Anda di halaman 1dari 12

SKRIP MAJLIS HARI ANUGERAH AKADEMIK KALI KE-14 (2015)

EMAH Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat,

Yang Berbahagia En. Mohd Zaki bin Mahyuddin


(Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak)

Diiringi oleh Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd Murad,


(Pengetua SMK Muhibbah), Barisan Penolong Kanan, Guru-Guru
Kanan dan guru-guru SMK Muhibbah.

Hadirin diminta berdiri...

NEEZAL Ketibaan beliau disambut oleh pasukan unit beruniform, paluan


kompang dan gamelan oleh pasukan kelab kebudayaan SMK
Muhibbah dibawah bimbingan Encik Azmi Bin Alang Ahmad dan
Puan Sharifah Zarina Binti Syed Mahmud

NEEZAL Hadirin sekalian,


Majlis pada petang ini akan dimulakan dengan Nyanyian Lagu
Negaraku dan Lagu Sekolah .

(Hadirin dipersilakan berdiri)

*nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah*

Majlis mengucapkan terima kasih.


Hadirin dipersilakan duduk.

1
EMAH Yang Berbahagia ,
En. Mohd Zaki bin Mahyuddin
(Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak)

Yang Berusaha,
Tuan Haji Kamaruzaman bin Abdul Murad
(Pengetua SMK Muhibbah)

Yang Dihormati,
Tuan Haji Khalim bin Hashim
(Yang Dipertua PIBG SMK Muhibbah)

Pengetua-pengetua, wakil pengetua, guru-guru besar, guru- guru,


AJK PIBG, ibu bapa,serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w...Salam Sejahtera, Salam Muhibbah, Salam


Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya.

Neezal Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Emah Hari ini menanam jagung,


Selepas menuai ulam peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

2
Neezal Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Akademik SMK
Muhibbah bagi kali ke-14 untuk tahun 2015.

Saya Azneezal Ar-rashid bin Ramli

------------ dan…..saya , Nurnasimah binti Shafain,


Emah akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
-------------

Neezal Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua kami hargai,
Semoga Majlis bertambah seri

Emah Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan


kurniaNya , dapat kita bersama-sama berhimpun pada petang ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia En. Mohd Zaki bin Mahyuddin (Timbalan
Pegawai Kemajuan Negeri Perak) dan semua hadirin kerana sudi
meluangkan masa dan menghadirkan diri ke majlis yang cukup
bermakna ini.

Neezal Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa dan memberi sokongan kepada anak-anak dan
pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

3
EMAH Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan diketuai oleh Ustaz Othman bin Yahya.
Majlis mempersilakan.

*bacaan doa*

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Ustaz Othman bin Yahya atas bacaan doa itu tadi.

Neezal Hadirin sekalian,


Sebagai pembuka tirai majlis pada petang ini, sama-samalah kita
menghayati bacaan ayat suci Al-Quran dan penterjemahan yang
akan disampaikan oleh Saudari Nur Solehah binti Halid dan
Saudari Sofi Nur Shahirah binti Mohd Hatta.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

*bacaan Al-Quran*

Terima kasih diucapkan kepada


Saudari Nur Solehah binti Halid dan Saudari Sofi Nur Shahirah
binti Mohd Hatta.atas alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan
penterjemahan itu tadi.

4
EMAH Hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Khalem


bin Hashim (Yang Dipertua PIBG SMK Muhibbah) untuk
menyampaikan ucapan..

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

*ucapan*

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Haji


Khalem bin Hashim atas ucapan itu tadi.

Neezal Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji


Kamaruzaman bin Abdul Murad, (Pengetua SMK Muhibbah) ,
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Tuan Haji


Kamaruzaman bin Abdul Murad (Pengetua SMK Muhibbah)
atas ucapan itu tadi.

EMAH Sidang hadirin,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia


En. Mohd Zaki bin Mahyuddin (Timbalan Pegawai Kemajuan
Negeri Perak) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Hari Anugerah Akademik SMK Muhibbah kali ke – 14.
Dengan penuh hormat, majlis mempersilakan.

5
*ucapan perasmian*
*kompang*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berbahagia En. Mohd Zaki bin Mahyuddin (Timbalan
Pegawai Kemajuan Negeri Perak) atas ucapan perasmian itu tadi.

Neezal Sidang hadirin,

Dari kedah menghala ke perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan menyusul memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

Bagi menyerikan majlis pada petang ini, kita akan disajikan


dengan persembahan tarian dari pelajar-pelajar Pendidikan Khas
dibawah bimbingan Pn. Nor Zahiran binti Ibrahim.

Majlis mempersilakan.

*persembahan*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu


tadi

6
EMAH Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih


dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

Oleh itu, murid-murid yang berjaya ini perlu diberi penghargaan.


Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Neezal Tibalah masa yang ditunggu-tunggu,


Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan
PEPERIKSAAN DALAMAN SMK MUHIBBAH

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Dihormati Tuan Haji Khalem bin
Hashim (Yang Dipertua PIBG) diiringi En Kamarudin bin Abdul
Aziz, (Pen. Kanan HEM SMK Muhibbah) tampil ke pentas untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Rujuk skrip anugerah


SEGMEN A1-A3

Neezal Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima hadiah…


7
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Haji Khalem
bin Hashim ,(Yang Dipertua PIBG) atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah.

Seterusnya merupakan penyampaian anugerah PELAJAR


Emah
TERBAIK PT3 DAN TERBAIK DALAM MATAPELAJARAN SPM
2014

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruzaman
bin Abdul Murad (Pengetua SMK Muhibah) diiringi
Puan Hajjah Zuliha binti Sarry (Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Muhibbah) tampil ke pentas untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Rujuk skrip anugerah


SEGMEN B1-B3

Emah
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima hadiah…

8
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Kamaruzaman bin Abdul Murad (Pengetua SMK Muhibah) atas
kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Neezal Sidang Hadirin,

Bertamu ke Sarawak dijamu Ambuyat


Ikan segar menjadi ramuan
Majlis Anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Bagi menyerikan majlis kita pada petang ini, marilah sama-sama


kita saksikan persembahan Choral Speaking daripada pelajar-
pelajar Tingkatan 3 SMK Muhibbah.

Majlis mempersilakan.

******Choral Speaking *****

Demikianlah tadi persembahan Choral Speaking yang dibimbing


oleh Puan Rahina Azlinda binti Rahim.

Emah Hadirin sekalian,

Kejayaan yang dicapai oleh setiap pelajar adalah bukannya


dengan cara yang mudah. Ianya memerlukan pengorbanan yang
besar oleh semua pihak termasuklah para guru.
Pada hari yang bersejarah ini, pelajar-pelajar Cemerlang SPM
tahun 2014 akan diberi pengiktirafan.

Neezal Tidak lupa juga, penyampaian penghargaan kepada para guru


yang telah berjaya melakarkan kecemerlangan dalam PT3 dan

9
SPM sepanjang tahun 2014 .

Untuk pengetahuan semua, pengiktirafan ini diberikan


berdasarkan peningkatan peratus kelulusan, Kerja Kursus PT3
terbaik, peningkatan dalam GPMP SPM dan Kelulusan 100%
dalam SPM.

Semoga penghargaan seumpama ini menjadi tonggak bagi


anjakan paradigma dan pencetus revolusi demi kecemerlangan
SMK Muhibbah.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala


Emah hormatnya menjemput Yang Berbahagia En. Mohd Zaki bin
Mahyuddin (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak)
diiringi Tuan Haji Kamaruzaman Bin Abdul Murad (Pengetua
SMK Muhibbah) tampil ke pentas untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Rujuk skrip
Segmen C1-C9

Tahniah diucapkan

10
Neezal Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Mohd Zaki
bin Mahyuddin (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak) atas
kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Emah Hadirin sekalian,

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih,


majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruzaman
bin Abdul Murad (Pengetua SMK Muhibbah) untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Mohd
Zaki bin Mahyuddin (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak).
Majlis mempersilakan.

***Penyampaian cenderahati***
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Kamaruzaman bin Abd. Murad atas kesudian menyampaikan
cenderahati itu tadi.

Neezal Hadirin yang dihormati,

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Emah Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Neezal Batu permata jatuh ke rumput


Jatuh ke rumput berbilang bilang
Dari mata tidak akan luput

11
Dalam hati tidak akan hilang

Saya bagi pihak majlis ingin memohon maaf andai terdapat


sebarang kekurangan dan kekhilafan sepanjang berlangsungnya
majlis pada petang ini.

Emah Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada tetamu kehormat kita
Yang Berbahagia En. Mohd Zaki bin Mahyuddin (Timbalan
Pegawai Kemajuan Negeri Perak) serta semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Hari Anugerah Akademik SMK Muhibbah kali
ke-14.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan


kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah bernama insan.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIK........

12

Anda mungkin juga menyukai