Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN

PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2023

Que Teks

Sirih berlipat sirih pinang,


sirih dari pulau mutiara;
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi

Yang Dihormati
Puan Siti Sarah BT Md Desa
SDA Felda Kg Awah
Yang berusaha,
< masukkan teks/nama >
Ucapan GB
aluan
masukkan teks/nama >
Penolong Kanan Pentadbiran,

< masukkan teks/nama >


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

< masukkan teks/nama >


Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru kanan, guru-guru, pembantu pengurusan murid dan


seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sebelum majlis dimulakan, diminta semua hadirin bersedia untuk


Nyanyian menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.
lagu
Semua hadirin diminta berdiri.
Bacaan Ikrar Berikutnya, majlis mempersilakan saudari / saudara

1
________________________________________________ untuk
mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.
Rukun
********************Ikrar Rukun Negara**********************
Negara
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________.
Semua hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dimuliakan,

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
Bacaam doa sama kita menadah tangan, mengaminkan doa, yang akan dibacakan
oleh Ustaz < masukkan teks/nama >

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Bacaan Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada < masukkan teks/nama


> atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Assalamualaikum dan salam perpaduan.


Aluan
Pada pagi ini, kita berkumpul di < masukkan teks > dengan satu tujuan
yang sama iaitu Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023. Pelancaran
ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang
taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD).

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai
PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid
2
sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada


peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala
tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku
Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Hadirin sekalian,

Perahu kolek di hilir tanjung,


sarat bermuat kayu jati,
salam tersusun sirih junjung,
Amanat tuan kami amati

Hadirin yang dimuliakan,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,


Ucapan Yang Dihormati, Puan Siti Sarah bt Md Desa
Pegawai Pembantu Pembangunan Masyarakat Felda Kg Awah merangkap AJK
Perhubungan
PIBG
Sekolah
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Ucapan PPS**********************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Sarah bt M Desa atas ucapan
sebentar tadi.

Dijemput Puan GB Puan Maziah binti Mohd Sapar untuk menyampaikan


cenderahati kepada Puan Siti Sarah diatas kesudian menjadi tetamu
pada majlis pagi ini.

Ucapan Para guru dan murid sekalian…


Perasmian
Pelancaran Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Guru Besar (Puan Maziah binti
Mohd Sapar

3
_________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************Ucapan Perasmian**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Guru


Besar (Puan Maziah binti Mohd Sapar di atas ucapan dan perasmian yang
telah disampaikan sebentar tadi.
TAK PERLU----------------------------------------
Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Pelantikan Duta Sahsiah


Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah 2023

Gimik Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter


Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023, dijemput sekali lagi
Yang Berusaha ____________________________________________
Gimik bersama-sama dengan Yang Dihormati < masukkan teks/nama >,
pelancaran diiringi oleh semua penolong kanan, semua guru kanan dan semua
penyelaras PPKI untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************Gimik Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan


pelancaran sebentar tadi.

Bersurai
Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan di adakan.
Oleh itu, saya mempersilakan semua hadirin bersedia untuk mengambil
gambar.

Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf


seandainya ada terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan
majlis ini. Sekian. Wbt.

4
5

Anda mungkin juga menyukai