Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis

1. Yang Berbahagia, Dr. Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein
Onn.
2. Yang Dihormati, Encik Abd Jaabar bin A Rahman, Ketua Unit Kokurikulum IPG
Kampus Tun Hussein Onn.
4. Yang Dihormati, barisan jurulatih dan rakan peserta perkhemahan unit beruniform.
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia,
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada
Tuhan kerana dengan izinnya, kita dapat sama-sama berkampung di Telok Gorek
selama 4 hari.
bersama-sama

Rasanya selama tempoh masa ini sangat singkat untuk kami


menimba

ilmu

dan

pengalaman

dalam

Perkhemahan

Unit

Beruniform ini.
Saya mewakili rakan-rakan peserta ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak IPG serta barisan pensyarah yang banyak memberi pengalaman dan
ilmu sebagai bekalan untuk kami menghadapi cabaran yang akan datang. Segala
jasa dan pengorbanan pensyarah-pensyarah tidak dapat kami balas, justeru kami
serahkan kepada Tuhan jua untuk membalasnya.
Dirunduk hanyalah padi
Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
Dikenang hanyalah jasa.
Budi bahasa tak jual beli,
Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
Orang memberi kita merasa
Segala aktiviti yang kami lakukan di sini, benar-benar menyuntik kekuatan jati
diri dari segala fizikal mahupun mental. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga
dapat membentuk disiplin dan menguatkan keyakinan diri. Berbekalkan tunjuk ajar

daripada barisan pensyarah sekalian akan kami praktikkan ilmu yang diperolehi
untuk menjana kecemerlangan di sekolah nanti.
Saya mewakili rakan-rakan peserta ingin memohon maaf atas kesilapan dan
kekurangan dalam tempoh perkhemahan ini.
Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.
Akhir sekali, kita berjanji akan memanfaatkan ilmu pengetahuan yang
dipelajari daripada perkhemahan unit beruniform ini untuk menjadi seorang guru
yang cemerlang pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai