid
sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia. Antara inisiatif yang
dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu menangani
isu salah laku disiplin murid sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada peringkat
sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid
dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan
KPM dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan KPM

Hadirin sekalian,

Perahu kolek di hilir tanjung,


Ucapan sarat bermuat kayu jati,
Pegawai
salam tersusun sirih junjung,
Perhubungan
Sekolah Amanat tuan kami amati

2
Hadirin yang dimuliakan,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,


Yang Dihormati, < masukkan teks/nama >,
Pegawai Perhubungan < masukkan teks/nama >.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Ucapan PPS**********************

Terima kasih iucapkan kepada Tuan < masukkan teks/nama > atas ucapan sebentar
tadi.

Para guru dan murid sekalian…

Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput Yang Berusaha, Cikgu Abd Razak Bin Suleiman
untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin
Ucapan Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023. Dengan
Perasmian segala hormatnya dipersilakan.
Pelancaran
*********************Ucapan Perasmian**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Abd Razak Bin Suleiman di
atas ucapan dan perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023, dijemput
sekali lagi Yang Berusaha Cikgu Abd Razak Bin Suleimanbersama-sama dengan
Yang Dihormati ........................................................, diiringi oleh semua penolong
Gimik kanan, semua guru penolong kanan untuk menyempurnakan upacara gimik
pelancaran pelancaran .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********************Gimik Pelancaran**********************
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan pelancaran sebentar
tadi.

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan di adakan. Oleh itu,
saya mempersilakan semua hadirin bersedia untuk mengambil gambar.
Bersurai
Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya ada
terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini. Sekian. Wbt.

Anda mungkin juga menyukai