Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Bismillah….
Assalammualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yg berusaha Pn. Puzirah bt Abd Lateh, Pengetua SMK Guar Nangka,


Pn. Norliza bt Salleh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Ruslizan b. Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, barisan guru-guru serta pelajar-pelajar
SMK Guar Nangka yang dikasihi sekalian .

Hadirin serta para pelajar dipohon berdiri bagi kita sama-sama menyanyikan
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis serta Lagu sekolah

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan


yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan
luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita
berkumpul dalam satu majlis pelancaran guru penyayang serta ‘Dengue Patrol’
tahun 2019.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan
memohon berkat semoga segala urusan mendapat rahmat. Dengan itu, majlis
mempersilakan ___________________________________bagi mengetuai bacaan doa.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program guru penyayang ini


bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih di seluruh warga smk Guar Nangka. Di
samping itu juga, ia dapat menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim
sesama warga sekolah, sekaligus menjana suasana pembelajaran dan pengajaran
yang kondusif di sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di bawah program guru penyayang


termasuklah 1) Mengalu-alukan kehadiran murid, 2) Memberi penghargaan kepada
murid, 3)Mentor mentee, 4)Ziarah Cakna dan yang terakhir 5) 3S iaitu Senyum, Sapa
dan Salam.

Manakala antara objektif ditubuhkan program ‘Dengue Patrol’ Ini pula adalah
bertujuan untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanak
kanak sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganinya.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk Memperkasa murid-murid sekolah yang mudah
terdedah kepada risiko denggi, dengan mengambil langkah proaktif di dalam
pencegahan denggi dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti
mereka.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput


Yang Berusaha, Pn. Norliza bt Salleh, PK HEM SMK Guar Nangka untuk memberikan
ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran guru penyayang serta
‘Dengue Patrol’ bagi tahun 2019.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************Ucapan Perasmian PK HEM*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang


Berusaha, Pn. Norliza bt Salleh, PK HEM SMK Guar Nangka. Majlis merakamkan
jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah hari lahir kepada pelajar-
pelajar yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Dengan itu, majlis mempersilakan
Pn. Puzirah bt Abd Lateh, Pengetua SMK Guar Nangka untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah tersebut. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Puzirah bt Abd Lateh atas penyampaian hadiah
hari lahir kepada para pelajar sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian juga, hari ini 2 orang daripada pelajar
kita turut menyambut kelahiran pada 25 Februari. Mereka adalah
____________________ dan _______________________________. Diminta pelajar tersebut
untuk naik ke pentas.

Di samping itu juga terdapat beberapa orang guru yang kita kasihi berkongsi bualan
kelahirannya pada bulan Februari. Dipersilakan juga cikgu
_________________________________________________________________________________
Bagi sama-sama menyempurnakan sesi pemotongan kek hari Lahir di atas pentas ini.
Dipersilakan.

Dan mohon semua untuk kita sama-sama menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu
untuk sahabat-sahabat serta guru-guru yang kita raikan di hadapan ini.

Majlis merakamkan terima kasih kepada guru-guru serta para pelajar yang sudi
menyanyikan lagu sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekelian

Dengan berakhirnya sesi pemotongan kek hari lahir sebentar tadi, maka majlis sudah
sampai kepenghujungnya. Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program
guru penyayang dan Dengue Patrol ingin merakamkan sekalung penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program guru penyayang serta Dengue Patrol tahun 2019 ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.
SEKIAN TERIMA KASIH…

Anda mungkin juga menyukai