Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacaraan Hari Apresiasi Wesbos 2021 (tahap 1)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Para guru dan murid diminta untuk  mengambil tempat duduk  masing-
masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.
MENGAMBI
L TEMPAT Mohon kerjasama guru-guru dan murid-murid agar berdiri apabila
diumumkan  ketibaan  barisan pentadbiran sekolah dan sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan, lagu Sekolah dan lagu
Hulubalang

(barisan pentadbiran sampai)


Guru-guru dan murid-murid dipersilakan berdiri.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha


KETIBAAN
Puan Nik Aliza bt Wan Mohd Mohayidin
VIP
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
diiringi oleh barisan pentadbiran Sekolah Kebangsaan sungai Buloh
mengambil tempat di pentas utama.

Untuk nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan, lagu Sekolah dan
lagu Hulubalang para hadirin diminta bersedia.(diminta berdiri)
NYANYIAN
LAGU » Cue: setelah nyanyian selesai.
NEGARAKU
Terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk.
SALATUSI Dalam bercakap bersopan santun
Dalam susah tuntun menuntun
Dalam senang santun menyantun
Mulia anak sempurna akhlak
Mulia tua sempurna agama
Mulia bahasa berbudi bahasa
Mulia majlis tertib atur cara

Bismillahirramanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Salam WESBOS Sederap Kita Seia Berjaya

Yang Berusaha, Puan Nik Aliza bt Wan Mohd Mohayidin


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Yang Berusaha, Encik Ramli bin Omar


Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru , SK Sungai Buloh

Barisan guru penolong kanan,


Ustazah Erniwati binti Mohamad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Ustazah Wan Aida binti W. Ali,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Abdul Rahman bin Mohamad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru, kakitangan sokongan dan seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.

KATA-KATA Selamat datang ke Majlis Apresiasi Wesbos 2021 bagi murid Tahap 2
ALUAN iaitu tahun 4,5 dan 6.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi ucapan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNya kita dapat sama-
sama berkumpul di Dewan Al-Khurtubi sekaligus merasmikan pentas
baharu kita bagi meraikan kejayaan murid-murid SK Sungai Buloh pada
hari ini.
Hadirin budiman,

Untuk makluman, majlis ini di adakan, bukan sahaja meraikan murid-


murid tahun 6 yang bakal menamatkan persekolahan, malah mengiktiraf
murid-murid SK Sungai Buloh yang telah menunjukkan kecemerlangan
dalam bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insha Allah.

Hadirin Sekalian,

Bagi memohon keberkatan majlis, marilah sama-sama kita mendengar


bacaan alunan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh Nu’man Al-
Hafiz bin Mohd Nawi bermula dari ayat ………………. surah
BACAAN …………………….. Dipersilakan.
DOA
» Cue: setelah ucapan bacaan Al-Quran selesai.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Nu’man Al-Hafiz bin Mohd


Nawi atas bacaan al-quran itu tadi.

UCAPAN GB Hadirin yang dihormati sekalian,

Tuah tersenyum pada si Teja

Duduk bersimpuh sambil bersila

Kain di tenun bersama reja

GB yang dihormati dipersila

Kini tibalah saat yang dinantikan iaitu ucapan dan perasmian Majlis
Apresiasi WESBOS 2021 bagi murid tahap 2.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha, Cikgu Nik Aliza binti Wan Mohd Mohayidin,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Dipersilakan.

» Cue: setelah ucapan YDP PIBG selesai.

Berilah Kami Haluan Kemudi


Pengobat Hati Menanti Harapan
Ucapan Diberi Penuh Beerti
Amanat GB Jadi Pegangan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak


terhingga kepada Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh atas amanat dan ucapan perasmian itu tadi.

“Bukan ilmu yang seharusnya mandatangimu, tapi kamu yang seharusnya


mendatangi ilmu.”- Imam Malik.

Hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan atur cara penyampaian hadiah
untuk murid Terbaik UPKK 8A.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan


GRADUASI
Yang Berusaha, Cikgu Nik Aliza binti Wan Mohd Mohayidin, diiringi
PRA
Yang Berusaha Ustazah Erniwati binti Mohamad, ke pentas untuk
menyempurnakan acara tersebut.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Dipersilakan murid Terbaik UPKK 8A iaitu:


***rujuk senarai penerima hadiah

PENYAMPAI Seterusnya kita ke penyampaian hadiah untuk murid terbaik PBD 2021.
AN HADIAH Dipersilakan penerima pertama iaitu :
***rujuk senarai penerima hadiah
Bagi menghargai usaha murid-murid memandangkan pada tahun ini kita
banyak belajar secara PdPR iaitu di rumah. Namun murid tetap berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai yang terbaik dalam
PBD, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah. Murid-murid yang akan menerima
hadiah ini ialah murid yang telah mencapai sekurang-kurangnya Tahap
Penguasaan 3 dalam PBD.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah untuk Pencapaian Minima


PBD. Dipersilakan :
***rujuk senarai penerima hadiah

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Cikgu Nik
Aliza binti Wan Mohd Mohayidin atas penyampaian hadiah buat murid-
murid yang cemerlang.

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah buat murid


Cemerlang Kokurikulum dan ko akademik.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha Cikgu Abdul Rahman bin Mohamad

PENYAMPAI Guru Penolong Kanan Kokurikulum


AN HADIAH diiringi Yang Berusaha Ustazah Wan Aida binti W. Ali,
ke pentas untuk menyempurnakan acara tersebut.

Dipersilakan penerima hadiah Cemerlang Kokurikulum dan ko


akademik:
***rujuk senarai penerima hadiah

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cikgu Abdul Rahman bin
Mohamad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAI
Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Nik Aliza binti
Wan Mohd Mohayidin, diiringi Yang Berusaha Ustazah Erniwati binti
Mohamad, ke pentas untuk menyempurnakan acara kemuncak
penyampaian hadiah iaitu penyampaian Anugerah Khas.

AN
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
ANUGERAH
KHAS
Dipersilakan penerima Anugerah Khas iaitu:
***rujuk senarai penerima hadiah

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, guru besar
atas penyampaian hadiah kepada murid-murid yang terpilih.
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, dengan itu


selesailah sudah Majlis Apresiasi WESBOS 2021 pada kali ini. Ucapan
tahniah buat para penerima hadiah yang diraikan pada hari ini, diharapkan
kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang.

Delima selasih indah tersingkap


Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Mewakili pihak jawatankuasa , majlis ingin merakamkan jutaan terima


kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.

Sekian sahaja untuk kali ini. mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa,
PENUTUP
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang
terkurang itu datangnya daripada diri  saya  sendiri.

Bersyukur ke hadrat ilahi ,maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.
Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan jumpa lagi.
BERSURAI Mohon supaya murid-murid bangun dan pulang semula ke kelas dalam
keadaan teratur dan mematuhi SOP. Murid perlu mengambil beg di kelas
dan beratur untuk pulang.

Anda mungkin juga menyukai