Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI APRESIASI 2019


SK KUALA ATOK
AGENDA SKRIP CATATAN
1. Perhatian kepada semua hadirin yang hadir di dewan ini.
Persediaan 2. Sila ambil perhatian tentang beberapa perkara:
sidang 1 - Murid diminta tidak membuat bising, berbual-bual
dan menunjukkan reaksi tidak berminat ketika berada
dalam majlis.
- Murid tidak dibenarkan meninggalkan majlis.
Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan
kebenaran guru.
- Pengawas hendaklah menjalankan tugas dengan
sebaiknya agar majlis berjalan dengan lancar.
- Murid diminta duduk dalam keadaan paling selesa,
teratur dan tersusun.
- Murid tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis
berlangsung. Berikan tepukan kepada penerima
pertama & terakhir yang menaiki pentas bagi setiap
sesi penyampaian hadiah.
- Murid diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan.

Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan khas,


Ketibaan
tetamu Yang Dihormati,
Yang Dipertua PIBG SK Kuala Atok,
Encik Mohd Najib Bin Sohor @Ishak
diiringi oleh NYDP PIBG, Tuan Guru Besar dan barisan
pentadbir masuk ke dalam dewan.
Hadirin diminta berdiri.

Nyanyian Lagu Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Negaraku

Majlis mengucapkan terima kasih kepada hadirin sekalian


Tamat Lagu atas nyanyian lagu Negaraku sebentar tadi.
Negaraku
Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Kata alu-aluan
pengacara Melayang serindit di atas permatang,
majlis Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati,
Yang Dipertua PIBG SK Kuala Atok,
Encik Mohd Najib Bin Sohor@Ishak
Selaku tetamu jemputan khas,

Yang Dihormati,
Naib Yang Dipertua PIBG SK Kuala Atok,
Encik Azrie Bin Ajibah,

Yang Berusaha,
Encik Rosli Bin Abdul Wahab,
Guru Besar SK Kuala Atok,

Yang Berusaha,
Encik Roslan Bin Muhammed Wahab
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,
Encik Mohd Zailidon Bin Zainal,
Pen. Kanan Kokurikulum

AJK Persatuan Ibubapa dan guru,


barisan guru SK Kuala Atok, tuan-tuan dan puan-puan serta
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah


kurnia serta izin-Nya dapat sama-sama kita berhimpun di
dewan ini untuk menjayakan Hari Apresiasi SK Kuala Atok
bagi tahun 2019.

Bagi pihak jawatan kuasa majlis,


Kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita,

Yang Dihormati,
Yang Dipertua PIBG,
Encik Mohd Najib Bin Sohor@Ishak,
sebagai tetamu jemputan khas ke majlis kita pada pagi ini.

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Bagi memperoleh keberkatan dan kerahmatan daripada Allah
Yang Maha Esa,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Al-fadhil Ustaz Mohd Hazahari Bin Awang
Untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Doa tamat Al-fadhil Ustaz Mohd Hazahari Bin Awang
atas bacaan doa itu tadi.

Mudah-mudahan kita semua dirahmati dan majlis pada hari


ini berjalan dengan sempurna.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,


Ucapan GB Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan yang


akan disampaikan oleh:

Yang Berusaha,
Tuan Guru Besar SK Kuala Atok,
Encik Rosli Bin Abdul Wahab.

Dipersilakan.

Begitulah tadi ucapan


Yang Berusaha,
Tuan Guru Besar, Encik Rosli Bin Abdul Wahab.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih.

Tuan-puan dan puan-puan yang dihormati sekalian


Ucapan Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya
perasmi mempersilakan

Yang Dihormati,
Encik Mohd Najib Bin Sohor @ Ishak
YDP PIBG SK Kuala Atok, tetamu jemputan khas untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari
Apresiasi SK Kuala Atok tahun 2019.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkankan ucapan terima kasih kepada


Yang Dihormati
Encik Mohd Najib Bin Sohor@Ishak,
atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.
Pakaian dipakai cantik berseri,
Persembahan Majlis keraian kita semua,
senamseni Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan yang telah tersedia.

Hadirin yang dihormati sekalian,


seterusnya kita akan menyaksikan persembahan senamseni
yang dianggotai oleh beberapa orang murid Tahun 4 hingga
6. Kumpulan ini telah memenangi pertandingan senamseni
yang telah diadakan semasa Hari Keusahawanan yang lalu.

Segala hormatnya dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan senamseni dari murid dari


Tahun 4 hingga 6. Syabas dan tahniah diucapkan.
Bagi memulakan penyampaian Hari Apresiasi pada pagi ini,
Penyampaian majlis dengan segala hormatnya mempersilakan:
hadiah
prasekolah, Yang Dihormati,
peningkatan NYDP PIBG Encik Mohd Azrie Bin Ajibah diiringi oleh NYDP
prestasi dan GPK HEM Encik Roslan Bin Muhammed Wahab untuk +
galakan linus, menyampaikan anugerah kepada para penerima. GPK HEM
kedatangan
penuh, sijil Dengan segala hormatnya dipersilakan.
pengawas
Kita mulakan dengan Graduasi Murid-murid Prasekolah.

Bagi prasekolah 5 tahun, dimulakan dengan:

Rujuk buku program

Penyampaian hadiah diteruskan bagi Peningkatan Prestasi


dan Galakan Linus.

Bagi Peningkatan Prestasi, dimulakan dengan:

Rujuk buku program

Seterusnya, kita teruskan penyampaian Kedatangan Penuh


Sesi Persekolahan 2019 dari Januari hingga Oktober.

Bagi Tahun 1, penerima kedatangan penuh ialah:

Rujuk buku program

Kita teruskan pula dengan penyampaian Sijil Pengawas


Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Bagi Pengawas Sekolah, kita mulakan dengan Ketua Murid


iaitu: Mohd Fakhry Shah Bin Mohd Shafie dan Penolong
Ketua Murid iaitu Nurul Atiqah Najwa Binti Anizam

Rujuk buku program


Tahniah dan syabas kepada semua penerima hadiah dan sijil.

Sekalung terima kasih kepada NYDP Encik Azrie Bin


Ajibah kerana kesudian tuan untuk menyampaikan hadiah
dan sijil sebentar tadi.

Sebelum kita berhenti rehat seketika, marilah sama-sama kita


Persembahan saksikan persembahan pasukan koir sekolah yang telah
koir dilatih oleh Encik Mohd Azizi Bin Abdull Razak dan Encik
Roslan Bin Muhammed Wahab. Pasukan Koir ini telah
memenangi kejayaan Anugerah Emas peringkat Daerah
Raub 2019.

Dipersilakan pasukan koir murid-murid SK Kuala Atok ke


atas pentas.

Terima kasih kepada pasukan koir sekolah atas persembahan


yang cukup bertenaga dan tahniah juga kepada guru-guru
yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung
melatih murid-murid sehingga ketahap yang dibanggakan.

Kalau tuan pikat cemara,


Rehat Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Hadirin sekalian, sudah sampai masa untuk kita berehat


seketika.

Kita akan kembali ke dewan ini pada jam 10.35 pagi.


Diharapkan semua hadirin menepati masa yang telah
ditetapkan agar kita dapat meneruskan penyampaian
anugerah yang seterusnya.

Dijemput tetamu khas dan barisan pentadbir ke kantin untuk


menjamu selera yang telah tersedia.

Sekian, terima kasih dan selamat menjamu selera.

Perhatian kepada semua murid, sila duduk dalam keadaan


Persediaan selesa dan tidak dibenarkan membuat bising semasa majlis
sidang 2 diadakan.

Kepada penerima-penerima anugerah sebentar lagi, diminta


bersedia dan tunggu arahan guru bertugas.

Kita akan mulakan majlis kita sebentar sahaja lagi.

Assalamualaikum wbt dan selamat kembali.


Penyampaian
anugerah kelas Kita teruskan majlis kita kepada kategori penyampaian
kafa dan hadiah KAFA.
keceriaan
kelas. Majlis menjemput: GPK HEM
GPK HEM Encik Roslan Bin Muhammed Wahab +
diiringi oleh: GPK KOKU
GPK Koku Encik Mohd Zailidon Bin Zainal
untuk menyampaikan hadiah kepada penerima kategori
KAFA.

Bagi penerima hadiah KAFA, dimulakan dengan:

Rujuk buku program

Seterusnya, bagi kategori Keceriaan Kelas, bagi kategori


Tahap 1, telah dimenangi Kelas 1 Venus dan Tahap 2 telah
dimenangi oleh Kelas 6 Uranus.

Tahniah kepada kelas yang telah menang dan syabas kepada


guru kelas yang telah berhempas pulas untuk menghias kelas
dengan ceria.

Sebelum kita teruskan agenda kita dengan anugerah yang


Persembahan seterusnya, marilah kita saksikan persembahan dari murid
murid Tahun 1 dan 2 yang telah dipimpin oleh Encik Mohd Azizi
Tahun 1 & 2 Bin Abdull Razak.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang cukup menghiburkan


hati kita semua.

Mari kita teruskan agenda kita dengan penyampaian


Penyampaian anugerah Potensi Tahap 1.
hadiah
Potensi Tahao Oleh itu, saya menjemput Yang Dihormati YDP PIBG YDP
1, Cemerlang Encik Mohd Najib Bin Sohor@Ishak diiiringi oleh GPK +
PBD tahap 1 Pentadbiran Puan Fatmawati Binti Ghazali ke atas pentas GPK 1
dan untuk menyampaikan anugerah kepada penerima.
matapelajaran
terbaik tahap 2 Anugerah Potensi Tahap 1 bagi Tahap 1 dimulakan dengan
Kelas Tahun 1 Venus. Penerima pertama ialah:

Rujuk buku program

Tahniah kepada penerima-penerima Tahap 1.


Seterusnya, kita beralih pula ke Cemerlang Pentaksiran
Bilik Darjah Tahap 1.

Penerima pertama Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah


Tahap 1 ialah:

Rujuk buku program

Syabas kepada penerima-penerima Tahap 1.

Kita beralih pula ke anugerah seterusnya iaitu Anugerah


Matapelajaran Terbaik Tahap 2.

Dimulakan dengan Tahun 4 Jupiter. Penerima pertama ialah:

Rujuk buku program

Syabas dan tahniah kepada penerima Anugerah


Matapelajaran Terbaik Tahap 2.

Terima kasih kepada YDP Encik Mohd Najib Bin Sohor dan
Puan Fatmawati Ghazali atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada para penerima.

Sehabis merah daun yang sihat,


Persembahan Dahan melebar bercerita sakan,
Tahun 6 Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan murid kita saksikan.

Marilah kita sama-sama saksikan persembahan murid Tahun


6 yang telah disediakan oleh mereka sendiri. Inilah kenangan
terakhir mereka setelah 6 tahun berhempas pulas menuntut
ilmu di sekolah ini.

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid Tahun 6.

Dipersilakan murid Tahun 6 ke atas pentas.

Sampai sudah ke agenda yang ditunggu-tunggu oleh kita


Penyampaian semua. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
hadiah bagi kategori Anugerah Khas Tahap 1.
anugerah khas, YDP
kedudukan Dipersilakan sekali lagi YDP Encik Najib Bin Sohor@Ishak +
dalam kelas, diiringi oleh GPK Pentadbiran Puan Fatmawati Bint Ghazali GPK 1
tokoh untuk ke atas pentas.

Bagi penerima Anugerah Khas Tahap 1:


Kelas Tahun 1 Venus, penerimanya ialah:

Rujuk buku program


Teruskan sehingga penyampaian hadiah Tokoh Murid 2019 baca biodata
Terima kasih banyak kepada YDP Encik Mohd Najib Bin tokoh
Sohor dan Puan Fatmawati Ghazali diatas penyampaian
anugerah kepada para penerima.

Kini, selesailah sudah kesemua penyampaian hadiah dan


Persembahan anugerah kepada murid-murid SK Kuala Atok.
prasekolah
Sebelum kita menutup tirai Hari Apresiasi 2019 ini, marilah
sama-sama kita menyaksikan persembahan khas dari murid-
murid Prasekolah yang telah dibimbing oleh Puan Norzawati
Binti Nazri.

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid prasekolah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan murid-


murid prasekolah ke atas pentas.

Terima kasih kepada murid-murid prasekolah diatas


persembahan yang cukup menghiburkan.
Berakhirlah sudah Hari Apresiasi SK Kuala Atok 2019.
Tamat
Jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan khas, NYDP,
barisan pentadbir, barisan guru-guru, AJK PIBG dan para
ibubapa dan penjaga yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan Hari Apresiasi 2019 kita
pada hari ini.

Bunga melur di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja


Hari Apresiasi SK Kuala Atok 2019 ingin memohon maaf di
atas segala kekurangan, tersalah kata mahupun tersilap bicara
sepanjang kami mengacara majlis ini.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan tahun 2020


dengan azam dan semangat yang baru.

Oleh itu kami akhiri ucapan kami dengan


Wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum w.b.t

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai